Assalamualaikum... Bersua kembali buat semua teman yang CT ingati selalu. Alhamdulillah.. hari ni CT tayang Pandan Slice Cheese Cake pulak. Dah lama juga CT nak buat Slice Cheese Cake ni. Haa.. baru ni sampai list dia, punyalah lama dok menunggu gilirankan... hehehe. Memang sedap sangat, kalau dulu bila nak makan atau nak merasa, CT beli jer kat kedai kek. Sebuku je dalam RM9.90 gitu, mahal kan. Tapi ni dah menjadi, bolehlah mencuba lagi... lagi... dan lagi. Memang berbaloi2 tak manis sangat sesuai dengan tekak CT yang memang tak gemar yang terlalu manis. Kena jaga kesihatan untuk amalan hidup yang sihat, betul tak..? Potongan kek slice tu tak berapa kemas, maklumlah nak cepat sebab anak2 semua dah nak makan sebelum ke sekolah... hihihi. Kira okeylah tu sebab Mama dia nak buat kek betul tak? Lepas2 ni kena stop dulu bab2 nak membaking kek dan muffin. Kita kena buat dessert pulak, maklumlah bulan puasa dah nak dekat, persediaan untuk hidangan berbuka puasa pulaklah ya.
Resipi asal dari Ros@Jintanmanis. Tapi CT copy paste dari blog Cikgu Hana... terima kasih untuk kedua2 adik kak CT ni ya. Semoga resipi yang disumbangkan ini memberi keberkatan buat kamu berdua... aminnn. CT mintak izin untuk diletakkan dalam Dapur CT juga. Selamat menjamu selera...Daaaaa....
Pandan Slice Cheese Cake
Resipi: Hana
Bahan-bahan:
4 - 5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M (CT guna telor gred B)
Beberapa titik esen vanila
Sesudu kecil perisa pandan@pandan emulco
Pewarna hijau
Cara-cara:
1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa. * hana masukkan sesudu kecil perisa pandan dan pewarna hijau. kacau.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan.
7. Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit dan turunkan suhu 140 C selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
selamat pagi CT,
ReplyDeleteAmie pun tak berapa gemar yang manis-manis sangat, cukuplah manis2 buah je....
cantiklah cheese cake pandan ni... siap ada buah kiwi lagi....
emmm..sedapnyer kek....gebuss jer nmpk, minta sepotong kak CT, ada lagii...
ReplyDeleteWoW!....
ReplyDeletePepagi dah ada pandan cheese cake...nampak gebus & sedapnya...kak cek dtg bwk sandwich je ni...leh la bekpas saman2 ngan CT hari ni...leh kan..kan :)
Salam pagi yg ceria CT :D
ReplyDeletehehehe resipi mama dah perap berapa zaman daa....blm terbuat2 daaa
Wangi sampai sini bau daun pandan tuh :P
Amie ~
ReplyDeletePagi Amie, dah dua kali buat sebenarnya. yang first tu tak sempat klik2 dah sapan kena makan. ni kali kedua atas request insan2 tersayang dirumah. sebab sedap katanya. yang ada kiwi tu Che CT yang punya lah..hihihi. Bila dah manis tu kenalah lawan dengan yang masam2 sikit baru balance..hihihi
Ida,Japan ~
ReplyDeleteAda lagi Ida, kak ct tinggalkan sepotong dua untuk makan petang2 nanti. bila dah simpan dalam peti ais lagi sedap rasanya kan :D
cik cek ~
ReplyDeleteKak cek, sandwich lagi sedap. kalau ct suka yang ada telur ala2 minah saleh punya lah ada daun salad sekali.. hihihi. Jom kak kita tukar2 sambil minum kopiO makan sama2 :D
Mama Hawa/Mama Nani ~
ReplyDeleteWa'salam Mama, selamat pagi yang ceria dr Kuala Lumpur :D
Tu lah orang lain lama dah membuatnya. kita ni jerlah yang sering ketinggalan ya Mama...hihihi
Assalamualaikum K.CT,
ReplyDeletemmng sedapkan kek ni..lama dah tak buat..kalau perisa pandan ni mmng kegemaran Yatie dan anak2....ijau tu menawan hatiku...
Sedapnya kak ct...lama x makan ciskek.
ReplyDeleteskrg ni selera mcm nak mkn menu2 tradisi jer...tp kalo kak ct hulur barang sepotong 2..gerenti tak tolak punya..hihi
Kak CT,
ReplyDeletemeh hantar rumah sikit cheese kek tu.
assalamualaikum kak ct.. rasa lama tak emnjenguk blog akak merah ni... hehehe..
ReplyDeleteakak..saya pun sukee kek slice cheese ni. akak dah try kek lite chheese kek si hasue tu? kek ni lebih kurang gini jugak tapi lagi lemak n moist. sodap gak tu..
akak nak sepotong ye. antor ke ampang boleh? hehe
Slam ct... sedapnya kek ciz pandan ni.. dulu wana selalu beli je.. tp lum berkesempatan nak buat... nampak resepi simple je.. nanti kalu wana ada masa leh try resepi ct ni...
ReplyDeleteAssalam Kak CT,uish pepagi dah tayang ciskek,kira anak2 akak bf ala mata biru lah arini ek..Sedapnyer kak.
ReplyDeleteSalam Kak CT,
ReplyDeletepada kita kan kak, this is among the cheesecake yg sedap dimakan & senang gak nak buat.. lama gak kita tak buat ni...passing la sekeping dua kak
salam CT..
ReplyDeletelewat sikit jengah dapor Ct hari ni...
waaa... sama pulak kita buat kek.. boleh lah tukar suka sama suka... hehe
CT... nak sikit kek pandan tu... gebus jer nampak... sedapnyaaa
ReplyDeleteAssalam ct,
ReplyDeletewah ada cheese cake ijo ya kat sini..
tentunya lembut dan wangi bau daun pandan tu kan..buat minum petang sedap ni..lawan dengan teo o kurang manis..
nak sepotong kek tu kak...
ReplyDeletesedappnya tengok....
nampak sangat lembut gebu la....
gerammmm mas tengok..
rasa nak ngappp jerk kek tu..
Kena try ni. tak pernah rasa lagi cheese digandingkan dengan pandan
ReplyDeleteSalam kak CT suka juga bab2 kek cheese yg mcn ni.. Sedap gebu je masuk mulut rasa nak buat plak kak
ReplyDeleteYatie ~
ReplyDeleteWa'salam yatie, ialah kak ct pun suka. dah 2 kali buatnya mestilah sedap kek ni kan. tu yang dok ulang2 jer makan nya :D
HaSue ~
ReplyDeleteMek Hasue..tak takut ker makn adik beradik cheese ni kang naik pulak timbang tu.. hihihi
menu tradisi tu menu apa erk..?jap garu dagu.. hihihi
hazila ~
ReplyDeletenak hantar loyang kosong boleh tak zila..hihihi. dah pinis lah, zila kalau buat lagi sedap kan...kannn :D
izahdaut ~
ReplyDeleteWa'salam Izah, yalah rindu nak peluk2 tapi tak sampai tangan ke ampang tu...hihihi.
yang hasue tu rasanya pernah buat, tapi terlembut sikit tu yang malas nak publis. nanti2 nak cuba lagi. tapi tungu dah lepas raya lah pulak.. hehehe
wana yusuf ~
ReplyDeletesilakan mencuab ya wana cayangg..memang sedap, mois betul kek ni. kalau buat diulang2 pun tak jemu rasanya :)
Zaliedana ~
ReplyDeleteWa'salam CT, gitulah kiranya. dulu masa ngandong nak sangat anak2 ni dapat mata hijau. tup2 kuar semua mata coklat.. hehehe. biru tak der lagi nanti beli lens lah boleh pakai.. hahaha. adoiiii..ada2 jer CT ni :D
Yat Maria ~
ReplyDeleteWa'salam Yatt, betul lah kata yatt tu. kat ct pun suka . tambah2 lagi kalau simpan semalaman lagi lah sedap rasanya kan yatt :)
dah habis lah yangg..sori eh :)
Azlita Aziz ~
ReplyDeleteWa'salam Ita, ct pun tak dan nak kemana2 ni, dok kesana sini jer sampai lupa member buat kek yang sedap. jap lagi ct singgah eh, tapi jangan lupa tapau nak bawak balik eh.. hihihi
Gee ~
ReplyDeleteAlah sorilah dear dah habislah buat pun cukup2 jer tu. lain kali nak buat 2 adunan boleh dapat dua loyang. kita makan ramai2 eh Gee..hihihi
Ayu ~
ReplyDeleteMula2 tu ingat nak buat plain jer, bila tengok cikgu Hana buat ijo kita pun nak gak ada kaler...hihihi.
Jap..jengah bawah tudung saji..alahhhh habis lahhh :)
Mas ~
ReplyDeleteNi nak tanya dulu, masa dah buat kebelum. kalau belum gi buat tapi simpan kan kak ct 3 potong eh... hehehe. Mas kalau buat mesti sedap lagi kan :D
jangan marah ya mas, gurau2 sayang ni, nak pausa kan :)
Norasikin ~
ReplyDeleteSilalah mencuba sikin, taklah bau sangat pandan tu. ada bau sikit2 jer tu.
Terima kasih singgah Dapur CT ya sikin :D
Juwita Jamaludin ~
ReplyDeleteWa'salam Ita, a'ah..bila masuk mulut tu terasa macam gula2 kapas jer terus hilang. sangat sedap memang digemari insan2 kat rumah ni tau Ita :D
adoiii...tak tahan...geram tengok ciskek yang hijo tu...gebunye...ada masa nanti saya try gak....ada lg k ciskek tu? nak sepotong..hehehe..
ReplyDeletesedapnya cis kek! tapi agak serik nak buat. asik bantat aje...
ReplyDeleteakak ct...tengok akaknya kek kaler hijau ni...saya teringin lak nak makan kek pandan...hukhukhuk...malasnye nak membaking...hehhehe
ReplyDeletediana dtg lewat ler... pasti dah abis nie kan akak... tgk sedap ler kek tu.. pandan lg tu.. mmg suka sgt kat keharumannya.. mmg sedap
ReplyDeleteone fine day pasti akn ku buat kek ni huhu.. hehe..
ReplyDelete