Sunday, August 28, 2011

Biskut Raya 7 - Biskut Badam Delight




Assalamualaikum buat pengunjung DDCT tersayang. Semakin dekat dah hari lebaran kan. Hari ni CT letak resepi biskut raya CT yang ke-7, biskut coklat yang sememangnya menjadi kegemaran anak-anak kecil yang gemarkan coklat. Sebelum ni, CT kata CT plan nak buat 10 jenis biskut kan. Tapi rasanya tak sempatlah, CT cuma sempat buat 8 jenis je. Biskut ke-8 iaitu biskut suji pun tak sempat CT nak ambil gambarnya dan publishkan resepinya sebab terkejar2 dengan persiapan terakhir sebelum balik kampung. Untuk resepi biksut ini, CT selitkan sekali gambar kad raya dari pengirim yang bernama Linda, terima kasih CT ucapkan. Oleh kerana tak letak nama yang senang dikenal, CT tak tahu Linda yang mana satu yang mengirimnya. Kalau Linda yang mengirim kad tu ada terbaca tulisan CT ni, tinggalkanlah komen di entri ni ye. Jom kita semak resepi biskut yang terakhir CT sempat publish ni..


Biskut Badam Delight

Sumber: Majalah Rasa
Resepi olahan Che CT


Bahan-bahan :
250 gm mentega
85 gm gula aising
100 gm tepung jagung
250 gm tepung gandum
30 gm tepung beras
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
50 gm badam cincang
Cawan kertas secukupnya

Hiasan :
Coklat masakan secukupnya
Coklat urai secukupnya

Cara-cara :
1. Putar mentega dan gula aising hingga kembang
2. Kemudian masukkan kuning telur bersama vanila, badam cincang serta tepung. Gaulkan adunan hingga rata.
3. Bulat2 kan sebesar biji guli dan bakar pada suhu 170' C selama 20 minit atau hingga masak.
4. Sejukkan dan masukkan ke dalam cawan kertas.
5. Hiaskan dengan coklat masakan dan taburkan coklat urai diatasnya.





1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...