Monday, October 3, 2011

Malaysia’s First Ever Blogger MasterChef!



Assalamualaikum dan salam sayang serta salam bertemu kembali untuk semua teman-teman dan pengunjung setia DDCT semua! Alahai rindunya kat blog ni sebab dah sebulan lebih ditinggalkan tak ber-update! Mulanya CT cadang nak cuti sepanjang bulan Syawal tapi rupa-rupanya terlajak sampai beberapa hari melewati Syawal dah pun hehe.

Apapun, gempak tak tajuk entri pertama kemunculan setelah lama CT bercuti? Sebenarnya bukan gempak tapi serammmm!! Bagi yang dah biasa tengok siri Masterchef kat ASTRO tu pasti tahu yang siri tu dah jadi semacam fenomena dan sekarang ni dah mula nak menjangkit ke Malaysia pulak. Fenomena pun fenomena lah kan. Yang buat CT seram tu bila minggu lepas wakil dari Nuffnang telefon mintak CT join contest "Malaysia’s First Ever Blogger MasterChef!". CT tak tahu nak respon macamana tapi bila CT cerita kat anak-anak dan suami, dorang 'paksa' CT sahut cabaran tu. Dorang kata "alah mama bukan tak biasa masak, boleh aja.. dan resepi mama yang paling, masak Rendang!" tapi, CT kata.. itu masak di rumah, bukan untuk pertandingan, mana sama! hahaha.. apa pun, kerana galakan (ke desakan? hehe) CT rasa, CT sahut jugalah cabaran ni dalam ketar2 lutut. Tapi bukan untuk menang atau sewaktu dengan tu tapi sebagai menyahut cabaran keluarga hehe. Sebagai syarat memasuki pertandingan tu, CT kena war-warkan informasi kat bawah ni:

- MasterChef Malaysia launch date – 22nd October 2011
- Show title – MasterChef Malaysia
- Program Details: – MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
- Program channel – Astro Ria (Channel 104)
- Official Site URL – http://www.astro.com.my/MasterChef/
- Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
- Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY
- Background Information on MasterChef – MasterChef is a worldwide phenomenon. A cooking reality show, that although doesn’t allow viewers to vote, has still broken viewership records in US and Australia. MasterChef is a success because not only is Food something we are all very passionate about but the show only allows amateur cooks to compete. Malaysians who love cooking but never had a chance to really showcase their skills and be appreciated, now get the opportunity! Get ready for the MasterChef phenomenon to take over Malaysia on 22nd October 2011!



Okeylah. Kita semak Resepi Signature CT iaitu Rendang Daging DDCT, resepi original turun-temurun keluarga CT.

RENDANG DAGING DDCT
Resepi Che CT

Bahan-bahan:
500 gm Daging
2 sudu besar Kerisik
1/2 cawan Minyak Masak (untuk menumis)
1 cawan Santan Cair
1/2 cawan Santan Pekat
3 cawan Air
1 sudu kecil Garam (secukup rasa)
1 sudu besar Gula Pasir
1/4 buku Gula Melaka
1 helai Daun Kunyit (dimayang halus)
Sedikit Rempah Tumis

Bahan Kisar:
1 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
1/2 inci Kunyit
1/2 inci Halia
1/2 inci Lengkuas
15 tangkai Lada Kering
2 batang Serai
5 helai Daun Cekur
2 helai Daun Limau Purut
2 sudu besar Ketumbar
2 sudu besar Jintan Halus

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar bersama rempah tumis dan gula melaka sehingga pecah minyak.
2. Kemudian tambahkan air, kerisik, garam, gula dan kacau rata.
3. Selepas itu masukkan daging dan tunggu hingga empuk.
4. Masukkan santan cair dan biar seketika hingga mendidih.
5. Tambahkan santan pekat dan daun kunyit.
6. Bila sudah mendidih, kecilkan api sedikit dan kacau sekali-sekala. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat. Sedia utk dihidangkan.


19 comments:

  1. salam Ct lama tak bersiaran.. sekali muncul dgn berita gembira...

    tahniah dari ita kerana terpilih dan berjaya sahut cabaran...
    doa dari ita semoga ct berjaya!

    pagi2 nampak rendang adoii.. bekeroncong perut

    ReplyDelete
  2. hebat kak CT....
    semoga berjaya....

    p/s belum berkesempatan tanya kat lily...busy marking paper laa kak...huhuhu

    ReplyDelete
  3. Salam Ct...tahniah kerana menyahut cabaran tersebut.Semoga berjaya..

    ReplyDelete
  4. tahniah CT sebab berani sahut cabaran tu.. salute! hehe..
    Farah dari Nuffnang ada jugak call Ratna ajak join program tu.. tp rasanya tak dpt joinla.. byk sgt komitmen lain yg perlu Ratna tumpukan buat masa ni.. Ratna doakan semoga CT sukses ya...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum akak ct cayang..
    rindunyaaa kat akak.. lama bercuti... sekali keluar ngan entri hebat + berita gembira gitu.. tahniah dr diana akak.. moga akak berjaya yer.. Akak bole buat punya.. jgn risau... :)

    ReplyDelete
  6. tahniah kak ct kerana menyahut cabaran ini..!!moga akak berjaya....!!

    ReplyDelete
  7. tahniah kak ct...nanti nak tgk la kat tb... gd luck!

    ReplyDelete
  8. as-salam kak ct
    Tahniah kak CT semoga berjaya..

    ReplyDelete
  9. Tahniah Kak Ct.
    Saya sokong.
    Selamat berjaya.

    ReplyDelete
  10. Salam CT cayang...rindu banget...haa baru nak muncul eks...hehe.. Waaaa, bravooo CT, akak pun nak paksa gak nih...CT mesti masuk contest tuh...citer menang ke kalah ke tu hal ke 2, yg penting kutip pengalaman kan...Akak doakan CT berjaya k....muaaahhss!

    ReplyDelete
  11. wow..!!
    tahniah CT.. sebab dah kembali berblogging.. dan tahniah sebab menyahut cabaran tu.. :)

    ReplyDelete
  12. tahniah kerana berani menyambut cabaran.
    rindu kat ct sebab lama sangat cuti...
    sedap nampak rendang tu

    ReplyDelete
  13. Waaaa...kakakku, sue turut tumpang happy dan tahniah!

    ReplyDelete
  14. Aslmkm CT cayang. Semuga berjaya... caiyok2... CT boleh!

    ReplyDelete
  15. Tahniah CT semoga berjaya..fighting ke akhirnya, kakros pun sokong btw sedap nampak rendang tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...