Assalamualaikum.... Salam sayang buat semua teman2 CT. Moga semuanya sentiasa mendapat hidayah daripada Allah. Ini ada satu kata2 dari Ustazah Siti Nor Bahyah yang ingin CT kongsikan bersama... "Nafsu mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupa paras.. Akal mengatakan wanita itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Hati mengatakan wanita itu cantik atas dasar akhlak dan agamanya. Semoga kita semua berjaya menjadi wanita yg solehah..." Insya'Allah.
Ini dah masuk kali kedua CT buat kuih cara manis/pandan. Yang dulu tu ada dalam senarai resipi kalau rajin boleh cari lah ya... Tapi kerana kesian, CT tolong carilah ya, sian pulak nak suruh cari sendiri... hehehe.Yang mula2 tu CT buat ikut resipi dari JUN MyResepi, boleh lihat di SINI. Tapi yang kali ni CT ambil dari blog Kak Azita Zain. CT buat 2 adunan jadi kena doublekan sukatan adunan tu. Kalau satu adunan macam CT sorang makan memang tak cukup... hahaha. CT buat dua kaler, satu dicampur pes pandan dan satu lagi letak pewarna kuning. Kasi garing sikit bawah dia baru sedap nak2 kalau makan masa tengah panas. Anak bujang CT Haqim kata kuih ni sedap macam jemput2 telur yang mama buat... hahaha. Ada2 jer anak2 ni erk, apa pun memang sedap rasa lemak2 santan dan susu tu kira balance lah. Terima kasih pada Kak Azita diatas resipi Kuih Cara Pandan yang lembut ni. Mintak kongsi letak di Dapur CT ya kak, copy dari blog Kak Azita jer. Jom kita tengok resipi. Daaa.....
Kuih Cara pandan - 2
Resipi : Kak Azita Zain
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar ( CT letak 1 cawan santan dan 1 cawan susu. stok susu terhad)
1 biji telur½ camca teh garam
1 camca teh paste pandan
Gula pasir secukupnya - untuk filling
1 helai daun pandan - sebagai berus untuk menyapu minyak ke acuan
Sedikit garam (CT tambah)
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali susu segar/santan. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan whisk. Pastikan adunan tidak bergentel. Buat sehingga susu segar/santan habis. (CT tapis dulu takut ada tepung yang tak sebati).
2. Panaskan acuan kuih cara atau pun acuan kuih baulu. Pastikan apinya sederhana sahaja.
3. Sapu acuan dengan sedikit minyak - gunakan daun pandan tadi.4. Tuang adunan ke dalam acuan hingga agak2 penuh. Biarkan sekejap hingga bahagian tepinya kelihatan mula mengeras (warna bertukar dari hijau muda ke hijau pekat).
5. Sudukan sedikit gula dan tuang ke atas setiap kuih tadi. Tutup acuan dengan tudung periuk. Bakar sehingga masak, dalam lebih kurang 2 minit. Kalau nak garing, bolehlah dibakar lama sedikit tapi janganlah sampai hangus pulak...
6. Keluarkan dari acuan dengan menggunakan garfu. Siap!!
Selamat pagi Ct,
ReplyDeletewah ...datang sini dapat makan kuih cara yang enak...berwarna-warna lagi ye... minta secawan teh CT, tersekat pulak ditekak kuih cara manis tu.,... he hehehh
nak kuih cara 2 ketoi... kunin 1 ijo 1 yer...heeee
ReplyDeletekak ct, saya tak tau ni, masak dlm oven ke atas dapur gas je ni
ReplyDeletesedapnya nampak kueh cara kak ct ni dah lama tak buat
ReplyDeleteAmie ~
ReplyDeleteSelamat pagi..Takziah dr ct buat Amie dan ibu saudara juga ya.
Ni kompom masa makan tak sempat baca bismilah lah ya, tu yg tersekat kat tekak...hehehe
Gee ~
ReplyDeleteboleh jer, cukup ker dua ketul tu. Tak nak sepiring ker..jap lagi ct antor ya gee..hehe
Tina Othman ~
ReplyDeletekuih cara ni memang tenggek atas dapur ya yanggg...api jangan kuat sangat, sedang2 jer gitu..hehe
Dapur Kecil Ku ~
ReplyDeleteIda,k.ct pun buat ni kiranya memang dah lama tak makan dan dah lama jugalah tak membuatnya. Tu yang masa buat siap jer, separuh masuk dalam mulut..hehe
salam CT...dah lama bebnor xbuat kuih ni, acuannya dah rosak, xterbeli lg sampai skrg sbb ssh nk jumpa...huhuhu
ReplyDeleteas-salam kak ct
ReplyDeleteadoiii susahnye nak masuk kat blog kak ct ni.. dah 5 kali cuba..dapat masuk juga yg ke6..cantik kuih cara manis kak ct ni..nice pic!!
Liza ~
ReplyDeleteWa'salam Liza. ct pun lama juga tak buat kuih ni, acuan tu pun tersorok kat belah2 dalam. bila dah kemas jumpa tu yg teringin nak buat tu :)
Assalamualaikum Kak CT,
ReplyDeletecomel2 je kuih cara akak ni, mcm tuannya comel je...rajin akak wat kuih ni, yatie mmng suka sangat kuih ni, tapi malasnya nak buat...nak order je ngan akak boleh tak....leh eehhhhh....
Ady ~
ReplyDeleteWa'salam Ady, a'ah..tadi ada problem sikit dengan blogger ni. k.ct pun banyak kali cuba. last2 boleh..alhamdulillah.
ady, k.ct suka lah kuih koleh kacang ady tu, sedap betul..hehehe
Yatie ~
ReplyDeleteWa'salam Yatie..alahai. seganlah nak amik oder ngan yatie, k.ct buat suka2 jer kang tak sedap malu jer..hahaha. lama juga tak buat ni yatie, kalau kenang2 kan malas juga sebab nak bediri kat dapur tu penat gak kan :)
ada ijau ada kuning, rajin betul kak CT buat 2 kaler, cantikk .....kuih cara manis mmg sedap, ramai yg suka
ReplyDeleteMat petang Kak CT...lewat lagi singgah kat sini...hehe..cabtik kaler2 kuih cara manis tu...mesti lemak2 manis kan..
ReplyDeleteKak ct,
ReplyDeletesukanya kuih cara ni... biasa mak mertua buat, hehe... nurul x pernah lg buat sendiri...lgpun xder acuannye tu... cantik kaler kuih cara tu... ^__^
dari sehari ke sehari akak nak buat kuih cara ni tau ct tapi asyik tertangguh je..minta 5 ketul kat sini lah dulu.ada lagi tak tu?
ReplyDelete