Wednesday, December 14, 2011

Slice Orange Cheesecake




As'salamualaikum... salam penuh keceriaan buat semua teman2 Che CT. Apa khabar pagi ni moga semuanya sihat2 lah. Sememangnya kita rasa bersyukur apabila bangun dari tido dengan perasaan yang segar dan rasa badan yang sihat walafiat... Alhamdulillah. Sememangnya nikmat kesihatan adalah nikmat Allah yang terbaik dan tiada bandingan. Tapi janganlah pula kita keluh-kesah jika kita kurang sihat atau diduga dengan penyakit sebab segala penyakit itu ada penawarnya. Dan untuk kita yang diberi kesihatan yang baik ni, jagalah kesihatan kita sebaik2nya ye. Panjang pulak ceramah Che CT pagi ni... hehehe.



Resipi kali ini CT buat Slice Orange Cheesecake yang asal namanya Slice Cheesecake. Dah berapa kali CT buat memang sedap dan anak-anak CT puji kata sedap. Tapi walau banyak kali buat tapi tak letak kat blog maklumlah resipi ulang2 kan. Resipi yang dulu tu boleh klik kat SINI.Tapi kali ini CT tambah bahan lain sikit2 untuk memberi kelainan pada rasa kek ni. Saje jer nak alter sikit2, tak banyak punnnn... bahan resipi yang lain masih sama. Hanya dalam adunan ni CT tambah parutan kulit orange, dan sedikit pewarna orange. Tadaaaa... adalah bau2 yang menyengat hidung masa bakar kek ni. CT suka sebab kek ni lembut sangat2 dan cair jer bila masuk dalam mulut. Emm... tak reti nak cakaplah, kalau sesiapa yang dah pernah buat mesti tahu macamana rasanya. CT sampai dah ingat resipi ni dalam kepala sebab mudah nak buat dan jimat ongkos pun ada jugak. Kalau kita beli cheesecake ni kat luar dah berapa seketul kan... hihihi



Penyumbang resipi ni dari Ros@Onigiri, siapa yang tak kenal tu memang tak patutlah kan... hihihi. Yang sebelum2 tu CT ambil dari blog Hana. Tapi kali ni CT terjah dapur Nor Secubitgaram, dan terima kasih untuk kedua2nya. Semoga Allah merahmati hidup teman2 CT berdua ni... A-minnn. Okey2 panjang selebar dah ni, kita terus pada resipi yang CT copy dari Blog Nor jer ni. Daaa....


Slice Orange Cheesecake
Resipi : Ros@Onigiri MyR
Sumber : Nor67@SecubitGaram

Bahan-bahan :
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M (CT guna gread A 3 biji)
beberapa titik esen vanila (CT tak letak)
1 sudu kecil parutan kulit orange (CT tambah)
Sedikit pewarna orange (CT tambah)
1/2 sudu kecil emulco orange (CT tambah)

Cara-cara :
1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.( CT masukkan sesudu kecil emulco orange dan pewarna orange. kacau rata).
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul (CT masukkan sekali parutan kulit orange).
6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan.
7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.





53 comments:

  1. Pagi CT.Terasa segar dipagi hari sesegar kek oren ni kan??

    ReplyDelete
  2. Salam K CT

    akakkkkkk...kita sangatttttttt berkenan...nak wat jugak!!! tgk ajer tu cheesecake, orange lagi..ohhhh...sgt teringin nak makan...tunggu...

    ReplyDelete
  3. Salam CT

    waaa... pagi2 dah ada kek... kek orange pulak tu.. sedapnya..!!
    nampak halus dan mulus aje kek tu..
    nanti boleh cuba.. aiii.. banyak yg nak di cuba ni.. mana satu nak buat dulu.. hihi

    ReplyDelete
  4. kak ct...tergodanya tengok kek oren akak ni....rasa nak buat kek la pulak...hehehe..

    ReplyDelete
  5. Mmg sedap slice ciskek ni k ct...ade rase oren lgla sedap...hwhe...ni sy bw pavlova..jom kite tuko same2 nk. .



    Kak...tq ye wish bday sy...;-)

    ReplyDelete
  6. cantiknya kek ni..peberet kitalah yang rasa2 oren nih...

    ReplyDelete
  7. Simple and nice...akak ambil resipi ya...tergodas...habis....weekend ni nak try...

    ReplyDelete
  8. salam Ct....mmg dah nmpak kegebuan kek tu...rasa nak ngap jer....hihiihi

    ReplyDelete
  9. Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot ~

    Salam pagi untuk Kak Ros, tr kasih Kak Ros pagi2 dah singgah Dapur CT. Harum bau kek oren ni yang buat kesegaran sepanjang masa ya kak..hihihi.

    ReplyDelete
  10. Yat Maria ~

    Wa'salam Yat cayanggg... kaler oren ni kan memang penyebab kita asik nak makan jer Yat..hihihi.Meh2 kita ramai2 buat kek perasa oreng lepas ni ya yat...hehehe

    akan ku tunggu kek mu dik didepan pintu..hehehe

    ReplyDelete
  11. Azlita Aziz ~

    Wa'salam Ita, kejadian kek ni biasa jer. memang lembut dan gebu ibarat kita makan aiskerim kalau masuk mulut terus mencair gitu lah kot..hehehe

    kenalah cuba ni, lagi gebus kalau Ita yang buat :)

    ReplyDelete
  12. Quinnie ~

    Salam pagi Quinnie, jangan tunggu2 lagi Q cepat2 godek telur dan tepung. dah siap bakar hulur kat k.ct sepotong tau..hihihi

    ReplyDelete
  13. Noorsha ~

    Salam pagi Sha, kannn..fav semua ahli keluarga ni Saha. kalau buat tu sekejap jer dah bersih sha. maklumlah kek kalau sedap laju jerlah.

    Masih tak yakin nak buat pavlova tu, takut tak ada yang nak makan..huhu

    ReplyDelete
  14. ct ku cayaaaaaaaanggggggggg
    hah!panjang cayangnya tu tau..sebab apa?sebab akak suka sgt2 dgn resepi ni..mmg ada cadangan nak buat slice cheese cake hari ni tiba2 di sogokkan dgn resepi yg ada oren .mmg fav akak sgt2 lah..maceh ya ct..akak angkut satu potong kek dgn resepinya sekali ya..:D

    ReplyDelete
  15. Sally Rashid ~

    Salam pagi Sally..ya ker. selalunya buah oren ni memang mendapat tempatkan. Tak kisahlah sebab aroma oren tu sendiri yang membangkit selera kan..:)

    ReplyDelete
  16. Cake ini memang sedap dan lembut yah, saya juga pernah buat yg original.. yang rasa oren pasti lebih segar. terbayang kalo K'CT kirim melly 2 slices untuk sarapan hari ini.. hehe

    ReplyDelete
  17. Paty's Kitchen ~

    Salam pagi Kak Paty...tr kasih kak. silakn mencuba Tr kasih kak Paty sudi nak mencuba resipi dari Dapur CT.

    memang sedap dan simple jer kek ni Kak, kita yang buat dia jadi boleh letak berbagai perasa jika kita nak kan :)

    ReplyDelete
  18. Liza ~

    Salam pagi Liza, meh bukak mulut tu luas2 k.ct suapkan kek ni..ahhhh ngapp!..hehehe

    ReplyDelete
  19. anymz ~

    Salam pagi yang ceria kak Anim cayanggg.. meh kak kita peluk2 laga2 pipi dulu..muahhh!..hehehe

    Kak fav kita serupa kan, ct pun suka kek yang perasa oren2 ni. cuma kaler oren ni tak ada dalam rumah ct..hehehe. semuanya putih dan merah. nasib baik tak masuk UMNO kan..hahaha

    ReplyDelete
  20. Melly Octaviana ~

    Salam pagi Melly.. boleh bisa ajar dihantar kalau dekat. Tapi kita berjauhan apa kata Melly cuba buat yang perasa oren mahu 2 keping Melly makan nanti..hehehe

    ReplyDelete
  21. as-salam kak ct
    cantik!!!npk lembut jer kek orange cheese ni..

    ReplyDelete
  22. Morning CT... kalau nak mintak sepotong kek oren cheese tu wat sarapan boleh tak...? dah lama tak membaking ni... mengancam lah...

    ReplyDelete
  23. Nampak menyelerakan cake tu....lembut jer npk. Nanti boleh lah cuba sebab mmg suke orange pun...

    ReplyDelete
  24. slm kak CT sayang...segan la ngan akak...sbb ida tak dpt selalu terjah sini, kalau terjah pun diam2 jer he..he tak sempat nk tinggal jejak...tgk pic kek ni pun dh buat leleh air liur ida kak....sedapnyer

    ReplyDelete
  25. kak ct...nanti buatkan yang kaler pink rasa strawberi pulak..he he.. yang donat pink semalam tu pun geram je saya tengok :)

    ReplyDelete
  26. emmm .... bau oren yang menusuk kalbu. nak sepotong boleh kct?

    ReplyDelete
  27. wahh...sedap nyer kak CT...terliur-liur dah nih..sedapnyer mkn kek waktu sejuk-sejuk ni kn...hihihi

    ReplyDelete
  28. aslmkum CT.. masih trasa fobia bila tgok kek ni.. sebelum2 ni buat mjadi dgn cantik tpi bila terkena tak mjadi (bantat) terus rasa ngeri.. nk tanya masa bakar tu kene letak air panas dibwah dulang kan

    ReplyDelete
  29. Ady ~

    Wa'salam Ady..tr kasih. kek yang menjadi pojaan k.ct ni ady. tu yang saje dok godek2 letak pulak parutan kulit oren..memang ngam betul tu :)

    ReplyDelete
  30. Gee ~

    Selamat petang Gee, sorilah lambat replay komen ni. kena memasak dulu baru boleh duk lama2 sikit depan blog ni Gee.


    Boleh jer Gee, aklau rumah kita dekat2 dah ct antok berpotong2 kat rumah Gee...hehehe

    ReplyDelete
  31. Ummiakid @ lily ~

    Salam untuk Lily, jom kita membaking kek lagi ya Lily. kalau tak faham mana2 tu bagi tau k.ct ya. kot2 k.ct boleh membantu kan :)

    ReplyDelete
  32. Ida,Japan ~

    Wa'salam Ida, tak apa Ida. K.ct faham kesibukkan Ida disana. Kalau Ida senang atau tak sibuk bolehlah jengah2 kalau ada kesempatan. K.ct pun kadang2 susah juga nak BW ni Ida. Bila free2 tu barulah menjengah blog teman2 semua. Itu pun tak semua yang dapat :)

    ReplyDelete
  33. ZalinZalina ~

    Salam untuk ZZ...Oh minat perasa strawberry ya. Insya'Allah kalau ada kelapang nanti k.ct cuba usahakan ya ZZ.

    ZZ tak nak cuba buat juga ker..hehehe

    ReplyDelete
  34. Roses_Leo09 ~

    Salam untuk Hanim, dah habislah nak dihulur kat Hanim. Maaflah ya kalau ada buat nanti akan k.ct simapn sorang satu bagi merasa..hehehe

    ReplyDelete
  35. Sugar 'n' Spice ~

    Wa'salam ina... masih sejuk lagi ker..? kat umah k.ct ni dah panas dah sebab nak keringkan kain baju yang bersidai tu..hehehe

    kek ni nak cakap sedap memang sedappp!. cuma kalau nak sangat merasa tu kenalah cuba baru tau. sebab lain tekak lain pula rasanya ni kan Ina :)

    ReplyDelete
  36. dZana ~


    Wa'salam Zana, ct pun pernah juga buat tak menjadi masa first time buat dulu. sebab tak baca isi resipi tu betul2. Tapi esoknya buat lagi sebab tak puas hati kan..hehehe

    Alhamdulillah dah lebih dari 4 kali ct buat menjadi dan sangat lembut. A'ah ct letak air suam dalam dulang pembakar. cubalah buat lagi mana tahu kali ni menjadi zana :)

    ReplyDelete
  37. waduh waduh CT! enak banget nih.... Amie dah duduk bersila ni dengan tangan hulur piring kosng, eh ada lagi ke... kita lewat sampai ni sebab tertinggal flight... he hehehh

    ReplyDelete
  38. wahh gebus dan lembut jer nampak kek ni kak CT..sedapnya kalau boleh rasa ni.memang bersenila tgn akak ni..pinjam tgn boleh? hehe

    ReplyDelete
  39. KCT
    woahhh i loike.. the colour and the texture mengoda kalbu sehh.. sure tak jelak dimakan

    ReplyDelete
  40. Salam CT
    Just looking at the picture of the slice orange cheesecake, is making me salivate.... Very yummy lah!

    ReplyDelete
  41. Amie ~

    Selamat malam Amie..kesiannya dah habis lah Amie. Tak apalah piring kosong tu tinggal dulu. esok ct isi yang lain pulak nanti boleh bawak balik ya :)

    ReplyDelete
  42. Nieza ~

    Kalau Nieza pinjam tangan esok k.ct nak masak nak una tangan siapa pulak Nieza..hahaha. Gurau2 jer ya Nieza, kek ni memang terasa kelembutannya. kalau setakat makan sekeping tak terasa. Nak juga ulang2 baru cukup kenyang nya..hehehe

    ReplyDelete
  43. Rima ~

    Yes dear, memang tak muak sentiasa mendapat tempat kat rumah ni. Tapi k.ct lagi suka kek yang Rima buat tu..sedap tauuu!

    ReplyDelete
  44. Nurwin Heny ~

    Wa'salam Nurwin, lama betul ct tak singgah blog Nurwin. hehehe...sampai macam tu sekali ya kecur nya. texture kek ni sangat2 lembut dan tak jemu kalau makan :)

    ReplyDelete
  45. Selamat malam Kak CT..alamak..lewat sampai dah ni..kek pun tentu dah abis kan..so tengok2 je la pic slice cheesecake tu..terbaek dan tercantik punya kek..

    ReplyDelete
  46. looking good! can i have the permission to re-publish this recipe at my blog in English? And yes, credit will goes to u.

    ReplyDelete
  47. Aslmkum CT.
    nampak lembut dan sedap kek ni....dgn perasa orange lagi buat sedap...

    ReplyDelete
  48. Akak ct cayaaaang...
    gebunya kek tu akak.... cantik jer tgk... semestinya sedap sesgt nie kan akak... sukanya kat kek perisa oren gini...

    ReplyDelete
  49. rahel ~

    Salam untuk Rahel...ya datangnya sudah lamabat kiranya dapat lihat gambar jer. datangnya awal2 dong bisa disuap dengan k.ct nanti..hehehe

    ReplyDelete
  50. salam kak ct, bole tak? cian saya tunggu takde reply hehe..

    ReplyDelete
  51. Malay Kuih ~

    silakan..tapi awak ada letak link Dapur CT tak kat situ nanti..

    ReplyDelete
  52. yes sudah tentu. tx. nanti dah siap i will let u know. :) tima aceh..

    ReplyDelete
  53. kak pls comment on the english version of ur recipe tx. ;)

    http://cakes-kueh.blogspot.com/2011/12/orange-cheesecake.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...