Assalamualaikum buat semua.... Apa khabar hari ni, CT harap semuanya sihat2 dan jaga kesihatan juga dalam cuaca yang panas kering sekarang ni. Bila dah nak dekat puasa ni, cuaca mesti panas. Itu yang akan menduga keimanan kita masa berpuasa nanti.
Di sini CT ingin mengucapkan berbanyak2 ribuan terima kasih diatas ucapan ikhlas dari teman2 yang tersayang, baik di Blog Dapur CT dan juga di Facebook. CT sungguh rasa terharu sangat2 diatas ucapan hari jadi yang diterima. Apa pun CT turut mendoakan yang sama buat semua teman2 CT walau dimana jua berada semoga sentiasa dirahmati Allah, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan selalu mendapat keberkatan dariNYA didunia dan akhirat.. aminnn
Berbalik pada menu Dapur CT. Hari ni CT letak resepi Nasi Ketumbar yang CT kata nak letak hari tu. Dah rata2 yang membuatnya, baru ni sampai ke Dapur CT. Memang sedap, keharuman aroma nya semasa CT memasak nasinya..emmm wangi betul. Sampai anak CT pun cakap bau apa ni..? wanginyaaa... hihihi. Mama masak nasi special ker..? Adoii... suka betul hati CT bila anak2 suka makan apa yang kita masak ni kan. Nasi Ketumbar ni CT lawankan bersama Ayam Ros Pandan resipi dari CMG. Memang kenalah CT pun suka dan CT padankan juga hidangan nasi ni dengan Acar Timun dan Nenas dari Yatie. Terima kasih buat teman2 semua diatas sumbangan resipi yang sedap2 ini. Makanan yang enak macam ni memang sesuai untuk hidangan seisi keluarga mahupun menjamu tetamu istimewa. Tapiiii.. jangan mintak tau, sebab dah habis dua hari yang lepas hahahaha, sebab CT beri laluan pada RVC tu dulu semalam... hihihi
CT minta izin pada tuan punya resipi ini untuk dipanjangkan lagi dalam Dapur CT, terima kasih ya. CT copy paste dari blog Nor. Sampai jumpa nanti... insyaAllah :D
Nasi Ketumbar
resipi : Q'ein @ MyResepi
sumber : Ayu Singapore & Nor Secubit Garam
Bahan-bahan :
500 gm beras
3 sudu besar mentega/minyak sapi
sedikit minyak
1 biji bawang merah (dimayang halus)
3 batang daun ketumbar (blender halus)
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam
Cara-cara :
1. Basuh beras dan toskan.
2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak. Masukkan bawang & goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam.
3. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau. (jangan lupa tutup periuk kemas2 lepas tu yer).
4. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.* Daun ketumbar yang diblend tak perlu ditapis kalau ditapis akan mengurangkan aroma daun ketumbar dalam nasi..
Acar Timun Nenas
Sumber Asal: Yatie
Resepi Che CT
Bahan-bahan :
1 batang timun
1 biji nenas (sederhana besar)
2 batang lada merah- dihiris
2 batang lada hijau
1/2 biji bawang besar
3 sudu besar cuka
garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
1. Kupas kulit timun dan nenas, hiris nipis-nipis.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Potong lada merah dan hijau serta bawang besar.
4. Campurkan bersama cuka, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
5. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah di hidangkan
selamat pagi akak ct cayang...
ReplyDeletenasi nie mmg sedap kan akak.. masih lg terasa keharuman nasi ketumbar nie ketika memasak... mmg wangi sgt.. suka ngan rasa nasi nie..
Selamat pagi CT,
ReplyDeletehappy belated birthday....(terlepas pandang...he he hehe).
Memang sedap sangat nasi ketumbar tu, banyak Amie nampak blogger masakan tayangkan resepi ini, walaupun dah pernah masak, setiap kali nampak resepi begini.... rasa nak buat lagi....mmmmm sedaplah!
Happy belated birthday ct... semoga ct sihat2 selalu, panjang umur serta dimurahkan rezeki ya...
ReplyDeleteSedap kan nasi ni...sy n my famili pun suka sangat...makan ngan ayam ros dan acar nenas nampak sedaplah...leh try next time..
hmmm...sedapnye kak.. x prnah mkn lg nasi ketumbar tp dah tau sedap/...dpt bayangkan rasenya.. cun ler pic, maacam btol2 dlm majalah... hope 1 day akak dpt masuk majalah :)
ReplyDeleteharumnya bau nasi ni... nk tumpang semangkok boleh...?
ReplyDeletesalam ct. Hmmm bundo juga yang belum berkesempatan nak menerainya. Insyaallah nak kena buat juga ni.
ReplyDeletenmpak menyelerakan..mau 2,3 kali tambah klu sedap mcm ni. :)
ReplyDeletenak dtg lunch umah kak CT mkn ns ketumbar hr ni boleh tak kak? sedapnyerrrrr...
ReplyDeleteakak..mas pun buat nasi ketumbar ni semalam...
ReplyDeletesedapppkan....
memang nak buat lagi nanti..
sedapnya nasi ketumbar ni kak ct, saya lum cuba lg, tp dh tergudaa ni
ReplyDeleteharum ekkk?? gulp!..korang memang betui pndai menggoda..nak wat gaaakkk!..nice pics CT
ReplyDeletehepi belatad birthday to u!!moga mendapat redha Allah selalu!
mcm dh ramai org try resepi ni...semua kata sedap...sy yg belom try, tengok rupa pon dah tahu sedap..
ReplyDeleteAssalamualaikum K.CT,
ReplyDeleteramai yg dah buat nasi ketumbar ni..mmng sedap ya kak..rasanya yatie pun nak buat gaklah...menyelerakan sungguh ....
menggoda rasa sungguh bila tgk nasi ketumbar k'CT nihhh...bila2 kena try, tapi kn kak..anak2 ida ni kalau nasi pelik2 susah diaorg nk mkn...
ReplyDeletewaaa...dah ramai menah pulcubanya...entah bila pula turn saya nak cuba...nampak dah terliur ..nie.tambah pula dengan ayam pandan tu...memang ngam...
ReplyDeleteiskhhh..ramainya dah try nasi ketumbar ni...rasa mcm x sabar pulak nak cuba... :D
ReplyDeletesekrang ni demam nasi ketumbar ke?...sana sini orang dok try. tak nak ketinggalan jugak, mesti kena cuba
ReplyDeletetertawan sungguh melihat gambar2 di blog CT ni..best!
ReplyDelete