Monday, December 5, 2011

Kuih Lompang




Assalamualaikum.... salam mesra dan salam penuh kerinduan serta keceriaan buat teman2 Dapur CT. Lama juga CT menyepi ya. Mula-mula kata nak cuti 3 hari je, tapi tup-tup jadi 2 minggu pulak hehehe. Sebenarnya ada juga CT jeling2 di FB dan Blog sekali sekala, tapi jarang-jarang sangat, dan yang tak terdaya sekali nak buat ialah ... UPDATE BLOG... hehehe. Tapi sesekali ada juga singgah blog teman2 tinggal komen dan salin resipi...hehehe. Sambil jeling2 tu tengok apa menu istimewa yang boleh diambil untuk dihidang buat insan tersayang. Sebab utama CT bercuti dari update blog bukanlah disengajakan, tapi memberi ruang kepada IBU mertua yang bertandang ke rumah sempena cuti sekolah ni. Rasanya macam berat hati jika CT duduk didepan laptop ni dan membiarkan IBU mertua ku sendirian... tetamu mestilah sentiasa diutamakan apatah lagi kalau tetamu itu orang yang paling dekat betul tak...?


Okeylah, cukup dah CT menerangkan panjang lebar tentang sebab CT bercuti dari update blog selama 2 minggu, kita balik terus kepada resepi hari ni iaitu kuih lompang ni ye. Ni kali ketiga CT publish kot hehehe. Dan CT guna resipi yang sama seperti sebelum ni iaitu dari MyResipi. Hari pertama selepas bercuti dari update selama 2 minggu, aduhai malasnya. CT letakkan sekali lagi resepinya jika ada yang ingin mencuba :D



Kuih Lompang
Resipi : MyResipi

Bahan-bahan: ( 40 biji )
2 1/2 cawan Tepung Beras
1/2 cawan Tepung Sagu
1 cawan Gula
1 sudu teh Air Mawar (CT tak letak)
4 cawan Air (2 cawan air campur dengan tepung / 2 cawan air masak dengan gula)
Daun Pandan - disimpul

Cara-cara:
1. Satukan Tepung Beras dan Tepung Sagu - diayak
2. Lalu, gaulkan bersama 2 cawan air. ketepikan.
3. Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.
4. Tuangkan air gula kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
5. Masukkan sedikit Air Mawar (CT tak letak) Gaul rata. Asingkan kepada 2 - 3 mangkuk. Lalu warnakan dengan warna kegemaran anda.
6. Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan yang disapu sedikit minyak di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5 minit.
7. Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.
8. Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan. Selamat mencuba..





P/S - Kamera Klasik ke-10 kepunyaan my laling yang CT interframekan sebagai props bersama resepi kali ini ialah Yashica Minister III.

27 comments:

  1. selamat pagi ct,
    mmmm....inilah contoh menantu yang berhemah tinggi, hormat pada ibu mentua yang datang bertandang...he he heee

    kuih lompang tu nampak sedap je, comel2...Amie tak pernah buat tapi biasa makan..

    ReplyDelete
  2. Assalam CT sedapnya kuih lompang tu, menjadi lesung pipit nya

    ReplyDelete
  3. Aslmkum CT.. contoh menantu yg baik ni .. pernah sy buat kuih ni.. tak mjadi lompng nye.. suke mkn lebih2 lagi klau dapat kelapa yg muda..

    ReplyDelete
  4. salam pagi ct.
    Kalau dah sibuk nak buat macamana kan. Samalah macam bundo ni ha.

    Sedap nampak kue lompang tu. nampak cantik. Nak seketul dua haha..

    ReplyDelete
  5. Amie ~

    Selamat pagi Cikgu Amie. alahai..rindunya nak balas komen..hahaha. Tr kasih mudah2an trmakbul doa dari Amie tu.

    Meh lah cuba sedap kuih ni, cuma kena sabarlah sikit kan sebab nak kukus ni guna acuan yang comel2 macam ni Amie. Tapi bila dah masuk mulut sekejap jer habis :)

    ReplyDelete
  6. EmbunRosaliza ~

    Wa'salam Liza...selalunya ct kalau buat memang jadi ler lekuk nya tu. Kalau nak jadi lekuk tu masa dah masak, bukak tutup loyang tu sekejap dan biar agak2 2minit baru angkat..insya'Allah mesti jadi lesung pipt tu..hehehe

    ReplyDelete
  7. dZana ~

    Wa'salam cikgu Zana, A-minnn..insya'Allah doa dari cikgu ni selalunya makbul..hihi.

    apa yang tak menjadinya kuih lompang tu, lesung pipit tu ker yang tak jadi. cuba baca komen yang ct balas dari Amie tu :)

    ReplyDelete
  8. ibundo ~

    Selamat pagi Ibundo...rindunya kat bundo. harap sihat2 selalu ya. Macam tulah bila ada tetamu dirumah sentiasa sibuk... huhu. Tapi ni ibu mertua dah balik, kurang sikitlah sibuk nya dan boleh singgah blog teman2 ni Ibundo :)

    ReplyDelete
  9. kuih kegemaran nih,dulu masa akak duk kat jb kuih lompang nih jernih tau,rahsia nya guna air kelapa jadi lepas nih try guna air kelapa ,gantikan 2 cazqn air tu kepada air kelapa,

    ReplyDelete
  10. Salam ct .nak datang makan lompang.Dah habis layan mertua,dapat la layan kita pulak ya.

    ReplyDelete
  11. Askum kak ct...ceria sgh kuih lompang akak...sedap mata memandang...sesedap rasanya...

    ReplyDelete
  12. Wuhh....kuih lompang yg tang lompong tu paling menawan hati...kena plak dgn rasa kenyal2 gedik2 tu...wuhh lagi sekali.. T x penah jumpa pulak yg letak air mawar...ingatkan air mawar buat bancuh pilis je...heee

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum akak ct cayang...
    pasti seronokkan dapat melayan ibu mertua bila bertandang ke rumah kita...gembira rasa d hati kan akak..

    ermm.. kuih tu nampak comel sgt ler akak.. ngan gabungan warna2 yg menarik.. gambar yg cantik.. tgk pun dah tau sedap...

    ReplyDelete
  14. salam kak ct cayanggg...wahhhhh feberet pp nii...windu banget sama akak!!! muwahhh

    ReplyDelete
  15. Oooo.. patut laa lama menyepi.. ingatkan jangkit ngan kak mas ;p
    tun kalau mertua ada kt umah mmg pijak semut pun x mati. kui kui...
    omey nyer kuih lompang akak.. kalerpul lagi.

    ReplyDelete
  16. KakAsma ~

    Kak asma, insya'Allah lain kali buat nak cubalah. Tapi kena tggu beli kepala biji lah kak..hihi. siap bawak tapeware mintak air dia tu kan :)

    ReplyDelete
  17. Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot ~

    Wa'salam Kak Rose, kuih lompang dah melompang dalam perut kak..hehehe. Ini buat pun untk bf anak2 dan mak mertua lah ni.

    ReplyDelete
  18. KOALAJEPONG ~

    Wa'salam koalajepong, kuih2 macam ni k.ct memang suka. comel2 masuk mulut sekali terus hilang..hehehe

    ReplyDelete
  19. Chah ~

    Chah, kalau tak nak letak air mawar pun boleh. k.ct tak pernah letak pun menjadi gak ni Chah :)

    ReplyDelete
  20. Diana @ Melley Mey ~

    Wa'salam Diana Maniss... alhamdulillah dapat berbakti pada ibu mertua sekejap pun jadilah. sekurang2nya ada juga tempat nak bermanja2 kan Diana :)

    ReplyDelete
  21. NekPP ~

    Wa'salam Nekpp, welcome to Dapur CT. k.ct pun rindu gak kat yatie ni. sekarang dapur yatie dah baru kan. kena update selalu lah nampaknya. masak sedap2 lagi tau yatie :D

    ReplyDelete
  22. Anna Qawina ~

    Dah habis lah Anna, jangan ditanya sebab kuih ni dah melompang2 dalam perut k.ct...hahaha

    ReplyDelete
  23. tun_telani ~

    Tun...pijak semut pun tak mati ya...hahaha. amboi menantu mithali tu Tun..hehehe. K.ct tak pijak semut Tun, tapi tenyeh jer dengan jari2 kasi dia mati kang biorkan dia merayap penuh satu rumah..hahaha

    ReplyDelete
  24. Alahai...dh mlm baru dpt singgah sini...cuti2 sekolah ni anak2 conquer laptop... terpaksalah beralah... tak sempat nk mengendeng kuih lompang CT yg kaler maler tu... cantek!!

    ReplyDelete
  25. Selamat petang Kak CT Delima..
    ketinggalan bas lagi..lambat sampai..kuih lompang pun dah abis tentunya..tengok gambo je lar..cantek2 kuih lompang..kaler full..

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum dan salam kenal..

    lawanya kuih lompang ni.. ada wane lain2 plak tu, menarik minat anak 2 utk makan kuih2 tradisional ni.. kan.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...