Monday, August 15, 2011

Strawberry Yogurt Jelly




Assalamualaikum. Salam sayang dan salam rindu buat semua. Entah angin mana datangnya tetiba Che CT muncul pulak hari ni ye. Dalam seminggu cuma sekali CT muncul. Bulan Ramadhan ni macam tak done CT nak mengupdate blog. Sibuk dgn menjahit tu satu hal. Lepas tu bila dah siap memasak, nak ambik gambar masakan nak tayang kat blog, aduh punyalah malas. Maklumlah bila dah siap masak, hari dah petang, terkejar sana, terkejar sini nak siapkan hidangan, tak sempat rasanya nak ambik gambar, tu yang tugas mengupdate resepi kat blog tak done tu hehehe. Takpe, puasa sebulan je kan, lepas puasa nanti, rutin akan bermula seperti biasa semula.

Resepi hari ni iaitu Strawberry Yogurt Jelly ni resepi wajib keluarga CT. Rasanya selang 2, 3 hari sekali CT ulang-ulang membuatnya untuk desert berbuka sebab anak-anak dan my laling suka sangat dgn desert sejuk2 macam ni. CT lagilah tak kisah untuk membuatnya selalu sebab senang sangat nak buat.

Oh ye.. pagi semalam CT ke pasar tani mega di Shah Alam. Sedang dalam perjalanan nak balik tu CT dapat call dari Mas kata nak jumpa sekejap. Sebelum ni cuma usik mengusik di blog, akhirnya pagi tadi bersua juga kita kan Mas. hehehe. Okeylah, sampai sini dulu CT membebel, nanti membebel panjang2 boring pulak kan hehe. Sampai juga lagi ye. Daaaaaaa...


Strawberry Yogurt Jelly
Sumber : Mat Gebu

Bahan-bahan :
2 cawan air
3/4 camca teh jelly powder (mat guna Konnyaku, CT pun)
100 gram gula
50 gram coffemate
1 camca teh strawberry emulco
1 bekas yogurt strawberry = 135 gm *
Susu sejat secukupnya * (* dicampur hingga mendapat sukatan 1 cawan)
3 biji buah strawberry segar (yg ini CT tambah dan blend dengan susu sejat)

Cara-cara :
1. Tuang air ke dalam periuk, masukkan gula dan jelly powder, kacau rata dan masak hingga suam. Masukkan coffemate, kacau hingga larut. Masukkan bahan2 lain, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana.
2. Tuang dalam bekas pilihan, biar beku dan hilang wap panasnya. Simpan dalam peti sejuk hingga dingin. Sesuai dihidangkan sejuk...Yummy !






24 comments:

  1. Salam Ct, gee baru plan nk buat puding strawberi coklat mlm ni untuk majlis berbuka posa di sklh anak esok... nmpk pulak yogurt stroberi CT ni yg sgt mengancam... adoiiiiii

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak ct cayang...
    apa khabar skg akak? moga sihat2 hendaknya yer akak..
    wah cantiknya puding tu akak.... strawberry lg... mmg fav selamanya tu... sedaaap!!!

    ReplyDelete
  3. salam kak CT - batu je lepas buat dadih strawberry :)

    ReplyDelete
  4. adoiyai kak ct!!!.. cantik btol kejadian puding tu... gojez!!... cantik jek stoberi tu landing kat puding gebu tu... hehehe

    ReplyDelete
  5. askum kak siti..saya nak tanya coffemate dan stawbery emulco tu macam mana? TQ

    ReplyDelete
  6. salam dek ct syg..
    canteeeeeeekknyeeee gambar tuuuuuu mcm dalam majalah jer..camera jenis apa ya??/ cuba habaq maiii.. nak makan syg nie ...

    ReplyDelete
  7. hmm...terliurnya tengok dessert tu kak.....
    rasa nak cedok masuk mulut jerk....

    akak..seronoknya mas jumpa akak semalam..
    akak tetap cantik menawan macam kat gambar.....
    peramah lagi..
    nnti ada rezeki kita jumpa lagi yerk.....

    ReplyDelete
  8. sesungguhnya jelly ini amatlah seksinya!! nampak sangat sedapppppppp!

    ReplyDelete
  9. lawanya strawberry tu tenggelam gitu.. rasa sejuk masuk tekak yekak

    ReplyDelete
  10. Gee ~

    Wa'saam Gee, itulah bulan2 puasa ni kuih2 ct tak buat pun. kalau dessert2 ni memnag selalulah. kiranya hari2 mesti ada terhidang atas meja. anak2 dan Hb suka jadinya itulah hidangan ct sekluarga :)

    ReplyDelete
  11. Diana @ Melley Mey ~

    Wa'salam Diana manisss...samelah kita kan. hidangan jelly strawberry ni memang menjadi fav keluarga pulak bulan puasa ni.

    k.ct sihat alhamdulillah, tr kasih Diana bertanya khabar. Harap diana dan family juga sihat lah ya :)

    ReplyDelete
  12. Anawahid ~

    Cik kak ana oii...buah strawberry tu saje jer nak intrfream kat situ sebab nak bagi ana jeles dan kecur ..hahaha

    ReplyDelete
  13. alQasam ~

    Wa'salam alQasam, coffemate tu ada dijual kat pasarraya dan kedai2 juga. begitu juga dengan strawberry emulco tu, kat pasaraya dan bakery kalau alQasam nak tahu boleh search kat googlelah.

    ReplyDelete
  14. ilahjy ~

    kak ilahhhh...hehehe. ct ni guna kamera Hb jenis canon jer kak. selalu nya yang buat gambar cantik ni lans dia kot, ct ni bab2 kamera ni kurang nak tahu lak kak ilah. main tangkap jer yg pandai..hehehe

    ReplyDelete
  15. Deliah's Deli ~

    Dell...macehhh. puji2 ni mesti nak ampau raya nnt kan.. hehehe

    ReplyDelete
  16. Nazrah ~

    Nazrah, pink I like you.. hihihi

    ReplyDelete
  17. Mas ~

    Masssss...memang seronok jumpa mas waktu tu. siapa lah sangka berbual berborak dialam maya akhirnya jumpa juga kita dialam nyata. insya'Allah lain kali nak jumpa kita colling2 dulu eh..hihihi

    Mas pun apa kurangnya cantik, tinggi dan senyum manisss sekali :)

    ReplyDelete
  18. nuwairani ismail ~

    Apalagi tunggu nani, buatlah memang sedap tambah2 untuk hidangan berbuka puasa nnt :)

    ReplyDelete
  19. Juwita Jamaludin ~

    Ita, hehehe...tengelam mcm nak timbul pun ada gak.masa letak strawberry tu ada gak yang tengelam sebab belum keras..hihihi

    ReplyDelete
  20. CT banyak ke menjahit.. ct ambil upah menjahit baju ke?? waa.. kalau tau boleh tempah dgn ct.. hihi

    terliurnya puding tu.. dah lama ita tak memuding.. tingal bertiga ni kurang sikit nak makan .. puasa ni pun banyak minum air aje.. makan tak berapa.. hihi

    ReplyDelete
  21. wow3....sedap sedap sedap..nyamannnnn...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...