Sunday, June 19, 2011

Minyak Jagung Daisy - Rahsia Chef Liza



Assalamualaikum. Lanjutan dari entri CT tentang Cabaran Daisy 2011 bersama Kosmo, CT tertanya-tanya, ada tak antara teman2 blogger masak-memasak yang menyertai cabaran tersebut? CT harap jika ada teman2 blogger yang CT kenal turut serta dalam cabaran tersebut, CT harap dan berdoa supaya mereka menang. Maklumlah, kebanyakan dari blogger masak-memasak yang CT kenal, semuanya dah handal2 dan pakar dalam membuat biskut dan kek. Pelbagai resepi biskut dan terutamanya kek yang dah dicuba, jadi pasti kreativiti masing2 sedikit sebanyak dah semakin tajam dan terserlah untuk ditonjolkan dalam cabaran macam tu.

Cuma kelainan yang diperlukan dalam cabaran ni adalah penggunaan minyak jagung. Dan oleh kerana cabaran ni dikelolakan oleh Daisy, semestinya perlu menggunakan Minyak Jagung Daisy. Serius, sebelum ni CT tak tahupun yang minyak jagung boleh digunakan dalam membuat kek. Tapi selepas mengikuti majlis perasmian dan sidang akhbar cabaran tersebut, chef Liza Zainol berkongsi rahsia yang beliau menggunakan minyak jagung Daisy yang dikatakan mengandungi Soft-POLY iaitu agen pelembut yang diekstrak dari isi jagung yang hanya boleh didapati dalam Minyak Jagung Daisy untuk menggantikan penggunakan butter. Bagi CT yang dah biasa menggunakan butter, CT rasa agak canggung mendengarnya dan agak tidak percaya pada mulanya. Tapi bila dah sama2 mengikuti bengkel memasak 1 resepi biskut dan 1 resepi kek dalam majlis tersebut menggunakan minyak jagung Daisy bersama chef Liza, barulah CT percaya pada kenyataan beliau. Ternyata penggunaan minyak jagung Daisy yang chef Liza promosikan dalam resepi kek dan biskut beliau menjadikan kek tersebut menjadi lebih halus, lembut dan lembap manakala biskut pula menjadi lebih gebu, ringan dan seperti tag line chef Liza, Cair di Mulut ! hehehe. Masa biskut dan kek belum siap, CT rasa ragu2 juga pada mulanya tapi bila dah siap dan kami semua sama2 merasanya, barulah CT percaya.

Bila ada kesempatan nanti, CT akan kongsikan dua resepi yang dipelajari semasa bengkel tersebut yang menggunakan minyak Jagung Daisy iaitu Biskut Samprit dan Kek Yogurt Mangga. Memang betul2 sedap kedua-dua resepi ni. Sementara tu, sampai jumpa lagi :)

6 comments:

  1. salam CT..terimakasih kerana selalu berkongsi rahsia memasak, tidak lokek ilmu

    ReplyDelete
  2. Ct..
    Salam.. kat rumah maklong mesti ada minyak ni.. selalunya untuk menumis masakkan.. kkadang je buat kek or biskut.. katanya kurang kolestrol.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Ye ke? Patutlah saya pernah dulu ada resepi biskut yang guna minyak jagung ni. Biskut tu gebu dan ringan jer...

    Thanks for the tips ;)

    ReplyDelete
  4. kak ct kita tunggu ni. nak tahu gak. hehehe guna butter pun tak pas lagi ada hati nak cuba yang lain pulak. Sian kat kita ni. Lambat n .....

    ReplyDelete
  5. Kak CT nanti jgn lupa share resepinya.. Thanks for the info..:)

    ReplyDelete
  6. Tahniah sekali lg k'CT..sini pulak ye..teruskan kak
    Ida selaunya camput t.jagung sikit dlm kek..utk kek lebih gebu, buh minyak jagung lum lagi sbb sini susah nk dpt minyak tu..tunggu balik m'sia jer la..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...