Friday, January 13, 2012

Sticky Caramel Chicken Wings




Assalamualaikum... Salam ceria dan selamat pagi Jumaat buat teman2 Che CT. Alhamdulillah, sampai juga kita ke penghujung minggu. Untuk orang yang bekerja pasti tertunggu-tunggu hujung minggu macam ni kan. Sebab esok dah cuti jadi dapatlah melepaskan lelah dengan bermalas-malasan untuk dua hari cuti berikutnya. CT pulak, kalau hujung minggu macam ni kira dapatlah rehat juga sikit sebab anak-anak tak bersekolah dan suami pun tak bekerja jadi taklah terkejar-kejar dengan masa sangat. Dan hari cuti hujung minggu dapatlah bercuti dari memasak juga. Rehatkan dapur dan keluar pergi jalan-jalan cari makan ajelah senang... hehehe. Sebenarnya CT ingat nak publish mengenai 'kecurian' gambar masakan pagi ni. Tapi tak apalah... kita cakap macamana pun perkara macam itu pasti tetap akan berlaku juga. Peringatan bagi orang2 yang suka 'mengambil tanpa kebenaran' atau lebih tepatnya 'mencuri' gambar masakan dan publish di blog sendiri seolah-olah gambar tu dia yang punya, semoga si pencuri tu akan sedar perlakuannya yang salah tu. My laling CM pun dah hantar email bagi warning pun semalam. Lepas ni kepada mereka2 tu semoga faham2 sendirilah ya.

Okeylah, CT tak nak cerita pasal tu lagi. Jadi sebelum menutup bicara, CT nak share resepi untuk penutup minggu ini iaitu Sticky Caramel Chicken Wings yang CT cuba dari Mutiarazura dari MyResepi. Masuk ni dah dua kali CT mencubanya. Memang sedap tambah2 lagi bila dimakan bersama nasi hangat bersama lauk yang sesuai dengannya. Pasti anak2 juga mengemarinya, kalau nak diratah2 begitu pun boleh juga terpulang pada kitalah kan. Terima kasih pada tuan punya resipi mintak halal ya untuk segalanya. Untuk yang berminat nak mencuba juga silakan ya. Sampai jumpa lagi di minggu hadapan, Insya'Allah. Daaa...


Sticky Caramel Chicken Wings
Resipi : Mutiarazura MyR
Di olah : Che CT


Bahan-bahan:
12 keping kepak ayam
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu
1/2 sudu besar serbuk lada hitam - tumbuk kasar

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan kepak ayam, kacau dan goreng selama 5 minit.
2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua kepak masak dan keperangan (bersalut dengan sos).

Nota: Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos seperti hangit dipenghujung tu. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada kepak ia akan jadi sedikit melekit dan berkilat macam barbecue chicken. Sedap sangat!





28 comments:

  1. Kak Ct, sedapnya tgk chicken wings ni kak...memang menggoda.saya ni dah nk masuk tido pun masih memikir nk mkn lagi kan...sabor jer la hehe

    happy weekend kak CT:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak ct cayang..
    tu ler kan akak.. mmg menyedihkan hal mcm nie x abis2 berlaku.. haih!! penat rasanya ngan pkara nie.. sedih :(

    akak... tgk ayam tu mmg terliur ler.. uwaaaa... nak nangiiis.. naaak ckiiit.... sedaaaaapnya tgk...

    ReplyDelete
  3. pagi kak ct,sedapnya kepak ayam tue.ratah pon best nie.dulu nonie pernah buat makan dgn nasi ayam

    ReplyDelete
  4. salam CT

    adoiii... Ct pagi2 dah mengoda ita.. macam tau2 aje ita suka makan kepak ayam..
    nampak sedapnya Ct.. rasa2 memang nak kena cuba jugak ni..

    ReplyDelete
  5. Salam pagi kak Ct..
    Hrni pun Lin nak masak kepak ayam, semalam beli sekilo, tp nak goreng masak rempah lada hitam... :)

    Kalau kat uma ni, kepak tu mesti nak kena potong hujung tu kak Ct, kdg2 rasa sayang nk buang, tp anak2 geli xtau kenapa,katanya klu x buang mcm kepak itik..macam2 aje bdk2 ni...

    Respi ni klu makan panas2 shedappp kann...klu dh sejuk, melekit jd keras..

    ReplyDelete
  6. mmg sedap ni kak. saya pun slalu buat lebih kurang la resepi nyer ni. nampak cantik je warne wing tu

    ReplyDelete
  7. waduh2 ct..pagi2 dh menggoda, rasa nak jilat2 je ciken wing tu..hehe

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...
    Bagus kak, tak payah le fikirkan sangat hal curi2 tu. Setiap apa yang dilakukan pasti akan mendapat balasan yang tersimpan. Senyum sokmo.

    ReplyDelete
  9. CT..CT akak datang..nakambil karamel chickenwings..wah kek karamel akak takut nak buat..jadi akak ganti dengan resipi inilah..janji ada karamel

    ReplyDelete
  10. ermmmm..sedap. kena buatlah hari minggu ni..

    ReplyDelete
  11. kepak ayam...
    peberet mas selain peha ayam....
    terliurnya tengokkkkk.....

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak ct...peberet wan ni chicken wings.....terliur dibuatnya...dok pk nak try ari ni tp chicken wing ade 2 jer...sbb mlm td bl sekor ayam je huhu...weekend ni blh try la....

    ReplyDelete
  13. wow...godaan pagi sungguh ni kak CT...nampak menyelerakan sungguh chicken wing tu...boleh bayangkan kelekitan kat jari jemari masa meratah tu....fuhhhh...

    ReplyDelete
  14. mmg menggodakan chicken wings ni, tun pun dh tergoda nih.. kompom kalah pizza hut nyer chicken wings yg mjadi feveret tun.

    ReplyDelete
  15. sedapnya kak ct, dahlah tina mmg suka wings ni, tapi klu beli kat giant, wings saja boleh tahan harganya

    nanti nak buatlah, tina copy resepi ye, menu ni sedap makan dgn apa ye kak ct?

    ReplyDelete
  16. salam ini baru pertama kali saya buka laman web resepi -resepi ni mmg menarik saya akan cuba stickey chicken wings harini harap -harap ini akan menjadi kegemaran kami sekeluarga t/kasih resepi ini

    ReplyDelete
  17. Tak sukaaaaaa....
    menci..menci..menci
    kenapalah ku digoda lagi...
    menyampah betul dgn kak CT tau...
    kan dah meleleh..
    bak sini kain lampin nak buat lap air liur

    ReplyDelete
  18. Selamat pagi Kak Ct cayang...

    ini yang Rahel suka klu pagi2 dah ada hidangan yang sedap2...bole bayangkan dah cam mane rasanya CW karamel ni...adoih..

    ReplyDelete
  19. sedap nampaknya... mesti kena cuba...

    ReplyDelete
  20. selamat petang Ct,
    nampak berkilat menawan resepi chicken wings Ct kali ini, Amie sampai lewat ni, mesti dah tak ada , tak apalah nampak foto pun dah cukup!

    ReplyDelete
  21. uwaaa sedap wat ratah2 je chicken wing ni...menyelerakan sungguh...

    ReplyDelete
  22. wo wo woooo... nampak mcm boleh di capai & terus masuk mulut je! Menjejes air liur!!!

    ReplyDelete
  23. salam kak ct..berkilat2 ciken wing ni..tak tahan tengok!! kalo blh grab seketul, sy grab dah..hahhaa...:)

    ReplyDelete
  24. Assalamu'alaikum Kak CT :D
    Wow, ni chicken wings sedaaap benar. It's on my to-do recipe list now ^^. Btw, really sorry for that photo stealing. Many of my friends here in Indonesia just experienced about it too (I wish I could write good Bahasa Malaysia :D)

    ReplyDelete
  25. waduh.. sungguh myelerakan.. dgn kilauannya.. wlaupun gelap tpi tetap mgoda.. best ratah2 ni CT

    ReplyDelete
  26. sangat berkilat dan semestinya sedappp!

    ReplyDelete
  27. Morning Kak CT.. melly juga suka kalo weekend,ngga perlu bangun awal sediakan bekal dan sarapan nya anak anak, bisa santai santai di rumah dan best nya lagi bisa pergi mall window shopping khan..hehe

    Ayam nya looks..yummyyy.... apalagi liat photo nya k'CT yg cantik memang buat ngeces liat nya, die die must try nih..anak anak memang suka sekali chicken wings.. slurrp

    ReplyDelete
  28. CT..i dah buat ayam ni..memang sedap. jenguk2 lah blog kita..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...