
Assalamualaikum... Salam ceria dan salam sayang buat semua pengunjung setia Dapur CT. Hari ini CT nak share satu resipi hasil google di internet. Resipi Cheese Muffin dari Sexy Chef yang resipinya dalam bahasa Indonesia dan CT alih bahasanya ke bahasa Malaysia kita. Bahasa Indonesia ni walaupun ada perkataannya yang sedikit berbeza dari bahasa kita tapi jika dibaca 2-3 kali boleh diteka apa perkataan seertinya dalam bahasa Malaysia. Cuma kadang2 tu bila betul2 tak tahu, CT akan search kat Google Translate lah.... hehehe.
Resipi kali ini ialah Cheese Muffin yan CT suka sangat sebab lembut didalam nya. Masa bakar pun harum bau cheese tu semerbak satu rumah... wangiiii... Separuh lagi CT taburkan choc chip diatasnya tembah sedap gabungan cheese didalam chocolate diluar. Acuan yang CT gunakan pula adalah pemberian seorang kakak yang sangat baik hati. Suaranya yang CT dengar di talian HP CT lemak2 manja gitu, buat hati sesiapa yang mendengarnya pasti terpikat dan mungkin menyangka kakak ni masih lagi anak dara... hehehe. Siapa lagi kalau bukan Kak Cik Cek-Kitchen is my world yang pandai memasak dan hasil tangan beliau amat2 CT suka. Tunggu masa jer nak mencuba hasil masakan dari Kak Cek ni satu hari nanti. Acuan muffin ni dah lama CT simpan baru hari ini CT merasmikannya. Terima kasih ya Kak Cek cayang terharu sebenarnya masa tu. CT anggap pemberian dari Kak Cek ni sebagai hadiah istimewa dihari jadi CT masa tu... hehehe.

Okey berbalik pada resipi ni yang tak dapat CT nak copypaste dari resepi asal sebab terpaksa buat alih bahasa dan sedikit pengubahan dan penambahan... CT juga guna gula 3 sudu besar gula kastor sebab tak mahu terlalu manis, kalau yang suka lebih rasa manis bolehlah ditambah sedikit lagi ye. Yang CT buat ni rasa manis2 buah jer. Kalau ada yang ingin mencuba silakan ya. Selamat mencuba... Daaa.....
Cheese Muffin
Resipi : Sexy Chef
Diolah : Che CT
Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam
Bahan Basah :
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan minyak jagung / minyak masak
1/2 cawan cheddar cheese - diparut

Cara-cara :
1. Ayak bahan kering tepung - baking powder - gula kastor dan garam. Ketepikan.
2. Di mangkuk lain campur bahan basah telur - susu - minyak. Pukul dengan hand whisk sekejap saja sekadar bercampur.Tak perlu hingga kembang.
3. Tuang campuran telur yang dipukul tadi ke campuran tepung dan gaul rata. Tak payah gaul lama sangat sekadar bercampur saja.
4. Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga tercampur rata.
5. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin yang sudah diglis sedikit butter dan ditabur sedikit tepung. Boleh juga kalau nak diletak dalam papercup isi 3/4 penuh. Tabur sedikit parutan cheddar cheese diatas nya kalau suka.
6. Panaskan oven 180 - 200C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga muffin masak.
NOTA : Muffin memang termasuk kuih yang padat dan agak keras. Membuat muffin, telur tidak perlu dipukul, cukup dipukul dengan hand whisk saja. Suhu oven sebaiknya tinggi, 180 - 200 C. Panaskan oven dahulu selama 15 minit. Bila dah masukkan adunan muffin baru turunkan suhu oven. Insya'Allah si muffin akan menjulang dengan cantiknya.


"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang kita ada hanyalah satu percubaan, cabaran dan hanya sementara. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."
assalam kak CT, cantiknya muffin ni kak..comel jer bentuknya tu..rasa nk capai jer seketul..hehe
ReplyDeleteAssalam kak Ct sayang,1st sekali nkpuji acuan tuh mmg cun,pastu mapin akak lak mmg cun juga ngan naik elok membukit gitu,suka jer tgk..Mesti rasanya pon sedap kan,yerla lemak2 cis kan..Akak sy pon pernah bersembang ngan kak cek lam tepon,mmg betoi bagai yg dikata,sora kak cek mmg cam sora muda remaja,lembut ajer,best jer berbual ngan dia..
ReplyDeletepepagi dah tergoda nengok cheese muffin kak ct....
ReplyDeletecuri sebiji..he3
Assalamualaikum...
ReplyDeleteBestnya. Tapi la ni bila buat muffin asyik tak jadi je. tensen betul
Nieza ~
ReplyDeleteWa'salam Nieza, acuan ni memang bukak dia kecik molek Nieza. sebab tulah bila dibakar bentuknya pun kecik molek juga macam badan k.ct..hahaha
Zaliedana ~
ReplyDeleteWa'salam CT cayangg.. betul kan apa yang k.ct cakap. suara kak cek memang merdu siapa sangka betl tak..hihihi. k.ct pun sekali jer dengar suara kak cek ni lama jugalah berbual masa tu..hihi
muffin ni kalau nak kasi naik membukit senang jer CT. mula2 tu panaskan oven tinggi dalam 200C. pastu bila dah masukkan adunan tu turunkan sikit suhu tu pasti membukitlah jadinya :)
Mas ~
ReplyDeleteSalam pagi ibu makyong.hihi. cukup ker sebiji tu Mas. nak makan 2 orang tu. k.ct kasi lebih lah ya..hehe
CT, comelnya cheese muffin mu itu... tergoda i tau...
ReplyDeleteKak Sam ~
ReplyDeleteWa'salam Kak Sam...kenapa boleh tak jadi. mesti ada yang silap kot..hehehe. kadang2 ct buat tu ada juga yang leper Kak Sam. tapi tak kisahlah asal muffin tu lembut dan sedap okeylah tu :)
Gee ~
ReplyDeleteSalam pagi yang ceria Gee, meh duduk dengan ct kita sembang2 sambil akan muffin cheese yok :)
assalamualaikum..singgah dapur CT tgk muffin yg sungguh menggoda jiwa..ciut sgt mcm tuannyer..:)
ReplyDeletecomelnyerrrr acuan mapin tuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletesalam dan selamat pg k.ct.
ReplyDeletewah2 comel2 jer muffin nih.. dh la jue sekarang sessi mcuba resepi muffin.. ni yg buat jue nk mcuba resepi akak ni.
Ct.. cute la acuan muffin tu.Mesti sedap jika muffin tu makan panas panas sbb cheese.
ReplyDeleteMorning KCT
ReplyDeleteNowadays semenjak Sonia school Rima bertagak a few hrs kat luar.. Ni tengah kat Starbucks n surfing.. Get to BW sikit.. Ur muffins cute mute.. Nice mould n nice kejadiannye!
Morning CT..hari ini buka blog CT baru boleh lihat gambar selalu nampak resipi aje. I LIKE these muffins boleh cuba
ReplyDeletefuyoo kak ct, gebu gebas muffin ni, nak tanya, kalau letak dalam acuan ni kan, letak penuh ke 3/4 je ye
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak CT,
ReplyDeletegeramnya tngk muffin yg cantik ni..comel betullah...tak sabar nak buat ni..tq kak berkongsi resepi..
as-salam kak CT
ReplyDeleteCOMELNYE CHEESE MUFFIN!!!cantik kejadian MUFFIN TU KAK CT..mesti sedap kan kak ct cheese muffin tu..
comel dan kiut miut muffin tu.. nor geram kat mould tu hhee... tp rasanya mould tu boleh guna both side kan..
ReplyDeletewaduh2....tergoda gue....hihihhi
ReplyDeletebleh d try ni...klau rajin lh kn...insyaallh..:)
ReplyDeletebhn2 pun mudah jer tu...
~~sury 25february~~
CT...akak dah senyum sampai belakang telinga ni...adoiai! malu kita dibuatnya...bukan anak dara lagi ni...mak dara adik oiiii...he he...apa2 pun tq la ya..perasan kan diri kejap...terasa kembali mudah...WaH!...he he..nice to knowing you more....:)
ReplyDeleteMemang cantik hasil kejadian mapin yg CT buat..and thanks for the tips utk buat mapin jadi tinggi menggebu...:)akak pun happy bila CT suka acuan ni....happy baking...:)
nampak anggun sekali! warnanya menarik....rupanya pun cantik! dapat seketul pun jadilah nak minum dengan secawan teh! sukanya tengok mufin CT ni...
ReplyDeletealahai.. cute mute lah cheese mafin cik Ct kite nie..sampai Spore bau cheese!!! hehehe
ReplyDeleteSofea ~
ReplyDeleteWa'salam Sofea, tr kasih muffin ni mmg cute ni Fea sedap pun ya gak sebab ada cheese kan ct pun pantang dengar cheese2 ni :)
tun_telani ~
ReplyDeleteacuan jer ker yang comel..hehehe k.ct comel gak kan Tun.. hahaha
Jujue Ahmad ~
ReplyDeleteWa'salam dan selamat petang Jue, silakan mencuba Jue jika suka. nanti dah buat tag k.ct okey dear :)
Anonymous ~
ReplyDeleteMemang betul makan selagi hangat tambah sedap. jika dah sejuk luarnya garing dan dalam nya lembut :)
Rima ~
ReplyDeleteOh Sonia comel tu dah school ya, comel betul dia kan Rima k.ct suka tengok bila dia tersenyum so sweet..hihi
sempat lagi lepak2 kat starbucks eh..jeles k.ct hehehe
Paty's Kitchen - Cook with passio ~
ReplyDeleteSelamat petang kak paty, oh ya ker kak, selalu bukak gambar tak keluar ker? alahh..nape pulak ya.
Tapi hari ni dah okey kan..tr kasih ya kak Paty sebab sudi singgah walau gambar tak keluar :)
Tina Othman ~
ReplyDeleteMuffin ni kalau letak dalam bekas2 macam acuan muffin tu. kenalah penuh Tina, sebab kita nak buat di membumbung kan. Tu yang jadi bentuk cendawan tu. Tapi nanti nak cari acuan yang besar sikit..hihi
Yatie ~
ReplyDeleteWa'salam Yatie, hihi..geram sebab acuan tu kecik molek lubang dia eh..hihi.
tr kasih ya Yatie sebab sudi nak mencuba, silakan ya :)
Ady ~
ReplyDeleteWa'salam Ady...kalau Ady ynag buat lagi comel2 kejadiannya. geram tengok kuih talam Ady tu. nanti nak buat juga simpan list dulu..hehehe
K.Nor ~
ReplyDeleteA'ah Nor..mould tu pemberian dari Kak Cek..ct mula2 macam sayang nak guna, last2 guna juga..hihihi
A'ah boleh guna kedua2 nya atas dan bawah :)
Liza ~
ReplyDeleteApa tunggu lagi Liza, jom kita buat muffinnn! hihihi
Anonymous ~
ReplyDeleteSury..senang jer tu, tak payah berpeluh2 nak mengodek2 bagai. kalau suka perasa lain boleh juga letak. ikut kitalah kan :)
Cik Cek ~
ReplyDeleteKak cek..memang betul apa ct cakap, suara akak boleh buat iman jatuh kalau ct ni lelaki..hahaha. Tapi ct masih perempuan kan kak cek..hehehe
Terima kasih ya kak cek atas pemberian ikhlas kak cek. sangat2 ct hargai..dapat membantu ct yang teringin sangat nak buat muffin bentuk cendawan dah tercapai..hehehe
petua tu ct ambil dari website tu gak kak..Alhamdulillah menjadi juga tinggi nya muffin tu :)
Amie~
ReplyDeletenak dilawa dah habis dah muffinni Amie, jadi jamu matalah ya. sebab buat pun dapat sikit jer adunannya tu. kalau nak banyak kena doublekan lah adunan tu :)
Mama Hawa/Mama Nani ~
ReplyDeleteMa...sampai singapura ker, kuat betul penangan bau cheese ni erk Mama..hihihi
acuan tu mulut dia comel2 jadi kejadian pun comel gak lah Mama :)
baru smpt berBW ... sedapnya CT.. mmg suke menda2 yg ada letak2 cheese ni.. mmg rasa nk capai jer satu..
ReplyDeleteSalam Kak CT..
ReplyDeletekalau dekat2 mufin tu..dah kena ambik semua..hehe..
cute nya muffin nya. sekali hap langsung habis deh .. mau kak 10 buat bekal sekolah besok.. ;)
ReplyDeletesalam kak ct..cute la sgt cis mapin ni...mouldnye pon cumel..alahai jeles2..nak juge SM camni :)
ReplyDeleteassalam kak ct....comelnye mapin2 ni..belom terjumpa lagi mould mcm ni...geram pulak tengok bentuk mapin ala2 cendawan ni...
ReplyDeleteSlmt malam CT cayang. Sori ya jarang2 berziarah... ni pun baru jer balik dari opis... sempat jap nak merempit. Tumei nya mapin!
ReplyDeleteSaya nak try wat nanti..kalo x ada cheese saya tukar lain ye..blueberry ke chocolate ke atau apa2 flavour..nampak sedap sgt muffin awak..huhu thank you share resepi :)
ReplyDelete