Assalamualaikum.... Salam mesra buat pengunjung setia Dapur CT. Rasa macam sekejap sangat jer masa ni berlalu. Rasa macam 2-3 ari lepas jer sekolah tutup, tuptup dah pertengahan bulan 12 dah. Lagi dua minggu je lagi dah nak sampai awal tahun 2012. Cepatnya, dan semakin cepatlah juga peningkatan usia kita ye. Semoga dengan bertambahnya usia bertambah jugalah amalan baik kita didunia ni. dan jangan lah kita lalai dalam membuat sesuatu pekerjaan sampai kita lupa kepadaNYA. Semoga segala amalan yang kita lakukan tercatit di 'bahu kanan' ye... Insya'Allah.
Alhamdulillah... CT nak ucapkan berbanyak terima kasih pada seorang adik ni. Kalau dulu CT tak mengenali beliau pun. Memang lah mula2 yang singgah ke Dapur CT ni langsung CT tak kenal. Tapi lama2 kemesraan tu akan nampak walaupun tak pernah bersua muka. Hanya dialam maya sahaja. Siapa dia yang CT maksudkan... RAHEL masak apa? yang duduk di Sabah. Mesti ada yang sudah mengenali beliau. CT suka melihat masakan dari Rahel walaupun kekadang tu bahan2 yang nak dimasak tak mencukupi dirumah CT cuba juga mengikut. Dan untuk hari ini CT cuba buat satu lagi resipi dalam blog Rahel. Alhamdulillah... menjadi dengan lembut dan sedap kek ni. Sebelum tu ada buat juga, tapi CT tak publish kat Dapur CT sebab buat 1/2 adunan dalam acuan kecil cukup2 untuk sarapan di waktu pagi, sapan habis...hehehe. Tapi kali ni buat lagi kek dari Rahel ni. Tadaaa.... Blended Banana Cake. CT tambahkan serbuk koko sikit dalam resipi ni. Terima kasih Rahel untuk resipi kek yang lembut ni. Cuma CT tak letak pun sos coklat macam Rahel tu sebab CT ikutkan selera tekak CT.
Terima kasih sekali lagi ya Rahel sebab berkongsi resipi kek ni. K.CT mohon share dalam Dapur CT untuk rujukan teman2 yang lain juga untuk K.CT juga. Jika ada yang terlebih atau terkurang mintak halal. Jika ada yang nak mencuba, silakan ya. Daaa....
Blended Banana Cake
Resipi Asal : Rahel
Olahan : Che CT
Bahan-bahan :
4 biji pisang berangan dipotong kecil2
180 gm minyak jagung/ minyak masak
2 biji telur gred A
3/4 cawan gula perang
11/2 cawan tepung kek# (dikurangkan 5 sudu besar)
1 sudu teh baking powder #
1/2 sudu teh soda bikarbonat #
5 sudu besar serbuk koko #
1/3 cawan coklat chip bersaiz kecil
Sedikit badam hiris sebagai hiasan atas kek
Cara cara :
1. Panaskan ketuhar 170C selama 15 minit.
2. Pisang yang dipotong kecil, telur, minyak jagung dan gula disatukan kemudian di blender hingga halus selama 10 saat.
3. Tuangkan bahan yang di blender dalam mangkuk, kemudian masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi. Kaup balikkan sehingga rata. (Jangan lama sangat ya sekadar bercampur saja).
4. Tuang adunan kedalam loyang yang diglis dan alas kertas minyak. Bakar selama 1 jam atau hingga masak.
Salam CT, pagi2 ni dah lapo nampak kek yummy ni... nnti nak cuba jugak, tq share resepi ya.
ReplyDeleteSalam CT,nampak sedap.Kak Ros suka pinggan tu sebab kak Ros pun ada koleksinya yang kak Ros rompak dari rumah nenek kak Ros.Hihihi
ReplyDeleteSalam CT
ReplyDeletewaa.. ada kek lagi..
kek pisang yang paling ita suka
lagi sedap bila di letak koko walla.. sedapnya..
nanti nak cuba jugak lah..
salam kak Ct..sedapnyer kek pisang... tgh lapo sgt niii... tekak ni mmg nk mkn kek sajok....hihii
ReplyDeleteKak Rose ~
ReplyDeleteWa'salam Kak Rose, tr kasih kak pagi2 dah singgah Dapur CT. Alhamdulillah tetamu adalah rezeki kan kak Rose.
silakan Kak Rose, segala resipi yang diletakkan Dari Dapur CT memang ingin dikongsikan bersama teman2. Semoga kak Rose suka ya :)
Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot ~
ReplyDeleteWa'salam Kak Ros, dua2 kak ros datang singgah sukanya ct tetamu yang ct hormati semuanya :)
Piring2 tu memang kepunyaan arwah mak tu kak Ros, lama dah ct simpan kenangan. mahal tu...hehehe. ada satu piring lama yang dah pecah sebab anak bujang ct tu terjauhkan masa makan..tak apa yang penting kaki dia tak luka :)
Azlita Aziz ~
ReplyDeleteWa'salam Ita... kek pisang ni memang sedap Ita, kalau masakkan apa2 pun diletak pisang harum sungguh baunya dan aromanya. ct tahu Ita suka, tu yang hidangkan dalam piring tu, amik lah merasa sikit2..hehehe
Hati2 dalam perjalanan ke KL tu, kalau ada jodoh dapatlah jumpa ya Ita :)
Sugar 'n' Spice ~
ReplyDeleteWa'salam Ina, tak apalah kalau nak makan. selagi sihat ni makan jer apa yang nak Ina. nanti dah tak sihat nak makan apa semuanya dah tak ada selera kan :)
ada apa2 ker macam ngidam jer tu..hehehe
Assalam CT,
ReplyDeletekalau dah begitu rupa kejadiannya, memang tak sempat nak duduk ngadap lama-lama, kejapaje dah licin ye CT.
Salam Jumaat CT, ermmmm...memang menggoda kek pisang tu... mesti sedap ni wat minum petang kala hujan2 begini...
ReplyDeletesalam Ct...nk buat dia lbh kurang cm buat mapin kan....suka2,,,hihihi
ReplyDeleteAssalam Ct
ReplyDeletememang sedap kek pisang lebih2 lg mix dengan coklat...pisang pun ade berbaki lg tu...nak cuba jugak lah
tergoda mengoda tengkok cake tu...lapor perut ujang² ni...
ReplyDeleteAssalam ct, wah pernah dengar blended orange cake, tapi ni baru denagr blended banana cake pula ya..heheh..namapak senang dan sedap kek ct ni..boleh masuk list lagi..
ReplyDeleteoops sorry kita baru perasan ct dah buat talam sekoteng kat bawah ni ya..maaflah kita lamabt tiba..paham2 ajelah computer kena conquer dgn anak2..tak ada chance langsung nak bertenggek kat computer ni..hehe..thanks ya ct sudi cuba ..
kak ct.. how are uu... i miss u too. hehe.. kak ct menggoda tau dengan kek ni. simple je kan, tapi nampak sangat menyelerakan la kak. insyaAllah pasti di cuba. beli pisang dulu la. tq juge rahel
ReplyDeleteSalam kak CT...waduh waduh.....blended banana pulak dh...rajin sunggoh akak ku ini buat kek...nanti nk cuba la..skang ni x der mood nk baking. hati sudah kat kpg..heheheh..
ReplyDeleteSalam kak...
ReplyDeletesinggah nak rasa sikit!!!
chocolate n banana!! nyummy!!! tun sgt2 suka! tun pernah wat blended banana cake guna resepi orange blended cake.. yg ni mesti lg sedap sbb ada coklat.
ReplyDeletepengsan tgk kek pisang ni, dah siap copy resepi tapi tak print lg hihi, nanti nak cari pisang nak buatlah
ReplyDeletekak ct punya resepi byk yg blend je kan tapi cantik gebu je keknya, mintak izin copy resepi ye *padahal dah copy dah* hihi
Amie ~
ReplyDeleteWa'salam Amie,kek ni memang sedap cuma anak2 ni tak ngadap gitu jer Amie. Amik masa juga nak makan tu. sambil2 tengok tv hilang juga seketul2..hehehe
Gee
ReplyDeleteSalam di hari Jumaat Gee, pisang ni adalah satu menu yang boleh diperbagaikan. Buat kek, muffin, pengat, kuih muih segala2nya. Inilah rezeki dari Allah bagi pada kita, kena pandai mengolahkan aje kan gee..Alhamdulillah
Liza ~
ReplyDeleteSalam untuk Liza, Ya..boleh aje. Kalau dah siap adunan ni nak bubuh dalam cup kecik2 pun boleh. Cuma masa membakar tu kena ejust lah ya :)
IZA AKMA ~
ReplyDeleteSalam juga untuk Akma, kalau dah ada pisang jangan ditunggu2. Cepat2 buat kang hilang pulak buah pisang tu kat dapur..hehehe
Ummiakid @ lily ~
ReplyDeleteSalam buat Lily, Alhamdulillah..kalau suka boleh beli pisang cepat2. hujan2 ni memang lapar jer Lily. Nak buat pun taklah lama sangat tu,sekejap jer tu kalau nak buat Lily. simpan sikit tuk k.ct nanti tau :)
Ayu ~
ReplyDeleteWa'salam Ayu, oh terima kasih untuk resipi talam tu ya Ayu..dok sekodeng cari talam sekoteng tu..hehehe. memang sedap lembut rasa manis sesuai lah dengan CT yang tak gemar manis ni Ayu.
Biasalah cuti2 ni laptop memang payah nak sentuh, anak2 ni bangun tido jer mulalah merengek2 nak main game segala..hehehe
Izah Daud~
ReplyDeleteSalam buat Izah...Alhamdulillah dear k.ct sihat seadanya. Harap Izah pun sihat ya. Talam tu dah lama habis ni Izah, jangan ngidam pulak payah nak beli sekoteng tu...hehehe
Kek pisang ni pun sedap pandai juga Rahel tu bagi resipi kan Izah. K.ct ni olah sikit2 jer ikut selera sendiri :)
Gula Merah ~
ReplyDeleteSalam Nuril..baru jap tadi jumpa di FB ya..hehehe Tr kasih ya sudi add k.ct.
Wahhh nak balik kg ker..? mana tu..JB ker nak ikut jugaaa!
Wanieyra ~
ReplyDeleteWa'salam Ira, tr kasih singgah dapur Ct ya Ira. k.ct tak sempat2 nak singgah blog Ira tu. jap lagi sampai ya :)
tun_telani ~
ReplyDeleteSalam tun, yalah kan..kalau semua kek hanya guna blender jer lagi cepat kerja rumah nak siap kan Tun..hehehe
Kalau nak cuba buat kenalah cari buah pisang Tun..hehehe
Tina Othman ~
ReplyDeleteSalam Untuk Tina maniss
Yalah erk..tak perasan pun..hehehe. Kalau ada yang lagi mudah selain di blender ni Tina k.ct lagi suka. cepat dan mudah itukan ker baik tak payah nak guna mixer segala. Tapi lepas tu harga blender semua nya naik sebab semua nak beli blender..hehehe
Okey2..silakan mencuba dah buat bagi tau ya. nak mintak sepotong jugak :)
as-salam kak ct
ReplyDeletemesti dah habis lah kek blendad banana tu..npk sedaplah kek ni..ada coklat chip..
Selamat petang Kak CT...
ReplyDeletefengsannn lagi...ketinggalan penerbangan dari Sabah..kek mesti dah abis baru Rahel sampai...tinggal tengok2 je kek yang cantek tu..oh ya..cantek kaler dia bab tambah ngan serbuk koko kan?..uuuiii tambah dengki lagi ni...tima kacih kak dah sudi cuba blended banana cake tu...nampak menggoda betul..
Ady ~
ReplyDeleteWa'salam Ady yalah datang dah nak malam jadinya layan gambar jerlah..hehehe
Masih terbayang2 lagi kari kambing kerisik tu Ady..tapi k.ct tak pernah masak pun..hehehe
Rahel
ReplyDeleteSelamat petang Rahel, tr kasih banyak2 ya sebab berkongsi resipi kek yang sedap ni. Mohon maaf juga ada yang diubah sedikit2 ikut selera k.ct juga. Tapi masih sama aje nama kek nya tu. Moga ada lagi resipi2 dari Rahel yang akan k.ct coba nanti ya :)
Assalam kak Ct, nampak sedap dan resepi pun simple kek ni harus dicuba ni:)
ReplyDeleteResepi simple dan nampak sedappp....CT...tak nak ke tapaukan tuk kak cek bwk balik....:)
ReplyDeleteNieza ~
ReplyDeleteWa'salam Nieza, kena cuba jugalah kek ni baru tahu sedap ker tak ni..hehehe. lain tangan lain pula rasanya dan ciptaan nya Nieza, betul tak :)
Cik Cek ~
ReplyDeleteSalam petang untuk kak cek cayangg! dah habis ni kak cek, macam maan ct nak tapaukan. lain kali ct simpan kan awal2 lah ya biar kak cek dapat merasa juga :)
aslmkum CT.. apa kbr.. bru sempat nk BW .. kek ni nmpk lembab cam kukus jer.. nk cuba jugak la nnti..
ReplyDeletesalam kak ct..sy datng lambat, ade lg kek kek pisang ni..sedapnye nmpak kak..senang je ye gune blender:) lehla cube nnti ^^
ReplyDeletesaya belum pernah buat cake yang di blend kaya gini..kapan kapan lihat resep nya yah kak, mau coba juga.. ;)
ReplyDelete