Assalamualaikum.... Salam pagi Isnin buat semua. Kembali bersiaran dihari pertama diminggu kelima bulan Jun. Bagaimana cuti hujung minggu yang lepas? Seronok tak? CT boleh dikatakan seronok dalam tak seronok. Seronok sebab semalam dapat 'membeli-belah' di kedai bekalan bakeri iaitu di Bagus Shah Alam. Memang jarang dapat ke sini sebab jauh sangat dari rumah CT, jadi bila my laling offer nak hantar ke sana semalam, seronok lah CT di samping dapat juga membeli barang basah di Pasar Tani Mega di sebelah Stadium Melawati Shah Alam tu. Itu part seronoknya. Yang tak seronoknya, CT keluar rumah dalam pukul 7-30 pagi sebab jangka dapat sampai di sana dalam pukul 8-00. Tapiiii.. boleh pulak semalam ada KL Marathon dan hampir semua jalanraya di KL di tutup! habis rosak rancangan CT sebab terperangkap dalam kesesakan lebih 1 jam! Oleh kerana tekad juga nak pergi akhirnya selepas berpusing2 mengelak jem, kami ikut laluan jauh melalui Jalan Sungai Besi dan selamat juga sampai kat sana tapi jam masa tu dah hampir pukul 10 dan matahari dah mula terik. Terbantut nak berlama2 kat pasar tani sebab bahang yang panas, akhirnya cuma beli apa yang patut jer dan cepat2 bergegas ke Giant dan selepas tu terus pula ke Bagus. Aduhai, frust betul! Nasib baiklah mood datang semula setelah masuk ke Bagus.. huhuhu.
Okeylah, cukup dah CT membebel panjang lebar pasal kekecewaan semalam, jom kita balik pada resipi kuih lompang ni, dulu CT dah pernah buat dah. Yang mula2 tu berkaler2 meriah sikit, tapi yang ni buat dua kaler jer, sebab marah semalam tak habis lagi hihihi. Resipi yang sama juga iaitu dari MyResipi, dan CT letakkan sekali lagi untuk teman2 yang ingin mencubanya :D
Kuih Lompang
Resipi : MyResipi
Bahan-bahan: ( 40 biji )
2 1/2 cawan Tepung Beras
1/2 cawan Tepung Sagu
1 cawan Gula
1 sudu teh Air Mawar (CT tak letak)
4 cawan Air (2 cawan air campur dengan tepung / 2 cawan air masak dengan gula)
Daun Pandan - disimpulCara-cara:
1. Satukan Tepung Beras dan Tepung Sagu - diayak
2. Lalu, gaulkan bersama 2 cawan air. ketepikan.
3. Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.
4. Tuangkan air gula kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
5. Masukkan sedikit Air Mawar (CT tak letak) Gaul rata. Asingkan kepada 2 - 3 mangkuk. Lalu warnakan dengan warna kegemaran anda.
6. Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan yang disapu sedikit minyak di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5 minit.
7. Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.8. Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan. Selamat mencuba..
Assalam Kak CT..wah best tu shopping. kuih lompang tu menarik la suka colour tu...sedapnya lama dh tak buat ni...:)
ReplyDeletect .. kak ilah buat juga lompang ni tapi lubang dia tak cantik laa tak comel mcm lompang ct. nie yg jeles nie..niezaakak pun sama lama dah tak buat lompang ni sbb frust lubang tak jadi..huhuu
ReplyDeletesmlm kak p cabaran daisy tercari2 ct kot2 jumpa di setiawangsa..mana tauuu
salam CT, cantik lesung pipit lompang ni... kaler pun cantik!
ReplyDeletesoping kat bagus ya, mesti banyak borong ni, maklumlah nak raya... kat blakang dia tu ada Bake with Yen pulak..kalau kak rose g mesti singgah dua2 tu. belinya entah!
Salam kak CT!!!!!! uuuuwaaaaaaaa...nak jugak kuih lompang akak!!!! cantekkkkk kejadiannyer! kita suke!!! nak buat tp alahaiiiii acu lompang kita cuma tinggal 2 jerrr hihihi.... akak sihat? lama tak jalan2 niii winduuuuuuu sgtttt!!!!! :-)
ReplyDeleteAssalamualaikum K.CT,
ReplyDeletecute je lesung pipit tu..suka yatie tngk..warna kuning dngn coklat mmng gabungan yg menarik....geram je tngk, kalau depan mata ni..hai dah kena NGAPPPP jek...
Nieza ~
ReplyDeleteWa'salam Nieza. lama dah kak ct tak shopping barang2 baking ni nieza. bila dapat peluang apa lagi sakan gak ler memborong ya..hihihi
family kak ct memang suka kuih lompang ni. tambah2 kalau dapat buat yang ada goyang2 inu tu lagi lah laju jer habis nya..hihihi
ilahjy ~
ReplyDeleteKak ilah, selalunya ct akan bubuh adunan tu tak penuh sangat kak. bila dah kukus tu dia akan basah sikit. kita bukak lah tudung kukus tu sekejap jangan angkat terus. nanti dia kering sikit dan ada lekuk macam tu.
Kak Rose ~
ReplyDeleteWa'salam kak rose.. hihihi. mula2 tu ingat nak gi kat Tmn Melawati jer. taoi Hb offer nak gi kat shah alam papa lagi berdezuppp lah ct siap2 hahaha.
kak rose ct memang tak tahu belakang dia ada BWY tu. memang ketinggalan zaman betul lah kan. lain kali ct mesti nak singgah jugalah :D
ijayuji ~
ReplyDeleteWa'salam Ika. lorrr..mana peginya acuan lompang tu sampai tinggal 2 jer. ni mesti tikus bawak lari eh..hehehe.
Alhamdulillah...kak ct sihat2 selalu. tr kasih ika bertanya khabar. harap ika dan family sihat juga ya :)
Yatie ~
ReplyDeleteWa'salam yatie. malu lah dengan yatei..hihi. kak ct tak berapa pandai buat2 lagi kuih talam, kak ct nak belajar dgn yatie jer nanti. suka bila tengok hasil dr yatie tu :D
ermmm....cantiknya lompang goyang2 lagi sure sedap nih... teringin nk buat lah...
ReplyDeleteSalam kak CT
ReplyDeletekita suka kuih lompang ni..kenyal2 dia gigit bersama kelapa parut..heaven arr...
assalamualaikum kak CT - apa optionlain utk tpng sagu? tpng ubi blh ke?
ReplyDeletekak ct...mas pun lewat gak ke pasar tani tau...dalam pukul 10 gak kat sana.....nape tak jumpa akak..hu..hu..
ReplyDeletebagus tu pun memang mas selalu pergi...besar kan kedainya....
memang selalu ke sana...
cuma semalam jerk mas tak gi....
memang tak de jodoh kita nak berjumpa..
wahhh..lompang tu...
sedappnya tengok...
cantik berlubang...
kak CT!!! nak sikit! =0).
ReplyDeleteGee ~
ReplyDeleteYa yang goyang2 inul tu yang lagi sedap Gee. ct suka kuih lompang ni, kalau buat mesti ada yang tak cukup nak makan..hihihi
Yat Maria ~
ReplyDeleteWa'salam Yatt. kita duk bejiran nak tak yat..hahaha. boleh tukaq2 menu ari2. kot2 kak ct malas nak masak dtg jer umah yatt bawak pinggan kosong.. hahaha
kuih lompang ni semua suka kan, Yatt kalau buat lagi ler cun melecun kannnn :D
mala ~
ReplyDeleteWa'salam Mala, ya tepung sagu ni samalah dengan tepung ubi. boleh digunakan ya. selamat mencuba ya mala :D
Salam CT..
ReplyDeletecantik kuih lompang tuh ada lesung pipit... suka2 :P
Mas ~
ReplyDeleteMassss...ya ker. alahai..kak ct lama juga kat pasar tani tu. sempatlah beli barang basah pastu lepak2 makan nasi lemak dan baru jalan2 sekejap. Hb lak ajak balik awal sebab panas kan time tu. terus lepak kat giant baru ker Bagus tu. Kenapa mas tak gi Bagus kalau tak boleh laga2 pipi dan montot.. hahaha
Buat lah mas kuih lompang tu, mas kan rajin memasak :D
Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi ~
ReplyDeleteNurullll...mana lama tak namapk kat Dapur CT. sihat ker..?
Mama Hawa/Mama Nani ~
ReplyDeleteWa'salam MamaHawa. Buat lah Ma sedap ni, ct buat pun macam tak cukup jer masuk mulut tu..hihihi. kena pulak kalau kena kelapa parut yang segar gerenti tambah sedap kan :D
Ct....cutenye lompang dan warnanya yang nampak mengoda. Suka makam lompang yang kenyal dan kelapa muda yang di parut halus ahhhh best nya dapat makan pagi hari.
ReplyDeletecantiknyer kuih lompang akak.. tun dpt imagine stress duk dlm traffic-jam.. sejam lebih tuu.. kalau hasben tun mmg abih bad mood ntah2 xjadi nk hantar gi shopping. hehe.. bagus jugak tercampak kt bintulu nii, tol xde, jam pun jarang.. hehe
ReplyDeleteakak nak siket...nak wat buka kang
ReplyDeletecantik lah CT... lubangnya pun comel kuih pun comel warna pun comel.. lagi2 dgn pic yg makin2 comel... semua comel lah CT macam tuannya jugak comel aje... :))
ReplyDeleteSalam Ct..cantik je color lompang tu..berlubang ditengah..macam lesung dipipi CT...hehe...mesti cuba ni...wah seronok semalam ya g shoppinh kt Bagus..kedai yg Kak Noor suka juga nk pergi..
ReplyDeleteas-salam kat ct
ReplyDeletecantik warna lompangnye kak ct..dah lama tak makan kuih ni..mesti ady nak cuba buat kuih lompang ni..
assalam ct,
ReplyDeletesekali pandang terus terpikat dgn pilihan warna kuih tu....mmg sgt cantik.....cantik sangattttt!
Kak CT..
ReplyDeleteMenjadi la lompang akak.. Tengah2 dia berlubang.. Naz kekadang buat tak jadi tengah dia tu berlubang.. Rasa ok..
noor ~
ReplyDeleteselalunya kuih lompang ni bila ct nak makan barulah buat. anak2 dgn Hb tak request pun noor. ikut tekak ct lah..hihihi. memang sedap noor kalau dapat makan lompang dgn kelapa yang segar dan fresh kan.
tun_telani ~
ReplyDeletebetul tu Tun, memang stress tau kalau kena jammed macam tu. tambah2 lagi Hb yang drive tu. kak ct cuma duduk kat sebelah jer, taklah rasa sangat..hihihi. tapi sesekali mengeluh gak lah sebab naik kebas montot kan.. hahaha
sue ~
ReplyDeletealahhh..dah habis lah nak tunggu sampai petang ni sue. pi godek jap, senang jer tu :D
siannya pose ya, sorilah menduga iman ni..hihi
Azlita Aziz ~
ReplyDeleteHahahaha... ita, semuanya comel ehh.. bila dah masuk dalam perut hilang dah ke'comelan'nya hihihi. ada2 jer ita ni eh :D
noorsafone ~
ReplyDeleteWa'salam Kak Noor, ct memang suka kak bila shopping kat shah alam tu. makin besar dah sekarang kan. bila masuk situ semuanya macam nak sambar jer.. hihihi
alah kak noor, ct tak ada lesung pipit lah, lesung batu adalah.. hahaha
ady ~
ReplyDeleteWa'salam ady, meh cuba buat lompang ni, memang sedap kenyal2 kalau digigit tambah sedap kalau digolek2 dgn kelapa parut tu :D
Amie ~
ReplyDeleteWa'salam amie, pasal lubang lompang tu, kadang2 ct buat ada gak yang tak menjadi. tapi tak semualah, adalah 3-4 yang tak der lobang nya. yang lain semuanya okey jer :D
cubalah amie, jangan putus asa :D
Naz ~
ReplyDeleteTak apalah kalau tak ada lubang Naz, asal menjadi kuih lompang ya..hihihi. yang penting sedap, bila makan habis kan :D
ct....kak ilah dah cuba ptg niii tak jadi laaa lesung pipit dia..mungkin air gula tu masih panas kak masukan dlm tepung kot..?ce jawab sat? ct guna yg dah sejuk ker???
ReplyDeleteilahjy ~
ReplyDeleteKak ilah, ct guna air gula yang dah disejukkan sikit kak, suam2 kuku gitu. Tapi masa kukus tu ct lebih kan sikit dalam 22 minit lah gitu. jangan terus angkat, tapi biarkan sekejap penutup kukus tu terbuka agak2 dalam 1 minit tu baru kak ilah angkat. cubalah ya ct buat macam tu jer kak. selamat mencuba ya :D
salam kak Ct syoknya jalan2 ke kedai bahan2 kek.. mesti rambang matakan.. kalau ita semua nak amik rasanya.. hihihihi lawa lompang akak colour2 lagi
ReplyDeleteAssalamualaikum akak..
ReplyDeletecantiknya kuih lompang tu akak... diana x perna lg buat sendiri kuih nie.. cantik ... suka tgk