Monday, January 9, 2012

Kuih Lapis Nyonya Pelangi




Assalamualaikum... Salam penuh keceriaan dan sebagai pembuka bicara CT tetap nak ucap Selamat Tahun Baru 2012 buat semua teman2 CT dan semua pengunjung setia DDCT walaupun agak terlewat sedikit kerana inilah resepi pertama yang dikongsikan untuk tahun ini. Semoga dengan terhidangnya Kuih Lapis Nyonya ala2 pelangi yang penuh warna-warni ini akan menambahkan lagi keceriaan dan kemeriahan dalam Dapur CT untuk sepanjang tahun 2012 ini... Alhamdulillah. Maaflah lama betul Dapur CT ni menyepi hingga terlajak minggu pertama bulan pertama tahun baru. Maklumlah awal2 tahun tu sibuk sikit, ditambah pulak Che CT demam dan melarat batuk dan selsema. Jadinya berehat jerlah dari masak2 ni. Cuma masak yang simple2 jer kat rumah. Sampai anak bujang tolong masakkan Mama dia maggi jer, pandai anak bujang Mama tu kan... hehehe. Kalau CT sakit kesian kat insan2 tersayang dirumah ni, makan pun masakan yang ala kadar jer. Apa pun sekarang dah sihat...Alhamdulillah.

Nak kata CT ni rajin sangat buat2 kuih ni tidaklah juga, tapi mungkin sebab dah terbiasa CT buat kuih muih untuk hidangan pagi buat anak2 dan suami tersayang. Rasanya kalau tak buat tu macam ada yang 'terkurang' jer rasanya. Tapi... kadang2 tu bila datang angin tak rajin atau buat2 tak rajin belasah aje roti kosong sapu dengan kaya, jem atau mentega kacang... hehehe. Anak2 CT pun jenis yang tak kisah sangat dan tak berkira senang cakap. Apa yang dihidang Mamanya diatas meja itulah yang dimakan oleh anak2 dan suami tersayang. Alhamdulillah... selagi CT masih sihat, masih kuat dan masih lagi mampu guna tulang 4 kerat ni, CT cuba memberikan yang terbaik untuk semua ahli2 keluarga didalam Rumahku Syurgaku ini... Insya'Allah.




Berbalik pada menu CT hari ini... Kuih Lapis Nyonya Pelangi resipi asalnya dari blogger ROZZAN. Tapi CT ambil dari blog Adnan Ibrahim@Cik Mat Gebu yang menyambut ulang tahun nya semalam. Happy birthday ya Mat semoga sentiasa mendapat keredhaan Allah dan dipanjangkan usia hendaknya. Kuih ni memang sesuai rasa manis dan kelembutan nya, anak bongsu CT Haqim pun suka sampai katanya... "Mama tengok, Haqim boleh kopek satu2...." hehehe. Terima kasih kepada kedua2 penyumbang resipi Kuih Lapis Nyonya ni semoga sentiasa dirahmati didunia dan akhirat... A-minn. Seperti biasa CT akan copy dari blog Mat Gebu mohon share di sini juga ya Mat, terima kasih banyak2. Kalau ada yang suka kuih2 dari baba dan nyonya ni, jom kita lihat resipi ni ya. Daaa.....


Kuih Lapis Nyonya ala Pelangi
Resipi Asal : Mat Gebu@Adnan Ibrahim
Di olah : Che CT


Bahan-bahan: A
150 gm tepung beras
30 gm tepung Hoon Kue (warna asli)
400 ml santan pekat
160 ml air

Bahan-bahan: B
180 gm gula halus (boleh juga guna 150 gram gula pasir)
150 ml air
1/4 camca teh garam
2 helai daun pandan

Bahan-bahan: C
Pewarna makanan hijau
Pewarna makanan merah jambu@pink
Pewarna makanan merah cili

(atau boleh juga letak warna2 yang digemari seperti yg CT buat ni)




Cara-cara :
1. Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar sejuk. Sementara itu satukan semua bahan A ke dalam satu mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit. Kemudian masukkan bahan B, kacau rata dan tapis.
2. Panaskan kukusan, alas plastik bersih dalam tin berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Bahagikan no. 1 kepada 7 bahagian yang sama banyak (kurang lebih 130 ml setiap bahagian), 2 bahagian dibiarkan pada warna asal (putih), 2 bahagian diberi warna merah jambu, 2 lagi dengan warna hijau dan 1 bahagian dengan warna merah cili.
3. Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit, tuang 1 bahagian merah jambu, kukus 5 - 6 minit meggunakan api sederhana hingga masak, tuang 1 bahagian hijau dan kukus hingga masak dan buat seterusnya. Untuk lapisan terakhir (merah cili), kukus hingga masak, selama 12 - 15 minit lagi.
4. Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan. Balut tutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus untuk mengelakkan wap jatuh atas permukaan kuih.

29 comments:

  1. wah kuih lapis, sukanya, cantik sangat kak ct, tina suka makan tapi selalu beli terkena yg tak sedap

    kalau rajin boleh lah buat nanti, hehe ada kalau tu

    ReplyDelete
  2. Salam CT

    waaaa.... lama bercuti sekali muncul dengan kuih talam yang penuh warna warni.. menambahkan kecerian di tahun baru ni..
    Selamat Tahun Baru juga buat CT dan keluarga

    CT sihat??
    Macam tu lah kita nikan CT sihat ke sakit ke.. demi anak-anak dan suami tersayang di kerahkan juga tulang 4 kerat ni.. selagi mampu dan terdaya.. semoga janji Allah untuk kita tertunai di akhirat kelak..

    Berangan jugak nak buat talm ni.. tapi nak melapis satu persatu tu.. aduyaiii..
    kita tukar suka sama suka lah ye CT hihi ita buat talam skoteng.. hihi ni tengah makan jap lagi baru nak posting..

    ReplyDelete
  3. Salam rindu buat CT..
    Semoga pagi nie kite diberikan kesihatan & kecerian hendak nyer :)

    Rajin betul CT melapis satu persatu .. kalau mama tak kuasa hehehe cantik berwarnakan pelangi.. I like hehehe :)

    ReplyDelete
  4. Kita sellau masuk sini tetapi tak pernah boleh nampak gambarnya....pasti cantik

    ReplyDelete
  5. Alamak teringinnye tapi kalau buat mesti takde tukang makan.

    ReplyDelete
  6. salam & selamat pg kak ct. tergoda jue tgk kiuh lapis ni bcolour2.. sgt comel. rajin btl akak ye klo jue dulu pnh try tp cuma 2 colour je putih n merah..

    ReplyDelete
  7. salam ct....ni kira dah betul2 sihat la ni, patut la menyepi...hihihi
    cantik kaler kuih lapis nyonya tu, menarik...

    ReplyDelete
  8. Attempting!!!! kuih kegemaran mase sekolah menengah.....

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum ct...
    Salam keceriaan juga dari akak buat ct.. semoga ct terus sihat dan ceria dalam menyulam hari hari bahagia bersama keluarga tersayang.... ceria betoi kuih talam yang ct buat tu... seceria.. dan seriang wajah tuan nya... akak mmg ler..suka klu kuih2 talam nie.. terasa kelemakan dan manis2 manja di tekak akak nie... aduhyaii...cik ct nak ngendeng aci takkk... hehehe...

    ReplyDelete
  10. kak ct....
    rindu sangat kat akak....
    cantik berseri2 la kuih lapis tu...
    meh seketoiiiii...he3

    ReplyDelete
  11. wahhhh..very cantik ar kuih lapis akak nih..mengancam tul kalernya...

    ReplyDelete
  12. assalam n salam rindu kak ct cayang,dah sihat ke kak?Yerla kak kalo kita msk sendri hidangan utk org tersayang tersa 1kepuasan n keseronokkan yg sukar diungkap kan,lbh2 lagi depa mkn ngan penuh selera kan..Akak kuih lapis yg penuh ceria,moga hari2 mndatang akak seceria kale2 kuih lapis ni ya..

    ReplyDelete
  13. Selamat pagi Kak CT..
    gue tertawan dengan kecantikan kuih lapis nyonya itew..tentu sedap lemak rasanya kan...bila2 bole try lg ni..

    ReplyDelete
  14. Assalam CT cayang...amboiii kat Ktn yg hujan, kat KL lak kuar pelangi..hehehe.. Cantik kuihnya, cantik gambarnya....aduusss terpikat habis tengok tauu.. :)

    ReplyDelete
  15. Hamboiii....berwarna warni kuih lapis dia...ceria betul seceria tuan punya badan yer...

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum kak ct yang rupawan. dah makan? ke diet sakan? jangan.. sila makan.. kiki..

    kak ct.. geram aa tengok kuih lapis tu. mmg cantik bangat.. trasa2 jugak nak melapis. potongan pun kemas je. kalau saya sah sah sememeh.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum kak ct,
    amboii kak ct cantiknya kuih lapis..colorful..dh lama juga iza tak melapis..rasa mcm terpanggil2 jer

    ReplyDelete
  18. How hv u been KCT?? hope u are feeling much better..

    so so pwetty.. dah lama Rima tak buat kuih muih.. tak tahu apasal.. malas melanda nak keluar kan kukusan.. :(

    ReplyDelete
  19. Assalam CT,
    nak tumpang bersukarian di dapur CT... cantik meriahnya kuih lapis... sekali pandang terus timbul motivasi rasa ceria untuk hari ini!

    ReplyDelete
  20. salam ct...cantiiiiik betul gambo ct..mokwo sangat sukah lagi tangkap ceriah...hihih..
    moga sihat2 selalu yek! tak moh diet2

    ReplyDelete
  21. wah dapurnya k'CT uda ngebul lagi.. Kuih ini fav nya my girl,kalo ke pasar memang beli kuih ini.cantik kuih lapis nya, masuk list melly mau coba, pernah coba buat kuih lapis tapi tak menjadi lah.next mau coba pake resep nya akak.

    ReplyDelete
  22. Assalam Kak Ct, cantik dan ceriala kuih lapis akak ni. semoga thn baru ni juga membawa seribu keceriaan buat akak sekeluarga ya:)

    ReplyDelete
  23. kak ct..kalau surilah...mesti sayang nak makan kiuh tu,,sebab cantik sangat...

    ReplyDelete
  24. Salam Ct...lama nyer mendiam diri. Kuih lapis yang menarik dan sedap tapi bila saya melapis tak secantik ini.

    ReplyDelete
  25. Salam
    mAMA LINK BLOG NI. MENARIK!
    Pernah buat tapi tak cantik sgt.Nanti nak cuba lagi.
    Jumpa lagi CT!

    ReplyDelete
  26. subhanallah, cantik sekali kuenya... saya dari indonesia, ingin sekali mencoba, beberapa resepnya. dulu ada tetangga yang pernah masak puding jagung, saya cari resepnya dan baru jumpa di blog ini. jadi ingin bernostalgia lagi...

    ReplyDelete
  27. Salam dari New Zealand, hari ini cuba resepi ni...wah! Sangat sukses.....terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...