Thursday, July 7, 2011

Ayam Panggang ala Kenny Rogers




Assalamualaikum... Bersua kembali dihari Khamis yang indah ni. Hari demi hari berlalu, merangkak meninggalkan dari satu anak tangga ke anak tangga yang lain, tak terasa umur kita yang semakin berkurang. Apa pun syukur alhamdulillah, kerana hari ini masih lagi dapat melihat mentari dan masih lagi dikurniakan kehidupan yang sangat bahagia bersama anak2 dan my laling CM yang CT sayangi setiap detik dan masa... aminnnn.

Berbalik kepada menu CT kali ni. Ayam panggang ala Pak Kenny Rogers... hehehe. Selalu juga CT buat resipi ayam panggang ni sebab anak2 dan suami suka sangat2 dengan resepi ni. Pendek kata memang dapat kepujianlah setiap kali bila CT masak menu ni. Biasanya bila CT masak menu ni, CT akan masak berlebihan sebab anak2 dan suami suka meratah ayam bakar atau panggang ni gitu-gitu aje. Puas rasa hati bila boleh masak banyak2 dan lepas tu menikmati hidangan dengan sepuasnya sekeluarga. Resipi ni CT ambil dari MyResipi dan resipi asalnya dari Che.Mid FP. Terima kasih kerana berkongsi resipi yang enak bangat ini. CT letakkan pula dalam senarai resipi Dapur CT. Tak lupa terima kasih juga kepada Hana untuk resipi Sos Lada Hitam tu ya. Selamat menjamu selera :D Daaaaa..........


Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Sumber : Che.Mid FP

Bahan-bahan :
1 ekor ayam - bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil

Bahan - bahan untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk (CT tambah)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara-cara :
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam (CT perap selama 3 jam)
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.




Sos Lada Hitam
Resipi : Hana

Bahan-bahan :
11/2 cawan stok ayam @ daging - hana guna stok ayam ( air + kiub ayam )
1/2 cawan susu segar - nak kurangkn pun boleh
4 - 5 sudu serbuk lada hitam
2 cm batang salery - dicincang (CT tak letak)
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/ marjerin
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air
garam dan gula - jika perlu

Cara-cara :
1. Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.
2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe. didihkan semula.. masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.


43 comments:

  1. waaaaaa.... habislah tutup kenny roger macam ni...

    nampak sungguh menyelerakan CT nanti ita nak cuba jugak lah resepi ni... mesti budak2 suka ni...

    ReplyDelete
  2. as-salam kak ct
    adoiii..kak ct pagi2 tayang ayam kenny roger..buat ady lapar aje...

    ReplyDelete
  3. Azlita Aziz ~

    Itaaaa...cuba lah,jangan tak masak ni. Resipi ni dah banyak kali ct buat. tapi baru ni nak letak kat Dapur CT :D

    anak2 ct memang suka kalau menu2 ayam ni..hihi

    ReplyDelete
  4. Ady ~

    Wa'salam Ady, dah lapor ker? apalagi gi lah memerap ayam tu ady, 2-3 jam dah boleh panggang dah tu...hihihi

    ReplyDelete
  5. Salam kak CT!!!! kita lapoooo!!! tak mo ckp byk hihihi bukan kena ulaser kak, bz ngalahkan menteri nii kak wakakakaka.... lama tak buat menu2 mcm ni, nak buat kena weekend baru ok kalau hari biasa payah sikit sbb sume org bwk bekal :D

    ReplyDelete
  6. sedapnya ayam panggang tu... sebijik macam kenny roger...

    ReplyDelete
  7. Assalam kak CT,uii pepagi dah nmpak ayam pak keny nih sedapnyer,cicah sos lada hitam lak,uish lagilah best..Sy pon selalu wat ayam nih kak,mmg best..

    ReplyDelete
  8. Waaaaaaaa...nak angkat satu paha ayam tuh...ada lg x CT? Kang akak amik habis, ternganga lak CT...hehe...betul kata Azlita...tutup lah KR lepas ni..Kenny Rogers eh, bukan Kongsi Resepi....hehehhee

    ReplyDelete
  9. Alamak kak ummi dah angkut sebelah peha, yang sebelah lagi saya nak angkutlah...

    ReplyDelete
  10. wa~~nampak sedapnye kak CT punye ayam panggang ni..ntah2 lagi sedap dari kenny rogers:D

    ReplyDelete
  11. masyaAllah...cantinya... kalau gini kak ct yang kenny betul pun kalah...

    ReplyDelete
  12. waaaa tuu dia, K'CT...dah kuar dh ayam pak kenny dia, ida baru sekali buat, mmg sedapkn...mmg, nk kena buat lebih, suka juga ratah cam tu jer
    sungguh menyelerakan....kak tabur rosemarry ke atas ayam tu

    ReplyDelete
  13. Gee ~

    sebab tulah sekarang dah jarang makan kat KR tu Gee, mahal..hihihi

    dah boleh panggan ayam sendiri dah okeylah kan :D

    ReplyDelete
  14. ijayuji ~

    Lor bz jer memanjang adik akak ni. tak apa yang penting ada jer menu yang meletop2 kat dapur Ika ya..hihihi.

    Jaga diri selalu bila En Ninja tak ada okey :D

    ReplyDelete
  15. Zaliedana ~

    Wa'salam CT, tu lah bila nak masak2 sampai dah buntuk dalam kepala ni kan. Ambil jalan mudah baik bakar jer ayam ni semua boleh makan sedap2..hihi

    ReplyDelete
  16. Ummi ~

    Nak angkat peha ayam tu ker..? amik lah kak nanti ct ganti dengan peha ayam turki lagi besar boleh ratah ramai2.. hahahaha

    ReplyDelete
  17. hazila ~

    Kak ummi dah angkat sebelah peha ayam tu zila, yang sebelah tu dah abis daaa.. hehehe

    ReplyDelete
  18. Maira Anjami ~

    hehehe... yalah. kalau makan kat KR tu macam tak cukup jer bahan2 dia rasanya..hehehe. memandai pulak dah kak ct ni kan. kang kena saman mulut tu sebab tak ada insyuran..hihi

    ReplyDelete
  19. Cheq Sue ~

    hehehe... meh lah sue datang umah kak ct kita ratah berdua jerk ayam panggang ni :D

    ReplyDelete
  20. Ida,Japan ~

    Ida, selalunya macam tu lah. kat rumah ni memang tak cukup kalau nak panggang atau bakar ayam ni sikit2.

    a'ah kak ct tabur sikit rosemery agar baunya lagi naik..harummmm.. hihi

    ReplyDelete
  21. Salam Kak Ct:)

    Wahhh..meriah betul ayam tuu *Sambil duduk bersila*
    Memang tutup la kedai pak kenny tu nanti hehe

    ReplyDelete
  22. sakam ct..wah menyekerakan tgk ayam kenny roger..dh lama x wat ni..tumpang mkn kt sini dulu...

    ReplyDelete
  23. Assalam CT,
    alamak sampai sini ada ayam panggang pulak dah,
    ni Amie bawa sepinggan nasi lobak merah dgn ayam seri harum, resepi ayam yag amie ambil dr dapur CT, sedaplah...
    jangan lupa pulangkan pinggan tu nanti isi sepeha ayam kenny rogers tu ye...

    ReplyDelete
  24. wow sedapnya terasa hanya dengan tengok gambar. bundo bawak pulang resepi ni. Anak2 mesti gemar ni. Tambah side dish mash potato, cheese macaroni sikit, coleslaw sikit. Mau terangkat ni. Tq siti...

    ReplyDelete
  25. Salam CT...

    Menarik resepi ni...gambonya buat kak cek telan2 air liur..aduh! lapola pulak perut ni...pas ni tak yah p Kenny Rogers dah kan ...nak makan leh buat sendiri je...bestnya ...kak cek amik resepi lagi ek....tq share2 resepi CT...

    ReplyDelete
  26. salam CT..

    wahh.. cantik hitam berkilat ayam tu kena panggang... kalau nak buat ayam ni elok kulitnya tak buang ehh CT? Agak2 kalau buang kulit elok tak ye? saya selalu kalau beli ayam suruh org kedai buangkan terus kulitnya.. kononnya.. takmau mkn lemak2 la.. heheeh..

    ReplyDelete
  27. wahhhhh....mengeliurkan betoi ayam panggang tu...
    cantikkk.....
    macam ayam kat kenny rogers dah,...

    ReplyDelete
  28. salam kak CT... cantiknya ayam tu rasa nak pegang je ambil dari gambar akak tu.. hihihi.. jelas nampak sedapnya kak.. ita pun suka resepi ni..

    ReplyDelete
  29. TopsyTurvyMum ~

    Wa'salam TTM, kalau tutup abislah KR tu. Lain kali tak dapatlah kak ct nak cuci mata kalau semua kedai tutup..hihi

    ReplyDelete
  30. Kzai ~

    Wa'salam kak zai... dah petang maknanya dah habislah ayam ni kak..hihihi

    ReplyDelete
  31. Amie ~

    Wa'salam Amie, best gak tu makan nasi carrot sesekali. jap lagi ct pulang balik pinggan tu ya. tapi ayam seri harum tu tak cukup lah..hihihi

    ReplyDelete
  32. ibundo ~

    Memang sedap kalau cukup semuanya tu ibundo, nak buat banyak2 takut tak sempat pulak nak makan nasi kang.. hihihi. silalah cuba memang sedap ni.

    ReplyDelete
  33. cik cek ~

    Wa'salam kak cek, tr kasih sudi mencuba kak. memang sedap resipi ayam panggang ni. ct dah banyak kali buat anak2 pun suka gak ni.

    ReplyDelete
  34. MaDiHaA a.k.a Ratna ~

    Wa'salam Ratna, selalunya ct kalau beli ayam ada gak yang suruh buang kulitnya. tapi kalau nak bakar tu ct tak buang kulit jadi nampak cantik lah bila dibakar tu nanti. Ikut lah masing2 punya citarasa kan :D

    ReplyDelete
  35. Mas ~

    hehehe..mas, Lain kali tak yah nak sibuk2 mintak Hb belanja makan kat situ lagi lah erk.

    Mas apa kata kita bukak gerai bulan puasa jual ayam panggan ni nak.. hehehehe

    ReplyDelete
  36. Juwita Jamaludin ~

    Wa'salam Ita, menu ayam memang tak dapat nak dinafikan. anak2 dan suami memang suka. Tambah lagi ada aroma daun rosemarry yang kak ct tabur sedikit atas ayam tu, lagi tambah sedap.

    ReplyDelete
  37. sedapnya ayam tu kak CT...dah lama tak jenguk dapur kak CT...dah macam2 menu kak CT masak...jeles!

    ReplyDelete
  38. Salam, K Ct...

    alamak, nurul ni lambat smpai lah.... sedappppnya ayam tu... camni x payah pi kenny rogers la,,, bleh wat sendiri kat rumah... :)

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum akak..
    diana lg ler lambat smpi nie... mesti dah abis nie kan akak... alahai... tgk ayam nie punya ler sgt sedap... cam nak ambil jer ayam tu tau akak.. sedaaapnya

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum berapa suhu nk kene set kt oven ni...? 1st time saya wat 250 D/Celsius...msak 1 jam je, sbb nmpak ayam tu dh hngit...

    ReplyDelete
  41. Kak cmpuran jerba tu yg mne 1 ek?? Bdk bru nk blajar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat website lain ada org bgtau herba campuran tu = mixed herbs. ada jual kat Giant/Tesco/Kedai Bakeri dll..

      Delete
  42. Salam...macam nak bakar hujung minggu nie...TQ. Resepi menarik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...