Assalamualaikum... Salam ceria dan salam manis buat semua pengunjung setia Dapur CT. Hari ni nak berkongsi keceriaan sebab CT dapat buat dessert kesukaan CT... hehehe. Alhamdulillah... dah lama juga CT nak buat dessert bentuk macam ni sebenarnya, tapi belum sempat nak mencari resipi yang sesuai dan mencubanya. Hasil ronda-ronda CT dalam blog seorang teman yang dikenali dengan nama Kak Sam, terus tercetus idea ni. Resipi asalnya dari Cikgu Ina (Hana). lama juga CT membelek resipi ni di MyResipi, mula-mula ingat macam malas nak buat. Bila masuk dapur tengok roti masih berbaki. Apalagi terus mulakan projek tanpa berlengah lagi. Dan akhirnya apa yang diniatkan terlaksana dan berjaya CT menyiapkannya... suka sangat-sangat dengan hasilnya... hehehe. Jadi CT beri nama "Agar-Agar Roti - Sentuhan CT".
Teman-teman pasti tertanya-tanya macamana nak buat bentuk belang-belang tu kan. Haa... meh baca sini sampai habis ya, mula-mula adunan ni CT buat 1/2 adunan kaler pink dahulu. Masak seperti dalam resipi. Bila dah siap, masukkan dalam acuan yang dibasahkan dahulu dan sejukkan betul-betul hingga keras supaya mudah nak potong. Setelah mengeras, keluarkan dari acuan dan potong mengikut garisan acuannya. Selepas itu, susun semula kedalam acuan tersebut seperti dalam gambar ini. Dan buat lagi 1/2 adunan plain hingga siap. Kemudian teruskan kacau supaya tak mengeras hingga panasnya berkurang jadi suam-suam sedikit. Lepas tu masukkan dalam piping beg agar mudah nak paipkan dalam ruang yang kosong tu. Kena hati-hati supaya agar-agar pink tidak terkeluar dari tempatnya. Memang memerlukan kesabaran jugalah buat ni, tapi kalau nak seribu daya betul tak. Maaf ya CT tak dapat nak ambil gambar masa letak adunan putih tu dalam acuan sebab masa tu memang kena buat dengan cepat sedikit, harap maklumlah ya. Datang gatal tangan buat lagi 1/2 adunan lagi, tamaknyaaa... hehehe. Dan ketepikan dalam 1 senduk kuah gitu, biar pada warna asal dan selebihnya letak sedikit warna kuning.
Nampak cantik pulak letak dalam mould comel-comel bentuk rose tu, puji masakan sendiri tak apalah ye... hehehe. Tapi CT memang sukalah pada agar-agar roti dari Hana ni. Sedap sangat-sangat, kalau nak dihidang pada tetamu atau buat hantaran pertunangan atau perkahwinan pun sangat sesuai. Letak dalam acuan cantik-cantiklah tentu menarik jadinya. Untuk Hana yang sedang berpantang tu, maaflah ya tak dapat nak hantar agar-agar roti kerumah, jadi Kak CT tolong makan untuk Hana jerlah ya. Terima kasih untuk resipi yang sedap ini. Lihat resipi dibawah jika ingin mencuba ya teman-teman, kalau nak lihat resipi asal boleh klik kat Hana MyResipi, jumpa lagi. Daaa....
Agar-Agar Roti - Sentuhan CT
Resipi : Hana MyR
Di Olah : Che CT
Bahan-bahan :
4 keping roti putih
2 biji telur gred B/C
1/2 cawan susu pekat
1 tin susu cair - 170 ml
8 gram serbuk agar-agar
1/2 cawan gula - boleh kurangkan
2 sudu besar butter - cairkan
3 1/2 cawan air
Sedikit pewarna Pink dan Kuning
Cara-cara :
1. Didihkan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
2. Blender roti putih, telur, susu pekat dan susu cair hingga halus. Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah mendidih tadi.
3. Masukkan butter dan kacau rata sampai agak-agak pekat.4. Bolehkah diletak sedikit pewarna yang disukai. Tuang dalam acuan digemari yang dibasahkan dahulu.
5. Kalau nak buat macam CT kena buat cepat-cepat sebab agar-agar ni cepat beku dan kena pantas. CT buat dulu 1/2 adunan kaler pink dan masukkan kedalam acuan dan sejukkan dahulu baru dipotong. Kemudian susun dalam ruang kosong susunan tu. ketepikan.
6. Masak pula agar-agar 1/2 adunan lagi warna asal seperti biasa. Bila dah sedikit pekat angkat dan kacau sentiasa untuk buang wap panasnya. Bila dah suam cepat-cepat masukkan dalam piping beg dan paipkan sedikit-sedikit kedalam lubang yang kosong di sebelah agar-agar pink tadi. Buat berhati-hati sedikit ya sebab ia cepat keras. Bila dah siap semuanya masukkan dalam peti ais beberapa jam.
7. Hidangkan semasa sejuk dan selamat mencuba :)
Salam pagi kak CT!!! cantekkk!!!! tgh membygkan mcm mana leh jadi belang2 gitu :D makan sejuk2 sedap ni kak kalau ada susu cair sedap :D ada lagi tak kak CT? nanti tgh hari kita dtg ambik sbb kat sini panassssss lah sgt2! :D
ReplyDeleteSelamat pagi Ct,
ReplyDeletenampaknya apa yang Ct sentuh semuanya menjadi.... he he hehh macam ada tongkat sakti pulak ye. Agar-agar tu memang cantik, memang hasil sentuhan tangan Ct yang kreatif....suka tengok, tapi apa boleh buat, tengok aje tak boleh makan ha hahahhhh.
Assalamualaikum kak.
ReplyDeleteYa Allah cantiknya kak. macam mana kak ct buat yang belang2 tu erk. confirm weekend ni buat lagi agar2 yang sgt sedap ni. tapi rasanya tak mampu nak buat secantik ini.
ct telah menyentuh hati bundo dengan kekreatifan ct. Cantik nyer...
ReplyDeletesalam ct..
ReplyDeleterajinnya.. kreatif dan menarik lagi.
memerlukan kesabaran yang tinggi ni.
ijayuji ~
ReplyDeleteWa'salam Ika, selamat pagi :) semalam buat jadinya masih ada baki sikitlah. nak hulur kompom sampai sana dah lunyai nanti..hehehe. sesuailah makan sejuk2 ni Ika, kat KL pun panas juga ni.
cunnya agar2 CT.... nk ckit boleh tak, nak sejukkan badan yg tengah hangat dek byk hirup sup ayam lada hitam semlam...
ReplyDeleteAmie ~
ReplyDeleteSelamat pagi Cikgu Amie, maaf anak murid lambat masuk kelas pagi ni, kerja menanti kat dapur tu..hehehe. Tr kasih Amie, sentuhan Amie lagi sedap2 macam2 hidangan yang Amie kongsikan kat blog Amie tu yang ct suka. Nanti boleh belajarlah ya :)
pasal tongkat sakti tu, tak adalah Amie,tongkat penyapu hari2 ct pegang...hahaha
Kak Sam ~
ReplyDeleteWa'salam Sam, k.ct suka bila terpandang yang Sam buat tu, akhirnya godek2 kat dapur terus tak berlengah lagi..hehehe. Cuba lagi ya Sam sampai berpuas hati..hehehe
Ibundo ~
ReplyDeleteAlahai Bundo...setiap insan ada kelebihan nya, begitu juga dengan Bundo. hasil masakkan yang sedap2 bila Bundo buat, kena beguru juga ct dengan Bunda nanti ya :)
terima kasih ya Bundo untuk pujian itu..Alhamdulillah.
KakNa ~
ReplyDeleteWa'salam KakNa, memang kena sabar masa buat agar2 ni KakNa. Bila dah siap rasa puas hati sangat2..hehehe
Gee ~
ReplyDeleteAmboi...hirup sup tak ajak2 ct ya, tapi KL semalam hujan sesuailah kalau hirup sup2 ni Gee :)
Memang rajin dan teliti. aduhai....bila la nak rajin cam ni.
ReplyDeleteCT...CT akak datang,kalaula agar2 dah cantik bayangkan bila cik CT kita buat kek batik arora....tentu kumpulan SOFAZ datang serbu rumah CT nyanyi sekali lagu ARORA...
ReplyDeleteMat pagi Kak Ct,memang lawa la agar2 tu..sedap dan nyaman membelai lidah..ehehe.
ReplyDeleteHazila ~
ReplyDeleteTak yah tunggu rajin zila, kalau ada masa buat jer. sebab nak tunggu rajin sampai bila2 nanti tak jadi rajin..hehehe
Paty's Kitchen - Cook with passion ~
ReplyDeleteHahaha... Kak Paty ni pagi2 dah buat lawak yek...hehehe. terhibur sedikit kak pagi ni dok sorang2 kat rumah :)
Insya'Allah nanti nak cuba juga buat kek Arora tu, sebab dah tergoda dengan Mat Gebu buat semalam :)
Rahel ~
ReplyDeleteSelamat pagi Rahel, bf apa dear pagi ni. Sedap dan nyaman membelai lidah sambil2 membelai rambut yang ditiup angin tepi laut erk...hehehe
As'salam Kak CT,
ReplyDeleteKalau anak Nina nampak yg pic last sekali tuuuu... tentu dia kasi licin grapes tu dulu.
Comel nyerrrr agar2 kak CT !!!
Very pretty :-)
ReplyDeletesalam CT...kesabaran yg membuahkan hasil...sgt kreatif & agar2 yg sedap semestinya..
ReplyDeleteCT cayangggg....sooo speechless bila akak tengok puding ni...kerajinan dan seni terserlah...perlu kesabaran ek? akak xda masa nak sabar, bukan xnak sabar....wakakkakaa... Mintak sepotong CT..
ReplyDeleteSalam CT
ReplyDeleteLewat sampai mesti dah habis ni..
Cantik puding CT ni.. menarik warna pun cantik
CT kalau potong2 tu dia lekat tak CT bila kita cantumkan balik
Ita pernah cuba tapi bila angkat dia tanggal lah pulak!
Biasa kalau yg lapis tu ita tuang lapisan yg ke dua masa dia masih lembut lagi kan.. kalau yg ni dah sejuk potong rasa2 mmg nak kena sabar jugak ni nak buat jadi cantik macam ni kan..
sedapnya kak ct, adeh tina bab kerastangan ni mmg lemah sikit hehe
ReplyDeletesebab tak sabar, tapi berbaloi kan dgn hasilnya, cantik sangat
Fengsan dik CT sayang...kalau akak yang buat tak taula camana rupanya...he he...selalu suka buat yang cepat dan ringkas je...yg ni kalau nak buat kena lebih fokus kan...agar2 cantik...gambo cun...perfect lah....dah puji2 ni...tak nak ke bagi akak rasa agar2 roti tu sikittt...:)
ReplyDeletekretipnya kak CT...teliti pulak tu..kalo sy..mmh hancuss laa..
ReplyDeletecantik & lazat!!
ReplyDeleteSalam pagi sabtu Ct,
ReplyDeletePatutlah nampak cantik sangat warna berbelang nie setelah baca sampai ke bawah, Rajin benarlah Ct buang kerja yang rumit nie perlukan kesabaran. Ct mmg rajin laa.
Salam Kak CT,
ReplyDeleteAlahai cantik nye puding..saya suka gabungan kaler pink putih tu... so sweet :)