Assalamualaikum... Salam sayang untuk semua. Kebelakangan ni CT seperti dah 'bosan' sikit dengan konsep 'backdrop' yang CT guna pakai untuk ambik gambar masakan CT. Tetapi buat masa ini, CT belum ada idea lagi nak tukar ke konsep lain. Kat kepala ni dah ada la sikit perancangan untuk buat konsep Food(o)graphy yang unik dengan menggabungkan still object bersama dengan subjek makanan dan pencahayaan pula menggunakan teknik creative lighting. Tapi itu masih dalam idea kasar aje. CT nak mintak my Laling tunjuk ajar macamana nak realisasikan idea kat dalam kepala ni kepada hasil yang CT nak. Buat sementara tu bersabarlah melayan konsep gambar yang CT guna pakai sekarang ni ye. Maklumlah, nak belajar ambik masa, lepas tu nak hasilkan gambar ikut apa yang CT mahu tu, satu hal lagi hehehe.
Okeylah, berbalik kepada resipi hari ini iaitu sayur asparagus bersama udang yang CT dok masak dengan amat simple sekali. Lagi pun sayur ni memang tak perlu letak macam2 pun, masak gitu-gitu dengan udang aje pun dah menyelerakan. Tapi tengoklah mood siapa yang nak makan betul tak..? hihihi. Jom lah layan menu yang simple dari CT ni ya.
Asparagus bersama Udang
Resipi Che CT
Bahan-bahan :
2 cekak asparagus
200 gm udang basah
2 biji bawang putih - dihiris halus
1 sudu besar sos tiram
1 camca teh lada hitam tumbuk
sedikit minyak untuk menumis
2 titis minyak bijan
Garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih hingga sedikit layu. Masukkan udang dan kacau seketika.
2. Masukkan sos tiram, lada hitam. Kacau sebentar.3. Perasakan dengan garam.
4. Masukkan asparagus, kacau-kacau sekejap. Sedia untuk dihidang.
K.CT,
ReplyDeleteTengah puasa ni, tengok gambar k.ct, kecur air liur.
selamat pagi akak..
ReplyDeletewah nie fav diana n daughter nie akak... sedapnya nie.. kalau kami berdua boleh makan mcm nie jer nie.. hehhe.. sedap2!
Sizuka ~
ReplyDeletePuasa bayor ker shida :D kak ct tengah ber'cuti' jadi tak dapat nak laksanakan puasa untuk minggu ni :D
sorilah eh, pejam mata jer kalau masuk DDCT ni shida..hihi
Diana @ Melley Mey ~
ReplyDeleteSelamat pagi Diana, asparagus ni memang sedapnya dok ratah kan Diana. kak ct pun suka makan dengan nasi gitu2 jer lebih nikmat untuk merasainya :D
Waaa sedapnya...boleh la masak hari ini kebetulan adik ipar baru balik Cameron beli sayur ni semalam... thanks CT...
ReplyDeleteSalam kakak CT delima :D kita suke aspara niii sedap!! krup krap makan :D mmg geng dia dgn udang kan kak, tp kita biasanyer campur dgn beef tak pun masuk dlm beef roll, org pemalas jer yg buat mcm kita :D tumpang makan kat sini ya tgh hari nanti :D tenkiuuuuu!!! muuuuaaahhh!
ReplyDeletekak ct..
ReplyDeletebestnya kalau dapat ratah asparagus ngan udang tu...
Assalam kak CT,mmg sedap lauk simple2 gini,nih kalo ratah2,ajer,xsmpat nak mkn ngan nasi dah ni,hehe..Baru ni g mkn,da la tgk menu nih,tapi xtry lak,nanti leh try masak sendri jer..Mmg xpernah mkn asparagus nih,hehe,jakun toi kan..
ReplyDeletekak CT...dah lama tak makan asparagus..asparagus la satu2 nya rebung yg mieza mkn...rebung lain mieza kurang gemar...nak sikit kak CT..
ReplyDeleteAssalam Kak CT, sedap ni nieza pun suka msk asparagus goreng gini...simple tapi sedap..:)
ReplyDeletetgk gambar akak semua dah cun la...kena menuntut ilmu fotografi dgn akak la nanti..hehe
wah favourite ni. tambahan ada udang...
ReplyDeleteassalamualaikum...membuka selera lah kak...sedapnyerrr...
ReplyDeleteSalam CT...
ReplyDeleteWoW! ada asparagus + ngan udang...cedapnya....lapo lak perut ni...:)
Gee ~
ReplyDeleteGee, kalau masak tu lebih2 sikit. boleh lah ct tumpang makan lagi..hihi
ijayuji ~
ReplyDeleteWa'salam ika..meh2 sini. kak ct tunggu. jangan lupa bawak pencuci mulut sekali tau ..hihi
Mas ~
ReplyDeletememang betul mas. lagi kuat bunyi kruppp2 tu lagi sedap rasanya.. hihi
Zaliedana ~
ReplyDeleteWa'salam CT, sama lah kita ni...hihi. biasa makan tapi ni kira first time buat sendiri CT..hihi
Mieza ~
ReplyDeleteOh ya ker..? tapi rebung yang dimasak dengan babat tu pun sedap juga mieza. kena cuba tu , baru tahu sedap tak sedap kannn :DD
Nieza ~
ReplyDeleteWa'salam Nieza, betul2 tu. benda yang sedap kena dikongsikan bersama betul tak ?
emm..kak ct tengok macam kureng sikit lah cun nya nieza. kena belajar dan menuntut ilmu gak dengan Hb kak ct..hihi
hazila ~
ReplyDeleteJom kita makan dulu zila..hihihi
Rabiatun Adawyah ~
ReplyDeleteWa'salam Tun, puasa tak hari ni..?? kalau tak puasa jom kita makan yok :DD
cik cek ~
ReplyDeleteWa'salam kak cek, apa lagi tunggu, gi belilah masak lebih2 nanti ct hulur pinggan kosong eh.. hehehe
Ct.. maklong nak sikit..
ReplyDeletedah banyak hari tak masak ni..
bizi memanjang.. huhu..
sedapp ye kak ct,....suka sngt asparagus ni....ratah pn sedap...
ReplyDeletesaya pun tgh belajar ambik gmbr yg kreatif jugak..gmbr yang kak CT tangkap byk cantik2 dan menyelerakan..
ReplyDeleteasparagus campur udang mmg sedap! emak saya suka makan sayur ni =0).
Salam ct,on my opinion from my experience, the vege like asparagus, french bean or bell pepper is better to use butter or clarified butter to protect asparagus texture and green colour. The oil is to hard for the vege. Its just we share the information.By the way the prawn look appetite.
ReplyDeleteAssalam CT, mintak sikit sayur asparagus tuh..nak tambah lauk makan tengahari ni ha...akak kerja half day jek ni...MC lak ni sbb kena serangan angin kat uluhati pas makan kat ofis td..huhuu...
ReplyDeleteAlong Maklong ~
ReplyDeleteMaklonggg...apa yang bizi jer t. Jaga cucu2 ker sampai tak sempat nak masak..hihi. Beli jer lah senang :D
ijan ~
ReplyDeleteMemang sedap lah ijan, kak ct pun suka meratah tau :D
kak Ct sedapnya nampak.. dah cukup cantik gambar akak.. seronok ada cik abang pandai amik gambar belajar kak pastu share dengan kita orang ye
ReplyDeletetq CT, nice knowing you, nice picture,very talented and natural cooking style.For me, cooking is addicted, even a whole day crazy lazy,must get into the kitchen for maggi mee or telor mater kobau.
ReplyDeleteI start in the food indusri since graduate 1986 until now 2011.nothing boring or jemu, everyday is the new day and the new item coming. by
saya sering berkunjung di blog-blog, postingan ini sangat menarik serta enak dibaca tentang asparagus bersama udang.... saya berharap bisa berkunjung lagi
ReplyDelete