Tuesday, July 26, 2011

Mee Hoon Soto




Assalamualaikum... Salam mesra dan bertemu kembali di Dapur CT. Amboiii... lama betul Che CT ni dok bercuti memasak erk... hihihi. Bila dah bercuti ni nak sambung balik, punyalah liat seliat selipar jepun... hahaha. Ada yang RINDUUUU... hihihi. CT sebenarnya yang rindu nak BW, tapi faham2 jerlah bila tenet dah mula slow dah nak dekat hujung2 bulan nikan.

Berbalik pada menu CT hari ni iaitu Mee Hoon Soto yang sedap ni. Resipinya CT ambil dari CMG dan dah pernah CT buat sekali dulu. Memang sedap, masa tu CT buat untuk hidangan open house hari raya kat rumah tahun lepas. Banyak jugalah buat masa tu, alhamdulillah semua yang datang kata sedap. Kena pulak CT buatkan sambal kicap yang kaw2. Sampai meleleh hingus sesiapa yang makan masa tu... hihihi. Kesian kan, sape2 yang tak tahan pedas tu lain kali jangan amik sambal kicap CT tu banyak2 ya. Kalau yang tahan pedas tu tak apalah, sampai naik hitam kuah soto tu pun tak kisah... hihihi. Mee hoon soto ni CT buatkan sekali dengan bergedil kentang juga, dah kenalah tu. Memang sedap layan bergedil kentang ni bersama mee soto. Cuma dalam menu ni CT tak letak TAUGEH sebab kami sekeluarga tak suka makan taugeh, harap maklum ye... hihihi. Kalau ada yang nak mencuba, silakan ya. Terima kasih pada CMG diatas resipi yang sedap ni, CT mintak izin dipanjangkan lagi resipi ni dalam Dapur CT. Daaaa.....


Mee Hoon Soto
Resepi Asal: Mat Gebu

Bahan-bahan :
1 kg rangka ayam + kaki2 ayam (CT guna dada ayam dan peha ayam)
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
2 kiub ayam "Maggi" (optional)
1 pokok daun sup - hiris2
1 camca besar bawang goreng
2 biji bawang besar *
1 inci halia *
4 ulas bawang putih *
4 biji buah keras *
1/2 inci kunyit hidup *
1 camca teh lada hitam biji * ( * dikisar halus)
2 camca besar rempah kurma (mat guna jenama "Adabi")
2 camca besar rempah sup (mat guna jenama "Adabi")
3 liter air
1 kayu manis #
1 kuntum bunga lawang #
5 kuntum bunga cengkih #
3 biji buah pelaga # ( # rempah tumis)
Garam secukup rasa

Bahan-bahan lain:
Mee kuning / mee hoon secukupnya, celur dan toskan
Begedel
Sambal kicap
Bawang goreng
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan (CT tak letak, tak suka)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Soo hoon goreng
Tauhu, goreng dan hiris (CT tak letak)
Kacang tanah goreng (CT tak letak Hb tak suka)
Daging ayam yang disiat2 halus

Cara-cara :
UNTUK KUAH SOTO : Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus, rempah kurma dan rempah sup, kacau rata dan tumis hingga masak, kalau perlu tambah sedikit air. Masukkan rangka ayam + kaki ayam tadi, gaul rata dan tuang air. Masukkan daun sup, bawang goreng, lengkuas titik dan serai. Tambah kuib pati ayam dan sedikit garam. Kacau rata dan masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecil kan api, renih selama 1 - 2 jam. Tambah garam secukup rasa dan matikan api.

UNTUK MEE SOTO : Letak secukupnya mee kuning/ mee hoon dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah secukupnya. Hias dengan benda selebihnya dan hidangkan bersama sambal kicap.

CATATAN MAT GEBU :- Rebus sekali bahagian ayam yang berdaging selama 25 minit dalam kuah soto, angkat, sejukkan dan carik2. Boleh ganti mee kuning dengan mee hoon atau nasi impit/ketupat. Kalau guna nasi impit, boleh diadakan soo hoon goreng (goreng soo hoon dalam minyak panas, tapi soo hoon JANGAN dicuci!!)





Bergedil Kentang
Resipi Che CT

Bahan-bahan :
4 biji kentang saiz sederhana
Minyak untuk menggoreng
1 biji telur
Hirisan daun sup/bawang
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang merah
1 sudu besar ketumbar

Cara-cara :
1. Kentang di buang kulit, dibersihkan dan dipotong dadu sedang2. Kmudian di goreng hingga masak.
2. Setelah di angkat, di lenyek semasa ia masih panas.
3. Setelah itu campurkan bahan-bahan yang di tumbuk tadi dan hirisan daun sup/bawang ke dalamnya. Gaul sebati. Masukkan sedikit garam, gaul rata.
4. Kemudian, bolehlah dibulatkan dan leperkan sedikit kentang tadi mengikut saiz yang di sukai. Buat hingga habis.
5. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dan pukul sebentar. Tapiskan telur agar buih2 telur tidak terikut bila dicelup bergedil nanti. Masukkan begedil yang sudah di kepal kedalamnya. Dan kemudian bolehlah di goreng bergedil tadi satu persatu.
6. Goreng hingga keperangan dan angkat toskan minyaknya. Setelah siap semua bolehlah dihidang bersama mee hoon soto.


38 comments:

  1. salam ct. Lamanya ct cuti hehe..
    menu mihun sup ni boleh bawak masa bulan ramadhan. Hirup-hirup sup. Tambah pulak dengan sambal kicap. adui..

    ReplyDelete
  2. Salam CT...
    Rindu lah... selalu kite ni gang N3 pagi2..
    menu pilihan yg mmg sesuai waktu berbuka pose...msk ni mesti set yg cukup...kalau tak anak2 akan tanya... mana cik begedel..hehehe sambal kicap jgn lupa! Sedap3x

    ReplyDelete
  3. salam...sedapnya soto...dah lama tak makan...cousin saya suruh buat sampai kehari niu tak dibuat lagi....tengok je la gambar soto kat ct ni dulu...huhuhu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum CT..
    lamanya tak jumpa CT kan.. mmng rindulah.. maklong pun bz banget ni..

    mihun soto ni memang feberet maklong.. lama dah tak makan.. pergi segamat hari tu pun tak sempat nak makan2 huhu.. rindu masakkan johor..

    ReplyDelete
  5. Salam kak ct..
    LIn pun pg ni makan soto gakl tp beli..maklum le pagi2 ni tggl sorg2 jadi beli aje ler...hehehehehe

    klu nk soto ni kena tggu sabtu ahad bru laku..klu bt hr sek ni..ermmm masing2 cr nasik nnti..kan...

    ReplyDelete
  6. emm sedapnya mee hoon soto kak ct ni..terbau sampai kat s/alam hehehe mintak bergedel 2 ketul?

    ReplyDelete
  7. Assalam kak CT Cayang,ala rindunya ngan akak..Meehoon akak tuh sedapnya,kecur liur nengok pepagi nih..Bergedil lagi lah,feberet nih..Sy pon xsuka tauge kak,tahla nape,kalo goreng mee ke kue teow bagai,letak juga,sbb hubby mkn,pastu yg plate sy,nanti sy junuh juga nak buang tauge tuh bagi hubby,kadang tuh angkat dulu utk sy,pastu baru msk tauge utk hubby lak,hehe..

    ReplyDelete
  8. sedappnya soto..
    mas suka..
    nak semangkuk kat ct...
    cili kasi lebihhh tau..

    ReplyDelete
  9. aduh CT,
    tak tahan tengok begedil tu.... ngences!

    ReplyDelete
  10. Kak CT

    soto memang laku kat umah kita...lebih2 laku kalo ada bagedel, paru, tempeh...and sambal cili kicap yg powerrrrr...cam kak CT punya la ni.. :)

    ReplyDelete
  11. as-salam kak ct
    sedapnye..pagi2 mkn mee hoon soto memang segar sekali...

    ReplyDelete
  12. ibundo ~

    Wa'salam ibundo, rindu juga kat ibundo dan rindu semuanya. biasalah bila dah nk masauk bulan Ramdahan ni, ct akan sibuk untuk menyediakan keperluan untuk anak2 dan Hb semua. Jadi kuranglah sikit xtvt ct dalam blog nanti. Sesekali ct akan BW juga blog Ibundo juga, insyaAllah.

    ReplyDelete
  13. Mama Hawa/Mama Nani ~

    Wa'salam Mama, yalah blog Dapur Ct ni memang sering keudara wal tepat jam 7 pagi esti dah publis..hihihi. Kira kita jadi geng keluar entri awal lah ya Mama..hihi

    Anak2 ct ada kurang sikit dengan bergedil ni, ct makan dengan Hb jer. Tapi ct paksa juga anak2 makan, sebab mereka ni benda2 yang tak pernah makan tulah mesti tak nak cuba.

    ReplyDelete
  14. quinnie ~

    Wa'salam Quinnie..ni dah ada buatlah. kesian kat sedara tu kang sampai puasa dia tak merasa hasil air tangan Quinnie tu :D

    ReplyDelete
  15. Along Maklong ~

    Wa'salam maklonggg..rindu juga nak peluk dulu.. tulah ct ni kalau dah rehat nak mula balik ada liat sikit ni maklong.. hehehe. Tapi taklah sampai lupa teman2 semua.

    ct pun suka makan mee soto ni, kalau makan mahu 2 kali menambah tu maklong.. hehehe

    ReplyDelete
  16. Sis-Lin ~

    Wa'salam Lin, yalah kan, kalau buat waktu sekolah sape pulak nak makan, kasi jiran2 lah jawabnya...hihihi

    ReplyDelete
  17. lyn at home ~

    Lyn, bergedil ni lah habis dulu sebab lembut2 tu yang tak tahan. asik nak makan, makan, dan makannn jer...hihihi

    ReplyDelete
  18. Zaliedana ~

    Wa'salam CT cayanggg..miss U too dear *hugs*. Kita boleh jadi geng lah ya CT..hihihi. Kak ct pun kalau oder makan2 yang ada taugeh mesti bagitau awal2 jangan letak sebab semuanya akan terkuis2 taugeh tu sampai habis.. hehehe

    ReplyDelete
  19. Mas ~

    Mas...tunggu depan pintu. Jap lagi kak ct sampai. Nak cili lebih..okey siappp! :D

    ReplyDelete
  20. Amie ~

    Amie..takkan nak makan bergedil jer..? mee hoon tak nak ker.. hihihi

    ReplyDelete
  21. Yat Maria ~

    Yatt...tu yang sedap ada macam2 dalam mee hoon tu. paru pedas atau paru goreng kan. adoiii..mana nak cari paru ni nak buat paru goreng berempah pulak..hihihi

    ReplyDelete
  22. ady ~

    Wa'salam Ady, memang betul lah. kita makan masa kuah sup tengah panas, letak pulak sambal kicap tu lebih2 berapi jer rasa kat mulut tu kan...hihihi

    ReplyDelete
  23. amboiii CT.... sedapnya menu dia pagi ni... kalau buat berbuka puasa ni mesti best kan... anak2 memang suka tambah2 ada pegedil daging...pergh!!

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum CT Delima...
    Seronoknyer bercuti.... kita pun 3 hari tak sempat nak update blog & BW... rasa serba tak kena jadinya.. hehehe..

    bihun soto ni mmg sedap kan.. tp tulah.. nak membuatnya tu sering saja tak berjaya dek kemalasan nak prepare mcm2 bhn... rasa mcm cerewet jer nak buat begedelnya.. nak siat2 ayamny alagi.. entah bila nak dicuba ni pun tak taulah.. kecek yg CT masak ni semangkuk yer.. hehe..

    ReplyDelete
  25. salam ct,amboi mengancam sungguh nampaknya mee hoon coto tu ye..suke sangat..lepas ni nak try la resepi ni...mohon share resepi coto ni k.ct,tq.

    ReplyDelete
  26. CT, mihun soto ada ke xda lg nih...akak dah bersila nih...akak mmg suka mihun...mee, i dont like...hehee

    ReplyDelete
  27. Assalam ct,
    wah ada mee hoon soto kat sini ya..apasal tak jemput kita makan ..hehe..tak apa kita ambik aje sendiri lah..self service gitu..bolehkan ct..

    ReplyDelete
  28. salam kak ct..sedapnyeaaa!~ peberet ni.. arini saya wat soto juge kak.. tp soto simple jer... nasi impit + sup tulang rusuk.. heheh...tapi malas nak wat begedil tuh... :)

    ReplyDelete
  29. salam kak Ct.. sedapnya.. ita dah lama tak makan tau kak.. buat pun lama dah tak buat.. huhuhuh kena buat ni tambah nak puasa dah ni..:)

    ReplyDelete
  30. Pagi CT,

    wah lambat tiba pasti mee hoon soto dh habis nie...tinggal gigit jari aje lah nampaknya....hehe...

    lengkap ngan sambal kicap dan begedil pasti kick bila menikmatinya.

    ReplyDelete
  31. Gee ~

    Betul tu Gee, anak2 ct semuanya kurang dok makan mee hoon soto ni. t jangan citerlah bertambah2 makannya..hihihi

    ReplyDelete
  32. MaDiHaA a.k.a Ratna ~

    Wa'salam Ratna, tak kisahlah sebab ct ni teringin sangat nak makan. kalau ikutkan memang malas gak nak buat. Bila kenang2kan kalau beli tu sebungkus RM3.50 baik buat sendiri puas sikit makan :D

    ReplyDelete
  33. rahel ~

    Salam juga buat rahel, silakan mencuba. terima kasih sudi meninggalkan jejak dalam Dapur CT ya :)

    ReplyDelete
  34. ummi ~

    Kak dah habis masa ct reply komen ni, maaf lamabat sangat lah kak ummi sampai. Lain kali ct simpan tuk akak lah ya..hihihi

    Tahniah kak untuk semuanya, semoga bertambah2 murah rezeki kak ummi..aminnn

    ReplyDelete
  35. Ayu ~

    hehehe..silakan ayu. ct tak cukup tangan nak cedok mee soto tu. harap boleh amik sendirilah ya. letak lebih2 sambal kicap tu..hihihi

    ReplyDelete
  36. Noorsha ~

    Wahh..macam berjanji lah kita kan. Bolehlah bertukar2 semangkuk tu sha :D

    ReplyDelete
  37. Juwita Jamaludin ~

    Wa'salam Ita, tulah kan. kaka ct buat ni pun sebab nak makan sangat. kot2 bulan pausa tak larat nak buat ni semua. sedap ni Ita meh lah cuba resipi Mat ni.

    ReplyDelete
  38. Nuridah ~

    Nur, kalau buat tak cukup bahan sampingannya tak namanya soto tu. tapi kena rajinlah bila nak buat tu. baru sedap masa makannya :D

    Dok hirup lebihan kuah soto tu tersangatlah nikmatnya..hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...