Saturday, August 27, 2011

Biskut Raya 5 - Biskut Tart Nenas




Assalamualaikum. Salam sayang untuk semua. Hari ni CT letak resepi Biskut Raya CT yang kelima iaitu Tart Nenas Shell. Raya tahun-tahun sebelum ni CT buat tart guna acuan terap atau tart gulung, tapi tahun ni CT ubah selera buat tart guna acuan tart shell yang kecik-kecik tu. Kita semak resepinya ye..


Tart Nenas Shell

Sumber : Diana - Sky Blue's Kitchen
Resipi asal ~ Chef Zaidah - Koleksi Senirasa
Resepi olahan Che CT


Bahan-bahan :
500 gm tepung gandum
400 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm tepung jagung
75 gm susu tepung
1 sudu teh garam
1 sudu teh vanilla
*Kuning telur untuk di sapu pada biskut

Cara-cara :
1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung... Ketepikan.
2. Putar gula aising, mentega, garam serta vanilla kira² 10 - 14 minit..
3. Masukkan campuran bahan no.1 dan putar sebati.
4. Isikan dan bentukkan doh ke dalam acuan shell tart.
5. Isikan dengan jem nenas.
6. Sapu adunan dengan kuning telur jika suka. (*CT tak sapu)
7. Bakar pada suhu sederhana sehingga biskut masak. (Sekitar 150°C selama 15 - 18 minit bergantung pada oven masing²).
8. Sejukkan sebelum di masukkan ke dalam balang.





4 comments:

  1. Hihihi...cutenye tart nanas tu Kak Ct...klu yg saiz cam ni mesti guna banyak inti nanas kan...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Menarik nampak biskut tu

    ReplyDelete
  3. cantik dan comel..tapi kalau wat camni..intinya tak keras ke KCt..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...minat sngt dgn biskut yg ade kekecang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...