Assalamualaikum... Salam mesra dan selamat bersua kembali untuk semua teman2 Dari Dapur CT. Macamana hari ini? harap semuanya sihat2 lah ya. Yang penting, kita semua mesti amalkan gaya hidup sihat dan amalkan pemakanan yang sihat juga. Kadang2 penyakit ni tak dapat kita jangka kalau dah nak datang kan. Jadi lebih baik kita mencegah sebelum terlambat. Kenapa pulak Che CT membebel pagi2 ni ye. Bukannya apa, kita yang dah meningkat usia ni kena saling ingat-mengingatkan satu sama lain untuk sentiasa menjaga kesihatan. Ye tak? hehehe.
Alhamdulillah.... menu yang CT sediakan ini pun kira sihatlah juga, sebab dikukus. Tapi, kena kurangkan manisnya ye hehe. Roti Pandan Kukus ni dah seringkali CT buat dan dah beberapa kali CT post kat Dapur CT ni juga. Tapi di post lagi kali ni huhuhu. Ini gara2 terpandang dalam blog Kak Ummi Kuantan lah ni... hehehe. Kebetulan memang beli roti ingat nak buat sandwich tapi memandangkan ada anak bujang CT yang alah dengan ikan sardin, CT batalkan niat tu. Buatlah roti kukus ni jer, lagipun memang kegemaran seisi keluarga juga ni. CT tengok ramai juga yang pernah buat dan bermacam2 kepelbagaian kelainan yang dicuba, tapi semuanya lebih kurang sama jer hanya sukatannya jer ada sikit2 berbeza. Apa pun yang pasti semuanya sedap2 belaka. Kita terus pada resipi jer ya.. ada yang nak follow.... I followwwww
Roti Pandan Kukus
Resipi : Che CT
Bahan-bahan :
12-14 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi).
200 ml santan kotak
21/2 cawan air
3/4 cawan gula pasir (boleh dikurangkan sukatan).
3 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
sedikit paste pandan
sedikit pewarna hijau
sedikit garam
Cara-cara :
1. Panas kan periuk kukusan hingga mendidih. Sapu loyang bulat 8" dengan sedikit minyak. Ketepikan. (boleh juga letakkan plastik bersih dalam loyang yang disapu minyak tadi. Lebihkan sedikit plastik keluar supaya senang nak keluarkan adunan nanti).
2. Dalam mangkuk besar masukkan semua bahan2 kecuali roti. Kacau sebentar. Masukkan dalam blender dan blend hingga gula hancur. Tapiskan dalam mangkuk besar tadi.
3. Rendamkan beberapa keping roti dalam adunan tadi dan ambil sekeping2 susun kedalam loyang. Buat hingga habis dan tuang sedikit balance adunan atas roti.
4. Kukus selama 15 - 20 minit dengan api besar. Biarkan betul2 sejuk dahulu baru boleh dipotong. Selamat mencuba :)
salam CT, ermmm... resipi nmpk mudah tp menarik gitu... pasti sedap nih... nak sket...!!
ReplyDeleteSelamat pagi CT,
ReplyDeletesenyum pagi Jumaat ye... kurangkan gula dalam roti pandan kukus, lebihkan manis dalam senyuman.... minta seketul ye, nak minum pagi... he hehehh
salam CT..
ReplyDeleteinternet dah ok ke..?
maklong punya macam dah ok..
nampak sedap roti pandan CT ni.. nak rasa sikit boleh.. ala sikit je.. hehe..
salam kak ct...
ReplyDeletesinggah bf kat sini ye
Selamat pagi Kak CT
ReplyDeleteadoii..geramnya tengok roti pandan kukus ni...pepagi dah tercium bau yg segar2 nyaman...teringin pulak nak ambik yg dalam pinggan tu..
Nampak cantik Mesti baunya harum kan CT?
ReplyDeleteGee ~
ReplyDeleteWa'salam gee..alhamdulillah. ct memang suka buat roti kukus pandan ni. kalau makan tak jemu. tambah2 kalau dibiarkan sejuk dalam petiais sekejap..perghhh nyaman jer masuk tekak...hehehe
Amie ~
ReplyDeleteYa lah Amie kena jaga kesihatan, nak2 kita yang dah meningkat usia ni. semua nak kena jaga kan...hehehe
Tak nak cuba ker..cuba lahhh..hehehe
Along Maklong ~
ReplyDeleteWa'salam Maklong..okey sikit2 jer. kang datang tenet nak slow mulalah macam nak mengaruk jer satu hari ni maklong..hahaha. Sabarrr separuh dari iman kan :)
Nak suap kat maklong jauh sangat lah...hehe
Wanieyra ~
ReplyDeleteWa'salam ira..boleh silakan. bawak secawan kopiO sekali ya..hehehe
Rahel ~
ReplyDeleteslmt tengahari ..pagi tadi tak sempat nak balas komen :)
selalunya kalau pagi kena hidang yang boleh membuka selera dan yang penting boleh buat mata segar baru boleh buat kerja2 rumah kan rahel :)
Puan Ros ~
ReplyDeleteKalau guna daun pandan asli memang harum kak Ros. tapi sekarang ni masing2 nak cepat kan guna jer pes pandan, kurang sikitlah harumnya :)
kak CT.. cantik je roti akak nih.. masa kukus mesti wangi satu umah kan..
ReplyDeleteTun_telani ~
ReplyDeletememang harum tun, tambah2 masa kukus waktu malam. harumnya boleh mengembangkan hidung jiran2 belakang rumah lah..hahaha. sebab k. ct masak kat belakang. angin tiup kerumah jiran2lah..hehehe
Salam kak ct...mmg dh ramai kengkawan yg dah buat roti ni, liza pulak bila nk sampai seru xtau la...hihihi
ReplyDeletesalam kak ct.. zana singgah sini bawa piring nak tapau roti pandan kukus tu..2,3 hari lepas tengok kat rumah kak ummi..emm bestnyer..bilalah zana nak buat pulak ni? hehehe...
ReplyDeletekak ct...liza follow yer..jemput ziarah dapur liza ...
ReplyDeleteAssalam CT cayanggg...waaah roti kukus mmg best...nnt bila2 akak try resepi CT ni lak...lg kurang telor lg baguss....nnt gatal2...hehehhee
ReplyDeleteAs salam CT, saya tengok kali ini CT menggunakan 200ml santan dan 2 1/2 cawan air sahja. sebelum ini 100ml dan 5 cawan air. sama ke kedua duanya dari segi hasil?
ReplyDeleteLiza ~
ReplyDeletewa'salam liza, semakin ramai yang buat tentu resipi ni sedap. kalau tak percaya cuba lah buat dan beritahu nanti ya :)
Zana~Sweet Rose ~
ReplyDeleteWa'salam zana..itulah k.ct pun tergerak nak buat sebab kelmarin kak ummi yang mengoda. tak nak tunggu lama2 terus kita buat juga :)
Ummi ~
ReplyDeleteWa'salam kak ummi..betul tu kak, ct pun kadang2 kalau buat ada banyak sangat telur macam hanyir lah kan. tapi ct cover letak sikit esen vanila alhamdulillah sedang sikit bau dia
resipi ni lebih kurang jer dengan yang kak ummi buat. rata2 semuanya sama kak, hanya adunan tu ditambah atau dikurangkan jer.
Azie ~
ReplyDeleteWa'salam Azie..adunan yang 100ml dan 5 cawan air tu akan dapat hasil yang agak lembut (tak keras), bermaksud dia tak berapa keraslah. Tapi yang ct olah lagi ni hasilnya sedang2 tak lembik dan tak keras sangat.
resipi ni kita boleh perbagaikan. tengok pada kita sendirilah kan. kalau dah selalu buat kita akan tahu mana yang kurang atau mana lebihnya. keduanya2 pada ct perbezaan tak banyak sangat :)
Aslmkum Ct&slmt berhujung minggu
ReplyDeleteMenarik warna hijau roti pandan kukus Ct ni..tengok bahan2nya pun ringkas...teringin nak cuba juga.tk kongsi resepi...
assalam kak CT, hmmm...baru berkesempatan nak singgah dapur akak ni...cantik tgk bingka roti akak. Bingka roti ni memang bestla..:)
ReplyDeleteari tu pun macam nampak satu blog ni buat roti camni...sape eks..lupe lak..huhuu
ReplyDeleteSalam kak ct, sy ni blogger newbies..dh lama follow senyap2 blog akak. Suka sgt tgk resepi kat blog ni. Klu ada waktu terluang mohon share resepi akak nk try buat ye.
ReplyDeleteCT, nak tanya plastik mcm mana boleh guna untuk lapik acuan tu. atas plastik dilenser butter juga ke? saya dah buat, tapi macam melekat sikit di acuan. lagi satu mcm mana cara nak bungkus penutup kukusan tu. keseluruhan penutup luar dalam atau tutup bahagian luar shj.
ReplyDeletesalam kak siti. tq for the resipi. saya dah cuba. memang sedap sangat2. saya minta share resipi kat blog yer. tq kak siti.
ReplyDelete