Assalamualikum... Salam mesra untuk semua pengunjung setia DDCT. Terlebih dulu CT nak ucapkan terima kasih pada teman2 yang begitu prihatin pada CT. Alhamdulillah, pening kepala dah beransur elok nampaknya. Mungkin sebab anak dara CT dah balik kot. Ya lah 3 minggu tak jumpa, pening rindu lah tu kot. Dan yang pasti juga, disebabkan doa dari semua. Tapi CT taklah renyah2 sangat takut datang semula ting-tong tu nanti. Selalunya macam tu lah 3-4 hari baru betul2 hilang. Hari ini anak dara CT Lily balik rumah bercuti 3 hari, jadi CT buatlah sedikit makanan ringkas untuk makan2 dirumah. Ini bukan hidangan istimewa, cuma CT teringin sangat nak makan pasta. Jadi CT cubalah masak untuk pertama kalinya. Masak pun tak banyak mana cuma sedikit aje, takut tak habis pulak, membazir namanya kan. Pertama kali buat rasa macam ada yang terkurang jer, lain kali nak cuba buat lagi sampai rasa puas hati :D
Resipi ni CT tengok teman2 ada yang dah buat, jadi CT tokok tambah sikit2 mana yang kurang dan sedap kat tekak CT lah. Tapi CT rasa2 macam CT dah tokok tambah keseluruhannya pulak hahaha. Dan yang pasti, ini pasta stail Malaysia sebab bahan rempahnya dan tak ada cheese segala, macam pasta omputih tu hehehe. Lepas tu tak tahu nak letak nama apa kat resepi pasta ni, terus aje beri nama Pasta Goreng Pedas DDCT... hehehe. Mula2 anak dara suruh letak nama pasta tangkap muat, sebab katanya CT letak macam2 dalam tu... adoiiii sabar aje lah anak bertuah ni... hehehe. Okeylah, layan lah pasta yang tak seberapa indahnya ni, gambar pun tak cun maklum ler tangan dok menggigil masa tangkap gambar ni... penattt. Hehehe..
Pasta Goreng Pedas DDCT
Resipi Che CT
Bahan-bahan :
200 gm pasta - CT guna jenama PENNE
7 biji ceri tomato dibelah 4 *
1 1/2 sudu besar cili kisar *
1 sudu besar sos cili *
1 sudu besar sos tomato *
1 sudu besar sos tiram *
1 sudu besar kicap cair *
1 biji cili merah - buang biji dan dipotong dadu *
1 capsicum hijau - dipotong dadu *
5 ekor sotong - bersihkan, rebus sekejap - toskan *
1/2 cawan hirisan cendawan butang *
1 batang carrot - potong batang mancis *
2 batang sosej - dihiris nipis *
1 cawan air rebusan pasta
minyak jagung daisy - untuk menumis
Garam dan gula
Bahan kisar halus :
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Cara-cara :
1. Rebus pasta mengikut arahan pada peket. Tambahkan sedikit garam dan minyak ke dalam air untuk mengelakkan pasta melekat. Apabila sudah lembut, toskan dan ketepikan.
2. Panaskan kuali dengan minyak jagung daisy. Tumis bahan kisar halus hingga layu dan naik bau. Masukkan cili kisar, tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kesemua bahan bertanda * kecuali pasta. Kacau goreng hingga semua bergaul mesra, tambah sedikit air dari rebusan pasta tadi.
3. Masukkan kesemua bahan bertanda * kecuali pasta. Kacau goreng hingga semua bergaul mesra, tambah sedikit air dari rebusan pasta tadi.
4. Bila mendidih, masukkan pasta dan gaul hingga kesemuanya mesra. Jika inginkan sedikit basah boleh tambahkan sedikit air rebusan pasta lagi.
5. Perasakan dengan garam dan gula.6. Angkat dan hidangkan panas.
Selamat pagi jumaat kak,.
ReplyDeletelama ayu tak singgah sini.. kak sakit pening ya??
syukur dan semakin pulih..
tapi kalau pening mmg nak berblog pun sukar kan??
PS: tumpang sarapan pagi boleh?
salam dek ct cute..
ReplyDeletekalu mkn ubat tak mau hilang cari daun sireh kesukaan kambing tu hihihikkk buat jarammm kepala nanti keita akan cepat baik dan lenaaa tido kak dah selalu buat la ni jarang sakit kepala dah,..
kak ct..sedapnya tengok pasta tu....
ReplyDeletehulur la sepinggan..
Salam jumaat untuk kak CT =0).
ReplyDeletekalau pening lagi, jgn lupa bawa berehat n kalu makin teruk, jgn lupa makan ubat =0).
sedap nya pasta tuh..sotong atas pasta tu memikat jiwa.
Salam kak CT!!! sedapnyer lah pulak bila tgk org masak mcm niii tapi kalau sendirik yg buat mcm ada yg kurenggg ajerrr, tu tanda nak makan yg org buatkan hihihi...
ReplyDeleteAssalamualaikum akak ...
ReplyDeletehiihiiihii... mcm anak2 diana gak tu akak.. kalau nmpk jer yg baru n suruh mereka beri nama.. bermcm2 nama akan keluar.. heehee :)
tapi kan akak...pasta goreng pedas akak tu amat menyelerakan sekali tau... sedaaappp
Salam CT..
ReplyDeletepepagi lagi maklong dah dihidangkan dengn pasta goreng pedas ni.. terima kasihlah.. tengok gambar pun dah kenyang.. hehe..
anak & menantu maklong tengah dok kelentang kelentunng kat dapur tu.. nak buat nasi lemak katanya..
ct,kalau dapat kat akak pagi2 macam ni memang seronok betul rasanya.akak memang suka makan pedas2 waktu pagi..
ReplyDeleteSalam CT...Wah! tadi singgah kat "umah" Ady...macaroni goreng pedas...jenjalan kat sini pasta goreng pedas jugak....cam bejanji2 pulak ek...kak cek dtg bwk piring kosong ni...nak ngendeng kat CT ni...kempunan kak cek nanti...he he he...
ReplyDeleteSalam CT,
ReplyDeleteBerselera betul nampak pasta tu.
Lagi kalau resepi kena ngan tekak:)
link blog CT ye:)
resepi2 mantopss!
Ok dah nama tu...memang ngam... rasa nak ngap ajer... heeeeee... terlior
ReplyDeleteAssalam ct, memang nampak pedas warna pasta ct ni..itu yang kita suka..ada lagi tak ni?..
ReplyDeleteCitarasa Rinduan ~
ReplyDeleteSelamat petang ayu, masuk petang dah ni baru sempat. Alhamdulillah dah sihat. bole jer kalau nak tumpang makan, tapi dah petang dah habis lah :D
ilahjy ~
ReplyDeleteWa'salam kak ila manis :D dulu masa ct dok kat kampung kalau pening kepla ni selalu ramas2 daun bunga raya kak. kakak ct yang buat, macam tu pun okey gak. kat kl ni mana nak cari semua tu kan :)
Terima kasih ya kak ilah, nanti kalau sakit pala lagi mintak aje kat aci bawah rumah ct tu daun sireh hihi
Mas ~
ReplyDeleteAlah mas...dah petang ni pasta pun dah sampai kemana2 dah.. masuk dalam tutttt! hihihi
Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi ~
ReplyDeleteWa'salam Nurul.. dah okey dah ni. sihat dah , terima kasih Nurul . ni dan boleh main pondok2 kat dapur sambil ketuk2 montot periuk dengan kuali ni.. hahaha
ijayuji ~
ReplyDeleteWa'salam Ika, betul 3x kak ct sokong 80% jer tang tu..hihihi. kalau sendiri masak memang kureng sikit nak makan. tapi kalau orang lain buat macam nak menambah2 lah pulak erk..hihihi
Diana @ Melley Mey ~
ReplyDeleteWa'salam diana. Kannn... anak2 ni suka bagi nama yang merepek2 kan. kadang2 boleh pakai gak, kadang2 tu memang kelaut jerlah bunyi nya.. hahaha
anak diana tak masak lagi ker hari ni. suka tengok muka dia comel sangat :DD
Along Maklong ~
ReplyDeleteWa'salam maklong cayanggg..hihihi. sukalah pagi2 maklong dah terjah dapur CT. ni mesti nak buat sportchek dapur ct dah kemas ke belum kan..kan.. hihihi
Oh belum rasa dah kenyang eh..bagus bagus.. macam ni baru best amik bau jer eh.. hahaha
anymz ~
ReplyDeleteKak anim kalau ct makan pedas2 sangat pagi pun tak boleh gak kak, kang berebut2 siapa nak masuk bilik termenung tu dulu.. hihihi
cik cek ~
ReplyDeleteWa'salam kak cek, Oh ya ker? tak janji pun dengan ady tu. alahhh...jangan cakap macam tu. sedih ct tau, tak apalah nanti ct buat lagi ct makankan sesudu khas untuk kak cek okey :D senyum sikitttt..ahhh kan elok tu.. hihi
TopsyTurvyMum ~
ReplyDeleteWa'salam TTM, salam kenal juga dari kak ct. terima kasih sudi meluangkan sedikit masa untuk singgah dan meninggalkan jejak ke DDCT.
Gee ~
ReplyDeleteOkey ya. bagus.. bagus Gee terima ksaih sebab setuju diberi nama macam tu.. hihihi. sebenarnya CT dah tak tahu nak letak nama apa pasta tu..hihi
Ayu ~
ReplyDeleteWa'salam Ayu, kita dah terikut2 ayu lah suka makan pedas2 ni. nasib baik tak letak sambal belacan macam yang ayu buat mee goreng ayu tu.. hihihi. Barulah betul2 kaw2 kan ayu, berasap telinga.. hihihi
Assalam Ct,
ReplyDeletesyukurlah sudah kembali sihat...
pasal pasta tu... kalau amie buat sedikit (cukup2 makan), anak2 berebut - tukang masaknya pun tak dapat, kalau buat banyak...aksesorinya (udang & ayam)saja yang
anak2 pilih...
bila2 nak cuba resepi CT ni, nampak sedap, saya suka pasta, bebudak dan emak pun gemar gak...gambar memang superb!
ReplyDeletesalam kak Ct.. tengah2 malam baru dapat jalan2 sini... busy seharian saya ni.. hhihihihi sedapnya nampak kak dapat buat breakfast ni kenyang ni
ReplyDeletepedas2 mcm ni kena la dgn selera kita..yum yum! :)
ReplyDelete