Thursday, November 10, 2011

Kek Pandan Lapis Seri Kaya




Assalamualaikum... salam ceria buat pengunjung Dapur CT. Hari berganti hari tak sedar dah nak sampai cuti sekolah. Time2 cuti ni kena standby banyak stok makanan kat rumah. Maklum lah anak2 semua ada dirumah, jadi setiap masa mulut comel anak2 ni semuanya akan cakap ... "laparlah Mama.."... hehehe. Mama dia ni dah lah rajin duduk didapur, jadi makanan tu kena sentiasa adalah jawabnya. Kalau malas nak buat2 kuih, beli aje goreng pisang kat warung berdekatan jer senanggg... hehehe.



Berbalik kita pada menu hari ni... Kek Pandan lapis Seri kaya resipi ni CT ambil dari blog E-na. Hasil cari2 resipi masa Raya Haji... hehehe. Nak makan lauk ayam jer naik muak dah, sesekali nak gak mengalas perut dengan hidangan menu petang. Inilah hasilnya, tapi sukatan yang E-na beri ni CT buat jadi nipis pulak. Sebab CT letak dalam loyang yang besar sedikit. Loyang 8" x 11" tak ada jadi apa yang ada CT sambar jerlah... hahaha. Nak jadikan dia tebal bukan nya susah, CT dok tepek lah jadi 4 lapis. Tinggi sikit memang sedap. Bab lorek tu lain kali nak buat rapat2 sikit baru elok, ni besar2 tangan pun dok gigil jer buat garis tu... hahaha. Lain kali kena double kan adunan ni dan dapatlah tebal macam E-na punya tu. Lepas siap anak2 dah tempah sorang satu nak makan. Ngam2 CT buat dapat 6 ketul, jadi sorang satu cukup2 dengan seisi rumah CT ni... hehehe. Jangan nak mintaklah ya, memang dah habis dahhhh.... Terima kasih buat E-na sebab berkongsi resipi kek pandan lapis seri kaya ni. Mintak izin untuk diletak dalam Dapur CT ya.


Kek Pandan Lapis Seri Kaya
Resipi : E-na Lovely Kitchen

Bahan A :
60 gm butter dicairkan
60 gm gula halus / gula kastor
60 gm tepung gandum
3 biji telur gred A (+-200g)
1/2 sudu kecil ovallete
1/2 sudu kecil baking powder
Sedikit Perisa pandan
Sedikit Pewarna hijau

Bahan B :
Seri Kaya Secukupnya
Loyang 8" x 11"

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan-bahan A 'KECUALI' butter cair ke dalam bekas.
2. Pukul dengan kelajuan maksimum selama 7 minit sehingga adunan kembang dan berkrim.
3. Masukkan butter cair dan kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
4. Ambil 1 sudu besar adunan dan tambahkan beberapa titik warna hijau, kacau rata. Masukkan ke dalam penjuru plastik. Ketepikan.
5. Panaskan oven dengan suhu 180 degree.
6. Lenser sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan cooking sheet.
7. Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
8. Ambil adunan dalam plastik tadi, gunting sedikit hujung penjuru plastik.
9. Paipkan secara bulatan bermula dari bahagian tengah adunan sehingga ke penuh permukaan adunan.
10. Dengan menggunakan lidi sate/ pengcungkil gigi/ hujung chopstik tarik hujung lidi di atas adunan secara lembut dari bahagian tengah ke tepi loyang sebanyak 8 garisan (4 penjuru dan 4 di antara penjuru).
11. Kemudian tarik pula hujung lidi diantara setiap bahagian lorek tadi dari hujung loyang ke bahagian tengah(berlawanan arah pula). Maka akan terhasil bentuk lorekan di bawah. (sila lihat di blog E-na ya).
12. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15- 20 minit (bergantung pada oven masing2).

13. Sejukkan dan belah dua.

14. Sapukan seri kaya, potong kecil untuk di hidangkan.



P/S - Kamera Klasik ke-5 kepunyaan my laling yang CT interframekan sebagai props bersama resepi kali ini ialah Exakta Varex IIb.




18 comments:

  1. selamat pagi kak ct.sedapnya kek pandan.ada pulak kaya kat tgh.mmg umph la..

    ReplyDelete
  2. cantik licin je kat permukaan kek kak ct...kek tu lembut sgt masuk mulut kejap je boleh habis kan kak...thanks sudi try resepi ni...muaaahhhhs!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak CT,
    Cantiknya kek lapis akak ni, halus mulus je permukaannya..kalau kek/kuih perisa pandan mmng kegemaranku..sedapnya kak...mmng cuti ni kita kena gandakan kerajinan kat dapurkan...banyak permintaan yg harus di penuhi..hehehehe..

    ReplyDelete
  4. cantiknya kejadian kek lapis ct ni.suka betul akak tengok.

    ReplyDelete
  5. aslmkm kakk CT..cantiknya kek akak buat ni..

    ReplyDelete
  6. Kenyang dah tgk kek pandan lapis seri kaya kak ct :)

    ReplyDelete
  7. as-salam kak ct
    warna yg menarik dan cantik kek lapis
    seri kaya ni kak ct..kemas sungguh lapisan kek lapis kak ct ni..

    ReplyDelete
  8. Aduhaiiii pepagi menjamu mata ngan kek pandan lapis seri kaya, aummmm dapnyeeeeeeee

    ReplyDelete
  9. sedapnya & cantiknya kak ct, nak try lah nanti

    ReplyDelete
  10. Mat pagi Kak CT
    memandangkan Kak CT cakap 6 ketul je & satu org dpt 1 ketul bermakna tiada harapan la ni..hehe..

    Kak CT..cantek je kek lapis tu..mcm lembut sangat nampaknya..takpa2..intai dulu resepinya..nanti ada senang baru proses..

    ReplyDelete
  11. sedapnya Ct... gee suka kek pandan... gambar pon cantek...

    ReplyDelete
  12. CT cayanggggg...naaaaakkk, naaaaakkk...adeeei rajinnya dia melapis...sedap eks...terpikat la pulak...nak kena buat la ni...huhuu

    ReplyDelete
  13. salam ct, mmg nmpak gebu sgt kek tu...nnt Liza pun nk try la...

    ReplyDelete
  14. Kak Ct,byk sungguh kamera klasik,Kek nih nmpak sedap n gebu,suka kek2 jns pandan gini.Utk family kecik cam sy ok kut 1adunan kan..Nanti da serikaya leh juga try rcp ni..

    ReplyDelete
  15. aduhai sedapnya.. msti harum bau pandan..

    ReplyDelete
  16. CT...kak cek dtg ni...singgah menyinggah...jenjalan lepas2 maghrib ni...tak dapat mkn...tengok2 pun jadila kan...cantik je kek CT buat ni...kalau buat sikit rasa cam tak cukup...kalau kita buat byk ..takut lak tak abis kan CT...:D

    ReplyDelete
  17. wahhh sedapnya tgk kek pandan ni kak...rupanya pun cun:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...