Assalamualaikum... Salam penuh keceriaan dan selamat pagi. Hari ni dah sampai hari Khamis, esok dah Jumaat, tinggal 2 hari anak-anak sekolah, lusa dah cuti lagi. Memang cepat sangat terasa masa berlalu dengan pantas tanpa di sedari. Tup-tup dah petengahan tahun pulak, pejam celik dah hampir waktu peperiksaan untuk anak-anak. Tapi anak-anak ni macam tak ada apa-apa pada diaorang ni kan. Kita ni beria-ia suruh study dan macam-macam lagi tapi dia selamba aje macam tak rasa apa-apa. Dan selalunya kalau Mama dia yang bersuara buat-buat tak dengar aje, mulalah buat muka manja sikit. Ada saja alasan yang di berikan bila suruh belajar. Tapi... cuba kalau Ayah dia yang bersuara, sekali aje terus masuk bilik, hiss... kadang-kadang geram juga CT dengan anak-anak ni. Agaknya dah hari-hari kena bebel, tu yang telinga dah macam lali dah ek. Masa kakak dia dulu tak macam tu pulak. Agaknya anak-anak lelaki ni memang gitu agaknya ek.
Okeylah, jom ke cerita resepi hari ni pulak. Sebenarnya ini kali kedua CT buat pau, dulu ada jugalah sekali, tapi dah lamaaa sangat dah. Bukan tak suka makan pau, minat sangat-sangat. Cuma tak berapa rajin nak membuatnya aje. Pantang kalau jumpa kuih pau ni kompom beli punya. Lagi-lagi kalau berhenti kat R&R tu mesti cari pau dulu berbanding benda-benda lain. Memang tak ada nak makan-makan nasi atau makan lain-lain kecuali dah lapar sangat atau perjalanan yang jauh. Dan kali ni CT buat pau ni sebab nak perabiskan inti daging alam peti ais yang dah buat awal sebelum ni. Kalau biar lelama nanti rosak pulak... hehehe. Tapi CT ni tak pandailah bab-bab nak membentuk pau ni. Macam yang orang jual tu cantik jer, kemas pastu suka yang ada punjut atas dia tu nampak cun jer... Kalau teman-teman CT ada petua bolehlah kongsikan bersama ya.
Oh ye, nampak tak kukus macam CT punya kat gambar yang terakhir tu? alah kukus yang kecik molek tu laa. CT import jauh tu tau hehe. Jarang guna sebab tak boleh isi banyak-banyak dalam tu. Kalau setakat isi sikit-sikit okeylah, buat lawa-lawa jer sebab sayang nak guna selalu hehe. Arwah bapak CT yang belikan, dah bertahun-tahun juga CT simpan. Kalau nak kukus kuih-kuih tu CT selalu guna yang periuk kukus cap 'kucing' bulat tu jer senang boleh masuk banyak-banyak cepat sikit habis... hehehe. Okey, tak nak cakap panjang-panjang lagi. Kang sejuk pulak pau tu nanti. Bila ada kesempatan CT akan singgah blog teman-teman ya. Oh ya resipi ni CT ambil dari blog Noreen, terima kasih ya Noreen. CT panjangkan resepi ni dalam Dapur CT kali ni buat rujukan semua. Daaa....
Pau Gebu Dan Lembut
Resipi : Noreen
Bahan-bahan :
250 gm tepung pau atau tepung gandum
1 sudu teh yis
1/2 sudu teh baking powder
4 sudu besar gula kastor
1 sudu besar lemak sayuran
1 sudu teh bread softener - optional kalau tiada pun pau masih lagi gebu dan lembut
1/2 cawan air suaminti pau secukupnya
Cara membuatnya :
1. Satukan tepung, yis, baking powder, gula dan bread softener ke dalam mangkuk adunan.
2. Ulikan sebati dengan memasukkan air sedikit demi sedikit3. Masukkan lemak sayuran dan ulikan lagi sehingga doh menjadi kental dan tidak melekat di tangan
4. Jika menggunakan breadmaker masukkan semua bahan mengikut turutan air suam-yis-tepung-baking powder-gula-bread softener-lemak sayuran.
5. Kemudian pilih menu doh (tidak perlu menunggu sehingga doh siap selama 1 1/2 jam cukup sekadar 10 min atau sehingga doh sebati dan bolehlah dikeluarkan dari BM).
6. Setelah itu bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 45gm dan bentukkan menjadi bulat.
7. Ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di tapak tangan dan letakkan satu sudu kecil inti yang disukai dan tutupkan semula menjadi bentuk bulat.
8. Letakkan doh yang telah disiap di atas daun pisang atau kertas yang telah disapukan dengan sedikit minyak. Buat sehingga habis.
9. Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min atau 1 jam.
10. Sementara itu panaskan kukusan dan pastikan setelah air mendidih barulah di masukkan doh-doh tadi dan kukuslah selama 10 minit.
Note: air kukusan perlulah betul-betul panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yang gebu dan lembut
Salam K CT
ReplyDeletekita baru verangan nak buatkan dude pau kukus..member suka sgt pau yg inti kacang merah.. Akak nak tanya, really eh tak payah tunggu 1.5 hours menguli dalam BM? sepuluh mins ajer dah boleh keluarkan? thanks kak..ada mana nak buat hari minggu ni :)
Aslmkn kak ct
ReplyDeletelapo perut tgk pau akk. Ada lg tak ni. . Huhuhuu pg2 dah skodeng dapo. . Bwt naya ja. . Terliur.
ct,
ReplyDeleteakak pun buat pau gak semalam,pagi nih panaskan buat sarapan dan bekal anak2..lembut ajer lagi hehehe....
hmmm...sedapnya tengok pau pepagi gini....
ReplyDeletenampak lembut gebu jerk..
lama dah mas tak ngepau...
pengukus rupanya..ingatkan apa tadi...memang tak pernah tengok penguskus style gini...saya pun tak pandai buat bentuk punjut tu kak..hehehe
ReplyDeleteeee....ct..ct..sama menu kita hari ini akak pun wat pau...pink color lagi inti kelapa...tapi akak keluarkan tengah hari ni..pagi ni jemput makan peperoni pizza puff...ha..ha..pizza dalam cup ala rachel Ray.
ReplyDeletekuih kegemaranku, sedapnya tngk pau yg akak buat ni..gebu dan mulus je...nak wat gaklah..
ReplyDeleteYat Maria ~
ReplyDeleteWa'salam Yat...letak kacang merah pun sedap Yat, cuma tu ler kacang merah tak ada stok, so ganti apa jer yang ada.
A'ah resipi tu kata uli 10 minit jer, k.ct lebihkan 15 minit Yat :)
ibh ~
ReplyDeleteWa'salam Sue...jom datang sini makan pau sama2, bawak sekali bekas jangan kosong ya..hehehe
Kak Asmah
ReplyDeleteSalam pagi kak Asmah, kita serupaaa...hehehe. kita tukar2 pau ya Kak Asmah :)
Mas ~
ReplyDeleteSalam pagi Mas, jom Mas petang ni buat. harap baby sihatlah ya..sian ibu nak makan pau tu..hehehe
quinnie ~
ReplyDeleteSalam pagi Q..ya pengukus, mesti Qingat benda lain ni kan..hehehe.
Jap..k.ct cari bau karipap lah..ohhh tak ada erk.baru nak mintak..hahaha
ok thanks kak..kita cuba hari minggu, insyaAllah..kita ikut cara K CT..macehh kak!
ReplyDeletePaty's Kitchen - Cook with passion ~
ReplyDeleteSalam pagi Kak Paty, pinkkkk! I like..hehehe. Kak Paty, resipi akan ditunggu. Tapi sebelum tu nak sikit kak cookies peanut butter tu :)
Yatie ~
ReplyDeletekita serupa lagiiii..hehehe. Yatie kalau buat mensti menjadi lagi gebu gabas kan. k.ct masih kena belajar ni Yatie, masih tak sempurna jadinya :)
Yat ~
ReplyDeleteOkey dear...buat lebih2 nanti okey *wink*
wah..
ReplyDeleteada pau sedap ni.boleh tukar dengan karipap kakna.kita sarapan tukar2 piring macam bulan puasa yeh..
salam kak ct..kakkk, kukus tu pesal lawaaaaaaaaaaaaaa sangat, comeyy, beli kat mana?...
ReplyDeletecantek la props baru ni... pau lagi cantek....ops!!! Cik CT lagi cantek kannn....
ReplyDeletesaya mmg kagum!!! semua kagum, dari juadah hingga ke gambar yang cantik....tahniah Che CT.....suka sangat
ReplyDeleteNampak pau, tiba tiba perut berbunyi pulak....
ReplyDeletepagi kak CT.. lambat lah melly Ol hari ini, tadi brekfast dulu sama hubby di pasar..
ReplyDeletesama kami juga suka makan pau.. kalo emak di jkrt suka buat pau isi nya inti kelapa.. lain kali melly nak buat pau ini juga sekarang nyomot 5 dulu yah.. hehe
Mengoda dan tergoda...!
ReplyDeleteSalam Kak Ct..
ReplyDeleteamboii..pagi2 dah godain gue..tayang pau gebu lagi..tak tahan..tak tahan..
lawa nya pau akak... saya buat buruk ajer..huhuhuh tpkan.....mmg selalu buat..rasanya sejak belajar buat dr tahun 2010..rasanya dah lebih 10 kali buat..
ReplyDeleteSalam Ct,
ReplyDeleteSweetnya gambar yang Ct rakam. Suka lihat apatah lagi lihat pau yang gebu nie hihi air tangan kita tak begitu menjadi buat nie, Nanti bila dah ada keberanian hehe baru buat.
geram sangat tau tengok gambar2 akak ni. wah suke la resepi pau ni. guna tepung pau tapi letak jugak baking powder. da dapat bayangkan ke gebuannya tu
ReplyDeleteAssalam CT...waaah mantopsss gambar...geram tgk pengukus tu laaa...nnt kalau pilih waris jari kelingking, bg akak eh, jgn kasi Mat tauuu...dia x sinonim dgn pengukus, dia sinonim dgn tekosss jek...hehe
ReplyDeleteasslm kak...
ReplyDeletemmg gebu sesgt la pau ni...geram tgknya...
sedapnya kak ct, tina selalu beli je, paling best mesti nak beli kat R&R
ReplyDeletedulu2, kat tg malim ada sorang pakcik ni jual pau sedap, tapi la ni sebab jarang balik sana dah, tak dpt beli
Salam kak CT cayang!!!!! kita dah dtg niiiiiii, lmbt betulllll minatang yg bawak kita kesini :D akak sihat??? itu hari ank kita suh buat si pau nii sampai skrg tak buat2 lagi sbb kita malas nak buat intinyer tuuu, pinjam inti pau akak nanti kita pulang balik hihihi....
ReplyDeleteAssalamualaikum kak CT, comel2 la pau tu..mmg sedap pau inti daging ni, idak pun inti kcg merah..Kalau dah masuk dapur kak ct ni susah nak cari jln keluar...tengok semuanya cantik2 & sedap2 belaka :))
ReplyDeleteLambatnya kak cek sampai..mesti pau pun dah habis kan...ke ada lagi tinggal kan tuk akak ...sayangggg CT...he he...tak kempunan akak nak rasa pau yang CT buat...:)
ReplyDeletesalam kak..amboi canteknya gambo pau ni kak..propnye tu yg x tahan..suke suke suke!~...nmpak gebus pau ni kk, sedap mkn panas2 suam..nyumnyum..samela kite mmg suke mkn pau tp nak buat bukan x rajin tp malas...hahahaha... :)
ReplyDeletealahai ct cayang..kuih pau comel, pengukus comel..tuan yg mengukus pn lagi la comelnyer..hehe!! nk kenen 2 ketui..ada lg x??
ReplyDeletepau gebu dan lembut . tapi lepas angkat penutup pengukus pau berkedut. kenapa ye ?
ReplyDeletebm tu ape
ReplyDeleteKak.. knp pau yg sya buat yg awl nya halus n gebu tp lpas kluarkn dri pengukus da jd bekedut..
ReplyDeleteKak.. knp pau yg sya buat yg awl nya halus n gebu tp lpas kluarkn dri pengukus da jd bekedut..
ReplyDelete