Friday, July 29, 2011

Apam Yogurt Kukus




Assalamualaikum... Hari ni tanggal 29hb July genaplah usia anak dara CT 19 tahun. Siti Dalila / LILY yang dilahirkan pada hari Rabu juga pada waktu yang hampir sama dengan waktu CT dilahirkan. Selang seminggu jer birthday anak dara CT ni. Hari ini LILY tak dapat balik atas sebab2 urusan pembelajaran yang lebih penting di universiti tempat dia menuntut. Tapi tak mengapalah sebab minggu lepas kami dah sambut awal bersama-sama, jadinya minggu ni hanya ucapan selamat hari lahir je yang dapat kami sekeluarga berikan. Hari ini CT tak done nak buat kek birthday untuk anak dara CT ni. Mula2 ingat nak buat kan LILY kek batik, sebab dia suka kek tu. Itulah kek pertama yang dia belajar masa mula2 buat kek dulu. Tapi memandangkan insan2 dirumah ni tak berapa suka kek batik jadinya tak buat kek lah ya. Nanti bila buat tak ada siapa pulak yang nak menhabiskannya. Kerana My laling CM terlalu sibuk dengan kerja sekarang ni, tak dapatlah CT nak mengajak untuk pergi ke UITM Jengka untuk sambut birthday LILY kat sana. Insya'Allah sebelum puasa nanti CT akan cuba buat kek untuk LILY. Kek beli bolehlah kot, senang tak yah kotor2 kan dapur... hihihi

HAPPY BIRTHDAY My Beloved Daughter SITI DALILA / LILY... Doa dari Mama, Ayah, adik2 semua - Azree, Amir dan Amirul, semoga anak mama LILY sentiasa sihat sejahtera selalu, dipanjangkan usia serta dilimpahi rahmat Allah didunia dan akhirat serta mendapat perlindungan dari Allah selalu hendaknya... Aminnnn Ya-Rabbal Aa-laminn.

Kejarlah ILMU selagi terdaya, Buatlah AMALAN selagi sihat, Kejarlah MASA selagi kau terdaya, Ingatlah Allah walau dimana jua LILY berada.

Hari ni CT buat Apam Yogurt Kukus jer. Dari hari tu nak cuba membuatnya, memandangkan yogurt tak beli2 tu yang terbantut memanjang... hihihi. Resipi dari RIMA dan CT copy paste dari blog Kak Ummi jer. Terima kasih kepada kedua2 penyumbang resipi ni. Mintak halal ya Kak Ummi :D Izinkan CT panjangkan lagi resipi ini dalam Dapur CT. Okey kita lihat resipi ya :D


Apam Yogurt Kukus
Resipi : Rima
Sumber : Ummi Kuantan

Bahan-bahan :
2 cawan gula ( * akak letak 1 1/3 cawan je, tu pun manis)
1 sudu teh ovallete
2 cawan tepung
1 cawan yogurt segar asli
1 biji telor
1/2 sudu teh double action baking powder
1 sudu teh serbuk koko ( * akak x letak - CT pun tak letak)
1 sudu teh pes coklat (CT letak perasa orange)
1 sudu teh pes keladi ( yum paste) ( * akak tambah)
Beberapa titis pewarna ungu (*akak tambah)

Cara-Cara :
1. Sediakan periuk kukusan dan panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
2. Sementara itu, masukkan kesemua bahan dalam mangkuk (kecuali pewarna ungu dan pes coklat), pukul hingga sebati, bertukar warna putih pucat dan pekat beralun. (CT pukul sebentar gula dan ovallete selama 1 minit dulu) .
3. Asingkan 5 sudu besar adunan dan campurkan dengan pewarna coklat. (*akak asingkan 4 sudu besar untuk coklat dan 4 sudu besar untuk pewarna ungu).
4. Masukkan adunan tanpa pewarna ke dalam plastik yg digunting bucunya agar mudah untuk picit ke dalam acuan yang sesuai. Kemudian paipkan hingga 3/4 penuh dan paipkan pula samaada yg bewarna coklat atau ungu di tengah-tengah adunan tanpa warna tadi.
5. Kukuslah selama 15 - 20 minit / hingga apam kembang mekar. ( * akak balut penutup kukusan dengan tuala semasa mengukus)




21 comments:

  1. wahhh....cantikk la apam yogurt tu...
    mekar setaman jerk....

    happy birthday buat anak dara kak ct lily....moga menjadi anak yg solehah, menjadi kebanggaan ibu ayah....moga dirahmati dan diberkati Allah sentiasa....

    ReplyDelete
  2. Mas ~

    Terima kasih atas ucapan tu ya Mas.

    Tulah kira penutup nak puasa kot apam yogurt ni.. hehehe

    ReplyDelete
  3. happy b'day utk anak dara akak...:)

    saya pun baru2 ni ada buat apam yogurt ni..memang seronok tengok dia kembang setaman..hehehhe.....

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan CT dan selamat hari lahir buat sang puteri...

    ReplyDelete
  5. comel apam yogurt tu.. kalerful kan... nak 3 ketui kak nak buat bf ni..hehe

    ReplyDelete
  6. Salam CT...pepagi dah tayang apam yogurt...cantiknya...kak cek suke tgk kaler2 dia...kembang setaman lagi...tak ajak kak cek sarapan sekali ke...he he he...hari ni kak cek bwk bekal kopi o je ni...he he :)

    ReplyDelete
  7. Assalam kakak merah,hehe..Kak ct,apam akak cun mekar setaman,tersenyum jer mcm tuannya yg suke tersenyum..Happy birthday utk anak dara akak ya..Moga berjaya dunia akhirat n membahagiakan akak sekeluarga..

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Ct...

    Kembangnyaaa..nampak sedap..kalau kek/muffin yg kukus2 ni heheh Lin rajin le nak membuatnya...klu yg bakar2 tu..ermm fikir 2,3x lagipun oven rosak..huhuhuhu

    ReplyDelete
  9. Happy Birthday to Lily...waaah Mama dia wat apam yogurt nih...xyah kek pun ok...apam ni lg sedap dr kek..kan CT kan..kan... Cantiiikkk jek mekar dh tu...hehe

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum akak ct cayang...
    wah cantiknya apam tu akak ct... warnanya pun cantik...

    n Happy Birthday buat anak akak Lily... moga d pjgkan umur... sihat tubuh badan... d murahkan rezeki... berjaya dunia akhirat... Amin..

    ReplyDelete
  11. amboi kak ct, kemain sexy apam yogart tu kak oiiii... terasa nk meminang je apap tu... ekekeke... selalmat ulangthn tuk ank akak... ;)

    ReplyDelete
  12. as-salam kak ct
    cantiknye apam tu kak... tersenyum2 apam tu..warna pun cantik very sweet..

    ReplyDelete
  13. salam ct,
    nampak cantik je apam tu tersenyum. Menggoda betul..

    Happy birthday untuk lily semua sentiasa bahagia di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
  14. wah!menggoda betul apam yogurt kak CT..nak rasa sikit...nyum..nyum..nyum...nak tapau 3 biji yer kak CT..buat bekalan saya berjalan kaki ke rumah cyber kak mas n kak izah..pasal motosikal kapcai saya ilang kena curi..jadi jalan kaki jer la pagi ni =0).

    ReplyDelete
  15. ucu dah buat 3 kali tp tetap tak mau mekar mcm akak punya...kenape ye..
    boleh tulung bagi petua...?

    ReplyDelete
  16. Salam kak ct cantek! alaaaaaaaaa..lawonyerrrrrr apam akak! mcm akak comel jerr! ada lagi tak kak? kita arini makan salad jerrr sib baik lembu2 masih ada rumput lagi ahahahaha.... ciskek kat bwh tu dah habes eak? nanti kita dtg buatkan lagi tau! kita serik gitu nak buat ciskek sbb selalu hasil kejadiannyer terpenyek gituu huh! fobia gituuu :D

    ReplyDelete
  17. lawa
    Salam Ramadhan buat CT sekeluarga

    ReplyDelete
  18. salam kak ct sedapnya nampak apam tu.. suka tgk paper cupnya pun comel sangat

    ReplyDelete
  19. Kak CT..semua apam tu tersengih2.. Warna pun cantik2.. Pasti gebu la tu..hehehe...
    Salam Ramadhan utk akak sekeluarga ye..

    ReplyDelete
  20. salam k ct..sedapnye apam yogurt..gebus sungguh :)

    kak, salam ramadhan utk akak sekuage ya...jmput amik kad kat uma sy klo sudi :)

    ReplyDelete
  21. Salam Kak CT,
    Happy birthday buat anak dara akak aka LILY.. semoga berjaya didunia dan akhirat insyaAllah...

    Selamat berpuasa jugak buat akak sekeluarga. Salam Ramadhan Al Mubarak dari kami disini :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...