Assalamualaikum... Salam ceria dan salam manis dari CT untuk semua. Sebagai memulakan hari pertama untuk minggu ini marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah permudahkan semua urusan kita baik ditempat kerja mahu pun dirumah... Insya'Allah. Alhamdulillah, hari ni CT dapat berkongsi kek kegemaran CT sekeluarga lagi. Sebenarnya ini resipi olahan dari kek lapis strawberry dari E-na. Tapi yang ini telah CT tambah dan olah mengikut loyang dirumah yang besar sedikit dari yang disarankan. CT tambah sukatan dan letak filling blueberry didalam dan layerkan creamcheese diatasnya. Ini pun sebab balance creamcheese tu dah tinggal sikit. Tinggal 3-4 hari akan tamat tempoh lebih baik CT buat sesuatu dari disumbat dalam cik tong, jangan membazir amalan syaitan tu. Kalau dapat diselamatkan taklah masuk dalam perut cik tong ye tak.. hehehe
Untuk adunan ni kalau teman2 punya loyang yang agak kecil bolehlah buat 2 loyang ya. Sebab kalau ikut loyang CT memang sedamg2 je ketebalannya sebab CT guna loyang besar saiz 10" x 14". Kalau nak tebal boleh juga masukkan dalam loyang segi empat sama 7". Rasanya sedang eloklah ketebalannya. Dan kek ni juga CT buat dua adunan, satu buat kaler oren dan satu kaler coklat yang tak berapa coklat tu... hehehe. Saje jer duk main2 dengan tepung kat dapur tu dari tak tahu nak buat apa kan. Kalau duk diam je kang mengantuk lah pulak. Yelah, nak layan FB dan Blog, laptop dua2 dah kena konker dgn anak-anak, maklumlah cuti sekolahkan. Jadi mama dia ni terpaksalah mengalah dan mengatur masa untuk duduk update blog dan layan FB. Tu yang kadang2 pagi lepas My laling CM gi kerja terus duduk dulu sementara anak2 masih diulit mimpi... hehehe. Okey2... jangan buang masa sebab masa itu emas, jadi kita terus pada resipi lah ya. Walaupun resepi ni hampir sama dengan dua resepi yang lepas tapi bak kata seorang teman..."Resepi semuanya sama, hanya beza tangan yang menbuatnya dan beza pada hasilnya..". Sampai jumpa nanti dengan menu yang lain pula ya. Daaa....
Kek Lapis Filling Blueberry
Resipi : Che CT
Bahan-bahan A :
100 gm butter dicairkan
90 gm gula kastor (kalau rasa manis boleh kurangkan)
100 gm tepung kek
5 biji telur gred A
1/2 sudu kecil ovallete
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil Pewarna oren
1 sudu kecil pewarna coklat (CT buat dua adunan dan satu diletak pewarna coklat).
1/2 sudu kecil coklat emulco.Bahan B :
Jem Blueberry secukupnya (CT campur sedikit air dan masak atas api kecil sebentar).
CT guna loyang 10" x 14" (Boleh juga guna loyang 8" x 11" ya) .Cara-cara :
1. Pukul gula, telur dan ovalette dengan kelajuan maksimum selama 3 minit sehingga adunan kembang dan berkrim. Kemudian masukkan tepung dan baking powder yang diayak bersama kedalam adunan telur tadi dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 4 minit.
2. Masukkan pewarna gaul rata dan masukkan butter cair kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
3. Panaskan oven dengan suhu 180 C4. Lenser sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan cooking sheet.
5. Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
6. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15- 25 minit (bergantung pada oven masing2 atau cucuk dengan lidi sate keluar besih kek dah masak).
7. Sejukkan atas redai dan sapukan jem blueberry. Potong kecil dan hias ikut kreativiti anda. Selamat mencuba.
"Ya Allah kurniakan kepada kami iman yang berkekalan, rezeki yang berterusan dan kemuliaan memasuki syurga dengan Rasulullah"... A-minnn
Salam CT
ReplyDeleteSelamat pagi...
Hihi pagi2 ita dah singah sini.. nampak pulak kek CT yang mengancam tu.. terliur kita tau!
alahai sedapnya..
nanti nak cuba lah resepi ni nampak macam menarik aje.. bila tgk dah berapa kali CT guna resepi yg sama dari E-na ni semakin semangat pulak rasanya ita nak cuba! mesti sedap ni kan CT..
Pagi CT..akak nak sarapan ni..Kopi dah bawa sendiri
ReplyDeleteselamat pagi kak ct..sedapnya kek.nyum2
ReplyDeleteSalam kenal2an kak Ct...terliur la nampak kek akk nih...keterujaan juga nk buat....tp bilakah....??? hihii
ReplyDeleteAssalamualaikum Ct.
ReplyDeleteHihi kita dah terliur lihat kek awak pagi nie...terbuka mata melihat kek yang simple tapi cantik dengan hiasan awak yang kretif. Suka dan suka nanti kita nak culik kek awak laa kat dapur kita pulak.
Assalammualaikum kak ct...wah cantik la deco2 atas kek tu..simple je..but nice...:) rajinnya akak buat kek lapis...saya ni tak berapa rajin nak buat..rajin tengok org buat je..hahhaha
ReplyDeleteameeennnn.... semoga kita sentiasa dirahmati Allah...
ReplyDeleteSelamat pagi Ct,
ReplyDeletecutenya KLFB Ct tu...warnanya pun mengundang selera!
as-salam kak ct
ReplyDeletenampak menyelerakan kek lapis filling blueberry ni..cantik warnanye..
memang nampak sedappppp
ReplyDeleteSelamat pagi Kak CT cayang...
ReplyDeletewaaa..rajin akak buat kek lapis ek..haiyaa godain Rahel lagi ni..cantek banget kek tu..akan dibuat juga suatu hari nanti...tunggu...
wow, cantiknya kak ct, tina ni takde kemahiran nak buat cantik mcm tu
ReplyDeletesalam ct...mmgjeles bila tgk org buat kek cantikkkk jer, tp kita selalu fail bab deko2 ni....huhuhuhu
ReplyDeleteKapan2 ayin mau coba resepinya ya kak Ct...enak nih kelihatannya..
ReplyDeletegulppp!!! buat org terliur jer kat opis ni...
ReplyDeletebahan2 dh ada..boleh la cuba nanti..
Bila la nak datang angin rajin saya nak buat kek lapis ni..hu hu...jeles gak tengok kek lapis kak ct ni...cantik sangat :)
ReplyDeleteAskum Kak CT...wah2..ceria kek lapis akak...menikam kalbu...nk buat mmg tk bape nk rajin..hik2
ReplyDeleteenak nih cake nya .. keliatan lembut dan cantik sekali.. i dont mind be ur tester.. hehe
ReplyDeletetergoda hanim tengok kek kak ct ni ..... minta sepotong boleh ...
ReplyDeleteAssalam Ct,
ReplyDeleteadeh, kek ct ni reminded kita time kecik2 dulu my parents selalu beli kek yang jenis potong2 macam gini, dalam (30cent sepotong) dan bermacam2 perisa dan itulah kek birthday kita dulu2..hehe.. teringin nak rasa kalau dekat memang kita minta sepotong ni..
Azlita Aziz ~
ReplyDeleteWa'salam Ita, memang sedap kek ni sebab tu ct sering kali buat sebab mendapat sambutan hangat dari anak2 dan hubby. Lagi pun mudah jer nak sediakannya. sampai dah boleh ejust sana sini mana nak tambah dan nak kurangkan..hehehe
Tapi taklah sehandal Ita lagi ct ni setakat cuba sikit2 okeylah :)
Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot ~
ReplyDeletesalam petang kak Rose. Oh siap bawak kopi ya hehehe. Tr kasih kak rose sudi singgah Dapur CT ni pagi2. Tapi kek ni dah habis dah untuk bf pagi tadi ct reply komen dah petang ni :)
nonierahman ~
ReplyDeleteSalam petang Nonie, lama betul Nonie tak masak2. sibuk ya cepat2lah masak nanti k.ct boleh cuba resipi Nonie pulak :)
Sugar 'n' Spice ~
ReplyDeleteSalam kenal juga dari k.ct ya Mimie. Tr kasih sudi singgah dan tinggal komen ya. Teringat k.ct dengan bubur som som yang Mimie buat tu. nanti nak buat juga lah :)
CitarasaKu ~
ReplyDeleteWa'salam kak rus, tr kasih kak sudi meluangkan masa singgah Dapur CT. Rasa trharu jika ada yang sudi nak mencuba resipi dari Dapur CT ni. Masakkan kak rus pun sedap2 nak2 rendang siam tu terliur pulak ct tengok :)
quinnie ~
ReplyDeleteWa'salam Quinnie, ka.ct ni rajin melapis sebab insan2 trsayang kat rumah ni nak makan. Jadinya tak salah merajinkan diri kan Quinie. Kalau hasil yang dibuat nampak cantik orang yang makan pun tentu puji "sedap kek Mama..." kembang sekejap hidung ni..hahaha
Gee ~
ReplyDeleteTr kasih Gee, semoga kita sentiasa dirahmati olehNYAkan. Masak apa hari ni ya Gee. mesti anak2 request macam2 tu kan :)
Amie ~
ReplyDeleteSalam juga untuk Cikgu Amie. Alhamdulillah..warna2 dalam masakkan memang daya penarik untuk dinikmati kan. denga itu anak2 akan berselera kan Amie. Jadi warna warni dalam masakkan ni ibarat kehidupan kita juga, betul tak cikgu Amie :)
Ady ~
ReplyDeletetreima kasih Ady, boleh tukar dengan muffin pandan yang gebu tu ya :)
MAMASYAZA ~
ReplyDeleteSalam mamasya, kek ni lembut dan amat sesuai kalau kita nak hidang pada tetamu sebab nak menyediakan nya sekejap jer. Tu yang suka buat kek ni :)
Rahel ~
ReplyDeleteSalam dan selamat petang dik Rahel. Sudah balik dari berdating ya, amboiii jeles tau..hahaha. Abis tu hari rahel goda denagn muffin peach yang gebus tak boleh tahan juga k.ct ni..hihihi
Tina Othman ~
ReplyDeleteKalau mahu boleh aje Tina, kena rajin dengan tidak jer kita ni bila didapur kan. K.ct ni pn tengok mood jugalah kalau rajin habis dihias segala kalau tidak main potong2 jer lah..hehehe
Liza ~
ReplyDeleteAlahh Liza sesekali2 mendeco mesti boleh juga. ct ni pun tak berapa pandai nak deco2 kek masih keras tangan ni tak selembut insan2 yang lebih handal kan dalam bab2 deco kek ni :) sikit2 tu bolehlah untuk makan sendiri kan .
ManisManis ~
ReplyDeleteAyin, kapan2 saje boleh coba k.ct pingin banget mahu coba kek madu dari Ayin tu. Tapi acuan kayu enggak ada lah kalau bisa guna loyang boleh enggak :)
gula merah ~
ReplyDeletehehehe..saje jer buat perut nuril berbunyi pagi2..ehh tak baik kan k.ct ni kan :)
ZalinZalina ~
ReplyDeleteBila2 pun boleh cuba buat kek ni, kalau ada masa terluang zalina boleh cuba. memang mudah sebenarnya buat kek ni. kita kena baca betul2 resipi dan ikut cara2 yang betil kompom menjadi.
Zalina..Boleh ajar k.ct buat roti tak..hihihi
KOALAJEPONG ~
ReplyDeleteWa'salam Ina, lor kalau tak berapa nak rajin tak dapat k.ct nak menolong..hihihi. Jadi rajin2kan diri tu mesti anak2 suka makan nanti :)
Melly Octaviana ~
ReplyDeleteHai Melly..ya kelembutan kek lapis ni memang terasa kalau mahu coba silakan ya Melly. K.ct letak filling blueberry sebab nak balance dengan kemanisan kek tu sebab masam manis memang serasi kan. Tapi bole juga kalau mahu letak filling yang lain juga :)
Roses_Leo09 ~
ReplyDeleteSalam untuk Hanim, nak kasi rasa tak dapat lah Hanim sebab dah habis dah. Kenalah jamu mata jer ya..hihi
Ayu ~
ReplyDeleteWa'salam Ayu, yalah kan. kek ni umpama kek span gitu. kalau dulu2 kek macam ni senang nak buat. Tapi b'day ct dulu2 arwah mak cuma dapat buatkan bubur putih bubur merah jer. Namun nak makan kek ni tak adalah kan. Paling suka kalau arwah mak buat kek sarang lebah tu, memang suka sangat2 tu Ayu..hihihi
Btl tue kak ct...kalau nk buat kek lapis, perlukan masa skit...nt la...kalau smpi seru nt, nk buat jgk...dah lama geram nengok kak ct ngam blogger2 lain baking kek lapis...mmg sedap..bak kata boboboi...TERBAEK...
ReplyDeleteKOALAJEPONG ~
ReplyDeleteSalam untuk Ina, yalah dimana ada kemahuan pasti ada jalannya kan. Macam memasak juga jika kita minat dalam sesuatu bidang ni pasti menjadi. Tak kisahlah masak sempoi ker campak2 ker pasti satu hari berjaya juga kan :)
Okey..k.ct tunggu tau..hihihi