Assalamualaikum... Salam mesra dan salam sayang untuk semua. CT terlupa sesuatu sejak semalam dan minggu lepas lagi. Sebenarnya, CT ingin ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat teman2 yang mengucapkan happy anniversary buat Che CT dan Che Mat di facebook ya. Tak ada kek pun di hari istimewa tu, hanya makan biasa2 jer. Dengan ini genaplah usia perkahwinan kami berdua yang ke 20 tahun. Berbagai onak duri, suka duka kami tempuhi bersama. Perbagai dugaan yang pahit mahu pun manis telah dilalui bersama namun kami berdua tetap reda dengan ketentuan Allah yang diberikan pada kami berdua. Semoga Allah terus memberikan kami rahmat dan berkat dalam mengharungi alam rumah tangga ini hingga keakhir nyawa kami berdua. Dan semoga mahligai bahagia ini tetap kekal bahagia selama2nya... Amin Ya Rabbal Alaminnn.
Berbalik pada resipi kali ini. Haa... inilah resipi chiffon cake yang pertama kali CT buat dalam blog masakan CT. Bukan tak nak buat sebelum2 ni, tapi entah kenapa dulu2 tu macam tak konfiden lah.... hahaha. Tapi hari ini dengan rasminya CT dah memecahkan dara loyang chiffon yang CT baru beli kelmarin... hehehe. First time buat macam ragu2 jer, tapi alhamdulillah menjadi juga akhirnya. Mula2 tu bukan main naik meninggi jer kek ni, bila dah sejuk dia turun sedikit. Tak apa yang penting sedap kan... hehehe. Resipi yang menjadi pilihan CT kali ni dari CMG, Blueberry Chiffon Cake. Memang sedap rasa manis pun sedang2 gitu sesuai dengan citarasa tekak CT sekluarga. Terima kasih buat sifu ku Adnan Ibrahim @ CMG yang memberikan resipi yang tersangatlah sedapnya. Mintak izin untuk letak resipi Mat dalam Dapur CT ya. Lain kali boleh buat yang lain pulak. okey Panjang lebar dah ni, apa kata kita tengok resipi pulak ya.
Blueberry Chiffon Cake
Resipi : Mat Gebu @ Adnan Ibrahim
Bahan-bahan A :
4 kuning telur
70 ml susu cair
70 ml minyak jagung (kalau tak de, boleh guna minyak masak)
45 ml air
100 gm gula halus
1 camca besar blueberry paste
2 camca besar blueberry filling
150 gm tepung halus (mat guna tepung gandum je) *
1 camca teh baking powder *
Secubit garam halus * ( * disatukan, gaul rata dan ayak)
Bahan-bahan B :
4 putih telur
90 gm gula halus
Secubit cream of tartar
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 175C. Siapkan tin chiffon berukuran 23cm...JANGAN...lenser dengan apa2, biar macam tu saja. Dalam satu bekas, campur semua bahan2 "A" dan kacau dengan whisk hingga semua sebati dan mesra. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk adunan yang bersih dan kering. Masukkan putih telur, putar pada kelajuan sederhana hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, putar pada kelajuan tinggi hingga menjadi "meringue" (seperti gambar no 2 yang boleh dirujuk dalam blog CMG ya).
3. Kemudian masukkan "meringue" tadi ke dalam adunan no 1 dan gaul rata menggunakan kaedah kaup balik. Tuang dalam tin chiffon tadi. Bakar 40 - 45 minit hingga permukaan kek nampak kuning keemasan, kering dan kek sedikit mengecut di bahagian tepi2nya.
4. Keluarkan dari oven dan dengan berhati2, terlungkupkan tin tadi dalam posisi terbalik. Biar kek sejuk sepenuhnya dalam keadaan macam tu. Kemudian sisip tepi kek dengan pisau kecil dan tarik keluar. Sisip juga bahagian bawahnya supaya mudah tanggal. Boleh lah hidangkan......Selamat mencuba...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau letak gris pada tin kek, nanti kek tu tak boleh nak "hold" dan mudah jatuh balik. Lagi satu kalau nak buat kek chiffon pandan, ganti susu cair tu dengan santan dan blueberry paste tu pulak dengan pandan paste....blueberyy filling tu tak payah lah letak yeaa...Proses yang lain semua sama seperti di atas, lagi satu..resipi ni mat guna telur gred "B".
Assalamualaikum kak ct.. Wahh walaupun pertama kali mencifon tapi nampak cantik sungguh kejadian kek tu. Dah lama jugak saya tak mencipon ni. Walaupun gambar simple tapi tetap cantik dimata saya ni kak. Hussshh geram tengok kek :-)
ReplyDeleteCipon kesukaan ku.....sedapnya blueberry...gebu gebana tuuu...
ReplyDeleteperh...first time buat kek cipon yerk kak..
ReplyDeletecantik sangat kejadiannya.....
nampak lembut gebu jerk.....
Izahdaud ~
ReplyDeleteWa'salam izah cayanggg...hahaha. ada tragedi masa nak terbalikkan kek chiffon tu tau izah..adoiii. lain kali nak kena hati2 lah.
gambar tu biasa2 jer masih tak pro macam orang lain izah. shoot dah petang sbb kek siap pun petang cuaca tak menyebelahi camerawoman ni tau..hahaha
Chah ~
ReplyDeletesuka gak eh Chah. kita serupa lah ya, nanti boleh buat eh, kita cuba perasa lain pulak..hehehe
Mas ~
ReplyDeleteA'ah seram juga takut tak mejadi. maklum ler suka makan tapi nak buat tu macam tak yakin boleh menjadi macam kawan2 buat. Tapi akhirnya berjaya juga..yeahhhh :D
harap mas dan baby sihat ya, jaga pemakanan dan kesihatan :)
Selamat pagi Kak CT
ReplyDeleteWaw2...kek sifon utk memasuki bulan november...cantik banget..suka sangat ngan kegebuan dan kelembutan kek cifon.Bestnya pepagi lagi dah pekena kek sifon..dengkinya...
cantik sungguh kek tu akak... nampak sangat lembut n gebu.. diana dah lama x buat chiffon cke... teringin plak nak makan....
ReplyDeletewah kak Ct...cifon blueberry yer..cantikkk jer kek tu..nak mkn pun sayang...hihi
ReplyDeleteSesekali dtg menyinggah...dapat minum secawan kopi...pas tu dapat mkn lak kek chiffon blueberry...fuhhh...alangkah bestnya...he he..:D
ReplyDeleteas-salam kak ct
ReplyDeletenpk lembut kek tu kak ct..1st time dengar blueberry cifon..
tahniah CT.. walaupun 1st buat.. dah elok sgt menjadi..
ReplyDeleteteringat 1st time sy wat kek chiffon pandan dulu.. kek agak kering & sikit mengecut.. hehehe.. tp tau dimana silapnya.. sebab masa membakar tu sy dok temankan baby (masa tu anak no. 2) yg merengek nak tidor.. last2 dengan sy sekali terlelap kejap.. oven plak tak setkan timer..hehe.. terlebih bakar dlm 10 - 15 minit gitu.. nasib tak rentung.. haha.. bila2 dikenang2 semula.. bahaya sungguh!
kalau guna telur gred A pon kena 4bj or 3bj e?
ReplyDeletegerammnyer tengok.. gebu betul kek kak ct. tun xpernah mencipon nih. acuan dia pun xde. cari acuan yg kecik x jumpa2. yg ada semya besar2, setakat 2 org kt umah ni, nk wat besar2 tu pk byk kali takut membazir.
ReplyDeleteRahel ~
ReplyDeletehahaha..ya ni chiffon untuk 1st Nov, pandai betul dia erk..hehehe. saje dok tayang kat Rahel.. hehehe
suka bila masuk blog rahel semua nak buat last2 list bederet2..hahaha
Diana @ Melley Mey ~
ReplyDeleteDiana manisss...kira first time mencuba jadi, ada harapan lah lain kali nak buat lagi. Bila buat menjadi macam seronok pulak..hehehe
Liza ~
ReplyDeleteKena makan juga ni Liza, kalau buat nak tengok, renung jer kang rugi jer kek tu. nanti k.ct anto dapur Liza jer ehh.. hahaha
Cik Cek ~
ReplyDeleteakak cek, meh sini, kita duduk berdua2an jer diserambi. nanti ct hidang nescafe sambil amkan kek ciffon nak...hehehe
Ady ~
ReplyDeleteWa'salam Ady, Oh ya ker. kiranya baru nampak lah ciffon blueberry eh. Dah ada juga member2 yang buat ni Ady. Bila nak sampai dapur Ady pulak :D
MaDiHaA a.k.a Ratna ~
ReplyDeleteRatna..memang betul masa dok dalam oven tu asik2 jengah jer. sampai duk depan oven pun ada sebab tak sabar nak tunggu keputusan kek ciffon ni..hahaha. adoiii...sabar jer kan
Lain kali jangan buat macam tu lagi, memang bahaya jika masakkan ditinggal macam tu jer Ratna. Tapi sekarang oven semua dah ada timer kan :)
Hanim ~
ReplyDeletekalau sukatan telur tu mengatakan guna gred B 4 biji. Jadi kalau guna telur besar kena kurangkan sukatan 1 biji.
Tun_Telani ~
ReplyDeleteYalah k.ct cari yang 18cm pun tak ada tun. paling besar ada. last2 round2 jugalah cari kat kedai2 bakery ada jumpa size 23 cm ni. kira besar jugalah kan.
opss satu lagi soklan, klu xde loyang yg lobang tengah tu guna loyang biase yg bulat or 4segi tu leh ke?
ReplyDeleteAssalam Kak Ct cayang,hepi anniversary yg ke20 kak,maaf sbb terlewat kak ya..Wah alhamdulillah dah 20taun,moga kekal bahagia hingga ke syurga ya kak..Sy baru nak msk 3taun kak..Masih byk yg perlu belajar..Akak cantik kejadian kek cipon akak,nmpak sedap..Sy pernah la wat cipon sekali,tuh pon wat xnaik tinggi,sbb wat half adunan,sbb family kecik,loyang lak besar,huhu..Ssh toi nak cari loyang yg kecik comey kalo cipon ni..
ReplyDeletekak ct!!! jelesnye tengok cipon kak ct....terus rasa teringin nak buat...haih.....
ReplyDeletesemoga kak ct bahagia dengan CM, insyaallah hingga akhir hayat, hingga ke syurga...
Assallamualaikum kak CT..
ReplyDeleteSihat ker kak? Tomeinya kek akak. Sweet colour dan nampak gebu..
Naz selalu cari2 loyang kek sifon ni tp yg jumpa saiz besar2 jer..Ishhh..Nak la saiz yg comel2 sikit..
Hanim ~
ReplyDeleteTak pasti boleh ker tak erk..hehehe sebab tak pernah buat. tapi kalau dah tak ada cuba jerlah mana tahu lebih cantik nnt :D
Zaliedana ~
ReplyDeleteWa'salam CT cayanggg..tr kasih segalanya. walaupun baru 3 tahun alhamdulillah bahagia hendaknya sampai bila2..aminnn.
k.ct pun kira terjah jer buat kek ciffon ni CT. kalau jadi syukur kalau tak jadi cuba lagi sampai jadi..hahaha
nuwairani ismail ~
ReplyDeleteWa'salam nani cayangg... tr kasih untuk doa buat k.ct dan suami..aminnn
apa lagi tunggu, jom ler menciffon juga kasi gegar blog tu dengan ciffin dari nani pulak..hehehe
Naz / Nadz COSK ~
ReplyDeleteWa'salam Naz..tr kasih ya. k.ct ada yang kecik saiz 18cm tu tapi masa isi adunan tu dia meleleh kat bawah. rasanya tak rata kot. nanti Hb nak tolong betulkan. Tu yang cari lagi tak jumpa yang kecik yang besar jerlah k.ct rembat..hehehe