Assalamualaikum... Salam manissss dan senyum2 selalu, kerana senyuman teman2 menambah mood ceria buat Dapur CT. Terima kasih yang tak terhingga untuk semua, CT sayang kamu... muahhh!. Alhmdulillah, kali ini CT tak nak banyak bicara sebab nak kongsikan satu menu yang CT belajar dari IBU mertua masa beliau datang ke rumah hari tu. Inilah menu yang My laling CM dan CT suka makan sebab resipi ni dari IBU mertua terchenta. CT hanya menumpang kasih sebab mak CT dah tak ada kan. Jadi, selain menumpang kasih, apa salahnya CT turut menumpahkan kasih pada beliau juga ye tak hehehe :)
Berbalik pada menu kali ini iaitu Pais Ikan Selayang, tak tahu kalau kat sini panggil apa erk... hehehe. Memang ringkas dan senang jer nak buat menu ni, tak lama sangat pun nak sediakannya. Resipi ni kita boleh pelbagaikan nak letak ikan apa2 pun boleh, udang atau pun sotong pun okey gak. Menurut IBU mertua CT kalau guna sotong lagiii sedap. Haa... nanti CT nak cuba buat juga. Masih banyak lagi nak belajar resipi2 lama dari IBU mertua ni, tapi masa tak mengizinkan. Insya'Allah lain kali bolehlah CT tanya2 resipi dari orang lama2 ni kan. Sebab resipi orang dulu2 ada yang dah jarang kita jumpa lagi dan kadang-kadang kita sendiri tak tahu langsung pun kalau tak bertanya betul tak... hehehe. Okey kita terus pada resipi lah ya :)
Pais Ikan Selayang
Resipi : Che CT
Bahan-bahan :
6 ekor ikan selayang (sardine)
4 biji bawang merah #
3 ulas bawang putih #
2 batang serai #
1 sudu besar ketumbar biji #
3 cm kunyit hidup #
3 cm halia #
3 cm lengkuas #
1 susu besar pes asam jawa #
1/2 cawan lada kisar
Sedikit garam, serbuk perasa dan gula jika suka.
1/2 cawan air
Daun pisang secukupnya - dilayur
Cara-cara :
1. Ikan dibersihkan dan dipotong dua.
2. Kisar semua bahan2 yang bertanda (#) hingga halus. (Jangan banyak sangat letak air masa diblender sebab adunan ni elok pekat sedikit, supaya senang nak digaul bersama ikan semasa dibungkus nanti).
3. Masukkan bahan2 kisar kedalam bekas dan campurkan bersama lada kisar, garam dan serbuk perasa dan sedikit gula. Gaul rata dan perasakan sedikit masam dan manisnya. Ikut selera masing2 lah ya.
4. Kemudian masukkan pula ikan dalam adunan tersebut dan gaul rata. 5. Ambil daun pisang yang dipotong empat segi dan masukkan 3-4 potong ikan bersama dengan sedikit adunan tersebut. Bungkus dengan kemas seperti bungkusan nak buat lepat. Susun dalam pinggan dan buat sampai habis.
6. Kukus dalam kuali yang bertutup dengan api yang kecil hingga air kering sedikit. Bila dah kering sedikit (maknanya ikan dah masaklah tu) tutup api dan angkat.
7. Untuk menambahkan kelazatan hidangan ni, ikan yang siap dikukus tu boleh juga di bakar sedikit dalam oven sehingga agak kering sebelum dihidangkan. Hidangan ni sangat serasi jika digandingkan dengan lauk asam rebus bendi bersama nasi hangat. Selamat mencuba :)
"Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah SWT." (Riwayat Muslim)
Assalam kak ct,nmpak sedap sungguh pais tuh,sememangnya resepi org tua2 dulu sedap2 kan,mesti harum jer bau ikn yg dikukus ngan daun pisang tuh kan,tuh yg menambah selera nak mkn tuh,hihi..Akak mesti jadi menantu kesayangan ni,hihi..
ReplyDeleteselamat pagi kak ct.sedapnya pais tue.selalu buat pais guna ikan air tawar.nnt boleh cuba versi nie pulak.senang nak dapat ikan selayang.
ReplyDeleteSalam Ct kak ros tak pernah masak pais.Boleh cuba ni.
ReplyDeleteZaliedana ~
ReplyDeleteWa'salam CT, selamat pagi. awal bersiaran CT ni ya. Pais ni memang sedap CT lagi harum kalau masa direbus dengan sedikit air tu, bau dia buat perut lapar jer. Ini resipi dari MIL tapi ada juga yang dibakar kalau nak yang kering sedkit. Boleh diolah kalau mahu juga ni CT.
Mudah2an CT, tr kasih CT cayanggg!
nonierahman ~
ReplyDeleteSalam untuk Noni dan selamat pagi. K.ct tak tahu boleh guna ikan air tawar Noni. boleh cuba nanti mesti sedap juga rasanya kan. kena tambah2 bahan lain lagi tak Noni sebab ikan air tawar ni rasanya lain sikit kan.
Betul tu ikan selayang ni senang nak dapat, sekarang pun ikan ni dah mahal kan.
Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot ~
ReplyDeleteWa'salam Pn Rose, Ct pun kiranya first time buat ni hasil tunjuk ajar dari MIL ni. Kalau makan dah banyak kali lah. ..hihihi cuma pandai makan jer erk..hehehe. Cubalah Pn Rose, bila dah siap rebus sikit tu kalau nk dibakar pun boleh juga, tapi jangan lama2 lah :)
Salam CT, gee teringin nak makan pais tu... ada lagi tak? dap eaa... sedap kalau makan dengan tempe balado tu...
ReplyDeleteGee ~
ReplyDeleteWa'salam Gee selamat pagi. Pais ikan ni dah habis lah Gee. Tapi kalau nak buat sekejap jer dah siap tu. Bahan2 pun tak banyak mana. Oh sedapnya tempe berlado..makan dengan nasi hangat tu Gee..telan air liur jap pagi2 ni..hehehe
askum kak ct...mesti semerbak kat dapur bau daun pisang...menarik jgk menu pais nie...boleh dicuba utk wekend nie...tq kak share
ReplyDeleteSelamat pagi Kak CT...apa khabar?
ReplyDeletewah..bukan main lagi..pepagi dah godain Rahel dengan pais ikan..haruuuum baunya...sedap hidang ngan nasi puteh...
Emmmm! Nampak sangat menyelerakan !
ReplyDeletesalam.. ermmm sgt2 myelerakan.. akak ni buat jue lps tau pg2 cmni..
ReplyDeletesedap tu kalau makan dengan nasi panas² kan K.CT dulu arwah mak selalu gak buat...saya tau makan jer x amek ilmu...skg dah geletar tangan kalau nak buat sendiri...huhhhuh...
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak CT,
ReplyDeleteLama dah berangan nak buat pais ikan mcm ni, tapi tulah time nak buat takde daun pisanglah pulak..nak rasa sikit kak...terliur di buatnya...
as-salam kak ct
ReplyDeletedah lam a tak buat pais ikan..selalunye guna ikan tenggiri..ikan yg kak ct guna tu ikan selayang ikan apa kak ct..?
hmm sedap betul keliatan nya, saya bisa makan 3 piring kalo lauk nya macam ini.. hehe
ReplyDeleteaduhhh..lapar la...mana nk cr pais ikan time lunch kat KL sentral nih..kalau ada pon x sedap..huhuhu
ReplyDeletesalam k ct..sedappnye pais ikan..mkn ngan nasi panas mmg blh lupe daratan...pic cantek !~
ReplyDeleteAssalam Ct,
ReplyDeletenampak pais ikan selayang Ct, teringat kat bonda di kampung... dulu masa kami kecik2, memang bonda suka buat pais ikan, macam2 jenis ikan dipaisnya... kalau tak ada daun pisang, bonda gunakan pula daun lengkuas untuk bungkus ikan... memang sedap pais ikan ye Ct, makan waktu tengahari dengan nasi panas dan ada pula hidangan sayur berkuah!
KOALAJEPONG ~
ReplyDeleteWa'salam Ina, memang ada bau sikit jer sebab masa rebus dengan sedkit air tu kuali dah ditutup jadinya tak bau sangatlah. cuma kalau dibuka tutup periuk emmm...semerbak harumnya..cubalah mesti suka nanti :)
Rahel ~
ReplyDeleteSelamat petang, baru sempat jengah blog ni Rahel. anak2 bz asik duduk depan laptop jer memanjang..tensoin tau..hehehe.
Menu ni memang sesuai kalau dimakan pasan pun okey juga Rahel. kalau dimakan denag nasi hangat ada pulak lauk asam rebus lagilah sedap.
Cikgu Yang ~
ReplyDeleteSalam untuk Cikgu, tr kasih meluangkan masa singgah Dapur CT ya. Menu orang lama ni kadang2 mendapat tempat, tapi sesetengah anak2 muda masih ada yang tak pandai nak makan lauk2 macam ni kan Cikgu Yang :)
Jujue Ahmad ~
ReplyDeleteWa'salam Jue, saje jer nak mengoda hidung Jue dipagi2 hari. Manalah tahu sudi nak mencuba masakkan dari k.ct ni..hehehe
Ummiakid @ lily ~
ReplyDeleteSalam untuk Lily, yalah betul tu. masa k.ct muda2 pun ada jugalah belajar masak ni Lily. Tapi bab2 yang nampak macam tak suka makan tu bila arwah mak masak mesti lari duk luar. bila dah tua2 ni baru nak belajar masak..hehehe
Yatie ~
ReplyDeleteWa'salam yatie ~
K.ct pun dah lama juga teringin nak makan ni yatie. Masa bulan puasa lagi, tapi tak pandai nak buat.. ker malas kot nak masak..hahaha. Tak apa Yatie, kalau tak ada daun pisang guna daun kunyit lagi harum tau :)
Ady ~
ReplyDeleteWa'salam Ady, Wahh..orang s'pore pun suka makan pais ya. sedap ni Ady k.ct kalau makan sebungkus tu macam tak cukup jer. Ikan selayang ni orang panggil ikan tamban atau ikan sardin gitulah. Tak tahu pulak kalau kat s'pore orang panggil lain. cuba tanya orang tua2 kat situ mesti dia tahu kot..hihihi
Melly Octaviana ~
ReplyDeleteMelly...ya betul2x kalau makan macam engak kenyang kalau setakat sebungkus kan. Tambah lagi kalau ada lauk yang sesuai dengan hidangan pais ni ya Melly :)
Assalam Kak Ct, ingatkn isi ikan selayang buat pais, rupanya kerat dua, mcm ni, sedap nmpk, mmg layan ni ngan nasi panas
ReplyDeleteGula Merah ~
ReplyDeleteSalam untuk Nuril, lor..keja kat area situ ker. Tak apa kalau area situ tak sedap malam ni gi cari daun pisang tak pun guna daun kunyit pun boleh. bungkus ikan tu buat pais. nak guna ikan apa2 pun boleh juga Nuril. selamat mencuba ya :)
Noorsha ~
ReplyDeleteWa'salam Sha, hiss..jangan lupa daratan sha tak baik. Lupa nak cuci tangan lepas makan tak apa..hahaha. Sahhh...kalau makan ni agak2nya lupa tak suami tersayang tu..hehehe
Amie ~
ReplyDeleteWa'salam Amie, A'ah kalau dulu2 arwah mak memang rajin buat sebab mana nak beli daging dan ayam macam sekarang ni kan. dulu susah mana pun hidangan mak mesti mendapat tempat dihati anak2. sekarang ni mana nk cari daun lengkuas kat bandar KL ni Amie. kalau kat kampung tu mada lah..hihihi. Daun pisang pun kalau jual luar jer elok dalam nya dah layu2 jer..huhu
EmbunRosaliza ~
ReplyDeleteWa'salam Liza. hehehe...lor isi ikan boleh juga kalau nak letak Liza. tapi kena ikan yang besar2 lah puas sikit nak makan isinya. Ini ikan selayang ciput jer tu..hehehe.
Assalamualaikum akak ct cayang..
ReplyDeletediana x perna lg buat sendiri pais ikan... biasanya dulu arwah nenek diana yg buatkan... sejak pemergian arwah nenek diana sethn yg lalu.. x perna lg diana merasa pais ikan... rindunya nak makan pais ikan... tgk pais ikan nie teringin nak makan sgt.. nampak sgt sedap
Sedap nye KCT.. macam nak makan sekarang jugak! my hb will lap me long time if i buat kan pais ni.. dia memang fav pais and otak otak :op
ReplyDeleteNice photos!
Assallamualaikum kak CT..
ReplyDeleteHuhuhu tak pernah buat pais ikan ni.. Best ni sbb bahan2 kisar tu mmg kombinasi yg umphhh!!
Kak kek gula hangus tu, Naz guna loyang 7 inci X 7 inci.. kek naik lebih kurang 1.5 - 2 inci. Kalau guna loyang lagi tecik, lagi tinggi kek tu nanti..
salam rindu ct cayang..waduh terlambat sudaa pn doc mai sini..suda termiss itu ikan pais woo..kempunan wehh!! hehe..
ReplyDelete