Assalamualaikum dan salam sayang dipagi Jumaat yang mulia untuk semua. Semoga kemuliaan hari ini membawa bersamanya keceriaan untuk kita disepanjang hari ini ye. Resipi CT hari ni, amat simple, sebab ada masa kadang2 kita agak kering idea. Maklum ajelah, masak bukan setakat untuk juadah sekeluarga malah untuk tontonan umum.. tu yang kering idea tu hehehe. Bila dah jadi macam ni, itu yang terus selongkar almari @ 'gerobok' dapur (panggilan orang Johor) dan terjumpalah pulak 3 bungkus agar2 serbuk. Dah dapat bahannya, kena pulak cari idea nak buat agar2 apa. Tu yang jadi agar2 susu berlapis ni.. hehehe.Tapi bila dah siap, rasa macam tak cukup pulak adunan susu tu, ah.. tak apalah, bukan nak masuk pertandingan memasak pun kan. Nak bagi family makan, yang penting buat dengan ikhlas (jawapan nak cover diri hehehe).
Bila dah siap agar2 tu dimekapkan dan lepas ambik gambar nampak macam tak berseri pulak gambar tu. Mungkin disebabkan apa yang CT cakap 3 hari yang lepas iaitu CT inginkan pembaharuan dalam gambar CT. Inilah hasilnya gambar yang CT ambik sebelum tu. Bila my laling balik keje, CT mintak laling CT tunjukkan contoh bagaimana nak hasilkan gambar yang nampak berbeza dengan pencahayaan yang kreatif macam yang CT nak. Dan akhirnya my laling tolong shootkan gambar menu kali ni untuk berikan CT idea dan untuk dijadikan sebagai panduan bila CT nak shoot dengan pembaharuan yang CT nakkan tu dilain kali... hehehe. Thank you my laling. Serius, CT suka dengan hasilnya, tapi masa CT tengok my laling setkan setting kat kamera, settingkan lightingnya, dan props nya bagai.. huhuhu susah dan lecehnyaaaaa.. Tapi takperlah, pelan2 CT akan cuba buat 'try and error' dulu.. Tak jadi nanti, boleh mintak my laling shootkan lagi, mintak tunjuk sampai CT pandai hehehe. Okeylah, kita semak resepi dulu ye..
Agar-Agar Susu Berlapis
Resipi Che CT
Bahan Lapisan Susu :
10 gm agar-agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan susu sejat Ideal/Carnation
Beberapa titis esen vanila
Cara-Cara :
1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.
4. Dengan perlahan-lahan, tuangkan dalam loyang atau acuan yang digemari. Sejukkan sebentar.
Bahan Agar2 Berwarna
10 gm agar-agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula
Pewarna makanan yang disukai
Cara-Cara :
1. Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan kacau perlahan hingga gula larut. Asingkan 2 1/2 cawan dan masukkan sedikit saje pewarna pink dan kacau rata. Tapis dan ketepikan.
2. Tuangkan agar agar selebihnya ke dalam mangkuk kecil2 yang dibahagi kepada 3 bahagian dan letak pewarna. Biarkan beku (CT letak atas ais kiub biar cepat beku) Dan bila sudah beku potong kecik2.
3. Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan susu dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan agar2 pink dan dimasukkan agar2 warna warni tadi. Jangan sampai terlalu keras adunan susu tadi, agak2 keras sedikit saje. (buat dengan cepat takut agar2 susu akan cepat beku).
4. Bila adunan agar2 pink dah hampir keras letakkan lagi baki agar2 susu tadi. Bekukan dan boleh dimasukkan dalam peti ais. Hidang semasa sejuk.
* Nota * Bila lebihan agar2 susu seakan nak pekat, bolehlah tenggekkan lagi atas api sebentar.
salam ct,
ReplyDeletecunnya agar-agar tu. Tangan yang cun yang boleh buat macam tu. Bak mai rasa seketul!!
waaaa.... pagi2 dah nampak agar2..
ReplyDeletesejuk aje rasa...
cunnya gambar CT dah terasa2 macam suasana hari raya..
alahai dah mula lah teringat kampong..
cantik sgt,mcm ada cahaya dlm jelly! :)
ReplyDeletecantik...dah nampak lain setting gambar...
ReplyDeleteassalam kak CT...cantik menawan la agar2 lapis kat CT ni, presentation tu, tok sah citer arr cam 5* hotel gitew..
ReplyDeletekak CT!!! =0).
ReplyDeletecantik nya hasil gmbr. thumb's up! =0).
cantik sgt2....kak CT ada guna speedlight ker masa tangkap gmbr ni? gmbr nie betul2 bagi inspirasi buat saya yg sedang bljr snap2 gmbr indoor..
Salam kakCt yg cun melecun...wahhh pg2 jumaat ni ramai yg buat puding lahhh tetarik cam suruh buat juga...prop akk cun siap ada lilin lg...sukanya negok....yg penting agar-agar tu sdp sagat cam nak rasa je yg 3 potong dlm piring tu
ReplyDeletewow..!! cantiknya gambar agar2 ni Ct.. rasanya pun pasti sedap kan..
ReplyDeletenasib baik tak meleleh air liur maklong ni.. sebab dah kenyang makan mihun goreng.. hehehe..
Alahai...comey plus plus dah tu CT... sedap pulak tu... a big clap to CT...yeayyyy!!
ReplyDeleteMemang terbaik. Jeles tengok gambor yang canti2 cam gini.
ReplyDeletesekali pandang macam puding diamond la kak ct... cantik sungguh...kalau dapat ni kena pandang puas2 dulu baru ngap! :)
ReplyDeletecantiknya ct..eh!cantiknya puding tu ct..hehe..
ReplyDeletenampak macam ada kaca bila di buat cenggitu..
nak tau rasa kena buat kan?..angkut bawak balik ah resepinya..
Salam pagi Jumaat CT....
ReplyDeleteBz ke tu...wow! tepegun kejap tgk agar2 lapis CT ni...kemas hasil kejadiannya....ni kalau makan ....emmmm....nyaman je menelannya...sejuk terasa masuk kat tekak....kalau hari panas2 dpt mkn ni emmm...nyum2 yummyyyyy....:)
Salam kak CT!!! waahhhh! mmg cunnnn! pastu gmbr pun cun! ala2 earth hour ya kak CT? hihihi... kak ita kata mcm suasana raya pulak ya balikk kampunggg!!!! ahahaha... apa pun pudingmuuuu menawan kalbuuuuuuuuuuu...
ReplyDeleteIbundo ~
ReplyDeleteWa'salam ibundo, itulah hasil tangan yang masih keras ni. masih nampak tidak setabilannya tu..hihihi
Azlita Aziz ~
ReplyDeleteIta tu mesti nampak cahaya liln tu, yang ingat nak raya ya jer..hihihi. ct pun dah tak sabar nak balik kampung gak ni ita
salam..kak ct...
ReplyDeletecantik nye agar2..nk makan pn sayang..hi hi..puasa dah dekat ni...leh buat ntuk buke...
Deliah's Deli ~
ReplyDeleteDel..kak ct rasakan kalau guna serbuk jelly kat adunan tengah tu lagi nampak cun kot. kena cuba lagi lah kan :D
Nazrah Bakery & Dunia Kuih ~
ReplyDeleteGambar tu En Hubby yang shoot, ct dok tengok jer kena belajar lagi tu Nazrah..hihi
lina_pg ~
ReplyDeleteWa'salam Lina, hehehe..jangan lah sama kan dengan hotel punya. kak ct masih tak dapat nak capai 1* lagi tau :D
Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi ~
ReplyDeleteNurul...tang tu kena tanya En Hubby lah. kak ct pun masih belajar bab2 amik gambar ni. walau masih 60% yang pandai 40% tu masih dalam study lagi.. hehehe
Sheila Shafeareen ~
ReplyDeleteNak merasa ker..? jauh sangat lah nak suapkan. kak ct suap dalam molot jerlah khas untuk sheila eh..hihi
Along Maklong ~
ReplyDeleteMaklongggg..nak mee goreng jugak! nape tak bawak sekali masa singgah sini, kecur dah ni tau!..huhu
Gee ~
ReplyDeleteThanks my dear Gee. masih banyak yang nak kena belajar dan study tu :D
Kak Sam ~
ReplyDeletePelan2 lah , nanti bila dah pandai mesti lagi meletopp! semua gambar2 yang diambil tu sam :D
Cheq Sue ~
ReplyDeleteSue..kalau asik nak pandang2 jer kang orang lain dah sambar dulu..hahaha.
Baik cepat sambar sue sebelum terbang.. hehehe
anymz ~
ReplyDeleteKak animmmm...ct memang cun kan..hahaha. alah kak anim ni selalu puji2 ct tu yang sayang kak anim tu, meh lah ct hulur puding tu kat akak jer eh :DD
cik cek ~
ReplyDeleteWa'salam kak cek, tak lah bz sangat kak. adalah keja sikit macam biasa jer. kak cek kalau buat lagi cun kejadian agar2 tu. tengoklah hasil kek yang sudah2 semuanya meletop kannn.. suka :D
ijayuji ~
ReplyDeleteWa'salam Ika cayanggg..Betul tekaan mu itu dik, sempena hari earth hour.. hahaha. tapi dah lama hari tu berlalu, yang ni saje bagi dunia gelap sebab nak amik gambar agar2 ni..hehehe
En Ninja tak balik lagi eh..jangan cedeh2 okey. kalau kak ct ada boleh temankan :D
ijan ~
ReplyDeleteWa'salam Ijan, kalau bulan puasa lagi banyak hidangan disediakan. sampai tak tahu nak capai mana dulu..hihihi.
selalunya bila dah makan nasi hidangan lain dah tak pandang pun ijan..hihi
cantikla agar2 tu....
ReplyDeletenak seketoi...
cantik rupa potongan agar2 akak...kalau saya mau sememeh je rupanya...heheheh
ReplyDeletewow!!! memang tersangat cantik ler akak... sukanya diana tgk... cantik n menarik!
ReplyDeleteAssalamualaikum K.CT,
ReplyDeletewaduh tergodalah tngk agar2 susu berlapis ni..suka tngk, meriah gitewww..rasanya nak wat gaklah..
eemmmhh uenaakkk tuh,,,mau dunk nyicip icip,,hehehehe
ReplyDeletesalam ct..cun nye puding..berkilat2..cantik..sejuk je masuk tekak..yum..tummmm
ReplyDelete2 thumbs up! sgt cantik puding ituu
ReplyDeletekiut dan comey agar² tu kak CT...npk mcm gedikss jer yang tengah tu...??? sedapnye dalam cuaca panas cenggini...
ReplyDeleteOuch...sedappnye nampak ni...presentation superb sgt~~ dgn lilin2 boleh la candle light dinner terus~ hehe
ReplyDeleteMas ~
ReplyDeleteDah habis, Mas kan rajin masak. kalau nak lagi kena cuba buat eh.. hihi
quinnie ~
ReplyDeleteQuinnie, kak ct potong guna pisau plastik. ada jual khas untuk potong agar2 atau puding tu.
Diana @ Melley Mey ~
ReplyDeleteTr kasih Diana..nanti kak ct belanja makan satay ehh..hihihi
Yatie ~
ReplyDeleteWa'salam Yatie, yatie kalau buat lagilah cantik kejadiannya. segan lah dengan ratu kuih2 melapis ni. kita buat biasa2 jer..hihi
dedetea ~
ReplyDeleteTr kasih Chef Dedetea sudi mampir Dapur CT :D
Kak Zai ~
ReplyDeleteWa'salam Kak zai, tr kasih kak. belajar gak lah nak melapis tu. banyak keja kan, tapi ada sikit kepuasannya jer :)
tun_telani ~
ReplyDeleteThanks Tun...mau dicoba atau enggak...hihihi
Ummiakid @ lily ~
ReplyDeleteUmmi, kalau didinginkan memang sedap. tapi kalau dimakan dengan kuah susu pun sedap gak. cubalah buat pembaharuan sikit :)
aesh came ~
ReplyDeleteTr kasih sudi meninggalkan jejak dan singgah Dapur Ct.
kak Ct.. cantik gambar tu.. untung suami akak pandai amik gambar.. cantik.. agar2 tu cantik kak ada colour tengahnya cantik
ReplyDeleteJuwita Jamaludin ~
ReplyDeleteTerima kasih Ita, kak ct memang belajar dari Hb jer dari dulu. Untung nya Hb memang tak lokek untuk berkongsi ilmu yang ada. Jadi senang lah kalau kak ct nak mintak tunjuk cara2 ambil gambar segala yang ada kan :D
Kak CT~~
ReplyDeleteagar-agar tu cantik,gambo agar-agar pon cantik..i like~^^
wahh kak ct.. cantiknya gambar ni.. cantik cantik cantik...saya sukeee
ReplyDeleteassalam kak CT cayang, wahh ada agar-agar susu ye kat sini kalau tau leh tukar ngan puding susu nieza tu...hehe nampak sedap..gambar akak bertambah lawa..sukax3..bertuahla akak ada org boleh tunjukkan shoot tu...nieza ni main belasah jer snap..hehe
ReplyDeletemenarik, cara dia pun mudah tapi bab nak masukkan agar2 yang berwarna tu sya kurang faham lah.boleh tlg jealskan x??
ReplyDelete