Assalamualaikum... Alhamdulillah hari ni my laling CM cuti sebab nak teman buah hati dia ni pergi satu tempat hari ni. Oleh kerana buah hati ni tak ada lesen memandu, jadi encik suamilah yang kena hantar untuk kemana2, kalau tak terpaksalah buah hati ni naik teksi jer... hehehe. Sebenarnya CT boleh memandu, cuma keadaan trafik di KL ni buat CT takut nak memandu, dan sebab utamanya adalah CT takde lesen... hehehe. CT ni jenis kecut perut lah kan senang cerita. Mungkin lama juga CT akan berdating dengan My laling CM hari ni, jadi tak dapat nak melawat blog teman2 semua hari ni. Tunggu malam nanti bila dah free baru melawat okey... insyaAllah. Mesti ada yang tertanya2 kemana Puan CT nak pergi agaknya. CT bukan nak gi shopping. Tapi pergi ke Jemputan "Cabaran Daisy" bersama Chef Liza Zainol hari ni. Sampai petang lah kiranya Ct disana nanti. Harap dapat jumpa dengan geng masak2 lain yang dijemput sama juga disana nanti.
Berbalik pada resipi hari ini, Amboiii... awal pagi dah tunjuk jelly ais krim pulak yek, cuaca panas sesuailah... hehehe. CT nak kongsikan resepi ni untuk teman2 yang mempunyai anak2 yang memang gemar makan jelly ala2 ais krim gitu (rasanya mak dan pak budak pun suka gak kan... hahaha). Ini adalah hasil dari ronda2 resepi beberapa hari yang lepas dan CT jumpa dan terus buatkan untuk anak2 dirumah. Bahan2 nya simple jer, tapi CT ada tambah buah laici dalam tu. Dan letak sedikit pewarna agar nampak berseri sikit untuk anak2 makan. Kalau plain jer macam tak semangat jer nak makan kan... hihihi. CT cari jelly perasa honeydew tak ada, jadi CT letak jer stok buah laici yang ada kat rumah, selesai satu kerja. Harap anak2 suka makan, sebab jelly ni ada kenyal2 sikit. Ada rasa masam manis dan ditambah pula ada lapisan coklat diluarnya. kalau rasa2 nak taburkan kekacang lagi sedap kot. Menambah2 pulak dah... hehehe. Okeylah banyak benda CT nak buat hari ni, jadi layanlah resipi ni dari CT buat teman2 semua ya. Sampai jumpa nanti. Daaaaaa....
Frozen Chocolate Jelly Lychee
Sumber : Sajian Sedap
Bahan-bahan :
1 pek serbuk jelly segera perasa honeydew (CT guna plain Konnyaku jelly)
225 gram gula pasir
600 ml air (CT kurangkan 150 ml)
150 ml syrup buah laici dalam tin * (CT tambah)
12 biji buah laicy dalam tin - di blend kasar * (CT tambah)
2 titik pewarna hijau epal (CT tambah)
400 gram dark cooking chocolate - dicairkan
Cara-cara :
1. Campur serbuk jelly perasa honeydew, gula pasir dan air (masukkan sekali buah laici blend). Masak sambil dikacau sampai mendidih.
2. Tuang ke dalam bekas2 ais krim. Biarkan seketika hingga suam. Dan bekukan dalam freezer.
3. Bila sudah beku, keluarkan jelly ais krim. Celupkan ke dalam dark cooking chocolate cair. Biarkan beku.
4. Selamat mencuba ya :D
wah gi datingggg.. best nyerr....
ReplyDeleteakak ngapa tak gigit sikit nak tengok isi dia.. hehehe...sedap tuuu
kak ct tak de....
ReplyDeleteambik semua aiskrim tu......
nanti mas pulangkan balik acuan aiskrim tu..kikiki
Assalamualaikum akak...
ReplyDeletewah akak... nmpk sedap tu akak... a'aa akak... nak tgk dlm nye akak.. hehehe... pasti lg nmpk sedap tu kan kan.. sukanya resipi nie
Salam kak CT!!! aduhhhhh sedapnyer kak! tgk peluh2 sekrim yg meleleh tuuu teruja betul! ha ar lah kak geget sikit kasi tgk dlmnyer hihihi...
ReplyDeletehuih k CT...sedapnyer nmpk..bebudak mesti suka sgt bila tgk ni..
ReplyDeleteselamat pagi ct dear!!..
ReplyDeleteice cream namapk best lah ct..macam ni..ice cream walls or kings boleh tutup kedai..sebab dah ada competitor ..heheh..sedap kita suka ice choclate..this one ada keunikannya sebab ada jelly lychee kat dalam..
Sedapnya kak CT.. Anak ita kalau buat ni mahu berulang ke peti ais je.. Sedapnya lychee campur coklat
ReplyDeleteadoiii... terliur sungguh lah siti pulak dgn pic yg mengancam! tak ralit mata melihatnya
ReplyDeleteCT..
ReplyDeletedating2 pulak hari ni.. sukanya..
maklong nak dengar cerita selanjutnya.. balik dating nanti..
apa2 pun.. aiskrimm tu mengancamlah.. hehehe..
Kak Ct,
ReplyDeletesungguh menggiurkan....slurppp...
gud idea!!! mintak izin kopipes ya.. :)
ReplyDeleteeh... CT, serbuk jelly berperisa kan.. bukan ke dah manis? kena tambah lagi gula ek.. ke guna yg tanpa gula? nampak tambah sirap laici lg tu.. tentu sirap tu dan manis gak kan.. boleh reply kat fb ya.. takut termiss..
CT, waaaaaaaaaaaahhh akak nak pi KL nih...serang rumah nak makan eskrem jelly ni laaa...bawak anak2 sedara kasi perabih eh...wakakkakaa
ReplyDeleteizahdaut ~
ReplyDeleteIzah... nak gigit lg sejuk time tu mcm nak beku otak tau.. hahaha. cubalah izah sedap. perasa tu ikut izah nak buat perasa apa okey. selamat mencuba :D
Mas ~
Kak ct izinkan mas, hangkutlah bawak balik. pas tu letak duit RM5 ya dalam bekas tu.. hahahha
Diana @ Melley Mey ~
Wa'salam Diana cyg.. buatlah Diana, sangat best anak2 mesti suka. ikut selera Diana dan anak2 nak letak perasa pa. yang penting anak2 suka kan :D
ijayuji ~
ReplyDeleteWa'salam Ika.. hehehe. malas nak gigit lag. suruh CM jer gigit2 manja boleh gitu.. hahaha
Ida,Japan ~
Ida, bukan bebudak jer suka. kak ct pun suka. tang gigit dengan coklat tu lg tambah sedap. tak nak cuba ker..? cubalahhhhh..
Ayu ~
ReplyDeletepagi Ayu.. hahaha. hiss..ct masih no 10 dari diaorng tu. kalau nak bukak kedai anak2 jer yang suka makan. org dewasa cuma tengok jer.. hehehe
tp kan coklat tu yang sedap ayu, you must try dear :D
Juwita Jamaludin
Ita..boleh cuba ni, anak2 mesti suka. kalau tak suka laici boleh letak buah2 lain yang anak2 suka makan :D
Azlita aziz ~
ReplyDeletetak ralit ehh. haaa... pi lah buat anak2 tingal berapa ari jer kat umah kan. Ita kalau buat lagi santek gambo dia.. hehehe
Along Maklong ~
sekali2 dating siang ni maklong tak apa. dating malam2 dah biasa dah.. hahaha.
Norul Mas Hana ~
ReplyDeleteNorul memang sedap, kenyal2 gitu. kalau makan terasa buah laici yang kat dalam dan coklat diluar sangat sedap. jom lah cuba... hihihi
K.Nor ~
Sila2 Nor... memang sedap. ct dah rasa yang tampa coklat tu ada rasa masam sikittt jer. yang bersalut coklat tu lagi best. Tang gula tu kalau Nor rasa macam manis boleh kurangkan sukatan lah. Pada ct okey2 jer. Tapi selalunya jelly ala2 ais kerim ni memang nak manis kan. ikut Nor lah ya. dah komen kat FB tau :)
Ummi ~
hahaha..nak serang ker. sebelum serang dah elek dah kakkkk, kena bedal dengan anak2..hihihi.
kak ummi cubalah Aiman tak kesah mesti suka. tak pon tunggu anak2 semua balik bolehlah buat 'nyonyot2' depan tv nanti.. hahaha ampun kakkkkk...
akak, sedapnya ice cream tu nak jugak!!! hehe
ReplyDeletenice post.
ReplyDeletecantiknya ice cream tu kak....
ReplyDeleteterliur...
assalamualaikum kak..nmpk menarik aiskrim ni,kena cuba nih =)
ReplyDelete