Friday, June 24, 2011

Udang Rimau & Telur Puyuh Cili Madu 3




Assalamualaikum... salam mersa untuk semua teman2 CT. Sekejap saje rasanya dah sampai hari Jumaat. Macam baru semalam je Senin hehe. Terasa pantas sungguh masa berlalu sekarang ni kan. Kalau dulu zaman kita kecik2 (zaman masa CT kat kampung dulu) terasa lambat sangat masa berlalu. Nak sangat cepat besar, supaya lepas tu terus keja dan bila dah keje bolehlah kahwin. Tup-tup sekarang dah kahwin rupanya hahaha.

Sebelum jauh lagi CT dok celoteh, CT nak minta maaf pada teman2 semua, sebab CT jarang dapat blogwalking sekarang ni. Maaflah ya bukan disengajakan, Sebabnya bila dah nak hampir hujung2 bulan, broadband CT biasanya dah sampai limit penggunaan 5GB. Bila jadi macam tu, kelajuan loading dah jadi slow. Kekadang sampai tension nak tunggu lama sangat loading. Tapi ada masanya kadang2 dia okey sikit, dan bila okey macam tu CT terus jer blogwalk tinggal jejak kat blog teman2 serta balas semua komen2 di blog sendiri.

Berbalik kepada resipi CT kali ni, resipi nun jauh dari negara Brunei Darussalam iaitu dari KakMon @ Nina Suria. Memang lama betul CT tak dengar khabar KakMon ni. Malam semalam sempatlah CT meronda2 dan terjumpa resipi Udang Rimau Cili Madu 3. Tapi CT dah tambah telur puyoh kat dalam ni, jadi ada tambahan sikit lah kat nama asalnya. Tak tahu kenapa KakMon bagi nama resipi udang ni ada madu 3. Mungkin letak sukatan madu tu 3 sudu besar lah kot... hehehe. ".. Kesian pulak kat udang tu kena madu sampai 3... hahaha". Apa2 lah asal menu sedap dan menepati citarasa CT sekeluarga. CT tak ada udang rimau, jadi CT ganti udang kapas jer. Dah cari udang rimau tapi tak jumpa pun, mungkin RIMAUnya tu dah lari masuk hutan kot.. hahahaha. Terima kasih untuk KakMon diatas resipi yang sedap ni. Lain kali CT dok baca lagi coretan KakMon sampai habis ya...


Udang Rimau & Telur Puyuh Cili Madu 3
Sumber : KakMon @ Nina Suria

Bahan-bahan :
1 kilogram Udang Harimau (CT guna udang kapas)
15 biji telur puyoh - rebus dan bersihkan (CT tambah)

Kisar kasar :
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
5 biji lada hidup (cili merah)
1 biji buah pala

Sos :
3 sudu besar sos cili Nasi Ayam Thailand (CT ganti sos tomato 2 sudu besar)
3 sudu besar sos cili Lingham (CT guna sos cili maggi)
5 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tiram

3 sudu makan madu
2 biji jus limau nipis (CT ganti jus asam jawa)
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara :
1. Tumis bahan kisar kasar hingga garing. (CT kisar halus)
2. Masukkan bahan2 sos. Masak lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan udang harimau, telor puyoh, madu, jus limau nipis dan garam. Masak anggaran 5 minit.
4. Angkat dan taburkan daun sadri.
5. Hidangkan sementara panas.




18 comments:

  1. Salam kak.. Nsmpak warna dah tahu sedap menu ni tambah mkn dgb nasi lemak panas2 atas daun pisang.. Terangkat

    ReplyDelete
  2. wahh.. kaka CT.. kaler dia mengancam jiwa dan raga laa.. tun paham perasaan broadband jd cam siput tu.. huhu

    ReplyDelete
  3. kak CT...tok sah kata broadband, ni haaa line tenet sini pun mcm siput gakk...jenuh gak nk loading sini, sgt bersabar tadi....Madu 3 tak mo, udang rimau tu nak..cam nk terkam pi ambik jer, really tempting!!

    ReplyDelete
  4. k.ct,

    sedapnya udang goreng cili macam tu. udang ada dalam peti, tapi malasnya rasa nak masak. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Salam Kak CT

    akak, kita suka tgk sambal yg akak masak..warna dia sgtlah menyelerakan...ni wat makan ngan nasik sedap..wat cicah ngan roti canai pon power gedemak punya :)

    ReplyDelete
  6. assalam ct,
    bab udang rimau ni...amie suka tang isinya yg agak keras sikit, tapi udang jenis ni ada sekali-sekala je di pasaran, orang kata udang rimau laut lebih sedap, harganya 2x ganda rimau sangkar, tah le... amie main taram je, sangkar ke,laut ke...asal udang rimau memang tak tolak...

    ReplyDelete
  7. salam CT, pagi2 tayang sambal udang madu 3 kakmOn nih...adeeiii...nasib baik akak dah penah masak dah...tp x igt rasa dah la, tp yang taunya..mmg sedap, kan..kan...hehe, mintak semangkuk utk lunch nnt...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kak ct..
    loor kak ct amik streamyx je la laju..boleh kite merempit. hehhee..
    eh ni dah bawak nasi kosong nak makan umah akak ni. lauk sedap gini memang tak berapa nak malu menengoknya tu.. hehehe

    ReplyDelete
  9. mas pun nak tumpang makan sini gak....
    sedapnya tengok lauk tu...

    ReplyDelete
  10. Salam CT..

    alhamdulillah maklong pagi ni tak ada masaalah menerjah ke blog CT.. gambar yang mengancam semua nampak terang lagi bersuluh..

    kalau hari2 macam ni kan best.. walau apa pun sambal CT nampak mengancam.. maklong dah banyak kali terintai2 udang.. tapi bila teringat paklong tak berapa nak makan udang maklong tak jadi beli.. huhu.. sakit kaki katanya..

    ReplyDelete
  11. alangkah bahagianya hidup kalau selalu dihidangkan udang besar2 yg dh dikopek kulitnya mcm ni... kalau kt sabah ni, seafood jela yg jd makanan harian...sbb itu yg paling murah...nk beli ayam @ daging, mahal pulak..susah nk dpt pulak tu..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum K.CT,
    mmng sedap menu udang ni...kalau kat umah ni mmng antu udang..masaklah apa2, mmng laku punya...

    ReplyDelete
  13. Btol2..terase cepat je mase berlalu kan..cuti sbtu ahad pon rse kejap je hbis nnt..sob2..
    Cantik je warne sambal kak Ct ni..Kalo sye msk tak pernah nak jadi warne mcm ni..hehe

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum akak ct cayang..
    akak... sedapnya udang tu akak... nie tgk pun dah sedap nie.. kalau makan lagiiiii ler berganda2 sedapnya nie kan akak...

    ReplyDelete
  15. salam weekend kk ct
    wah nama recipe very D kontrovesi kak!! hehe nway beshh ni...!! tq kak:))

    ReplyDelete
  16. gambar yang cantik buat sambal udang tu nampak meletop!best!saya suka tengok

    ReplyDelete
  17. Assalam kak CT,uii menggodanyer sambal yg merah tuh..Dah la da udangn telur puyuh lak,mkn ngan nasi lemak mmg terangkat nih..Tadi g umah love pon dah terliur,hehe..

    ReplyDelete
  18. Thank tou thank you...masak untuk sahur esok

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...