Wednesday, November 2, 2011

Kek Lapis Cheese Persona




Assalamualaikum... Bertemu kembali dihari ini, diharap semua pengunjung Dapur CT sihat2 semua hendaknya. Syukur alhamdulillah.. Terus kita pada resipi CT hari ini. Aduhai... gerangan siapa pencipta kek yang sangat sedap ni. Tak lain tak bukan jejaka muda nun jauh di Miri Sarawak sana iaitu Ryo Azhar adik kepada Hasue. CT suka melihat trend semasa anak2 muda sekarang yang gemar dan kreatif dalam bidang masakan. Berbalik pada resipi Kek Lapis Cheese Pesona dari Ryo ni, CT buat semalam pagi. Jadi sengaja simpan dalam petiais tu lama sikit. Melebihi dari 6 jam, tak merosakkan kek tu pun... hehehe. Kalau ada pun mesti ada yang dah potong kek tu curi2 jer tanpa CT tahu... hahaha.

Seingat CT lah, selepas raya yang lepas CT ada pose kat FB nak cari kek lapis cheese yang tak dibakar dan disejukkan dalam petiais. Kalau ada yang masih ingat mesti dia pun tahu yang CT memang mencari resipi macam ni. Sebab ada makan kek ni kat rumah kawan masa raya tu, memang sedap berulang2 dok makan kek tu. Rasa2nya tuan rumah tu mesti perasan kan... hahaha. Okey dah panjang lebar dah ni, lari tajuk segala. Resipi ni dah ramai yang telah mencubanya. Rata2 mengatakan sedap, senang dan mudah nak menyediakan nya. Memang betul senang saje nak buat kek ni, peluh tak sempat keluar pun kek dah siap. Minta maaflah ya tak dapat nak letak link semua teman2 yang dah buat kek ni . Terima kasih banyak2 buat Ryo yang sudi berkongsikan resipi Kek Lapis Cheese Pesona ni. Memang terpesona tambah2 lagi bila masuk dalam mulut, nyamannn... Mintak izin ya Ryo, kak CT letakkan resipi ini dalam Dapur CT juga, senang untuk rujukan dimasa2 akan datang. I dah follow... ada sesiapa lagi yang belum followw..... Jomlah..



Oh ye, lupa pulak. Kamera klasik ke-2 yang digunakan sebagai props kat dalam gambar menu ni ialah Olympus OM10.


Kek Lapis Cheese Persona
resipi : Ryo@Ryoazhar

Bahan : A (Loyang saiz 9x9 - CT guna 8x8)
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 gm - ryo guna jenama LEE. (CT juga guna jemana LEE perasa coklat).
500 ml susu segar, dipanaskan

Bahan : B
500 gm cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Cara-cara :
1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.
2. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.
3. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
4. Panaskan susu segar, padamkan api.
5. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
6. Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya, ratakan. Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi. Ulang proses melapis hingga habis, biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
7. Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE, boleh ramas2 kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
8. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk, biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.




35 comments:

  1. Assalam Kak Ct, selamat pagi Malaysia ..hehe akak dah bangun tido dah kan...org sini baru nak tido. btw, kek ni memang best la nieza dah buat juga tapi tak sempat nak snap photo abis dulu sedap sgt..nanti kena buat lagila..:)

    ReplyDelete
  2. salam Ct..lama tak bertandang ke dapur Ct ni..mmg terpesona dgn kek pesona ni:)insyallah nnt nak cuba.Ramai dh geng masak masak dah cuba:)

    ReplyDelete
  3. mmg sesuai dgn namanyer tu kak CT..sungguh terpesona...bile2 nk buat gak ni

    ReplyDelete
  4. Assallamualaikum kakct.. Ishhh.. Lom Cuba lg kek yg mempersona ni.. Cantiknya kek dan cara akk posingkn kek tu dlm gmbr...

    ReplyDelete
  5. Nieza ~

    Wa'salam nieza cayang..baru nak dibuai mimpi ya, k.ct dah siap mandi ni...hehehe. Tido lah lepas ni, jangan lupa baca bismilah dan cuci kaki dulu ya..hehehe

    kek ni memang sedap nieza, anak2 dok ulang2 makan, kalau tak sempat snap gambar kena buat lagi lah tu..hehehe

    ReplyDelete
  6. cikmanggis ~

    Wa'salam CM, ct selalu gak skodeng blog CM tu nak cari resipi..hehehe. Nanti boleh cuba buat memang sedap ni :)

    ReplyDelete
  7. nonierahman ~

    Nonie jangan tunggu lama2 nanti habis dikebas orang...hahaha. lawak dipagi hari pulak dah erk..hehehe. Cuba buat cepat2 nonie memang tak menghampakan :)

    ReplyDelete
  8. Ida,Japan ~

    Hai Ida... semalam dok skodeng resipi spaghetti ida tu nak cuba buat nanti, mintak halal tau :)

    Ohh...ingat dah buat, emm..esok lusa buat lerrr...hikhikhik

    ReplyDelete
  9. Naz / Nadz COSK ~

    Wa'salam Naz...tr kasih..senyum simpul dah ni.. hihihi. Ingat k.ct yang dah terlewat, rupanya Naz pun belum buat juga ya. Tak apa Naz, lambat atau cepat kek ni tetap boleh dicuba juga nanti :D

    ReplyDelete
  10. Aduhai, terpesona melihatnya... kalau dapat makan lagi lah bestnya...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum ...Ct..cepatnya awak buat kek lapis persona nie saya dok follow kek nie tapi masih tak siap siap lagi.Alahai bila lah nak merasa kek nie.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum akak...
    selamat pagi... waah kek nie mmg mempersonakan... sedap sesangat kan akak.... buat 1 adunan mmg x puas makan... :)

    ReplyDelete
  13. aslmkm Kak Ct yang anggun..wah..mempesonakan betul..cantikla..ni puji2 dapat tak sepiring ni? hehe

    ReplyDelete
  14. kak ct oiiii...sungguh daku terpesona melihat kek itu....sedapnye!!!

    ReplyDelete
  15. Yeahhh kita pun alhamdulilah 1st time cuba menjadi..hehehehee
    Tak sabar nak tggu reaksi anak2 plk.. :)

    *pheww bru lepas dpt komen kat sini :(

    ReplyDelete
  16. salam kak siti - wah semua org kata sedap ni kena buat ni :)

    ReplyDelete
  17. Gee ~

    jangan tunggu lama2..cepat2 buat pejam mata jer masa makan tu Gee..hihihi. kita lupakan sehari akan diet tu okey..hahaha

    ReplyDelete
  18. CitarasaKu ~

    Wa'salam Noor, follow dah lama kek ni masa Ryo buat tu, dok ngidam jer akhirnya tercapai juga nak membuatnya so yummy lah Noor. Jom followwww!

    ReplyDelete
  19. Diana @ Melley Mey ~

    Wa'salam Diana manisss... memang betul buat 1 adunan tu macam kecik kan. next time nak buat 2 adunan pulak. Hahaha...tamak pulak dah..hihihi. sebab sedap dok layan kek cheese ni kan Diana :)

    ReplyDelete
  20. Anna Qawina ~

    Wa'salam Anna, tak kisah anna puji ker tak kalau duk berjiran k.ct dah bagi merasa dah...hihihi

    ReplyDelete
  21. nuwairani ismail ~

    hahaha....jangan terpesona jer dik nani oiii....jom lah mulakan projek mu ini secepat kilat. agar air liur mu tidak menitis nanti...hahahaha

    ReplyDelete
  22. Assalam kak Ct sayang,kek nih mmg sedap sgt kan,sy pon dah wat,a"ah betoi cam akak kata xsmpat peluh klq,kek dah siap,hihi..Mmg terbaik sebab sedap n senang nak wat,xyah bakar bagai..

    ReplyDelete
  23. Sis-Lin ~

    Alhamdulillah...bila lagi nak mencuba kan. kalau dah jadi tu next time boleh buat yang lain pulak...hehehe

    Jangan lupa bila dah potong nanti tag kat FB Che CT okey Lin :D

    ReplyDelete
  24. Lina ~

    Wa'salam Lina...sedapppp! tak bohong kalau nak tahu kenalah followww...hihihi.

    sekali cuba pasti nak 2-3 kali mencuba lagi..cayalah.

    ReplyDelete
  25. wahhhh.. terpesona tun nengok.. dh tau dh mmg sedap, tp tgk kak ct buat mmg cantik!

    ReplyDelete
  26. Selamat pagi Kak CT

    Mau aja ku bawa' lari semua kek yg dlm pinggan tu..siap ngan kamera lg tu..memang mempersona betullll..

    ReplyDelete
  27. Tu diaaaaaaaaa....buat dah CT yeaa..sedap kaann, betul kata CT, xdan nak kuar peluh2 pun...hehhee, makan jek berpeluh2 sbb sedap :)

    ReplyDelete
  28. Aslmkm kak...Amboiiii..buat meleleh ja air liur tengok kek tu. Ni buat semangat memabaking sue naik plak ni..Hadoiiii..lama tak membaking ni

    ReplyDelete
  29. ramai betol yang dah cuba kek persona Ryo ni...nak cuba jugakla...dah meleleh dah ni air liur tengok kak CT punyer kek...:)

    ReplyDelete
  30. cantik.. dan tentunya sedap kak.. geram je tgk.. mana nak dapat biskut coklat gitu.. hihihihi.. nak buat pun senangkan

    ReplyDelete
  31. Salam. Apa khabar Kak CT? Pergh dah sampai dapur Kak CT rupanya kuih ni.. Alangkah cantiknya gambar-gambar di atas.. Bilalah agaknya diri sendiri dapat buat kek ni..

    ReplyDelete
  32. salam kak CT.. lama ryo x berbloging... ni sempat singgah kejap... cantik je kek akak ni.posing kemain lagi ye.. TQ & tahniah kerana mencuba ye sis ..

    ReplyDelete
  33. Assalam..
    Sedanp tgk..nak cuba juga la nanti..

    ReplyDelete
  34. assalamu'alaikum kak ct
    salam kenal, saya mau mencoba membuat cake ini tapi bingung biskuit yang kak ct pakai biskuit yang keras atau yang lunak seperti swiss roll

    terima kasih
    resa
    (ummuatikah.wordpress.com)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...