Tuesday, January 17, 2012

Muffin Pisang




Assalamualaikum... salam sayang buat semua pengunjung dapur CT. Semoga kita semua sihat sejahtera dan dapat terus merempit di dapur untuk keluarga yang tersayang hehe. Untuk pagi ni, CT nak kongsikan resepi muffin pisang. CT suka sangat kek atau muffin yang menggunakan pisang sebagai bahan asasnya. Teringat dulu-dulu masa CT masih duduk kat Johor Bahru, CT suka sangat bila sedara sebelah my Laling datang dari KL sebab dorang akan bawak kek pisang sebagai buah tangan. Semenjak dari situlah CT terus suka dengan kek pisang. Sekarang ni bila dah pandai membaking dapatlah CT buat sendiri dan tak payah nak membeli yang dijual di luar tu. Hasil buatan sendiri lebih sedap, lebih terjamin kebersihannya dan lebih puashati betul tak hehe.




Berbalik kepada resepi pagi ni, CT nak ucapkan terima kasih pada Ros yang sudi berkongsi resipi muffin pisang ni. Mas Duniaku dan Izah IML juga dah buat resipi muffin pisang dari Ros juga. Seandainya ada yang terkurang atau terlebih tu harap maaflah ya. Resipi ni CT copy paste dari Blog Ros Jintanmanis, izinkan K.CT panjangkan lagi dalam Dapur CT ya Ros. Kepada yang gemarkan kek atau muffin berasaskan pisang bolehlah mencuba ya. Daaa....


Muffin Pisang
Sumber: Ros Jintanmanis
Di olah : Che CT


Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula
2 biji pisang yang ranum
1/2 cawan minyak masak
2 biji telur (CT guna telur gred A)
1/3 cawan susu segar
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen pisang
kepingan badam untuk hiasan

Cara-cara :
1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih (agak2 dalam 1 minit) baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.
4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota : CT panaskan oven 200'C selama 15 minit. Bila dah masukkan adunan turunkan suhu 180'C dan CT bakar selama 30 minit (ikut ragam oven masing2 lah ya).




34 comments:

  1. betul2.. tun setuju..
    sedapnyer la mapin pisang.. tun mmg suka makan kek/mapin pisang ni. comel2 je mapin akak. geram tun nengok.

    ReplyDelete
  2. Salam Ct....betultu apa apapun yang ada pisang sedap sangat.

    ReplyDelete
  3. saya pun dah try muffin ni. ok sedapnya

    ReplyDelete
  4. kak ct sedapnya mapin pisang..kite pon suke dah try juga resepi ros ni..puashati:)

    ReplyDelete
  5. tun_telani ~

    Salam Tun..Haa..Tun pun kata betul memang sedap kek atau apa jer yang berasaskan pisang kan Tun. Setiap kali beli pisang kena sorok dulu kalau tak memang habis dimakan dewngan anak :)

    ReplyDelete
  6. CitarasaKu ~

    Wa'salam Noor, yalah kita terpandang bingka pisang kat blog Noor semalam. Tu yang terus mengodak kat dapur. Tapi tak buat bingka ct buat muffin jer..hihi

    ReplyDelete
  7. Izahdaut ~

    Salam Izah, oh ya ker..okey2 nanti k.ct tag nama kat sini ya. sedapkan Izah sungguh asyik bila makan lembut sangat2. simpan stok pisang lebih sikit minggu ni. Nak makan pisang jer hari2..hehehe

    ReplyDelete
  8. mummyseri ~

    Salam Seri..oh mesti ramai yang dah mencuba resipi ni kan. K.ct jer yang sering ketinggalan..hihihi. apa pun terima kasih sebab sudi memanjangkan resipi ni ya Seri. K.ct pun suka lembut walau dah 2 hari membuatnya :)

    ReplyDelete
  9. salam ct,wah pepagi dah tayang muffin pisang nie....rasa lapar la pulak ct....bole antr kat umah sikit tak..hehe

    ReplyDelete
  10. Salam pagi kak CT..

    Sampai ke JB bau muffin pisang ni..dan kebetulan pulak sama bekfes kita pg ni, tp kita beli je, kek pisang yg rm5 tu..kekekek

    *tggu oven x sampai2 ni, kumpul2 respi dulu le nampak gayanya..huhuhu

    ReplyDelete
  11. DaRi DaPuR LiZa ~

    Wa'salam Liza, hihihi..sesekali kasi liza kecur2 tak apalah kan. Buatan tangan sendiri pun sedap juga ni. Tu yang tak beli lagi kek pisang kat giant dah Liza..hihi

    Tapi teringin nak mintak coklat buatan Liza tu, sedap yang amat. ct ni memang suka makan coklat :)

    ReplyDelete
  12. Sis-Lin ~

    Wa'salam Lin, senang jer bf pagi ni kan. kalau tak sempat buat beli jer yang penting RM dah keluar..hehehe

    Lin, kalau tak ada oven boleh juga dikukus kek pisang ni. lagi mois kek tu cubalah Lin :)

    ReplyDelete
  13. Assallamualaikum kak ct sayang..
    naz pun suka kek2 pisang ni. Naz pun ada 2 entry kek pisang yg tak sempat di update lagi.. Sibuk lah skrg kak Ct.. Tak sempat sgt nak mengadap lappy selalu lately..

    ReplyDelete
  14. Salam CT,wah banyak resipi yang boleh dicuba dari blog you. I pun suka masak even though my profession as Civil Engineer. You can visit my blog at http://cooking-engineer.blogspot.com/ for recipes that I have tried with my wife anf daughter. Pls be my follower. Thanks.

    ReplyDelete
  15. Pagi K'CT. kami di rumah juga suka dengan cake yg ada pisang nya, dulu dulu waktu belum bisa baking selalu beli banana cake, ingat lagi recipe pertama yg melly buat juga banana cake,walopun saat itu tak menjadi sangat tapi senang aja bisa buat sendiri, sekarang banan cake adalah salah satu nya cake yang selalu di buat di rumah.
    hmm teringin ambil muffin nya k'CT buat teman minum teh pagi ini. hehe

    ReplyDelete
  16. duh tengok mapinpun dah tk selera..ntah nape ntah semenjak dua menjak ni hati ni kuat betul suruh saya pergi ziarah anak sedara saya si AINUL tu...lama dah tak borak2 dnegan dia... kehkeh..

    ReplyDelete
  17. salam cayang kak ct....betul tu kak, bila beli ni xterjamin tahap kebersihan dia, lg puashati kalau buat sndiri kan....
    Suka tgk mapin pisang akak, comel...

    ReplyDelete
  18. Salam CT lama kak ros tak singgah kan Sibuk sungguh bila sekolah dah buka.Ini pun curi intai dapur kawan2.Cantik kejadian muffin tu...

    ReplyDelete
  19. waahh tergoda mata tgk mapin yg seksi meksi ni kak./...comey sgt..nmpak gebuzz tu..:)

    ReplyDelete
  20. Salam Kak Ct,
    rindu jugak ngan mufin pisang..tapi belum buat lagi..tumpang makan ngan Kak Ct je dulu..bole? hehe..

    ReplyDelete
  21. Hari ni kak cek tak rajin nak buat mapin pisang...nak mintak kat CT sayang seketul dua ..boleh ek...nampak gebu je mapin pisang yang CT buat....emmm...harum bau pisang dah sampai rumah akak ni...:D

    ReplyDelete
  22. alahai comelnya muffin pisang akak ni, secomel tuannya...suka tngk hasil air tangan akak...menyelerakan semuanya...

    ReplyDelete
  23. Geyam nya tengok mapin tu dok posing2.... kalau tak pening, malam nanti Along nak godek2 pisang seciput tu...hehe

    ReplyDelete
  24. salam kak CT...wadusss mngancam skli kak mfin psang akak ni...kita suke tgk pic2 yg cntik ni...

    ReplyDelete
  25. salam CT..mokwo baru jek buat mapin pisang jugak tapi resepi yg berbeza..mokwo memang suka kuih yg ade unsur pisang nih..nanti boleh cuba resepi ni lak

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum CT......Geramnnya tengok muffin pisang ni...
    Mcm nak ambil je.. mcm cerita dream of Jenny pejam mata semua blh dpt...
    Kenapalah akak buat asyik tak jadi je?????

    ReplyDelete
  27. Selamat petang KCT
    kita terlepas si pink velvet.. cantik sekali.. sweet looking.. yg banana muffin also pwetty.. suka all the pics!

    ReplyDelete
  28. muffin pisang nie lg ler akak... cantik n nampak sedap sgt.. telan air liur d buatnya... kalau kek ker.. kuih ker.. yg berasaskan pisang nie mmg fav diana... sedap...

    ReplyDelete
  29. smlm i dah try resipi muffin pisang ni.. mmg sedap n gebu.. mykids suka sgt.. tp kenapa ms bake tu dia kembung tp bila dah sejuk, kempis balik?..

    fyi, my first time baking muffin.. ;)...

    ReplyDelete
  30. hari ni my wife baru belajar buat muffin pisang anjuran Jabatan Pertanian.....balik je terus dia cari bahan-bahannya. tengah semangat la tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...