Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua teman-teman CT. Hari ni CT nak sharekan satu resepi yang simple-mimple untuk mereka-mereka yang baru nak belajar memasak. Biasanya orang yang baru belajar memasak ni rajin masak 'maggi' aje kan sebab 'maggi' ni satu-satunya mee yang cepat dimasak dan sedap dimakan. Malangnya mee segera tak elok dimakan selalu walaupun sedap. Jadi, hari ni CT kongsikan resepi Mee Bandung ni yang CT namakan sebagai Mee Bandung Bujang sebab gunakan pes segera sangat sesuai untuk golongan 'bujang', jadi tak payahlah nak sibuk2 nak mencari bahan-bahan dan menumbuk memblender segala... hehehe. Untuk resepi ni, CT gunakan 2 peket perencah Mee Bandung dari Adabi seperti dalam gambar yang akhir tu. Boleh juga jika nak gunakan perencah dari pengeluar lain asalkan sukatannya lebih kurang sama.
Jadi pada yang 'bujang' dan terkejar-kejar dengan masa tu bolehlah mencuba resepi ni. Pada yang tak berapa bujang tapi kalau nak mencuba juga apa salahnya ye tak... hehehe. Sampai jumpa lagi.. Daaa..
Mee Bandung Bujang
Resepi: Che CT
Bahan-bahannya:
2 peket perencah Mee Bandung Adabi
600 ml air (3 cawan)
300 gm daging lembut - direbus empuk
300 gm dada ayam - potong kiub dan cuci bersih toskan
200 ml air rebusan daging (1 cawan)
10 ekor udang - buang kulit tinggalkan bahagian ekor sahaja
2 keping tauhu - di goreng, kemudian di hiris
2 biji telur
300 gm mee kuning (atau 1 peket) - cuci dan toskan
Sedikit garam dan gula.
Hirisan lada hijau - hiasan
Belahan limau kasturi - hiasan
Hirisan daun sup/bawang - hiasan
Cara-cara :
1. Masukkan air dan air rebusan daging serta rempah Mee Bandung Adabi kedalam periuk. Kacau sebentar.
2. Masukkan ayam yang dipotong kiub tadi. Tunggu hingga mendidih dan ayam empuk.
3. Apa bila dah mendidih, perlahan kan api dan pecahkan telur kedalam periuk. Masukkan sekali daging yang dihiris dan juga udang.
4. Bila telur dan udang telah masak, tambahkan sedikit garam dan gula. Perasakan.
5. Akhir sekali masukkan mee kuning dan kacau sebentar selama 1-2 minit. Matikan api.
6. Hidangkan dan taburkan daun sup/ bawang, tauhu goreng, lada hijau dan limau kasturi.
7. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba..
salam Ct..
ReplyDeletewaaa... pagi2 dah ada mee bandung..
ni kalau anak2 bujang ita tengok ni mesti di godek maknya suruh buat ni CT...
ita tak pernah lagi guna perencah adabi ni nanti boleh lah ita cuba!
owww... sedap yer mee bandung adabi tu... nak try lah...
ReplyDeletesedapnya kak ct, tina aritu ada beli pes mee bandung agromas tapi sampai skrg tak termasak lg hehe
ReplyDeletebyk sangat alasannya, bila nak buat daging pulak takde, yg sebenarnya malas
sedapnye kak ct..kadang2 bile pakai yg instant nih pun sedap jugak..nak2 plak kalau pandai tokok tambah lagi bahan2 die..
ReplyDeletewah.. nak sikit.. ni saya dan che mat punya utk bujang2 kan.. hehe..
ReplyDeletemasuk sini tgk mee bandung rasa seram sejuk je perut ni.pada hal dah makan nasi goreng kg dah..
ReplyDeleterasa nak buat jugak lah bila anak2 balik hujung minggu ni nanti..sedapnya tgk mee bandung ct ni tau..
salam kak ct..
ReplyDeletesedapnya tgk mee bandung kak ct ni..adabi ada perencah mee bandung ek..tak tau plk yus..ketinggalan zaman la yus ni..hehe..nanti yus nk cuba jgk lah dgn perencah mee bandung adabi ni..terima kasih kak ct atas prkongsian resepi..
Hi. Sekali2 nak cuba masak cara orang bujang pulak lah...hehehe.. Nampak sedap!
ReplyDeleteKak cek nak semangkuk mee bandung...mak bujang nak makan...he he..nak masak tak rajin la pulak...:)
ReplyDeleteSalam CT lama akak tak makan mee bandung ni...ingat mee bandung ingat kampung akak Muar....simpan sikit ya
ReplyDeleteAmpun deh kak CT...enak banget kelihatannya...sampai terliur liur nih...
ReplyDeletehumangai.. mi bandung! favorite saya ni..
ReplyDeleteSalam ziarah.
Salam CT..
ReplyDeleteKita yang tak bujang ni dah terliur habis tengok mee bandong bujang CT ni.. alahaii.. sedapnyer.... lom pernah lagi guna mana2 perencah mee bandong.. lehla try nnt..
kalau tak bujang? tunggu orang hidang jer la...
ReplyDeleteAzlita Aziz ~
ReplyDeletewa'salam Ita..ct pun fiest time buat ni Ita. Permintaan yang tersayang nak sangat merasa katanya..hehehe. kalau anak2 nak sangat makan Ita, cuba jer jangan tidak kan.
Ehh..Azrul anak Ita tunggu result PMR kan, semoga dia lulus dengan cemerlang ya :)
Gee ~
ReplyDeleteBoleh jer cuba Gee, ct pun cuba gak makan mee bandung ni. Boleh tahan juga kita dah tambah macam2 dalam tu lagilah sedap :)
Tina Othman ~
ReplyDeleteBiasalah kalau dah teringin nak makan ni, tak kisahlah jenama apa pun. asal kena dengan selera kita kan tina :)
Happy birthday buat anak Tina ya :)
chikadakbiru ~
ReplyDeleteTulah CB, k.ct pun suka cuma ada cair sikitlah kuahnya dari kita buat sendiri kan. Tak kisahlah tapi memang sedap. Tambah2 lagi ada campuran air daging tu, lagi lah manis rasanya :)
Kasawari ~
ReplyDeleteHahaha...Che Mat yang makan banyak dari k.ct ni. Orang bujang dan yang tak bujang boleh aje kalau nak makan. Tak kisahlah asal rajin nak masak kat dapur itu jer... hehehe
anymz ~
ReplyDeleteKak Amin... selalunya bila anak2 ada baru semangat nak memasak lagi tinggi kan kak. Bukan setakat satu dua jer yang dimasak. Rasanya berderet2 kang kak Anim masak tu nanti... hehehe
Yusliza Lailatushalah ~
ReplyDeleteWa'salam Yus...ada macam2 kan ADABI keluarkan prodak dia. k.ct cekup 3 peket masa belanja kat Giant Batu Caves tu. ni pun masih ada baki sepeket jer lagi. kot2 teringin nak makan lagi.. celur jer mee hoon tu..hehehe
Nurwin Heny ~
ReplyDeleteNurwin....boleh aje. Mahu makan kenalah rajin buat ni Nurwin..hehehe.
CT ni sebab Hubby yang nak makan tu yang letak bahan2 lebih2 dalam mee bandung tu nampak serinya :)
cik cek ~
ReplyDeleteKak cek cayanggg.... anak bujang tak ada rumah ya, sebab tu Mak yang bujang ni datang bawak mangkuk..hehehe.
Kak cek...setakat semangkuk tu kenyang ker...hehehe
Paty's Kitchen - Cook with passion. ~
ReplyDeleteWa'salam Kak Paty...Oh kak Paty orang muar ya. Memang sedap mee bandung Muar kan kak. ct dulu duk JB ada orang muar jual rempah mee bandung ni sekilo RM10 memang power betul rasanya dan sangat2 sedapppp!
ManisManis ~
ReplyDeleteAyin... mesti coba masak mee bandung rempah segera kalau mahu. Sesekali kalau dapat rasa memang sedap ni ayin..coba dulu ya mesti suka dengan rasanya. Tapi enggak boleh lawan sama yang kita buat sendiri lah :)
sudipVSsenduk ~
ReplyDeleteSalam kembali, tr kasih sudi meninggalkan komen di Dapur CT. Salam kenal juga ya :)
MaDiHaA a.k.a Ratna ~
ReplyDeleteWa'salam Ratna, yalah tu...kecur2 ya, kalau dapat makan yang dalam mangkuk tu hilang dah kecur nya..hehehe
ct pun baru cuba gak ni Ratna, boleh tahan lah rasanya dengan bahan2 yang kita letak tu sesuai dengan selera insan2 kat umah ni semua kata sedap :)
geraugebang ~
ReplyDeletehehehe..Gerau dah tak bujang kan. kalau ngaku2 bujang gerenti dapat semangkuk mee bandung tu..hihihi
Assalam CT,
ReplyDeleteorang tak bujang pun terleleh-leleh liur tengok betapa meriahnya mee bandung tu... sedapnyalah Ct.. tambah pedas tambahlah meleleh!
Kak Ct,yg bujang pon nmpk sedap bngat kak..Nak plak da eksesori yg pelbagai tuh,lagilah bertambah sedap..Sy pernah npk perencah ni,tapi xpernah bli takut xsedap,hihi..
ReplyDeletehọc kế toán thực hành
ReplyDeletetiếng anh cho người đi làm
khoá học kế toán excel
forum rao vat
mu private
học kế toán tại tphcm
dịch vụ kế toán trọn gói
Hồng y chủ giáo Đoạn Vân đại nhân đại giá.
Hoàng đế Tạp Tu Tư Mạch Khắc Hưu Tư cung kính vái lạy hắn theo một lễ
thần phục.
Mịa! Dường như lão tử tới đây để thanh tra hắn vậy.
- Tốt lắm! Đứng lên đi. Nhưng cái chức Hồng y chủ giáo thì lạc hậu rồi,
thân phận ta bây giờ ở Thần điện là đại Giáo hoàng. - Hắn nói ra vẻ uy
nghiêm.
- A! Đại Giáo hoàng?
Nghe Đoạn Vân nói thế, cả đám trọng thần Tạp Tu Tư đều có vẻ mặt khó
tin. Đại giáo hoàng vừa nghe qua là biết còn cao hơn cả Giáo hoàng nữa kìa.
Hắn cất giọng uy nghiêm:
- Hoàng tộc Tạp Tu Tư, các ngươi biết tội chưa?
- Đại giáo hoàng đại nhân, chúng ta biết tội rồi, biết tội rồi. Cầu xin
Đại giáo hoàng đại nhân đại lượng, tha cho Tạp Tu Tư tiểu quốc.
Mạch Khắc Hưu Tư nghe hắn nói thế, vội vàng lắp bắp trả lời.
- Ngươi nói xem, ngươi đã phạm vào tội gì? - Hắn nghiêm túc hỏi.
- Cái này... Này... Xin đại nhân dạy bảo cho. - Mạch Khắc Hưu Tư ấp úng
căn hộ diamond bay resort
chung cư hoà bình green city
five star garden kim giang
học kế toán tại hải phòng
học kế toán tại bắc giang
trung tâm kế toán tại thanh xuân
Salam Kak Ct.
ReplyDeleteSaya Izhar dari Staff pekerja Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd.
Saya terlihat gambar menu akak. Boleh tidak saya copy gambar akak post ini, untuk dijadikan post view Facebook.
terima kasih