Monday, January 30, 2012

Puding Kastard




Assalamualaikum... Salam penuh keceriaan dan selamat pagi Isnin buat semua. Sekali sekala CT nak tayang menu dessert dipagi hari. Cuaca di KL ni dah mula panas membahang sekarang ni, jadi memang sesuailah menu yang menyejukkan tekak macam ni. Tapi dalam panas tu, kadang-kadang hujan turun mencurah dan lebat secara tiba-tiba, memang tak dapat nak dijangka cuaca ni kan. Kadang-kadang tu, masa tengah masak tiba-tiba hujan turun, kelam kabut CT berlari mengangkat kain baju yang dijemur di balkoni, padahal cuaca nampak cerah masa tu.



Puding kastard ini salah satu menu dessert kegemaran CT sekeluarga, tambah lagi bila dihidang sejuk-sejuk masa baru dikeluarkan dari peti sejuk, memang tak terasa suap-suap tau-tau dah habis. Kalau buat puding kastard ni walaupun buat dalam jumlah yang banyak tak payah nak tunggu 2-3 hari, sekejap aje dah habis. Anak-anak CT memang 'hantu' dengan dessert macam ni. Dari satu bekas kesatu bekas tak berhenti bila mengadap. kadang-kadang CT marah juga sebab dorang ulang-ulang bukak katup pintu peti sejuk tu... hehehe. Bukan marah apa, dah makan tu bekas-bekas puding tu dok letak jer dalam sink tak dibasuh. Dah kena bising barulah dia bergerak nak membasuhnya. Tapi memang patut ditegur dan di ajar begitu ye tak, walaupun kadang2 terpaksa 'bising' sikit kalau terpaksa.




Menu ni memang simple dan mudah sangat nak membuatnya, jadi kalau ada yang nak mencuba tu silakanlah ye. Yang pastinya sesuai sangat dimakan sejuk, selamat menjamu selera. Daaa....

Puding Kastard
Resipi : Che CT

Bahan untuk Puding:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir

Cara-cara membuat pudingnya:
1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard.
2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti).
4. Biarkan hingga sejuk sedikit kemudian simpan dalam peti sejuk.

Bahan Untuk Kuah:
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruits cocktail
1 1/2 tin air masak
4 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanila (optional)

Cara-cara membuat kuahnya:
1. Campurkan semua bahan kedalam periuk.
2. Kacau sebentar dengan api yang kecil untuk melarutkan gula (tak perlu hingga mendidih).
3. Tutup api dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
4. Hidangkan puding dalam keadaan sejuk.






P/S - Kamera Klasik ke-13 kepunyaan my laling yang CT interframekan sebagai props bersama resepi kali ini ialah Agfa Super Silette L.

26 comments:

  1. As'salam selamat pg kak CT amboi pg dah singah ni...maklum le npk pintu buka tu yg jegah kejap...sdp ni...cam nak aje....

    ReplyDelete
  2. Sheila Shafeareen ~

    Wa'salam Sheila..pagi2 rezeki lagi banyak ni, jom ler jangan segan. Pintu mana yang terbukak tu, gate ker grill..hehehe. Senda gurau pagi2 seronok juga ya Sheila :)

    ReplyDelete
  3. hmmmmm...meleleh air liur nengok deseert mengancam tu pepagi......

    ReplyDelete
  4. Betul le kak Ct sekarang ni cuaca memang tak bolah dijangka. Perubahan iklam dunia yang amat ketara.
    Alhamdulillah kak semalam dah berjaya buat nasi hujan panas tu tapi takde mood lagi nak buat n3 pasal masak2 ni. Nanti le. tq

    ReplyDelete
  5. Assalam kak ct,dalam byk2 pic akak letak,cuma 1jer sy leh tgk,adeiiii tenet lembeb sungguh pagi nih,nak loading punyalah semput nk tggu..sekbek nmpk juga puding akak yg cantik cute miut cam tuannya tuh..Sedap nih pekena time cuaca panas2 gini kak,Anak2 akak tau mama depa rajin,sbb tuh depa mkn puding n tinggai bekasbagi mama basuh,hihi..

    ReplyDelete
  6. wah... terasa sejuk tekak ni... nampak puding che ct.

    ReplyDelete
  7. salam CT.. adoiii.. Ct buat ita kecur liur pagi2 ni..
    dah lah hidangkan puding kesukaan ita pulak tu...
    rasa macam nak buat jam ni jugak lah CT oiii....
    tak mampu nak kata apa dah..
    anak tekak ni dah berketik2 ni ha.. minta di buatkan...

    ReplyDelete
  8. as-salam kak CT
    MMG SEDAP KALAU MKN PUDING KASTARD NI SEJUK2..SEDAP BETOL....

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak ct,
    Sedapnya puding ni,cuaca mmg panas la skrg ni,tup2 ujan yg tak disangka2....sdapnya suap puding ni rasa nak buat jam ni jugak heheh....

    ReplyDelete
  10. Assalam CT..dirumah acik pun memang semua peminat puding..tapi jarang buat yang berkuah..kecuali puding tauhu dari nor secubitgaram.
    acik ambik resepi ye..nak mencuba buat. terima kasih CT

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum kak ct..
    waduhhh dessert ni pun feberet saya. mmg makan ulang2 pastu sedar2 bertimbun bekas kat sinki. hahah.. nak kena tegur dulu ek baru susut bekas tu. kalau kat kampung dulu cam tu la jugak. bila mak tegur baru la sedor diri nak membasuh bekas sendiri pastu gaduh2 lagi ngan adikbradik. bekas ko, ko basuh sendirik! haha

    ReplyDelete
  12. Pagi Kak Ct.. sama kita kak,kalo buat pudding anak2 selalu bolak balik buka kulkas,kalo belum habis belum berhenti mereka makan nya.. ngeces liat pudding kastard nya,ijin melly bookmarked yah kak,macam nya senang saja buat nya dan kelihatan seger banget apalagi ada buah nya segala.
    cocok sekali di makan hri ini di sini panas .slurrp

    ReplyDelete
  13. Salam Ct,
    Emmm sedap nie kalau makan time lunch sat gi...nak kena buat la..nampak terliur dah.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Ct,

    dari fb terus lompat katak kat sini...mmg terliur lah...Nur amik dulu resepi...thks for sharing dear!

    ReplyDelete
  15. kak ct..sedpnya sejuk2 nih..bak 2 mangkuk kak..

    ReplyDelete
  16. Kak ct. . Sue nak semagkuk tau. Sejuk2 sedap ni. . . Yummmmyyyy. . .

    ReplyDelete
  17. mmg vavavava pekena musim panas2 ni... errr... kak, berapa lemari habibi hubby akak collect kamera? ai laik!

    ReplyDelete
  18. Assalam CT cayanggg...waaah sana panas ek, sedap makan dessert berkuah camni...Kuantan cuaca mendung lemauu jek..wat mata kita mengantuk jek selepas kepenatan wat kerja rumah...hahahaa. Dessert berkuah ni mmg fav family akak...sampai ke mak abah adik beradik lain pun mmg suka sangat2... ^_^

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum kak ct...

    Ya Allah.. betul-betul buat ku terguda... Adoyai.. pic yang menyelerakan.. Bg tips tutorial ca akak 'menembak' tu.. :)

    ReplyDelete
  20. Ermmm....sedapnya puding... bak sket

    ReplyDelete
  21. Salam Kak Ct..haussss..hehehe..
    Kak lewat lagi gue sampai..ketinggalan kete lagi..sebok banget seharian ni..singgah skejap tengok puding kastard..kot2 ada lg dlm peti sejuk..bole Rahel cedok sikit2..

    ReplyDelete
  22. Woww... Pudding with fruits, Tata suka sangat laaah :D

    ReplyDelete
  23. Tengah malam baru dan nak singgah...tuan rumah pun dah tido kot...nampaknya kempunan la akak nak makan puding kastard...ni akak bwk pistachio macaron tuk CT ni...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...