Resepi biskut yang ketiga. Biskut macam ni senang nak buat sebab tak payah terap dgn acuan, masukkan aje dalam cawan kertas dah siap. Kita layan resepinya terus ye..
Biskut Choco Crunch
Sumber Asal: Chef Zaida
Resipi olahan Che CT
Bahan-bahan :
170 gm marjerin
100 gm gula kastor
1 biji kuning telur
130 gm tepung gandum
1/4 sudu kecil serbuk penaik
50 gm tepung jagung
2 sudu besar susu tepung
50 gm oat
20 gm sultana / kismis hitam
80 gm koko crunch - di ramas atau tumbuk kasar
Cawan kertas secukupnya
Hiasan :
Ceri merah
Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula hingga kembang
2. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati.
3. Ayak tepung gandum, serbuk penaik, tepung jagung dan susu tepung. Kemudian gaulkan bersama oat dan sultana/ kismis hitam.
4. Masukkan semua bahan kering dan gaul sebati.
5. Sudukan lebih kurang 10 gm kedalam cawan kertas.
6. Kemudian hiaskan denan ceri merah diatasnya.
7. Bakar dengan suhu 180' C selama 15 - 20 minit atau sehingga masak. sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Biskut sebelum di bakar
cantik menawan biskut ni kak...
ReplyDeletecomei2 jerk..
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kak ct sekeluarga....
Moga akak sekeluarga ceria dihari raya nanti.....
selamat pagi akak ct cayang...
ReplyDeletewah mmg sgt cantik semua biskut raya akak.... menarik!
kuih cantik + gambar cantik = apa erk?
ReplyDeleteSelamat Hari raya buat kak CT sekeluarga
Menarik2 biskut Kak Ct nih..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya buat akak sekeluarga...