Friday, February 10, 2012

Fresh Fruits Cheese Tarts



Assalamualaikum... Salam ceria dan selamat pagi untuk teman-teman CT semuanya. Buat pengunjung yang setia saban hari menjengah tanpa jemu, CT ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kerana teman-teman CT dan pengunjung setia CT semuanyalah pencetus inspirasi untuk CT terus berkongsi resepi di laman Dapur CT ini... Alhamdulillah. Sebenarnya hari ini CT dah masuk mood bercuti dah. Maklumlah, hari ni dah hari Jemahat kan. Namun demikian Dapur CT tak bolehlah ikut sama dengan mood puannya bercuti nanti lesen dapur kena tarik sebab dapur tak berasap. Tak boleh jadilah kan... hehehe.



Untuk resipi pagi ni, bukan menu buat sarapanlah ya. Ni menu yang sesuai untuk hidangan minum teh waktu petang atau dessert untuk dinner malam nanti. Sebenarnya pastry crust untuk tart ni CT dah buat awal-awal lagi dan simpan dalam peti sejuk, jadi bila nak letak fillingnya tak payah nak kelam kabut lagi. Semuanya dah tersedia. Dan CT buat pelbagai saiz. ada besar, sedang dan comel-comel belako... hehehe. Yang comel-comel tu sekali ngap jer masuk mulut dah hilang. Yang besar tu kena 3-4 kali gigit baru habis... hehehe. Resipi ni CT ambil dari Blog Mat Gebu. Resipi asal dari Mat namanya Fresh Strawberry Cheese Tart. Oleh kerana buah strawberry tak ada, CT ganti jer dengan buah-buah yang ada dalam peti ais CT. Jadinya nama tart ni CT tukarlah kepada Fresh Fruits Cheese Tart.



Fresh Fruit Cheese Tart ni memang sedap. Tapi sayangnya anak CT yang bongsu tu tak gemar sangat dengan tart ni sebab dia tak gemar makan buah kecuali buah epal. Nak pujuk dia makan, CT kena buang dulu buah-buah atasnya. Payah betul sorang anak bujang CT ni kan. Abang-abangnya yang lain tak cerewet pun semuanya masuk jer dalam mulut sedappppp! katanya... hehehe. Terima kasih ya Mat sebab berkongsi resipi ni dan CT panjangkan lagi dalam senarai Dapur CT untuk rujukan bersama semua teman-teman yang lain juga. Untuk yang berminat, selamat mencuba ye. Daaa....


Fresh Fruit Cheese Tart
Resipi : Mat Gebu DTS
Di Olah : Che CT


Bahan untuk Pastry :
150 gram tepung halus (boleh guna tepung gandum)
25 gram gula aising
70 gram mentega sejuk - dadu kecil
1 biji telur gred C - pukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan untuk Cream Cheese filling :
180 gram cream cheese
50 gram mentega
1/2 sudu kecil parutan kulit lemon
1/2 sudu kecil jus lemon
3 sudu besar gula aising diayak (atau ikut manis)

Bahan untuk hiasan :
Buah Kiwi secukupnya
Buah anggur secukupnya
Buah peach dalam tin
(*dan sebarang buah segar lain jika suka)



Cara-cara membuatnya :

Untuk pastry
:
1. Satukan tepung, gula aising dan mentega sejuk, gaul ramas dengan hujung jari hingga menjadi seakan-akan serbuk roti. Masukkan esen vanilla dan gaul rata. Tambah telur sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
2. Bulat-bulatkan doh dan balut dengan ciling wrap rehatkan sekejap dalam 10 minit. 3. Sediakan acuan fruit tart, yang ini ikut saiz apa yang anda nak, seelok-eloknya biar lah yang sesuai untuk kita susun buah-buahan dalamnya.
3. Ambil sedikit doh tadi, anggaran sebesar syiling 20 sen atau lebih sedikit. Tekan dalam acuan tart, hingga memenuhi ruang acuan, kemaskan lebihan.
4. Buat hingga siap, cucuk sedikit tengah pastry tadi dengan garfu.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180'C, selama 25 minit. Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan semasa lagi panas dan sejukkan atas jaringan.

Untuk Cream Cheese Filling :
1. Putar cream cheese dan mentega hingga lembut dan bersatu. Masukkan lemon juice dan gula aising dan putar lagi hingga gebu, tambah parutan kulit lemon.
2. Jika kurang manis, anda boleh tambah sedikit lagi gula aising. Putar dengan kelajuan sederhana hingga bancuhan kelihatan berkrim dan licin. Masukkan dalam paiping beg dan gunting hujungnya.

Untuk hiasan Cream Cheese Tart :
1. Buah anggur dicuci dan lap kering, kemudian belah dua. kupas buah kiwi dan belah kecil. Buah peach tadi ditoskan sirapnya.
2. Ambil satu kulit tart, isi dengan cream cheese dalamnya hingga hampir penuh. Susun buah-buah mengikut kesesuaian anda. Buat kaedah yang sama untuk baki kulit tart tadi. Selamat mencuba.




28 comments:

  1. asslm kak...cntik2 semua gmbr2 tu...jaga2 kak tart tu nti termasuk lak kt dlm gelas tu nti...hehehe

    ReplyDelete
  2. E-na pun suka tart n teringin nak buat tart byk2 tapi x cukup acuan la kak...kt sini mahal acuannya n tak byk...bestnya kak mood bercuti tu...he he

    ReplyDelete
  3. Pagi Kak CT.. Kalo weekend masak nya libur juga yah kak..hehe
    comel cheese tart nya yg kecil2 tuh, kalo melly mah sekali aja tuh masuk mulut.
    Anak anak di rumah ngga suka sama cheese tart, mereka suka nya pastry nya aja, tapi filling cheese nya ngga suka, mereka lebih suka kalo filling nya di kasih coklat leleh.
    Padahal melly geram mau buat cheese tart kalo tiap kali temen ada yg buat.

    btw.. masih ada kah.. bagi melly 10 buat cemilan hari ini.. hehe
    Happy weekend kak Ct sayang.. ;)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum akak ct cayang...
    Cantiiiiknya tart tu akak.... Gambar tu tersgt menarik... X jemu memandangnya... Nie kalu dpt makan tart yg comel nie .. Alangkah bahagianya.... :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kak Ct Cayang..
    Nak tanya ni...tart cis masih ada k? hehe..gue ngeces lagi ni..

    ReplyDelete
  6. Assalam CT cayaaanngggg....waaaah rajinnya wat tart buah nih....akak dah lama x buat mende2 ni...semakin malas...mintak kat akak 3 ketui leh x? :))

    ReplyDelete
  7. salam kak ct..pg2 lagi dah tayang tart buah tu..emm.. sedapnya, zana tapau 2 ketul leh!!... :))nak buat!! aduh...malasnyer....

    ReplyDelete
  8. CT, simpan sket tart yer...nanti gee datang tumpang minum teh...

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Ct..

    Waaaa kita anak beranak suka fruit cheese tart ni, tak kira la apa buah atas dia, klu nampak musti nak beli, lg2 egg tart tu..ermmmm

    Cumanya masa nak bt tu x mengizinkan (malas) :p, klu dpt blk amik hantr anak sek/tuisyen nak tido je..huhuhu

    Mai le hntr ke sini sikit..hehehehe

    ReplyDelete
  10. sedapnya kak ct, selalu buat blueberry cheese tart je, tina copy resepi ye

    nanti2 boleh buat, dah lama teringin, aritu beli mahalnya, rasa tak baloi je

    ReplyDelete
  11. tergoda tengok tart akak ni..saya ni tak tau la bila nak belajar buat nih...resepi dah macam2 yg saya duk salin..cuba je belum lagi..kekeke

    ReplyDelete
  12. Qasey Honey ~

    Wa'salam QH..apa kisah kalau tart tu jatuh Qaseh, terus jer minum air tu dengan tart2nya sekali..hehe

    ReplyDelete
  13. E-na Lovely Kitchen ~

    E-na, k.ct punya acuan pun tak banayk gak ni, tak sampai 15 biji pun..hehehe. tu yang buat ada besar ada kecik tu..ikut suka jer..hehehe

    k.ct cuti2 kat rumah jer E-na :)

    ReplyDelete
  14. Melly Octaviana ~

    Selamat petang Melly, ya cuti2 mahunya libur aje. duduk dirimah asik makan tidur aja..hehe

    ya saam dengan anak yang kecil k.ct makan crustnya aje, fruit nya k.ct yang habiskan..hihi

    ReplyDelete
  15. Diana @ Melley Mey ~

    Wa'salam Dianan maniss...tr kasih ya. sesekali k.ct inginkan erubahan biar pengunjung Dapur CT tak jemu ..hehehe

    saja k.ct buat comel2 senang sikit nak makan ni Diana..

    ReplyDelete
  16. Rahel ~

    Wa'salam Rahel, udah habis dear. k.ct yang makan paling banyak, tambah2 lagi makan sejuk2. ngap2 masuk mulut tak terasa dah habis..hehehe

    ReplyDelete
  17. Ummi ~

    Wa'salam Kak Ummi cayanggg, kak jangan kata 3, serdak tart pun dah bersih dah kak..hahaha

    alah kak ummi, ramai anak2 kat rumah tu, panggil jer suh tekap2 dalam acuan tart cepat jer habisnya nanti..hehehe

    ReplyDelete
  18. Zana~Sweet Rose ~

    Zana...selalunya memang nak benda2 macam ni agak macam remehkan. tapi bila dah siapkan macam sayang nak makan sebab sedap..hehehe.

    biasalah bila dah datang mood rajin tu nanti bolehlah buat lebih2 :)

    ReplyDelete
  19. Gee ~

    Nak simpan ker..? tak payahlah dah bersih pun Gee..hehehe

    mintak lauk ikan salai tu boleh Gee..kecur2lah tengok belimbing tu.

    ReplyDelete
  20. Sis-Lin ~

    Wa'salam Lin...biasalah aklau dah datang M nya semua benda tak emnjadi lin. kalau nak beli 3 biji yang kecik jer dah RM5 tau..mahal, berbaloi buat sendiri..hehehe

    ReplyDelete
  21. Tina Othman ~

    Itulah Tina, k.ct gi carefour adalah jual depan DF tu tengok geram jer, nak beli memanglah makah. sok 2 hari lepas tu k.ct buat crastnya dah tu terus simpan dan buat filling pulak..berbaloi makan dan puas hati buat sendirikan :)

    ReplyDelete
  22. quinnie ~

    Q...samalah dengan k.ct ni amik resipi macam2 semuanya lebih kurang sama jer. Tapi dah terbiasa dengan resipi dari Mat Gebu tu yang malas nak cuba yang lain..hehehe

    ReplyDelete
  23. Salam kak CT yg comel, bilalah kita nak rajin buat cistart ni yer? malas nak buat dia punyer shell tuu jer lah leceh :D order ngan akak eak? hihihi... sedapnyer! comel2 laks tu! sekali ngap jer ni kan kak :D

    ReplyDelete
  24. haish tergoda btol tgk cistat buah akak nih... sedapnya... gambo pun makin lame makin mengancam... x tahan ade frame romantik gitew.. awww!~ tutup mata sebelah tgn, sebelah lg amik tat masuk dlm poket....lariikk!~ hahaha

    ReplyDelete
  25. assalam kak CT
    Salam singgah di blog yg cantik ini, tertarik sy pada masakan2 kak CT ni. Rajin kak..
    fruit tart memang sedapkan he he selalu beli je sb tak reti nak buat ni

    ReplyDelete
  26. Gorgeous pics!!! Goodness...
    Dunno what else to type la kak. Stunning photos there made me speechless lor..

    Fruits tarts please ;)

    ReplyDelete
  27. alahai terliur je di buatnya tngk fruit cheese tart ni...suka makan tapi malas nak buatlah..rajinnya kak CT.... meh nak tempah dngn akak..boleh kan..

    ReplyDelete
  28. Salam kak..saya sangat suka tart..tapi bila buat tak menjadi sgt huhuhu..tgk tart akak ni..dgn gambar mcm nak berkelah je hehehe..yummy!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...