Assalamualaikum... Salam mesra dari CT untuk teman2 yang setia ke DDCT. Alhamdulillah... hari ni CT dah kembali bersiaran seperti biasa. Kita tutup buku tentang cerita interframe tu semua ye. Dan untuk mengejar kembali masa yang dah tertinggal selama tiga hari yang lalu, kita terus saja ke resepi hari ini iaitu resipi sup yang simple ni. CT suka buat sup macam ni sebab CT suka menghirup supnya dan lepas supnya dah kering, CT ratah isinya pula hihihi. Sambil dok melayan rancangan kegemaran CT di ASTRO iaitu Food Network Asia tu, dalam tak sedar semangkuk dah habis CT layan. Lebih-lebih lagi bila kat rancangan tu ada si jelita Giada At Home yang sering tersenyum bila memasak, lagilah CT melekat kat depan TV. CT memang suka kat dia sebab senyuman Giada tu manis memikat ditambah pula dengan saiznya yang kecik molek macam CT ni. Aduh.. Terlebih sudah..hahaha. Jauh pulak menyimpang Che CT ni kan hehehe. Okeylah, jomlah kita intai terus resepi yang tak berapa nak special ni, senang je nak masak dan cepat je dah siap. :D
Sup Tauhu Jepun Dan Cendawan
Resipi : Che CT
Bahan-bahan :
2 biji kentang - potong bulat (CT potong berbentuk supaya nampak cantik :D)
Soo hoon - direndam hingga lembut
Tauhu kering - direndam dan potong kecil2
1/2 kiub pati ayam Maggi
4 keping cendawan black fungus - cuci bersih dan potong2
3 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - racik halus2
1/2 inci halia - racik halus2
1/2 camca teh lada hitam serbuk
1 paket tauhu jepun - keluarkan dari plastik dan rendam anggaran 15 minit dalam air panas. Dan toskan.
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum.
2. Masukkan air dan kentang. Masak sampai mendidih hingga kentang empuk.
3. Tambah kiub ayam. Masukkan pula cendawan dan tauhu jepun yang dipotong bulat2. Setelah mendidih, tambah soo hoon, tauhu kering, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
4. Jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
5. Taburkan daun sup/bawang sebelum dihidang.
Singgah pepagi dapur kak CT nk hirup sup ni...sedap mkn panas2 ni...
ReplyDeleteSalam kak tentu sedap mkn sup ni panas2 tak sedar semangkuk ye..:)
ReplyDeleteCT ita nak tumpang hirup sup sekali lah...
ReplyDeletesruuuupppppp...... sedapnya CT
boleh tambah lagi tak????
mintak sikit nak tapaw bawak balik...
ita mmg suka tauhu jepun yg lembik2 tu...
Kak CT,Sesekali hirup sup2 camni,mmg sedap sgt kan..TAUHU JEPUN MMG SEDAP..Rajin akak potong kentang comey2 gitu..
ReplyDeleteakak..nak semangkuk sup tu...'
ReplyDeletesedappnya tengok...
Sup tauhu dan cendawan memang sedap tu...
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletekak ct.. tauhu jepun tu yang licin bulat tu ye.. oo tu tauhu jepun.. sedap aa nampak sop. menghirup sambbil tengok tv ek.. hehee
CT....diet ke? akak suka sgt tauhu jepun, sedap..
ReplyDeleteuik cik CT...mintak sikit sup boleh...sedap nyer tauhu jepun tu gegar2 jer kan...
ReplyDeletesedap tu dapat hirup panas panas.Ct ...kita pun minat dgn si Gaida dan erefoot contessa bestkan dapat idea nak plan masak siap dengan pemanis mulut.
ReplyDeleteOwh my!! This is truly healthy...slurppppp!!! :D
ReplyDeletesalam kak ct
ReplyDeletesedap sup tauhu jepun , pebret saya sefamili tp kalau saya mesti nak goreng dulu tauhu tu baru campak dlm sup hihi
Ida,Japan
ReplyDeleteSelalunya sup2macam ni memang membuka selera ida. nak2 kalau masa panas2 sambil layan citer korea kat TV..memang bertambah 2 mangkuk lah gayanya.. hahaha
Juwita Jamaludin ~
ReplyDeleteWa'salam Ita, rasanya bukan semangkuk kot, bertambah lagi semangkuk itu pun kalau sedar masa makan, kalau tak sedar tup2 tengok dalam periuk dah habis.. hehehe
Azlita Aziz
ReplyDeleteBoleh jer, meh2 datang sini kita hirup berdua2an jer ita...hihihi. Tapi maaf lah dah habis dah kalau nak menambah pun... hihihi
Zaliedana ~
ReplyDeleteCT, kak ct tak potong lah yang kentang tu, dok terap denagn acuan cepat dan senang.yang baki2 tu oter sikit masukkan sekali boleh guna gak kan.. hihihi. Tauhu jepun ni memang kak ct suka tau CT, sedap :D
Mas ~
ReplyDeleteDah habis, pi masuk dapur mas masak jap. pas tu hantar kat kak ct semangkuk gak.. hihihihi
hazila ~
ReplyDeleteBetul2.. memang gambungan yang ideal kan zila. ibarat makan nasi mesti nak ada ikannnya..hihihi. Macam nak masak lagi terasa2 kat tekak dah ni... hihi
izahdaut ~
ReplyDeleteWa'salam Izah, ya yang itulah tauhu jepun, ni mesti tak pernah makan ni eh..hihihi. dulu kak ct memang tak pernah makan dan masak izah. Tapi bila sekali dah mencuba sering kali pulak nak makan. kalau buat sup macam ni memang sedap cubalah.
zanafahmi ~
ReplyDeletehehehe.. CT tak pernah diet pun, memang suka makan benda2 lauk macam ni sesuai kat tekak gitu zana :D
Gee ~
ReplyDeleteGegar inul CT panggil kalau begetar2 gini....hihihi. selalunya kalau nak masak ct pastikan ct rendam dulu dalam air panas. jadi bila nak masak tu tak berapa nak hancur lah.
Noor ~
ReplyDeleteOh suka gak denagn si Giada cantik manis tu ya. ada geng juga lah ni...hihihi. Betul tu kadang2 bila tengok dia masak, ct akan ubah2 sikit ikut kitalah kan :D
LOVE2COOK ~
ReplyDeleteLove, memang ini menu yang sihat, tapi anak2 kak ct tak suka lah yang cendawan tu.
Jiejah @ Iza ~
ReplyDeleteWa'salam Iza, boleh gak kalau nak goreng dulu. tapi kak ct inginkan rasa dia yang asli, jadi kak ct tak goreng dulu. kecuali kalau nak goreng denagn sayur baru kak ct akan goreng tauhu telur tu :D
Salam Kak CT
ReplyDeleteishhh akka...akak masak apapun berselra kita tgk!! sup cam ni kita suka..tapi mesti ada side kick sambal blachan :) tu kalo makan 3 pinggan agaknya..hehe
Yat Maria ~
ReplyDeleteYatt.. nanti kak ct buatkan lagi ada sambal belachan lagi, tapi kena tukar dengan milk jello tu tau..hihihi. lebih2 sikit bawak eh :D
kak ct, suka banget sup tauhu jepun tu...tauhu yg lembut tu memang tak jemu mkn..sib baik kat sini ada jual kalau tak maunya terliur ni..hehe
ReplyDeleteKak CT, di sini cuaca x menentu.. Tiba2 jer kekadang tu hujan lebat mencurah2... Dpt sup ni yg tgh suam2 tu best ni..
ReplyDeletesalam. mohon share resepi sup tofu ni. nampak sedap
ReplyDelete