Wednesday, October 19, 2011

Red Velvet Cake - Semerah Cinta Hatiku




Assalamualaikum... Salam ceria, salam paling manis.. semanis senyuman yang paling indah khas untuk semua teman2 CT yang tersayang. Alhamdulillah.. pejam celik.. pejam celik, sampai juga hari yang CT tunggu2 untuk diraikan bersama teman2 CT di sini hari ni.

Hari ini 19 hb October adalah hari yang bersejarah dalam hidup my laling Che Mat iaitu suami CT, En Rahmat Hj Abd Aziz. "... Selamat Ulang Tahun Sayang..." CT panjatkan rasa syukur kehadrat Allah kerana memanjangkan usia suami tersayang hingga ke hari ini. Semoga suami CT diberi kesihatan yang baik setiap masa, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah didunia dan akhirat.. Insya'Allah.... Aminnn Ya-RabbalAlamin.

Sebenarnya suami CT nak makan pulut kuning jer dihari lahirnya. Katanya kek dah biasa makan. Tapi CT buatkan juga Red Velvet Cake khas untuk suami tersayang. Sebab masa hari raya CT tak sempat nak buat kek RVC ni (masa tu suami teringin nak makan). Jadi hari ini CT buat lah untuk menunaikan permintaan yang dah lama 'tertunggak' tu kan... hehehe. Pulut kuning dan rendang CT buat juga tapi nanti2 lah CT publish ya... insya'Allah. Tapi nak jadi cerita kan, tengah2 CT buat kek ni, 2 kali letrik tak ada tau. Rasa macam nak pitam sekejap. Nasib baik lah ngam2 siap habis bakar... hehehe.

Resipi RVC ni dah pernah CT publish masa birthday CT dulu. Jadi CT ulang letak semula di sini untuk rujukan bersama sekali lagi ya. Selamat menjamu selera. Opss..! selamat menjamu mata ... hehehe. Daaaaa..


Red Velvet Cake - Semerah Cinta Hatiku
source : joy of baking
terjemahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan Kek:
250 gm tepung kek *
1/2 sudu kecil garam *
15 gm @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
113 gm @ 1/2 cawan butter
160 gm gula kastor - resepi asal 300g
2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
1 sk esen vanila
240 ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
2 sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting:
227g cream cheese
227 mascarpone - ( hana ganti cream cheese)
115 gm @ 1 cawan gula kastor
360 ml @ 11/2 cawan whipping cream
( hana tambah susu segar sedikit untuk frosting yang agak lembut)

Cara-cara:
1. Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15 minit sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dengan sukatan yang sama.
2. Panaskan oven suhu 170 darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
3. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1 - 2 minit.
4. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
5. Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
6. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung).
7. Dalam mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan hingga sebati.
8. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. (CT guna loyang 8 inci dan bakar lebih kurang 50 minit).
9. Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
10. Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
11. Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. Potong dan hidangkan.




22 comments:

  1. happy birthday che mat.... moga dipanjang usia dan dimurahkan rezeki.moga bahagia terus mengiringi perjalanan hidupmu. moga selamat dunia dan akhirat, amin!

    sedap dan menawan nampaknye kek air tangan k ct tu...nak sepotong!

    ReplyDelete
  2. Selamat ulang tahun untuk Che Mat...
    Semoga ceria dan gembira disamping isteri tersayang dan anak2..

    cantiknya kek tu CT terliur pulak bila tengok pagi2 ni..

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir buat che mat.. semuga dirahmati Allah sentiasa..

    cantiknya kek ct..

    ReplyDelete
  4. Selamat Ulang Tahun buat Che Mat,
    semoga bahagia dan ceria selalu di samping isteri dan anak-anak yang tersayang.Kak CT,cantek kek tu,mesti sedap banget...nyum nyum nyum..

    ReplyDelete
  5. Fiza Nordin ~

    Aminnnn...terima kasih Fiza.

    alahhh mana boleh lawan dgn fiza dlm mendeko2 kek ni. k.ct kalau part deko2 ni ada sikit hancus lah fiza..hehehe

    ReplyDelete
  6. Azlita Aziz ~

    Terima kasih Ita cayanggg...kalau Che Mat abca ni mesti dia senyum jer..hihihi

    malam nnt datang umah kita makan sama2 eh :)

    ReplyDelete
  7. Along Maklong ~

    Terima kasih medoakan suami ct ya maklonggg! semoga doa2 dari maklong dimakbulkan Allah..aminnn

    ReplyDelete
  8. Rahel ~

    Terima kasih rahel wish b;day suami k.ct. ni malam nanti dia akan baca komen2 ni tau...hehehe

    K.ct selalu skodeng blog rahel cari resipi, semuanya cantik dan nmpk sedap juga mintak halal ya :D

    ReplyDelete
  9. happy birthday to che mat..Many2 blessing...bertuah badan che mat dapt kek yg cantik tuh dari isteri ter ♥..nampak betul2 sedap kek tuh!

    ReplyDelete
  10. Td kat FB, ni nak masuk jenguk tengok gambar2 kek laling CT kat sini lak...wish lg la eh.. Hepi Besday wat Che Mat, moga pjg umur, murah rezeki dan semakin dekat hati dengan insan tersayang di sebelah tu...hehee... CT, cantik bangat kek mu ituuuu..akak ni duk tercari2 nak wat kek tuk Aiman...tp mcm blur jek..dia nak kek cokelaaatttt jek..adeeii

    ReplyDelete
  11. Kek untuk org tersayang mesti la cantik dan sedap kan CT

    ReplyDelete
  12. Wah cantissss gitu cake....lol sama besday ngan myboy.....semoga akak sekeluarga sentiasa dirahmati & happy selalu......

    ReplyDelete
  13. salam CT - happy birthday utk che mat...semoga mendapt keberkatan usia

    ReplyDelete
  14. Happy Birthday Che Mat....semuga diberkati selalu dan happy serta sejahtera bersama family tercinta....
    Bestnya dapat Red VelVet cake...yummyyyy...CT boleh mintak sepotong...he he :D

    ReplyDelete
  15. Happy birthday buat Che Mat kesayangan Che CT Delima... hehe.. didoakan semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T sentiasa.. amin...

    ReplyDelete
  16. Selamat ulangtahun Che Mat...laling kesayangan Ct semuga sihat serta dimurahkan rezeki. Amin.

    ReplyDelete
  17. salam Ct..mmg cantik dan terbaik kek ni..
    hepy besday wat cmat..semoga ceria disamping family tersayang

    ReplyDelete
  18. happy birthday buat hasben kak ct.. semoga sentiasa dirahmatiNya dan bahagia disamping keluarga =) cantik kek akak wat..

    ReplyDelete
  19. Saya ingin mengucapkan ribuan terima-kasih untuk ucapan selamat hari lahir yang diberi kepada saya. Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat. Aminnn.

    ReplyDelete
  20. wah! meriahnya kek! sweet je kak ct ni..buat kek besday sendiri...lagi jimat dan sedap n boleh deco sesuka hati la kan?? semoga kak ct n che mat sihat sejahtera, bahagia hingga akhir hayat...

    ReplyDelete
  21. assalam kak CT, wahhh tergoda nengok kek ngan deco yg cun tu...btw, happy birthday buat Che Mat semoga berbahagia selalu disamping isteri dan family tersayang.

    ReplyDelete
  22. nuwairani ismail ~

    boleh buat kek sendiri baik kita buat kan nani, sesekali nak bagi suami makan kek besday tak apalah. sekurang2nya kek tu hasil dari air tangan isteri terchenta dia..hehehe.

    tr kasih ya nanti wish b'day suami akak tu :D


    Nieza ~

    Wa'salam nieza. deko biasa2 jer tu dah tak tahu nak buat apa kat RVC tu. apa yang termampu jer k.ct buat. Janji kek tu berlapis..hehehe

    terima kasih untuk doanya ya nieza..aminnn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...