As'salamualaikum... Salam sayang buat semua pengunjung dapur CT. Semoga kita semua sihat walafiat dan dalam keadaan terbaik setiap masa. Aminnnn. Kita kena selalu berdoa mintak perkara2 yang baik macam ini kan. Dan mintak juga dijauhkan dari sebarang musibah dan perkara yang tak baik. Bila dah berdoa tu kenalah juga sertakan dengan usaha ye tak. Usaha yang macamana? Contohnya, mesti makan makanan yang baik dan berkhasiat, dan selalu jaga fizikal diri dan berhati2 selalu. Dan kalau berjalan di lantai yang licin tu, kenalah hati-hati lebih sikit. Macam anak dara CT kat kampus UiTM Jengka sana, semalam dia bagitau yang dia jatuh kat bilik air disebabkan memakai selipar jepun yang dah haus tapaknya dilantai yang licin. Kesian CT dengar bila dia kata yang badannya sampai lebam2 dan dagu lebam serta bengkak. Alahai anak mama.. kesian CT dengar, nak tolong sapu ubat, jauh. CT cuma dapat berharap semuga tak serius sakit lebamnya tu dan yang lebih penting semoga selepas ini dia akan lebih berhati-hati.
Berbalik kepada resipi hari ini. CT bagi nama Kari Kerisik Merah Berapi... Ayoooo. Saja jer kasi gempak lebih, padahal tak berapi pun mulut anak2 dan suami masa makan tu... hihihi. Resipi ni macam biasa juga yang pernah CT buat sebelum ni. Cuma tambahkan kerisik lebih sedikit sebab suka pada aroma kerisik yang emmm... wangi betul... Tapi, CT ni tak makan kari, cuma CT suka masak jer... sebab family suka. Okeylah, kita semak dulu resipi Kari Kerisik Merah Berapi ni ya.
Kari Kerisik Merah Berapi
Sumber: Che CT
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - potong kecil2 dan dibersihkan
3 biji kentang - belah 4 setiap biji dan rendam
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
250 ml pati santan
1/2 camca besar gula melaka
3 camca besar rempah kari ayam
2 camca besar kerisik
Garam secukup rasa
Minyak jagung daisy - untuk menumis
Bahan tumis :
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan kisar :
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
Cara-cara :
1. Rempah kari dibancuh bersama2 bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak jagung daisy dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar halus yang dicampur rempah kari tadi bersama cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Guna api sederhana.
2. Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang santan cair kacau dan masukkan kentang. Besarkan api hingga mendidih, biar hingga ayam dan kentang empuk.
3. Masukkan asam gelugor, kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang pati santan, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana. Perasakan dan jika sedang elok rasanya boleh matikan api.
4. Sedia untuk dihidangkan. Boleh juga dimakan bersama roti jala atau cecah dengan roti putih.
aduh.....kari berapi!pagi2 dah leleh air lior sy nengok =0).
ReplyDeletesaya sgt suka makan kari, kak CT.kari sedap! =0).
wahhhhh..sedappnya tengok kari tu....
ReplyDeletemenyelerakan betoiiiii....
Salam pagi kakak ct manis, kari kerisek sedap ni kak pastu pedas2 gituuuu mmg best! Tapi kita jeles tgk daun kari yg kat bwh tuuu, kalau akak tak nak bg jer ke kita besen kita tadahkan kak hihihi... kita tak de stok daun kari!!!! :(
ReplyDeleteVivi Lim @ Mrs.Nurulazmi ~
ReplyDeleteNurul suka makan kari, kak ct suka masak kari. Tapi tak suka makan lauk kari.. hihihi.
Dah lama kak ct tak makan kari ni, sesekali nak gak kena cuba lah erk..huhu
Mas ~
ReplyDeleteMas, bagi yang suka makan memang sedaplah. Tapi kalau kak ct tak suka lah mas entah nape lah. tak boleh masuk betul kat tekak ni :D
memang sedap ni cecah dengan roti jala ni mas :D
ijayuji ~
ReplyDeleteSelamat pagi ika cyg, sesekali masak kari tak kisahlah ika. kak ct pun masak ni sebulan boleh kira denagn jari.. hihihi. apa tak nya tuan yang masak tak makan, jadi nak masak pun macam tunggu mood jer lah..hihi.
Nak suh kak ct pos laju daun kari kat sana ker ika.. hahaha
Wadduh...kari berapi buk CT... kena panggil pak bomba nih... takut nanti ada mulut yg trbakar pulak...hehehe... btw semuga anak CT yg cedera tu cepat sembuh... insyaAllah berkat doa ibu...
ReplyDeletehangatttttt.... wah! dah berapi2 dah tu ct.. biasa org Johor pasti suka yg berapi.. lagi berapi lagi kick!
ReplyDeletesemoga anak CT cepat sembuh.. kita ni pun semakin meningkat umur semakin perlu berhati2 agar tak jatuh.. tau2 je lah kan tulang2 ni dah semakin mereput...
pagi kak..amboi..siap ada api2 lagi tu...hehe
ReplyDeletemesti sangat sedap ni.. triple sedap ada kerisik makan ngan roti jala..perrhhh sedap ni.. akak saya fes time jumpa resepi gini.. nanti kalau ada sepcial guest boleh try ni. tq kak
ReplyDeleteAssalam kak Ct,lor siannyer lily,moga cepat sembuh,sedapnyer nmpk kari akak,mangkuk pon comey cam tuannyer gak,hehe..
ReplyDeleteslm kk ct..aduii drools ler pepg dh nmpk kariiii!!
ReplyDeletelain kali, saya nak serbu rumah kak CT lah yer =0).
ReplyDeletenak makan kari! Saya fanatic giler dgn kari. w/pun darah cina kuat mengalir dalam badan, tapi kari jugak paling saya suka..hehehehe =0).
Gee ~
ReplyDeleteTr kasih gee, tu lah bila ank sms semalam pagi2 lagi sedih gak. agaknya bilik air tu lincin lah kot. apa pu hrp tak apalah kan dah call pun semalam.
Oh..siap nak panggil bomba erk..hahaha tu belum kuar api macam naga dari mulut tu kan.. hahaha.. adoiii
Azlita Aziz ~
ReplyDeleteTr kasih Ita, biasalah kalau dah bz study kat U tu mana lah larat budak2 tu nak bersihkan bilik air kan. rasanya selipar yg digunakan tu dah licin kot tapaknya. betul lah kita pun kena hati2 gak, tak kira dimana pun jua erk ita.
Memang betul orang johor memang suka makan pedas. tambah2 kalau dapat rojak petis yang berapi lagi tambah sedap..wahhhh..lari tajuk dah ni..hehehe
Anna Qawina ~
ReplyDeletePagi Anna, tulah saje jer nak kasi berapi2 sikit mulut pagi ni biar pedas..hihihi
izahdaut ~
ReplyDeleteBoleh jer cuba izah, kita ni sesekali kena ubah sikit resipi tu kan baru ada kelainan dalam masakkan. betul tak..? :D
Zaliedana ~
ReplyDeleteWa'salam CT, hahaha...dah nampak kak ct ker yang cakap comel tuuu.. hihihi.
Tr kasih CT doakan untuk anak dara kak ct ya..aminnnn
sasha rahmat ~
ReplyDeleteWa'salam Sha, alahhh.. ya ker kecur pepagi ni. nanti masak ler, kak ct dah dengarbunyi petut sha sampai sini dengar bekerok2 dah tu... hihihi
Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi ~
ReplyDeleteHahaha.. Nurul tunggu raya datang umah, kak ct masak eh.. hihihi. Alah tak kira bangsa apa atau pun keturunanya Nurul semua orang dah memang suka dan gemar makan lauk kari ni dari dulu kan Nurul :D
assalamualaikum kak CT - buat cicah roti jala atau roti benggali pun sedap ni!!!
ReplyDeleteamboi kak CT.. merah mak ngah gitu.. xmakan kari?? ish ish.. rugi rugi.. dpt mkn ngan roti jala sedap nih
ReplyDeleteKari akerisik Merah Berapi....lagi pedas lagi sedap,sedap dicicah dhn roti jala..terliur.
ReplyDeleteSalam kak mkn nasi panas2 ni sedap ni.. Ita suka kari kak.. Lauk yg wajib masak tiap minggu ..:)
ReplyDeletect,
ReplyDeleteyang berapi itulah yg kita suka... biar berasap telinga! tu yang buat nak tambah lagi...
Mala ~
ReplyDeleteA'ah memang sedap, tapi lagi kena kalau cecah denagn roti jala tu mala. Kalau cecah dengan lempeng nipis2 pun sedap gak :D
tun_telani ~
ReplyDeleteItulah Tun, memang rugi kan tak makan kari... hihihi. dulu2 kak ct makan jugalah kari ni. entah kenapa sejak2 dah 'berumur' ni kurang pulak nak makan lauk2 kari ni..nak buat macamana kannn:)
noorsafone ~
ReplyDeleteYalah mamanoor, kalau tak keluar api kat telinga tu masa makan, maknanya masih kurang pedas lah tu .. hehehe
Juwita Jamaludin ~
ReplyDeleteWa'salam Ita, setiap minggu mesti ada kari eh. best tu mesti family suka makan kari kan. kak ct ni sebulan belum tentu nak masak kari lah ita.. hihi
Amie ~
ReplyDeleteOh ya ker..? wahhh..baik2 kang jadi lain lak kalau makan pedas2 sangat ni amie. Sampai keluar asap kat telinga tu yang bahaya tu amie.. hehehe
Assalam ct,
ReplyDeletekita pun dari semalam nak singgah asik terlepas pandang aje.. tengok kuih lompang dari jauh aje..heheh..ct
berselera betul kita tengok ayam ct ni warnanya sungguh kasi kita kecur tau..
ct my brother tinggal kat jln enggang..nak tanya ct kalau tak keberatan, sewakan berapa ya satu rumah kan?..dengan perabut atau kosong aje..bukan apa nak survey2 daerah situ..kot2 my brother nak sewakan rumah dia..thanks dear
salam kak Ct..
ReplyDeleteseperti biasa,masakan akk nampak sgt sdp la..
nama resepi ni buatkan sya teringat maggi kari berapi..sbb ade api2 mcm kari kak CT la kot:))
yg nie lagiiii ler ... buat diana terliur... nmpk sgt sedap... suka ayam yg d masak gini... akak.. walaupun diana tau ianya dah abis.. tp nak jugaaa... hehehee
ReplyDelete