Assalamualaikum. Salam sejahtera di pagi Isnin yang cerah, semoga semua teman2 dan pengunjung yang tersayang sentiasa ceria dan cerah di hati. Ada bau durian tak? Apa kes pagi2 dah nampak durian di dapur CT ni ya? hehe.. Ini lah sarapan pagi CT sekeluarga hari ni, pengat durian yang dimakan bersama roti, salah satu sarapan fevret tapi amat jarang2 dibuat. kenapa ye? sebabnya, durian adalah buah yang bermusim hehe. Tapi CT dan suami bukanlah penggemar durian yang dimakan mentah. Cuma anak2 CT je yang hantu durian. Tu yang bila ternampak kat pasar tani semalam terus aje CT beli, buat santapan anak2 tersayang makan raja buah kegemaran dorang ni. Dan sebiji dari yang dibeli tu CT buat pengat durian.

Rasanya dalam sebulan yang lepas, CT ada tengok satu dokumentasi di TV3 tentang bagaimana durian sekarang dah diekspot ke luar negara dalam bentuk sejuk beku, dan kebanyakan kebun2 durian seluruh Malaysia juga sudah dipajak oleh pengusaha durian sejuk beku ekspot tersebut untuk bekalan kilang diaorang. Huh.. patutlah sekarang nampak yang bekalan durian tak semewah dulu. Dulu2 durian terlambak di mana2 dan dapat dibeli secara longgok dan murah. Sekarang ni dah susah sikit nak jumpa melambak macam tu dan kalau ada pun harganya dah mahal, dan dah jarang nak jumpa jual longgok2 macam dulu. Inilah yang dikatakan kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan. kalaupun nak mempromosikan raja buah ni di luar negara, janganlah sampai rakyat jelata tak dapat merasa. Okeylah, sebelum makin panjang CT membebel baik CT berenti dulu makan pengat ni hehehe. Jom kita semak resepinya ye.
Pengat Durian
Resepi Che CT
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan kacang hijau
10 ulas durian
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir (boleh dikurangkan ikut suka)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
sedikit garam
2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara:
1. Kacang Hjau dibersihkan dan direbus hingga empuk, ketepikan.
2. Masukkan santan, air, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan ke dalam kacang yang direbus tadi. Masak dan kacau sebentar diatas api yang sederhana.
3. Setelah semua bahan2 mesra, masukkan durian. Kacau sentiasa hingga mendidih untuk mengelakkan daripada pecah santan.
4. Rasa kemanisannya dan bolehlah ditutup api. Enak dihidangkan bersama roti putih atau pulut kukus.


salam CT..
ReplyDeleteperut maklong tengah berkeroncong mintak diisi.. jenguk kedapur CT ada pulak bubur dengan roti ni.. memang kena sangatlah.. nak semangkuk ye CT.. hehe
kena masuk dapurlah dulu.. masak apa yang ada..
Salam...KCt..
ReplyDeleteKalau pulut durian ni memang ler sedap....cantiknya cover majalah tu...
Assalamualaikum kak ct. Lma xtingl komen kt sni. Waduhh terbau durian kt ampng nihaa. Hehe. Smlm pun kmi duk mlantak durian jugak. Tak sempat nk dibuburkan. Huhu.. Sesedap mkn ngn roti tu. Akk... Gambr tu cover depan buku resepi ek. Nmpk elegan la.. Lawo giler gmbo...
ReplyDeletea'kum kakct...bubur durian ni memang best makan....tengah musim durian ni saya kalau boleh semua benda nak letak durian...kekekek...mula2 tak perasaan cover majalah tu...lepas baca komen org terus scroll naik atas balik....cantik ...:)
ReplyDeleteakak...masyaAllah...rasanya semalam memang mas nmpk akak kat pasar tani tau....
ReplyDeletetapi tak berani tegur....
mas nampak akak kat tepi orang jual sup gearbox tu...
betul kan....
rasanya masa tu dalam pukul 9...
hmmm...dalam kereta asyik memikir jerk betul ke kak ct...
tapi memang yakin tu akak..
nanti akak kasi no tel yerk...
lain kali klu jumpa...mas tel dulu..he..he...
perrhhh...gambar kat atas sekali tu...
cantikkknya.......
tahniahhh kak..
Ermmm ni buah feveret saya kak. Kat umah kalau beli buah ni, kupas semua dan simpan dalam peti ais. Kalau nak makan terus je ambil. Sangat sedap. Tapi la ni dah tak boleh beli selalu sbb harganya mahal ya amat. Kalau beli yang longgok pulak mesti tak berapa eloh.
ReplyDeletepewiiiitttt!!! new setting... cantekk!!! thousang claps for CT... yeayyyyy!!!!
ReplyDeletesalam kak CT...
ReplyDeleteadusss...betapa kijamnya tayang pengat durian nih...btl2 buat dyg mengidam jelah...dahlah kte ni antu durian...terbau2 plak sampai ke ampang....huhu. telan liur jelah... :D
akak, dyg kan mmg xleh tahan nengok durian, mesti nk beli. last week tgh mkn nasik kat restoran, tetibe ade lelaki cina brenti kat depan restoran jual durian. Masyaallah...isinya mmg kuning bersih...dan2 hubby belikan sebijik sb dia tau wife dia suke durian. makan time tu gaklah kat situ. waduh2...mmg heavenlah!...ni kalo dpt mkn dgn sagon, mmg tak cukuplah sebijik...heheh
Kak CT... jelesnya nengok doyan tu... nak kena pi cari jugak ni... dah lama teringin nak makan... :(
ReplyDeleteKak CT... jelesnya nengok doyan tu... nak kena pi cari jugak ni... dah lama teringin nak makan... :(
ReplyDeleteuwaaa.. nk makan durian!!
ReplyDeleteabah tun baru je msg byk durian kt kebun. uhuk uhuk.. nk blk kampungg~~
kak CT...tak tahan tgk doyan tegolek dlm pengat tuu..sedapnyer
ReplyDeleteCT,
ReplyDeletengences kita dibuatnya....di Lahad Datu takde durian....lum musim kot...
Amie minta izin (sudah ambil pun... he hehehh...) resepi pocket bread sandwich Ct, bukan satu tin kecil sardin Amie buat, tapi 2 tin!
Along maklong
ReplyDeleteWa'salam maklong...pagi2 macam ni kena makan apa yang ada jer maklong. kang dah nak tengahari baru masak lain..hihihi. maklong memang rajin memasak kan. masak apa hari ni ya :D
Nazrah ~
ReplyDeleteWa'salam Nazrah, kak ct kalau durain yang dah diamsak pengat bolehlah masuk . tapi kalau yang mentah2 u dok lalu macam nak tutup hidung jer rasanya..hihihi. macam pening lah kalau bau dia tu kat sangat.. hehehe
izahdaut
ReplyDeleteWa'salam izah. amboiii..cik kak ni lama betul dok sepi ya..hihihi. Nak anto macamana? bagi lah alamat rumah nanti senang kak ct nak ketuk pintu rumah izah hehehe
tolonglah hantar macaron sekotak kat rumah kak ct eh izah ..hehehe
quinnie ~
ReplyDeleteCik quinnie peminat setia penyani korean dah sampai..hihi. ni kira pengemar buah durian lah ehh. tulah ingat lebihan buah tu nak buat kuihlah nak makan gitu2 macam tak der sape nak kasi habis :D
Mas ~
ReplyDeleteMas...agaknya pelanduk du serupa kot. awatlah mas tak tegur jer kasi puas hati tu... hehehe. kak ct tak pegi pun pasar tani shah alam tu mas. ingat nak ajak Hb gak, tapi tak terbukak mulut nak kesana..hihi
terima kasih ya mas, kak ct dah save no hp mas tu. kot2 kak ct ternampak mas gak boleh coling2 dulu kang salah orang jugak.. hahaha
Kak Sam ~
ReplyDeleteSam, kak pulak kalau beli yang longgok tu, kena tengok2 gak lah. kadang2 yang kecik tu manis juga isi nya. setakat nak buat pengat atau perasa2 kuih tu bolehlah. nak makan gitu2 macam tak larat nak beli..hihi
lyn at home ~
ReplyDeleteLyn,durian kampung lagilah kat bau diakan. lagi sedap tu makan kat bawah pondok sambil tunggu buah durian jatuh.. hihihi. seronok ada kebun sendiri erk Lyn :D
Gee ~
ReplyDeleteThanks my dear Gee...hihihi. Hb CT saje jer tu,tak ada keja dok buat untuk ct ..suka tau kita :DD
DJ Dayang ~
ReplyDeleteWa'salam Dayang...peminat durian juga rupanya..hihihi.baik sungguh hati en somi dayang tu ya, sanggup beli untuk isteri tercehbta dia, jeles tau!..hahaha. kak ct dulu memang hantu buah durian gak ni dayang. tapi sekarang dah kuranglah nak makan, entahlah kenapa agaknya.
Dayangggg...jangan lah berhenti dari berblog, kak ct suka mencuba resipi2 dari dayang. kalau penat tu rehatlah sekejap jer tapi jangan tutup okey..sayang dayanggg..muahhh!
Cheq Sue ~
ReplyDeleteApa tunggu lagi sue, pi sambar durian tu. kat mana2 ada jer orang jual. cuma mahal sikit lah kot :D
tun_telani ~
ReplyDeleteWahhhh!! mesti seronok tun dok makan tu nanti..hihihi. baik2 kang sampai demam kang asik makan durian jer..hihi
Ida,Japan ~
ReplyDeleteIda, kat jepun tak ada durain eh,siannya dia. tak apalah kak ct tolong makan sedudu dua untuk ida eh .. hehehe
Amie ~
ReplyDeleteTunggu datang musim lah amie, terus terkam dan buat pengat durian tau. ct ni sebab anak dara ct yang nak sangat merasa. dah lama dia mintak ni amie.
terima kasih ya amie, sudi mencuba resipi poket bread tu. ct pun dah lama tak buat.. :D
oh......
ReplyDeletepatutlah kebun2 durian banyak area ayu.. tapi tak nampak hasilnya..
rupanya depa eksport..
ayu baru lepas buat bubur durian,
nak buat mcm kak ct pulak lah.........
assalam kak CT,wahh my fav saya gak ni...kat sini ada doyan siam yg frozen jer kak...tapi merasa jugalah kalau nk mkn tu kan..cantikla gambar atas tu buku resepi akak ke?
ReplyDeleteakak ct... diana nampak durian tu.... uwaaa.... kat cnie belum nampak lg buah duriannya.. bijinya pun lom ada lg nampak,.. hehhehe... apa tah lagi nak makan.. musim belum tiba lg kat cnie... nak minta dr akak ct jer ler yer... hehhehe sedaaap tu
ReplyDelete