Wednesday, January 25, 2012

Nasi Hujan Panas




Assalamualaikum... Salam ceria dan selamat pagi buat teman2 tersayang Dapur CT. Bagaimana cuaca pagi ni, cerah atau mendung... cuba jeling2 luar tingkap sekejap, hujan ke panas? Yang pasti, hujan ke, panas ke, menu ni tetap sesuai... iaitu nasi hujan panas. Tapi kena bagitau dulu, jangan di mintak sebab nasi ni dah habis dah.. hehehe. Sebelum2 ni banyak kali juga CT buat menu ni, tapi tak sempat nak amik gambar. Kali ni CT sempatkan untuk dipublishkan di dapur CT.

Merata-rata CT tengok resipi ni mengunakan beras basmathi, CT pulak tak ada simpan beras basmati kat rumah, sebab jarang sangat2 masak nasi mengunakan beras basmathi. Jadi CT masak nasi ni mengunakan beras wangi jer, dan hasilnya masih tetap lembut dan sedap juga. Tambah sedap pula digandingkan bersama lauk Ayam Merah Tomato resipi dari Kak Ummi dan CT buatkan lagi acar mentah. Memang sedap makan, sambil melayan anak2 yang ada dirumah sempena cuti sekolah CNY. Tak membuang masa lagi, jom kita semak resipi kat bawah ye. Kalau ada yang teringin nak mencuba silakan ye, semoga hidangan ini menjadi kegemaran ahli keluarga tersayang. Daaa.....





Nasi Hujan Panas
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
4 cawan beras wangi
Air secukupnya (sukatan air mengikut jenis beras yg diguna)
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak masak / minyak jagung
1 biji bawang besar - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1/2 inci halia - dimayang halus
Sedikit garam
1 kiub ayam
Rempah 4 beradik
2 helai daun pandan - disimpul
Pewarna hijau, kuning dan merah

Cara-cara :
1. Basuh beras dan toskan beras.
2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak dalam periuk rice cooker.
3. Masukkan rempah 4 beradik bersama bawang besar, bawang putih, halia yang dimayang bersama daun pandan, goreng sehingga wangi. Kemudian masukkan kiub ayam kacau rata sebentar.
4. Kemudian masukkan beras dan secubit garam dan kacau lagi.
5. Masukkan air secukupnya dan masak nasi macam biasa.
6. Bila nasi hampir kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna. (jangan lupa tutup balik periuk rice cooker ya).
7. Tunggu sehingga nasi betul2 masak dan gemburkan dengan garfu sebelum dihidangkan.





Acar Mentah
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
1 batang timun segar - potong memanjang
1 batang carrot - potong memanjang
1 biji nenas masak - potong dadu kecil
1 batang lada merah - belah dua dan buang bijinya
2 sudu besar cuka / boleh ganti dengan jus limau nipis
3 sudu besar gula pasir
sedikit garam

Cara-cara :
Satukan semua bahan2 dan kacau rata2 semuanya. Masukkan dalam bekas sesuai, tutup dan masukkan dalam peti sejuk lebihkan 1/2 jam sebelum dihidangkan. Selamat mencuba :)




Ayam Merah Tomato
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome

Bahan-bahan :
1 ekor ayam - dipotong 12/14 - bersihkan
2 biji tomato - didadu kecil
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar pes tomato
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar gula
1/4 cawan air
garam secukup rasa
minyak secukupnya

Bahan Kisar :
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan Tumis :
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih

Cara Memasak:
1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Perap 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar, cili kisar serta tomato dadu. Kacau sekejap.
3. Masukkan semua sos, cuka dan air. Masak mendidih sebentar.
4. Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masak hingga agak pekat dan tutup api. Hidangkan dengan nasi tomato atau nasi minyak ikut citarasa.

30 comments:

  1. CT..CT..selamat pagi...pagi2 dah goda akak dengan nasi hujan panas.....tinggalkan sepinggan ya..akak buat murtabak Penang...nanti jam 10 baru hidang,sementara tu ada kek chocolate rice CMG. Jemputla ya CT

    ReplyDelete
  2. Pagi pagi lagi dah nampak Nasi hujan panas.....aduhai, enak!

    ReplyDelete
  3. salam CT..sekarang pun musim hujan dan panas kan.Nasi ni kena betul dgn cuaca.Dah lama tak masak ni...terliur tengok

    ReplyDelete
  4. Paty's Kitchen - Cook with passion ~

    Salam pagi Kak Paty.. kak nak tinggalkan pinggan boleh, tapi nak tinggalkan nasi dah habislah...hihihi maaf ya :)

    Nampak gayanya ct kenalah tumpang makan pulak kek chocolat kat rumah Kak Paty jer ari ni..ada lagi kannn :)

    ReplyDelete
  5. Emma ~

    Salam pagi Emma...ni kira nasi sebelum hujan sediakan payung ni Emma...hehehe

    Sebelaum perut rasa lapar kenalah jamu2 mata dulu..hehehe

    ReplyDelete
  6. Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot ~

    Wa'salam Puan Rose, yalah kak. tak kisahlah cuaca panas atau hujan, yang penting hidangan yang kita sediakan keluarga suka dan habis dimakan.

    ct pun sebab teringin nak makan ni kak, tu yang masak :)

    ReplyDelete
  7. Salam ceria CT... baru nak mintak sikit dah habis rupanya... nanti buat lagi yer, teringin la pulak...

    ReplyDelete
  8. Salam CT
    tergoda lagi.. dari rumah kak ummi nampak lempeng singah sini nasik hujan panas lah pulak!

    adoii... lapar lah pulak perut ni..
    tapaw kan sikit Ct nak bawak bekal gi hantar anak balik jap lagi.. hihi boleh kan??

    ReplyDelete
  9. As'salam Kak CT,
    Aduyaiiii ~~~~ pepagi dah terliur tengok Nasi Hujan panas ...
    Huhuhuuuu .....
    sedih nyer dah habis tinggal pinggan ajer. Nanti buat lagi Nina nak sepinggan ehhh. Ayam kasi lebih tau! Ahaks ..
    Hehee . . .

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...
    Kak Ct tolong doakan yea agar dipermudahkan untuk saya menyediakan juadah2 di atas pada hari ahad ni. Tq

    ReplyDelete
  11. CT cayangggg...weee sedapnya nasi hujan panas tuh...owh ayam merah tomato tu resepi akak eh? Lupa rasa dah la CT, mintak sini nak rasa...hehe, thanks ya sudi cuba dan alhamdulillah CT n family suka...kalau bg kat akak pun, akak sukaaa...hehhee

    ReplyDelete
  12. nmpk sedap mengoda rasa dan jiwa la kak CT..lapar lak jadinya tgk set nasi ujan panas akak ni..lama gak tak buat, dh buat pun lum sempat n3 lagi

    ReplyDelete
  13. Morning Kak Ct, tak payah liat tingkap di sini hujan all day, hiiks
    perut lapar terus nih, sedap nya kalo ada nasi ini lengkap dengan ayam tomato dan acar nya..slurrp

    ReplyDelete
  14. Terima kasih bagi resepi, insyaallah nak cuba esok..

    ReplyDelete
  15. Aslmkum Ct.nampak sedap set nasi hujan panas dan ayam masak merah Ct hidangkan ni.....rasa nak tumpang makan sama2 boleh....hi..hi..
    gambar sayur lemak pucuk ubi kat bawah tu cantik lah.....ada sambal belacan dg ulam...confirm ni kalau mkn bertambah...

    ReplyDelete
  16. Gee ~

    Salam Gee, ct buat tak banyak pun nasi ni, cukup2 untuk kami anak beranak jer. Biasalah kalau semua ada kat rumah makan ni tak kira waktu. siapa rasa lapar dia makan dulu..hehehe. Tapi yang bestnya bila makan ramai2 nasi yang banyak rasa macam tak cukup jer kan :)

    ReplyDelete
  17. Azlita Aziz ~

    Wa'salam Ita..nak anto anak pulak dah...camana nak tapau kan ni. CT letak dalam mangkuk tingkat jerlah ya..kot2 tak sedap jangan komplen eh..hehehe

    okey Ita hati2 dalam perjalanan, semoga dipermudahkan segalanya. rehat dulu jika badan letih ya :)

    ReplyDelete
  18. Nina Mirza ~

    Wa'salam Nina, tulah dia tak datanga wal2 jadinya dapat tengok pinggan kosong jerlah ya.. hehehe

    gi lah masak, senang jer tu. kenyit mata sebelah pun dah boleh jadi dah..hehehe

    ReplyDelete
  19. Kak Sam ~

    Salam Sam..insya'Allah..semoga dipermudahkan segala2nya. tak nak jemput k.ct datang rumah juga ker Sam..hihi

    ReplyDelete
  20. Ummi ~

    Salam Kak Ummi cayangg..ya kak resipi ayam emerah tu ct amik kat blog kak Ummi. Tu lah banyak sangat masak sampai lupa mana satu erk kak..hehehe

    Tak apa janji ct dapat makan lempeng kelapa jadi ler dari jilat tapak tangan..hahaha

    ReplyDelete
  21. Ida,Japan ~

    Salam Ida, k.ct pun macam tu gak Ida. Kiranya nasi ni dah banyak kali juga buat. Baru ni sempat nak amik gambar dan kongsikan dalam Dapur CT :)

    ReplyDelete
  22. Melly Octaviana ~

    Hai Melly..oh ujan hari2 ya. payah juga kalau macam itu ya Melly. kalau k.ct hari ujan bimbang kain bajunya jadi bau enggak enak aja..hehehe

    Tapi syukurlah ada juga hujan, dari kepanasan terus2an kan. KL ni sekejap hujan sekejap panas..duduk dalam rumah rasa macam duduk sebelah oven ni ..panas Melly..hihihi

    ReplyDelete
  23. Hilmirda Daud ~

    Salam Ayu...terima kasih jika sudi mencuba. seoga menjadi hidangan istimewa buat keluarga tersayang ya :)

    ReplyDelete
  24. Jay ~

    Hai Jay...Thank you visiting my Blog Dapur CT. Malay cuisine is a lot of spices to use and very colorful :)

    ReplyDelete
  25. Mamasya ~

    Wa'sala Mamasya..hidangan ni sebagai pelengkap menu untuk hidangan insan2 tersayang dirumah, maklumlah cuti2 kan. sesekali makan macam ni bolelah Mamasya.. kalau nak hari2 rasa berat badan ni makin nask kot nanti..hihi

    ReplyDelete
  26. legkap set nya tu. saya dah bersila dah ni. sedap nyaaa.. dapat pulak kena ngan ais lemon tea.. kikiki

    ReplyDelete
  27. Salam..akak terus jatuh cinta tengik nasi u nie. bahan2 pun mudah dan sedia ada kat rumah. Mmg dah lama tingin nak wat nasik nie..kebetulan anak bawak kawan ke rumah hari ni, elok le jamu depa noooo...tq for sharing.

    ReplyDelete
  28. adoii...typo error la pulak..tengik tu sebenarnya nak tulis tengok...

    ReplyDelete
  29. Assalam CT.. sy dah cuba utk hidangan raya haji.. jadik sangat. terima kasih sbb ikhlas berkongsi resepi.. Semoga Allah meramati kita semua pada hari yg baik ini... ♥... thnx again.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...