Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri Buat Semua



Assalamualaikum dan salam sayang buat semua teman-teman tersayang dan pengunjung setia DDCT. Alhamdulillah setelah hampir sebulan kita berpuasa, akhirnya Syawal bakal menjelang tiba sehari saja lagi. Ketika entri ini dipublish, CT sudah dalam perjalanan pulang ke kampung di Johor Bahru. Sangat rindu dan tak sabar untuk bertemu kaum keluarga yang tersayang. Semoga Syawal ini dapat mengubat kerinduan yang terpendam sekian lama dan memberi seribu keceriaan dan kebahagiaan buat CT sekeluarga nanti, aminnn.

Di samping itu, CT ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua teman-teman tersayang dan juga semua pengunjung yang setia menjenguk blog DDCT ini tak kira walau dimanapun kamu semua berada. Sudah pastinya juga CT ingin menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya ada kata-kata atau komen-komen CT yang menyentuh hati dan perasaan tanpa disengajakan sepanjang CT berblog. Mana yang terlebih atau terkurang, CT mintak dihalalkan juga ye. Semoga Syawal ini membawa selautan raudhah dan keberkatan untuk kita semua, insyaAllah.

Dalam pada bergembira menyambut syawal, sentiasalah beringat2 dan jaga keselamatan diri ye, terutamanya ketika memandu tu. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur, kita bertemu kembali nanti selepas cuti Syawal. Sehingga bertemu kembali, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari CT sekeluarga.



22 comments:

  1. Aslmkm CT & Cik Mat,
    Selamat Hari Raya buat anda sekeluarga, maaf zahir batin. Cantik famili foto, matching dgn background.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak ct.. sangat cantik sedondong manis dipandang. selamat hari raya dari izah untuk kak ct sekeluarga. semoga hari raya ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan dan berhati2 dijalan raya. take care kak!

    gonna miss u!!

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya CT
    Maaf zahir dan batin ye!

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...uwaaaa beraya kat Johor ya...kalau ada kelapangan boleh call dan singgah rumah Yatie..

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya..maaf zahir dan Batin

    ReplyDelete
  6. Salam sayang CT, Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin dari akak buat CT sekeluarga. Waaaahhh, meraaahhh...cantik sangat2 dgn tuan rumahnya sedondon kaler, memikat... :)

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya buat Ct sekeluarga.






    seS

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya kak CT.. lawanya akak ni.. lawa gambar dan cantik rumah akak..:) maaf zahir dan batin ye

    ReplyDelete
  9. Salam Aidilfitri buat akak sekeluarga... salah n silap mohon d maafkan yer akak..

    ReplyDelete
  10. salam aidilfitri buat kakct sekluarga..sungguh anggun gambarnya...:)

    ReplyDelete
  11. Happy eid mubarak to u and ur family .. maaf zahir batin.. hv a good one today!

    ReplyDelete
  12. Ucu & keluarga mengucapkan
    Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir Batin

    Izinkan ucu gantung Kad Raya disini:
    http://ucubakery.blogspot.com/2011/08/koleksi-kad-raya-2011.html

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Raya CT maaf zahir & batin

    http://batulesung.blog/ spot.com/2011/09/gedix2-raya.html

    ReplyDelete
  14. Seronoknya si hakim...
    btw tinggi dah si azree tu ek dari lily...

    Selamat Hari raya kak ct ;)

    ReplyDelete
  15. Salam Syawal, singgah di sini. Menarik sungguh blog ni :)

    ReplyDelete
  16. Ct..cantik sedondon...jahit sendiri ya baju sekeluarga tu..?

    ReplyDelete
  17. Salam kak siti..

    Kak siti salah seorang pemenang giveaway from Moscow.

    Nanti hantarkan details nama, alamat dan number phone kak siti ye ke miszlullaby@gmail.com.

    Tahniah kak siti.:)

    ReplyDelete
  18. Selamat Hr Raya buat CT sekeluarga... maaf zahir & batin... semoga persahabatan di kejauhan ini bertambah erat lagi

    ReplyDelete
  19. salam lebaran CT
    wah cantik baju raya, sedondon.. kita tak penah2 buat baju sedondon tau, lain tahun kita koin ek

    maaf zahir dan bathin
    xoxo

    ReplyDelete
  20. salam syawal buat kk ct & fmly
    hope kk ct sihat selalu:))

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Kak CT,
    Selamat hari raya buat akak sekeluarga... cantik foto keluarga tu. Baru first time tengok gambar anak2 akak. comel2 semua. :)

    ReplyDelete
  22. Maria nak ucapkan selamat hari raya buat kak ct sekeluarga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...