Monday, February 13, 2012

Asam Pedas Ikan Tongkol



Assalamualaikum... Salam Ceria dan selamat pagi buat teman-teman semua. Maaflah ya pagi-pagi lagi CT dah tayang lauk, bukannya kuih muih yang sepatutnya lebih sesuai untuk waktu pagi hehe. Sebenarnya pagi ni CT tak buat sebarang menu sarapan, cuma bersarapan degan roti biasa aje. Jadinya CT kongsikan menu lauk asam pedas ikan tongkol dicampur dengan belimbing buluh yang dimasak semalam. Belimbing buluh ni IBU mertua CT yang kirimkan pada anak saudara CT yang balik dari JB. Kebetulan pulak nampak Gee masak ikan salai belimbing buluh. Itu yang terasa macam teringin pulak dan terus masak ikan tongkol ni, sebab terkecur yang teramat dah... hehehe.



Resepi pagi ini, resepi yang CT pasti dapat menambat selera peminat Asam Pedas. Asam pedas ni boleh dipelbagaikan bahan asasnya. Tak kiralah nak guna ayam, ikan atau sebagainya, terpulang kesukaan kita. Tapi yang sebaiknya ikanlah ye. Terlebih-lebih lagi kalau ikan merah atau ikan tongkol. CT ni memang minat dengan lauk asam pedas, lebih-lebih lagi asam pedas ikan tongkol yang dicampur dengan belimbing buluh. Emm... ditambah pula dengan bunga kantan dan daun kesum menjadikan aroma asam pedas ni bertambah-tambah naiknya untuk dinikmati.



Teringat masa CT mula-mula merasa masakan asam pedas IBU mertua CT masa baru kahwin dengan MY laling CM, memang sedap betul masakan ibu mertua CT sampaikan CT cakap, " Mak... nanti ajar saya resipi ni ya, sedap sangat hingga mejilat jari...hehehe" dengan muka tak malunya CT makan bertambah-tambah depan IBU mertua ku... hehehe. Tapi dari situlah dia tahu anak menantunya tu suka dengan asam pedas.



Hidangan asam pedas ni kalau kita masak hari ini, yang sedapnya esok baru kita makan. Sebab rempah ratusnya dah serap masuk kat ikan tu. Dan CT sering juga kalau masak asam pedas ni CT akan tinggalkan sedikit kuahnya untuk cecah dengan roti atau lempeng pekak, sebab kuahnya dah semakin pekat bila disimpan semalaman. kalau tak percaya sila cuba... hehehe. Tapi lauk ni jika CT guna ikan, hanya CT dan My laling CM jer yang gemar. Anak-anak CT memang tak suka dan tak gemar kalau guna ikan. Setakat jamah-jamah ambil kuahnya aje. Kalau guna ayam, sukalah diaorang.



Kalau dah tekak orang Johor, mana boleh tinggal dengan asam pedas. Sama jugalah dengan orang Melaka kan? Untuk resepi hari ni, CT kongsikan resipi yang sering kali CT buat bila tekak ni terasa nak makan asam pedas. Kiranya yang ini memang ikut selera CT dan lebih kurang macam resipi IBU mertua CT jugalah kiranya. Cuma hasil air tangan IBU mertua tak boleh sama dengan CT lah kan... hehehe.

Asam Pedas Ikan Tongkol

Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
1 ekor ikan tongkol bersaiz sedang
1 cawan lada kisar
4 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 inci kunyit hidup *
1 inci belacan * - dibakar sekejap
1 sudu besar rata ketumbar biji * - disangai sekejap
1 sudu kecil lada hitam biji *
1 batang serai * - dihiris
2 batang bunga kantan
1 ikat daun kesum
Belimbing buluh secukupnya - dibelah dua
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugor
Minyak untuk menumis

( Bahan bertanda * di blender halus)

Cara-cara :
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan blender hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan goreng lagi hingga pecah minyak.
3. Bila dah pecah minyak masukkan air dan kacau sebentar kemudian masukkan ikan, asam gelugor dan biarkan hingga mendidih.
4. Bila dah mendidih masukkan bunga kantan, daun kesum, belimbing buluh, garam dan sedikit gula kacau rata.
5. Biarkan sebentar, kemudian perasakan dan bolehlah matikan api. Sedia untuk dihidang bersama nasi putih.




15 comments:

  1. Salam CT
    pagi2 dat terbau asam pedas dari dapur CT.. terus singah manalah tau dapat semangkuk..

    sedapnya.. CT
    ni mmg kegemaran anak Johor ni.. mmg sedap kalau dapat cicah dgn lempeng..
    kalau ita kan, ita siat-siat lempeng tu pas tu rendam dalam asam pedas ni.. adoiii... makan pulak macam makan sup.. alamakkkk... meleleh dah air liur ita ni Ct... dah macam nak ke dapur aje ni.. dok masak asam pedas..

    ReplyDelete
  2. Banyak2 ikan, ikan tongkol je sy x pnah masak asam,

    slalu msak kari, kicap...

    Saya cuba nanti;)

    ReplyDelete
  3. Ermm minggu lepas baru makan asam pedas. tapi bila tengok n3 kak ct ni teringin nak makan lagi.

    ReplyDelete
  4. salam kak ct..dah lama xmsk asam pedas sbbnya HB xbape suke :D
    KLu mkn sorang2 cam xbest jer..

    ReplyDelete
  5. Pagi Kak CT, jumpa lagi.. itu menu nya menggoda sekali, mau makan tumpang makan di rumah kak Ct rasanya, sedia nasi hangat banyak banyak yah kak.. hehe

    ReplyDelete
  6. uhhhh...kalau camni, mmgler selamba badak je tambah nasik 4x walo depan mak mentua pung! hihi...terbaek kak!

    ReplyDelete
  7. Selamat pagi Kak Ct,
    awal2 dah siap masak ikan ek,ngam la tu..gue datang bawak nasi skali..nak join makan2 kat sini..

    ReplyDelete
  8. as salam kak ct...perut mas jd lapar lg bila tgk asam ikn tongkol kak ct walau pun dah melantak sebungkus nasi lemak pg td huhuhu...

    ReplyDelete
  9. Salam dik CT sayangggg...
    Pepagi dah tayang asam pedas...menu kegemaran ramai ni...termasukla kak cek...sedapnya....mkn ngan kicap...pas tu ada lak telur asin...Wow!...bertambah2 nasi dalam pinggan kan...gebu bdn lagi...sepatah kata hubby akak..bdn gemuk...suara pun dah gemuk...ayark....ada ka dia kata suara akak gemuk...hu hu hu...nak kurusss cam CT.... :)

    ReplyDelete
  10. fuyoo kak ct, tina dah copy dah resepi ni, buat pekat2 kan, meletup

    nanti boleh lah masak dgn ayam sebab takde stok ikan ni hehe

    ReplyDelete
  11. uiii..saya memang tengah teringin nak makan asam pedas ni kak..tengok pulak gulai akak ni lagi menambah rasa nak makan...hehehe...

    ReplyDelete
  12. aduh Cik CT... sampai hati mu membuatkan daku tertelan2 air liur... hihihi...

    akak ni mmg peminat tegar asam pedas tau CT.. walaupun akak bukan org Johor atau Melaka.. tp memang tak tahan kalau nampak asam pedas depan mata.. tambah2 ternampak pulak buah belimbing buluh tu.. makin menitik2 la air liur ku.. hehe.. sebenornya akak tak pernah lagi masak asam pedas guna ikan tongkol tau CT... lenkali boleh mencuba resepi CT & guna ikan tongkol pulak.. kat rumah ada ikan tongkol tp dah kena rebus.. belimbing buluh pun ada sikit lagi dlm petisejuk tu.. agaknya skrg ni memang musim belimbing buluh la ye.. tahun lepas pun sekitar bulan feb juga buah belimbing ada... mmg musim dia lah skrg ni rasanya.. nak kena cari ikan tongkol dulu le baru leh masak asam pedas ni.. akak copy dulu resepinya ya CT.. mmg lain sikit dari resepi yg biasa akak buat sebab resepi CT ada masuk rempah & lada hitam.. Mekasih ye!

    ReplyDelete
  13. cantiknya gambo akak..sy rasa akak kena buat buku resepi la kak CT..mesti meletopss!

    ReplyDelete
  14. Salam CT cayang. Amboi nampak sedap betul masakan CT ni, perut dah kenyang pun kecur juga...

    ReplyDelete
  15. salam kakCT!!!! ada lagi tak lauk akak ni?? kita dtg lmbt lahh sbb bz sikit :-( mesti da abisss niii kan kan? kita suke betul ikan tongkol, masak apa pun kita suke, tp belum musim tongkol lg ler kat sini, sedapnyer!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...