
Assalamualaikum.. Salam sayang buat semua. CT harap semuanya sihat walafiat belaka ye. Alhamdulillah CT pun sihat juga. Tapi cuma rasa kemalasan sedikit melanda. Bukan malas apa, saja aje nak bermalas-malas dan berehat-rehat lebih sedikit. Sekali-sekali apa salahnya ye tak? Asalkan dapur berasap kira okeylah tu kan hehehe. Dan sesuai untuk tema malas tersebut, hari ni CT nak kongsikan menu yang sesuai untuk yang bermood malas macam CT juga hari ini iaitu Ikan Kembung Malas hahahaha.. Ni dah melalut sebab malas lah ni hehehe. Malas, malas juga, jangan sampai dapur tak berasap tau! Okeylah, jom kita semak resepi Ikan Kembung Goreng Tepung yang simple mimple nie ye. Walaupun nampak simple tapi sedap tau.
Ikan Kembung Goreng Tepung
Sumber : Sajian Sedap
Bahan-bahan :
6 ekor ikan kembung
1/2 sudu teh air limau nipis
1/2 sudu teh garam
Bahan perap: (kisar halus)
2 biji lada merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada putih
1/2 sudu teh bunga lawang
Larutan Tepung: (kacau rata)
75 gram tepung gandum
3 sudu makan tepung beras
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada putih
1 biji telur
125 ml air
Cara-cara :
1. Gaul ikan kembung dengan air limau nipis dan garam. Biarkan selama 10 minit.
2. Gaul lagi ikan tersebut bersama bahan perap. Perapkan selama 15 minit.
3. Akhir sekali, celup ikan kembung ke dalam larutan tepung. Goreng sehingga garing.


Salam kak CT!!!!!! selamat pagiiiii!!! makan panas2 ikan goreng mcm ni mmg sedap!!! pastu mkn pulak dgn ulam2 tak pun lauk2 bening gituuuu sedapnyer! nanti tgh hari kita makan sini ya hihihi
ReplyDeleteSalam Kak CT..
ReplyDeletesihhhh ikan dkembong dah mekap ngan tpg...menawan lak...mext taim Yat try style ni eh kak!
dah tak kenal rupa ikan kembong tu...macam kata Yat ..dah mekap cantik cantik
ReplyDeleteijayuji ~
ReplyDeleteIka..memang betul, masa panas memang sedap makan, kalau sejuk kureng sikit dan tak garing. sesuailah kalau nak makan dengan lauk lemak dan ulam2 sangat sesuai lah tu ika :D
Yat Maria ~
ReplyDeleteWa'salam Yatt..hahaha. a'ah kak ct dah cover kedut2 kat muka dan badan ikan kembung tu, tu yang maintain cun jer ikan ni.. hahahaha. buat lawak lah yatt pagi2 ni , adoiiii..
Nazrah Bakery & Dunia Kuih ~
ReplyDeletehehehe..nazrah biasalah bukan orang jer kena mekap tebal2. ikan pun nak nampak cantik. tu yang ikan kembung kak ct touchup dengan mekap brand Mac nampak sangat sesuai..hihi
Assalam ct,
ReplyDeletememang sedap ikan kembung goreng tepung ni..tapi kena makan time panas2..straight dihidangkan sejurus selepas digoreng..buat ratah2 pun best ni..
Assalamualaikum akak..
ReplyDeletewah sedapnya ikan nie kalau d makan mcm nie jer... pasti anak2 suka makan nie kan akak...
kak ct....mas datang nak ngendeng ikan goreng yang sedapp tu..
ReplyDeleteada lagi ke....
salam kak ct... sy x pnah cube lg ikan goreng tpong ni..tp tgk gmbo nmpak cam sedap jer....x tahan nengok si kembung berposing.... hehe
ReplyDeleteikan goreng simple macam tu pun nampak menyelerakan sebab dihidang dengan comey sangat2
ReplyDeletekalau ikan goreng macam ni..
ReplyDeletemaklong boleh habiskan 4 ekor tau.. nak2 cicah dengan sambal kicap.. sedappp!!
amboi...menarik sungguh ikan itewwww...harus dicuba...
ReplyDeleteAyu ~
ReplyDeleteWa'salam ayu..memang sedap kalau makan hangat2 gitu, kalau panas2 sangat tak dapat nak merasai kesedapan ikan tu, sebab dok tiupppp jer memanjang... hahaha.
Diana @ Melley Mey ~
ReplyDeleteWa'salam Diana..kalau kat rumah kak ct cuba kami berdua jer yang suka makan ikan. anak2 bujang kak ct tak sukalah makan ikan. payah betul lah diaorg tu. kalau ayam tak payah lawa semua suka :D
Mas ~
ReplyDeletekalau dah lewat dtg hanya tinggal tulang dengan piring tu jerlah mas..hihihi.
nOOrsha ~
ReplyDeletewa'salam sha, kak ct pun first time amkan..hihihi. mencuba benda2 yang baru memang terasa sedanya. kalau udang atau sotong grg tepung ni dah biasa makan dah :D
IXORAROXI ~
ReplyDeleteRoxi, sesekali kita buat kelainan lah kat ikan ni, selalunya kat pasar tu dok main longgok2 jer. yang ni possing macam nak tunggu turn masuk mulut pulak.. hehehe
Along Maklong ~
ReplyDeleteOh ya ke maklonggg, suka meratah lah kiranya ni. okey lah ikan bagus kalau makan. banyak khasiatnya, kalau ct suka ratah ikan selar kuing tu jer. sedap juga :DD
QiStinA's ~
ReplyDeletesilakan Moi... kalau buat ikan lain okey gak kan. cuba buat kelainan pulak selain ikan kembung tu. kalau makan ingat ct eh Moi :DD
salam k.ct, sedapnya ikan kembong grg mmg fav lyn, cicah gan air asam adoii, bertambah nasi 2-3pinggan.. hehhe, special la kmbg grg k.ct ni, perap gan limau nipis, mm sedap, ble try:)
ReplyDeletesedap kalau ikan di goreng tepung tu...nieza pun suka kak..selalu kalau buat suka ratah gitu jer...hehe
ReplyDelete