Assalamualaikum... bersua kembali dengan menu membuka selera kepada penggemar kerabu. Dah lama sebenarnya CT nak buat kerabu ni, dan buah epal yang CT beli untuk buat kerabu ni dah agak lama tersimpan, jadi sebelum buah tu rosak lebih baik di kerabukan hehe. Masa dah siap kerabu ni, CT curi makan dulu sesudu kerabu ni untuk menghilangkan kecur yang entah dah berapa kali dok telan2 air liur jer semasa membuatnya... hehehe. Memang sedap, selalunya bila lihat resipi kerabu ni, jarang kita jumpa yang letak kerisik. Tapi kali ni CT cuba letak sedikit saje, emmm... memang tak menghampakan sangat sedap. Telan air lur lagi... hahahaha. Sebenarnya resipi ni ada letak daun ketumbar yang dihiris halus. Tapi CT tak ada daun ketumbar, jadi CT tak letak. Dan CT ada olah sedikit dalam resipi ni mana yang tak ada tu CT ganti dengan yang lain. ini pun dah sedap sangat kerabu epal ni. Resipi ni kira dah lama tersimpan dalam celah2 buku resipi lama CT tahun 2002. Apalagi tungguuuuuu.... jom amik nasi kita makan duluuuuuu.. Sediakan tisu kang nak kesan air liur yang meleleh tu... hahaha
Kerabu Epal Hijau
Sumber : Majalah lama
Bahan-Bahan :
1 biji epal hijau
1 biji bwg besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu (CT tambah)
4 biji cili padi - hiris bulat
1 tangkai cili merah - hiris bulat (CT tambah)
lemon juice/ limau nipis / sedikit cuka masak
1/2 sudu teh kerisik
Sedikit nampla (sos ikan) - (CT tambah)
Garam dan gula secukup rasa
Udang kering digoreng - tumbuk kasar
Cara-cara :
1. Hiris buah epal nipis2 dengan kulit2 sekali (jangan sagat) dan rendam dalam air garam untuk mengelakkan dari menjadi lebam.
2. Satukan epal hiris, bawang besar, tomato, cili padi, cili merah, kerisik dalam mangkuk.
3. Masukkan lemon juice / limau nipis / sedikit cuka (jika tiada juice lemon) gaul semua bahan2 dan tabur udang kering.
4. Bubuh sedikit garam dan gula, gaul sebati dan hidang segera.
Salam kak CT!!!!! pagi2 dtg sini mmg sajer nak sakit perut hihihi ni kalau makan kerabu gini dah tak yah toleh2 nasi mesti sekali hadap jerr dok ratah hihihi...
ReplyDeleteoo ada kerisik sekalii... saya biasa buat guna resepi kak hanieliza.. tak de kerisik bagai. tapi mmg best.
ReplyDeleteterliur pulak nampak kerabu kak ct neh...dan dan terkeluar jek air liur.. hehe
ijayuji ~
ReplyDeleteWa'salam ika..hehehe. sakit perut ehh, tak apa rumah kak ct ada 2 toilet kosong gi jer mana2 yang suka... hahahaha.
benda2 macam ni memang sedapnya dok ratah macam tu jer ika. kalau makan dgn nasi..tak rasalah kan.
izahdaut ~
ReplyDeleteIzah..dah leleh ker tu, meh kesat dulu dgn tisu..hihihi. saje jer nak tayang pagi2 kasi kecur...hehehe.
sesuai sekali untuk yg berdiet mcm saya...hehe
ReplyDeleteKak CT.. Ita suka kerabu2 gini.. Kena beli epal dulu la baru leh buat.. Cantik sgt nampak kerabu tu
ReplyDeletekalau maklong yang buat cantik macam CT punya kerabu ni tak..? nanti maklong cuba ye.. thanks sebab share resepi ni..
ReplyDeleteAssalam ct,
ReplyDeletesedapnya nampak kerabu epal awak ni..
kecur betul tau..telan air liur dah berkepul2 ni..huwahahah
salam CT...
ReplyDeletewalllah... memang bikin kecur bila tengok kerabu ni... terus teringatkan nasi panas, ikan bakar & air asam... yumyum...
Salam kak CT...lieza dah cuba resepi kerabu epal hijau nih....sedap la kakkkk...thanks kak for sharing..
ReplyDeleteWatie Rose ~
ReplyDeletesalam watie..eloklah kalau suka kerabu epal ni. saya tak berdiet sebab dah memang kecik pun orang nya.. hihihi
Juwita Jamaludin ~
ReplyDeleteIta, kak ct first time makan pun suka, makan nasi sikit jer, kerabu jer dok meratah lebih. bila tergigit lada padi fuhhh..pijor mulut jap. hehehe
Along Maklong ~
ReplyDeletemaklonggggg... nak buat pertandingan ker tuuu... hehehe. alah maklong ni suka nyakat ct tau. kompom lah maklong punya lagi cunuuuu! nanti mintak sikit tau :DD
Ayu ~
ReplyDeleteAyu...sorilah dear. saje jer dok tayang kerabu tu, nak bagi kecur pada pengenar kerabu. tapi tuan punya kerabu ni pun dah berkepul2 gak telan air liur.. hehehe
MaDiHaA a.k.a Ratna ~
ReplyDeleteWa'saam Ratna..kerabu ni memang buat semua pengunjung akan telan air liur jer kan. Memang sesuailah bila makan kerabu ni jika ada lauk2 sampingan yang sesuai. ct pun bila dengar ikan bakar air asam pun dah telan air liur gak ni Ratna..hihihi
Ezadlieza ~
ReplyDeleteWa'salam Lieza, terima kasih sudi mencuba, sememangnya resipi disini memang ingin dikongsikan pada sesiapa saje yang sudi. Dan terima kasih sudi singgah Dapur CT ya Lieza :D
Kita pun bt kerabu gak..tp kerabu mangga..hehehehe
ReplyDeleteSis-Lin ~
ReplyDeleteLin..tu lagi sedap. ada rasa masam2 manis. beli ker jolok kat rumah Azman. adoiiii..kecur lah pulak citer pasal mangga ni..huhuhu
Assalamualaikum CT,
ReplyDeleteTudiaaaa salad melayu..mengalahkan salad omputih.. nampak sungguh mengiurkan dengan posingnya yg sungguh menyelerakan
Assalamualaikum akak...
ReplyDeletemesti sedap nie tau.. sukanya makan kerabu epal hijau... tapi selama nie x perna lg makan yg ada kerisik nie.. sedaaapnya...
salam CT,sedap2...nampak je dah terliur,nk cuba nanti
ReplyDeleteWattie ~
ReplyDeleteWattie..salad melayu ada epal ehh, bukan letak jambu air ker.. hehehe. Kebiasan ct makan kerabu mangga jer. tapi yang ni baru first time buat kerabu epal. Boleh terima jugalah :D
Diana @ Melley Mey ~
ReplyDeleteWa'salam Diana, kak ct pun first time gak makan kerabu yang letak kerisik ni. Sedap juga lah Diana, cubalah kalau nak rasa perbezaan letak sikit dulu kerisik tu. lain kali kalau sedap baru letak lebih pulak :D
noorsafone ~
ReplyDeleteWa'salam mamanoor.. memang sedap. walau dah habis menu ni, terpandang jer gambar kerabu ni, mesti nak telan2 airliur.. hihihi
cubalah Mama :D