Assalamualaikum... Salam buat semua pengunjung setia DDCT. Alhamdulillah, di sini CT ingin mengucapkan Selamat Menyambut Israk dan Mikraj buat semua umat2 islam walau dimana jua mereka berada. Peristiwa Israk dan Mikraj bukanlah peristiwa biasa dan bukan sekadar perjalanan melihat kehebatan alam semesta. Lebih dari itu, perjalanan Israk dan Mikraj mempunyai hikmah cukup mendalam bagi Rasulullah SAW secara peribadi dan umat Islam keseluruhannya. Dan sebagai Muhasabah kepada diri kita semua, marilah kita renungkan petikan dari firman Allah yang bermaksud: "Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid Allah itu ialah orang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat itu) maka diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” Surah al-Taubah ayat 18.
Berbalik kepada resipi CT hari ni. Inilah resipi Kek Yogurt Mangga yang telah CT buat semasa bersama Chef Liza Zainol. Kek ni memang sedap, moist dan bila kita gigit semacam ada bunyi sesuatu macam apa yek, tak tahu macamana nak gambarkan... hehehe. Tapi apa yang pasti CT suka sangat2. Semasa membakar kek ni semerbak baunya hingga satu rumah harumnya. Resipi ni salah satu dari resepi yang terdapat dalam buku resipi yang CT dapat dari Chef Liza. CT dah janji untuk berkongsi dari apa yang CT pelajari hari itu kan. Minta maaflah sebab lama dok simpan resipi dari Chef Liza ni. Kalau nak tahu bagaimana rasanya silalah cuba dan bagi feedback pada CT ya... hihi. Banyak lagi resipi yang ingin CT berikan tapi slow2 lah ya. Ada 4 buah buku resipi istimewa dari Chef Liza Zainol yang ingin CT cuba. Jadi inilah yang pertama CT letakkan dalam Dapur CT. Mintak izin ya Chef Liza, CT letakkan dalam Dapur CT pula.
Dan ini pula petikan dari kata2 Chef Liza Zainol.. "Saya mengesyorkan Minyak Jagung Daisy! ia mangandungi Soft-Poly untuk kek dan biskut yang lebih gebu, sedap, ringan dan cair di mulut". Haa.. Apa tunggu lagi, selamat mencuba ya. Daaaaa......
Kek Yogurt Mangga
Sumber : Chef Liza Zainol
Bahan : A
2 biji telur
3 biji kuning telur
1 sudu kecil pemantap kek @ ovalette
100 gm gula kastor
1/4 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil pewarna kuning masakkan
Bahan : B
120 gm minyak jagung daisy
80 gm minuman yogurt mangga
2 sudu besar yogurt mangga
Bahan : C
30 gm serbuk gajus *
20 gm tepung jagung
120 gm tepung naik sendiri *
60 gm tepung gandum * ( * disatukan)
Cara-cara :
1. Putar telur, kuning telur dan ovalette selama 1 minit. Masukkan gula kastor dan garam, putar lagi 4 minit dengan kelajuan sederhana.
2. Masukkan pewarna kuning dan minuman yogurt mangga sedikit demi sedikit. Putar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan yogurt mangga dan bahan C yang telah dicampur sekali. Gaul sebati.
4. Akhir sekali, masukkan minyak jagung daisy. 5. Tuang kedalam loyang . ( CT masukkan dalam bekas aluminium cup 4 segi )
6. Bakar selama 20- 25 minit pada suhu 165 C. Atau hingga masak ikut oven masing2 ya. (CT bakar selama 30 minit).
7. Sejukkan kek dan hias dengan hirisan mangga, ceri merah/hijau dan daun pudina.*Nota* Guna mangga yang isinya bewarna oren kerana lebih cantik dan tahan lama apabila dibuat hiasan.
Salam kak CT cayang! Ahkakkkkkkkkkkkk!!!! SANTEKNYERRRRRRRRR!!!! mesti sedap! kita suke mangga! eeeeeee...geram pulak tgk kek akak tu! nak satu nak satu nak satu!!!! jgn abiskan tau kak! nak jugak! Akak puasa tak ari ni? kita cuti2 lah kak.
ReplyDeleteSelamat menyambut israk & mikraj kak CT =0).
ReplyDeletewah!sungguh menggoda kek tu..insha-ALLAH, saya pasti mencuba =0).
assalam ct,
ReplyDeletepersembahan yang menarik....unik, warna yg mampu membangkitkan selera!
bestnya kakak,nak sepinggan :)
ReplyDeletecantiknya kek akak buat ni..menmggoda betul...hihi
ReplyDeleteSalam CT, adeeeh terliurnya tgk mangga bertepek atas kek tuh...kek xnak laaa..mangga naaakkk...hahahha, eh nak jgk laaaa keknya...hehe
ReplyDeletepergh..solid gold!!! keknya cantek gambarnya cantek chefnya lagilah cantek molek.... hehehe... nak kek sepotong....
ReplyDeleteSalam pagi CT...
ReplyDeleteAduh!! tak tahan tgk kek yogurt mangga nih.. tentu sedap kan.. cantik & menggoda tgk mangga tertinggik kat atas cake tuh..hehehe :)
ijayuji ~
ReplyDeleteWa'salam ika, sedap ni ika, cuba lah. chef liza guna acuan muffin cup jer masa ajar tu. jadi dapat banyak gak lag.. hihi. maceh ika cayanggg. kak ct simpan kan sepotong jer eh, cukup tak..? hahaha
Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi ~
ReplyDeleteSalam sira' mikraj nurul. cubalah nurul resipi dari chef liza ni. nanti dah buat bagi feedback okey :D
Amie ~
ReplyDeleteWa'salam amie. terima kasih amie, warna dan seni memang memainkan peranan dalam masakkan, betul tak. jadi apa yang dihidangkna akan membangkit selera pada siapa yang memandang :D
nonierahman ~
ReplyDeletehai noni, nak sepinggan..? tak cukup dah luak anak2 buat bf pagi tadi, so kak ct bagi sepotong jer eh, cukup tak? hihihi
Anna Qawina ~
ReplyDeleteAnna meh cuba resipi kek yogurt mangga ni, pada kak ct kek ni memang sedap. kalau tak nak buat dalam loyang guna muffin cup pun okey juga. cuba lah :)
Ummi ~
ReplyDeletehihihi... kak ummi, kalau nak mangga nanti tunggu ct jolok dulu depan umah ni eh kak.. hahaha. oppss! mangga baru nak berputik lah kak tak dapat nak nolongggg.. hahaha
Gee ~
ReplyDeleteAmboi gee, pagi2 dan puji melangit nampak, ni mesti ada apa2 ni.. hihihi. Thanks ya Gee, sering singgah Dapur CT tanpa jemu, CT hargai semuanya :D
Mama Hawa/Mama Nani ~
ReplyDeleteWa'salam MamaHawa, kek yang ada yogurt ni memang mois lah kan, tambah sedap lagi ada harum minuman yogurt mangga tu. apa lagi tunggu Ma silakan mencuba ya.
Lawa la kak CT..suka tgk kek ni.. Ada bunyi bila mkn ?menarik.. Kena cuba ni..
ReplyDeletemorning kak CT!!!!! waahh.. cun melecun aa kek tu.. tergugat puasa tun.. hihi..
ReplyDeletekalau beli yogurt buah2 ni, biasa x sempat sampai umah, dlm kereta tun dh terasa mcm nk buka.. ;p
chanteknyer gambo kanns.. ehehe
ReplyDeletesedapnya kekkkkk...tapi mangga tu jugak yang i berkenan... :)
ReplyDeletekak CT..menarik tertariknya kek ni..sy ni penggemar kek..gemar mkn, buat tak gemor! nakkkkkk
ReplyDeletecantiikkknya kek...
ReplyDeletenak sepotongggg......
salam ct...
ReplyDeletekalau mas nak sepotong...
ucu nak seloyang..
ok ke pantun 2 kerat ni..(mcm x kena je..)
nak kipnep resipi boleh?
Juwita Jamaludin ~
ReplyDeleteWa'salam Ita, ya lah bunyi gigi belaga kot.. hahaha. gurau jer, bunyi dia tak reti nak cakap lah. apa yang pasti dia memang lembut. cubalah ita :D
tun_telani ~
ReplyDeleteDah petang ni br sempat jengah Tun..hihihi. oh ya ker, kak ct pun suka yogurt tapi masih boleh kawal lagi lah..hihi. sebab niat beli tu nak buat sesuatu kena kawal nafsu lah tun..hehehe
en_me ~
ReplyDeleteTr kasih en_me :D
Cheq Sue ~
ReplyDeleteSue, kalau mangga jer suka nantilah kita hidang mangga pintu jer lain kali eh, boleh gitu.. hahaha. jangan marah ahh..nanti kena jual :D
Mieza ~
ReplyDeletemieza, kak ct tak berapa nak makan kek, tapi suka buat kek..hihihi
Mas ~
ReplyDeleteAlah Masss..lewat sangat datang ni, habis dah anak yang last makan tadi..sori eh. mas cuba lah buat pulak :D
Ucu Faridah ~
ReplyDeleteUcu, Mas nak sepotong ucu nak seloyang lagi lah tak dapat nak sediakan.. hehehe. maaflah ya semuanya dah habis masa tengahari tadi. anak2 dah balik sekolah masing2 lapor kan :D
kak ct,
ReplyDeletecomey sgt kek akak tu.... suka2..
nanti2 nurul nak try jgk...:)
Assalam ct, class betul presentations awak nilah!!! macam kat hotel you!!..siap ada titik2 kuning tuha!!..ni memnag kasi orang tergoda bila melihat..lembut dan gebu kek ni nampknya ct!!
ReplyDeleteSalam CT..
ReplyDeletewaduh waduh.. terkesima ku melihat keindahan kek yogurt mangga ni.. bukan saja kek nampak sedap.. tapi presentation tu pun amat memukauuu... terima kasih yg CT sudi berkongsi resepi yg CT dpt dari buku chef liza tu ye... bolehlah kami ni mencuba bila berkesempatan...
wahhhhhh...cantiknyer kek akak....nak try jugek..mintak izin kopipes yer kak CT.terima kasih..
ReplyDeletecntiknyer pic kek tu kak..cm teringin nk capai yg kat skrin tu je :)
ReplyDeleteCT..
ReplyDeletemaklong nak cuba juga buat ni..
tapi satu bahan tak ada yogurt tu.. terpaksa tunda lagi..
Assalamualaikum akak...
ReplyDeletewah!! cantik n menariknya kek tu akak... suka nya diana tgk... sedaaap