Thursday, June 30, 2011

Bubur Som Som




Assalamualaikum... salam penuh kemesraan dari DDCT. Terlebih dulu CT nak minta maaf kepada teman2 sekalian sebab semalam tak dapat nak bertandang dari blog ke blog. Entah kenapa semalam masa lepas hantar anak CT, Haqim, kepala ni berdenyut2 sakit semacam. Tu yang lepas tu CT bantai baring dan tido jer sampai petang. Masak untuk dinner pun hanya goreng kailan ikan masin, telur dadar dan sayur kobis goreng itu jer. Ni pun masih ada rasa sikit2 lagi, harap cepat2 lah baik. Tak senang kalau sakit kepala ni kan.

Untuk resepi hari ni, bubur som som ni CT buat petang semalam dan lepas siap terus tangkap gambarnya. Macam tak ada mood nak amik gambar lagi pun semalam cuaca pun melebih pada mendung dari panas. Biasa lah bila cahaya matahari dah mula suram kenalah guna teknik pencahayaan sekadar apa yang ada jer. Akibatnya gambar macam malap je CT rasa. Tapi tak apalah ye. Resipi bubur som som ni CT masih gunakan resipi yang sama juga dari RinnChan. Memang CT suka sebab senang nak ingat dan juga sedap rasanya. Terasa kenyal2 dan bergoyang2 inul juga.. hehehe. Tak tinggal dengan goyang inul jer kannn. Dan sebahagian dari adunan tu CT marble kan sedikit, saje jer dok mengodek2 untuk nampak kelainan, tapi rasanya tetap sama. CT pun tak nak borak panjang lebar, CT letakkan kembali resipi bubur som som ni sekali lagi dalam Dapur CT untuk teman2 jika ada yang nak mencuba resipi ni ya. Terima kasih sekali lagi pada RinnChan yang sekarang ni dah sepi jer dari masak2 ni nampaknya. Semoga RinnChan akan kembali :)


Bubur Som Som
Sumber : RinnChan

Bahan-bahan:
100 gm tepung beras
30 gm tepung Hoen Kwee (Ganti dgn Tepung pulut pun boleh. Kalau tak ada juga.. guna aje tepung beras kesemuanya)
1 camca teh garam halus
500 ml santan
500 ml air

Cara-cara:
1. Satu semua bahan dalam periuk atau casserole.
2. Masak atas api sederhana. Sentiasa kacau supaya bancuhan tidak berketul.
3. Masak sehingga likat dan berkilat.
4. Angkat dan sejukkan seketika. Tuang dalam mangkuk atau bekas yg sesuai.
5. Siram sirap gula kabong ke atas Bubur Som Som apabila menghidangkannya.

Bahan-bahan Sirap Gula:
2 ketul gula kabong atau 150 gm gula merah
250 ml air
1 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan dalam periuk dan panaskan atas api hingga menggelegak.
2. Masak sehingga gula larut.
3. Tapis larutan sirap sebelum menggunakannya.
* Tuang siap-siap ke dalam mangkuk2 kecil lebih mudah untuk dihidang. Jika tidak pun, tuang ke dalam bekas besar tetapi perlu mencedoknya ke dalam bekas kecil lain apabila menghidangnya nanti.



39 comments:

  1. Salam kakak CT delima! :D suke dan suke dan suke dgn bubur som som ni! dulu2 tak suke tp sejak tahu makan terus jadik suke :D biasanyer kalau lepas kenduri kawen, esok harinyer nak kemas piyuk sume lepas dah siap kemas makcik2 kat dapo menggacau bubur som som :D kita lah org paling suke kalau dpt sbb masih angat2 gituu hihihi... tp skrg dah tak de kot huhu..

    ReplyDelete
  2. salam CT..

    Harap CT cepat sembuh. Mungkin cuaca panas sangat kot.. ita dan suami pun cam tu jugak hari tu masa gi KL ya allah punyalah panas.. masuk keta sejuk.. bila balik JB ujan tu yg di hentam sakit kepala... sampai sekarang pun masih tak ok lagi...
    banyakkan berehat... ye!

    Bubur fav suami ita ni.. dari hari tu dia minta buatkan ... tapi tak dapat lagi resepi yg berkenan di hati.. nanti boleh lah ita cuba resepi CT nampak menarik dan mudah aje penyediannya...

    ReplyDelete
  3. Kak Ct.. dah ok ker sakit kepala tu?? jgn lupa makan ubat dan dapatkan cukup rehat yer..Kerja2 rumah bnyk lg yg menunggu..hehehe..

    Betullah kak CT.. Kak Rinn skrg menyepi diri.. Naz suka gak pergi fp kak Rinn..

    Yummy bubur som2 akak. Naz x pernah buat lg ni.. Boleh try jugak nakti.. Tergoda la kak tgk 2 gambar terakhir tu..

    ReplyDelete
  4. kak ita...
    mas datang pagi2 nak bubur som2 tu segelas....
    sedappnya tengok...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum K.CT,
    bubur som2 ni kegemaran yatie...kalau buat mesti ulang2 je mkn...sedap betullah..nak buat gaklah utk berbuka..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum CT..

    maklong doakan semuga sakit kepala Ct tu cepat sembuh..

    bubur som2 Ct ni mengingatkan maklong masa muda2 dulu.. bila lepas kenduri je mesti tuan rumah buat bubur ni.. sekarang ni tak pernah jumpa dah..
    tumpang jamu mata je.. :)

    ReplyDelete
  7. ramai nya orang tak sihat 2,3 hari ni..cuaca kot... tak mengapalah ada hadi mengatakan sakit boleh menghapuskan dosa2 kecil...apapon akak doakn CT cepat sembuh...
    alahai...sedapnya lompat tikan tu...yg bolat2 tu cute jer...kaler hijau pulak tu...aman & nyaman... pergh!!

    ReplyDelete
  8. Assalam kak Ct sayang,ermm sedapnya bubur som som yg goyang inul camni kan..Nmpak pon sedap n cantik bila dimarblekan..Kak dah sihat ke..Harap akak sihat seperti sediakala ya..

    ReplyDelete
  9. get well soon kak CT..cuaca panas ni sbb tu sakit kepala...sedapnya bubur sum sum ni kak..terasa je lamk2 dan amis air gula tu kan..

    ReplyDelete
  10. Tak pernah mkn lg bubur som som nih kak...mesti sedap kan kalo tgk bhn2 nya tu..ada masa n kerajinan lebih leh cuba ni...

    apa2pun semoga kak ct cepat sihat kembali ye..mmg x best jer bila diuji dgn kesakitan..hrp akak ttp kuat ye,jangan paksa diri masak2 kak..hehe..

    ReplyDelete
  11. assalam ct,
    sakit kepala begitu mungkin tanda2 stress,letih dsb... amie dulu pernah nakpitam, jumpa doktor dia kata amie kurang rehat... so, ct kena rehatkan badan, di samping rehatkan minda...
    bbur som-som tu kan... menggamit kenangan amie masa di kg, time bulan puasa je dpt selalu makan, sbb jiran2 bagi tukar2 juadah... sedapnya!... harap puasa tahun ini dptlah merasa bubur som-som tu lagi,
    sebenarnya.... walapun amie suka sgt makan bubur som-som... tp...syyyyy takpernah buat!

    ReplyDelete
  12. ijayuji ~

    Wa'salam Ika, ya lah kalau duk kat kampung2 mesti ada hidangan sampingan. bubur som som ni macam dah jadi satu kewajipan pulak kan kalau ada kenduri kendara ni. sebab senang nak buat, cuma kalau nak mengodek tu kena bertukar2 lah kalau banyak sangat. lenguh lengan nak mengodeknya..hihihi

    ReplyDelete
  13. Azlita Aziz ~

    Wa'salam Ita.. itulah kalau sakit kepala ni semua keja macam tak menjadi jer. tr kasih ya ita.

    Bubur som som ni fav ahli family ct juga ni. ct memang kasi sejuk dulu baru makan, terangakt gitu trasanya..hihi. cubalah ita adunan ni dapat taklah banyak sangat. boleh lah kalau setakat Hb ita nak merasa tu, siannn :D

    ReplyDelete
  14. Naz ~

    Hari ni masih ada sakit2 lagi Naz, tr kasih ya Naz atas ingatan tu.

    Ya lah mana lah Rinn tu pegi, rasanya nak berehat sekejap kot dari masak2 ni. kak ct memang rajin masuk kat FP Rinn tu. saban hari mesti nak masuk..hihihi

    cubalah buat ni Naz, nanti nak puasa memang sesuai untuk buat dessert ni, sedapppp :D

    ReplyDelete
  15. Mas ~

    meh datang sini mas, kak ct bagi rasa. tapi kena tolong picit kepala dulu baru kasi upah.. hehehe

    ReplyDelete
  16. Yatie ~

    Wa'salam Yatie, memang betul tu yatie. kak ct pun suka sangat2. memang sesuai buat berbuka juga makan sejuk2 curah sekali dengan sirap gula tu..nyamannnnn :D


    selamat berbuka puasa nanti ya :D

    ReplyDelete
  17. Along Maklong ~

    Wa'salam maklong cayangg, tr kasih doakan untuk ct maklong. dah macam mak ct pulak rasanya..hihi

    biasalah sekarang ni maklong, dah kurang orang nak buat bubur som som ni. kalau kat kampung2 tu masih ada lagi. ct kalau bulan puasa ni memang suka buat untuk pencucui mulut. kadang2 sahur pun ct balun makan juga.. hehehe

    buatlah maklong, anak2 pasti suka tu :D

    ReplyDelete
  18. Gee ~

    Biasa lah kalau dah bulan puasa ni cuaca dah mula tak menentu jer Gee. kesihatan mula lah menganggu nak selsema dan batuk2 pun ada.

    Yang ni bukan kuih lompat tikam gee, tapi bubur som som. kaler lebih kurang jer macam lompat tikam ya :D

    ReplyDelete
  19. Zaliedana ~

    Wa'asalam CT, tr kasih ct payunggg..hihi mudah2an hari ni ada kurang nya. sebab anak dara nak balik, nak masak untuk dia rindu nak makan lauk amma dia lah tu ..hihihi

    kak ct memang suka makan dessert2 yang ada alah2 goyang inul ni Ct.. hahaha

    ReplyDelete
  20. Mieza ~

    Tr kasih Mieza, biasalah kalau dah ber'usia' ni macam2 kena sakit kan..hihi.

    dah pernah buat tak bubur som som ni, kalau belum gi cuba dulu nanti kak ct datang mintak semangkuk eh :D

    ReplyDelete
  21. HaSue ~

    Mek hasue, lorr..ingat dah pernah buat. ker memang tak gemar makan benda lembut2 macam jelly ni.. hahaha. sedap lah Hasue, cubalah sekejap jer nak sediakannya tu :D

    tr kasih atas ingatan Hasue tu kat kak ct, cayangggg kamu ..muahh!

    ReplyDelete
  22. Amie ~

    Wa'aslam Amie, tr kasih doa untuk ct ya. biasalah macam tulah kalau tak stress kita penat atau pun tak cukup tido, mulalah pening jer kepala ni kan.

    CT memang gemar makan bubur som som ni. tu yang bila tegerak nak makan ct buatlah family pun memang suka jadi tak ada alasan lah untuk skip semuanya kan.. hehehe.

    Ohhh.. tak pernah buat ker? alahhh cubalah buat ni amie, sedappp! tak tipu..hihihi

    ReplyDelete
  23. kak CT dah sihat tak.. moga akak cepat sihat ye... sedapnya makan som som tambah sikit lagi nak puasa bila makan sejuk2 slupp.. sedap dan nyaman

    ReplyDelete
  24. Hai kak Ct,
    Nurul suka makan bubur som som,sedapppnya... tapi x pernah lagi buat sendiri... nanti ader kesempatan, blehlah ceduk resepi kat cni yer... Sakit kepala akak dah ok? :)

    ReplyDelete
  25. bestnya...
    very nice pics
    akak dah follow... :)

    ReplyDelete
  26. wow cantiknya kak CT....rina slalu teruja tgk gmbr kak CT...but d heart shape ats bubur tuh mmg cun! i like :D sungguh creative

    ReplyDelete
  27. emm..sedap bubur som2 ni...mkn sejuk ni sedap kn kak..rehat ye kak
    ida pun dah 2 hari tak b'siaran

    ReplyDelete
  28. Juwita Jamaludin ~

    Ita, ada kurang sikit dah rehat tadi. harap2 malam kang tak datang lah sakit kepala ni..hihi

    betul tu ita, dalam bulan puasa semua akan cari bubur som som ni sebagai pencuci mulut kan :D

    ReplyDelete
  29. Nurul ~

    Alhamdulillah kak ct dah okey sikit Nurul, tr kasih ya atas ingatan tu :)

    cubalah ni nurul, tak susah mana nak sediakan nya :D

    ReplyDelete
  30. kasihredha ~

    tr kasihsudi menjadi follower DDCT. Nanti bila free CT akan ziarah kembali.

    ReplyDelete
  31. Rina NAR ~

    hai rina, alahhh bentuk love tu main tarah guna gunting jer tu..hihi saje jer letak biar kasih cun sikit.

    apa pun thanks ya rina masih sudi singgah Dapur CT :D

    ReplyDelete
  32. Ida,Japan ~

    Tr kasih Ida. tu lah sakit kepala ni biasa trjadi kalau panas2 kan. harap ida pun rehat2 dan jaga diri okey :)

    ReplyDelete
  33. ops...sori ek CT, teringat lompat tikam si juwita td terbawa2 ke dapor CT pulak... dh terlioq la ni

    ReplyDelete
  34. salammmm kk ct...ouchhhhh terasa kelembutan bubur tu kak!!!

    ReplyDelete
  35. Gee ~

    hehehe..tak apa, biasalah tu kadang2 bukak blog lebih dari satu sampai naik kelabu mata tu yang tersasul jer Gee.. hahaha. CT pun kadang2 pernah keliru gak :D

    ReplyDelete
  36. sasha rahmat ~

    Sha memang lembut ni, kalau makan terasa goyang2 dalam sudu tu. Bila dah masuk mulut jer yang kurang goyang nya.. hehehe

    cubalah sha, letak tepung beras semua pun boleh gak :D

    ReplyDelete
  37. Kak CT saya suka bubur som som ni tapi maleh sangat nak membuatnya. Ad lagi tak kak?

    ReplyDelete
  38. salam ct delima..
    sori la lambat nk jenguk dapur ct..
    kalau kt kampung ucu..bubuh sumsum ni dikhaskan utk kakitangan rewang sebagai menghargai penat lelah penduduk kpg yg dtg bergotong royong masa majlis kenduri kahwin..

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum akak...
    akak kena banyakkan rehat tu akak.. moga cpt sembuh yer akak...

    bubur tu nampak sedap n cantik ler akak... suka diana tgk... cantik!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...