Friday, February 3, 2012

Super Fudgy Brownies



Assalamualaikum... Salam ceria dan selamat pagi buat teman-teman Che CT semua. Hari ni dah hari Jumaat. Esok dah cuti, yahoo! Seronoknya hehehe. Bila cuti, dapatlah juga bercuti dari update resipi. Bukan orang yang bekerja aje nak rehat ya tak. Jadi dapatlah CT bermalas-malas dan bermanja-manja dengan insan-insan tersayang yang bercuti juga.. hehehe. Tapi ada jugalah curi-curi singgah blog teman-teman sempat tinggalkan komen kat blog sambil tengok resipi mana yang berkenan untuk dibuat 'modal idea' bila dah naik 'kerja' semula nanti. Selain tu dapatlah juga baca email dan balas msg di inbox FB juga. CT amat hargai teman-teman yang tak lokek berkongsi ilmu masakan ni. Berkongsi ilmu adalah satu amalan yang mulia, jadi janganlah setakat berkata tapi tak nampak hasilnya. Untuk resipi yang CT kongsikan bersama pagi ini iaitu Super Fudgy Brownies, CT ambil hasil dari perkongsian ilmu seorang wanita minah saleh yang tak asing lagi dalam dunia masakan. CT dah dua kali mencuba resipi dari beliau, cupcake dan kali ni brownies, kedua-duanya memang tak menghampakan.

Berbalik pada resipi hari ni, CT ambil dari Blog Martha Stewart dan CT translatekan resepi beliau kepada bahasa melayu. agak-agak kalau ada tersilap tu maaflah ya... hehehe. Agak lama juga CT tak buat brownies ni. Macam tiba-tiba je termengidam pulak nak makan, tu yang CT dok buat ni... hehehe. Memang sedap rasanya yang tidak kering, rasa garing diluar tapi lembut didalam... Emmm... CT sukakan rasanya. kalau makan sepotong mesti nak makan lagi sepotong. Seperti kata Martha "It's just like you eat the real chocolate. Chewy and gooey in your mouth". Kalau sesiapa yang pernah mencuba boleh berkongsi sama rasanya okey. Sekarang kalau kita buat brownies amat mudah dah boleh diubah-ubah menjadi bermacam-macam rasa dengan penambahan bahan-bahan seperti keju, strawberry, blueberry, kekacang, kopi, dan lain-lain didalamnya. Juga cara pembuatannya yang sekarang tidak hanya dibakar dalam oven, tetapi juga boleh dikukus, semuanya sangat mudah. betulkan?



Buat brownies ini juga amat mudah sebab tak perlu mengunakan mixer untuk memukulnya. Cukup dengan mengunakan whisk saja. Untuk adunan ni CT ada buat penambahan sedikit dengan meletakkan choc chip didalamnya untuk menarik minat anak-anak makan. Sebab anak-anak CT macam dah kurang gemar makan kek yang bercoklat sekarang ni. Harap-harap lepas merasa Super Fudgy Brownies ni anak-anak akan gemar balik makan kek yang berasaskan dari coklat. Kalau tak suka juga Mama dia kena habiskan sorang... hehehe. Tapi... Alhamdulillah, semuanya suka dan telah keluar kata-kata jujur dari anak-anak "sedap sangat-sangat kek ni Mama..." Ada yang nak join CT makan Brownies ni tak..? hehehe.

Okey... Jika ada yang tercari-cari resipi Brownies yang lembut dan sedap penuh dengan rasa coklat, boleh mencuba resipi ni. Resipi asal guna sukatan cawan tu ya. Selamat mencuba :) Daaa....


Super Fudgy Brownies
Resipi : Martha Stewart
Di Olah : Che CT


Bahan-bahan :
120 gm unsalted butter - (8 sudu besar)
130 gm all purpose flour - (1 cawan)
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko - (1/4 cawan)
1/2 sudu teh garam
220 gm coklat masakan - dadu kecil-kecil
240 gm gula perang - (resepi asal 1 1/4 cawan gula kastor)
3 biji telur gred A
3/4 cawan choc chips

Bahan untuk ditabur :
Almond slice / choc chips

Cara-cara :
1. Panaskan oven 180'C. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti, dan sapu juga baking paper dengan mentega. Ketepikan.
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, garam dan choc chips sekali. Ketepikan. Pindahkan choc chips yang telah diayak kedalam bekas lain.
3. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam coklat. Matikan api.
4. Masukkan gula dalam adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula larut dan sebati dengan coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata dengan perlahan-lahan.
5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga tercampur rata. Masukkan sekali choc chips yang diayak tadi. Jangan aduk terlalu lama, cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.
6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan almond slice dan choc chips ikut suka. CT guna loyang 10x10x2 inci.
7. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan 30 minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak atas redai dan boleh dipotong-potong. Hias ikut suka... Selamat mencuba :)





36 comments:

  1. salam kak ct..
    hmmmmm...mujur kek coklat mas ada lagi..
    memang terliur nengok brownies akak tu...
    menggoda....

    ReplyDelete
  2. Salam pagi jumaat,
    Hihi buka saja nampak brownie sedap sangat jika ada sepotong dua di bawa picnic esuk, Hihi kita intai resepi nie pulak.

    ReplyDelete
  3. Salam CT..akak datang nie...tahu2 aje akak tengah cari something chocolaty...cuti hujung minggu panjangni anaj2 balik yang teruna tu pantang tenguk mak dia nak something chocolaty..bolehlah aku try bahan semua ada.

    ReplyDelete
  4. akak ni kan ct,mmg pantang nampak resepi bronis mesti nak cuba..yang ini pun akak dah angkut masuk list...
    dah berderet2 menu dok dlm list.makin tinggi listnya tu..entah bila nak surut tak tau lah..hehe

    ReplyDelete
  5. Assalam kak ct cayang,sy pon byk suka esk smp ari selasa hb cti,msk2 pon kadang cti juga,sbb duk klq berjalan,haha..Eh akak selalunya budak2lah yg suka kek2 coklat nih,tapi anak akak xsuka lak,hehe..Tapi yg mama depa wat nih,nmpak da klasss,mstilah depa kata sedap n suka kan..Eh duk ajak mkn brownies tuh da lagi ke kak ct oi..Kloda,mmg nk ajer joint,haha..

    ReplyDelete
  6. wow brownies lg...xleh jadi ni kena buat jugak nmpknye ni...tq kak resepi...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Kak CT,
    uwaaa nmpk bestlah brownies ni, cuti2 ni leh buat resepi ni plk..tq kak..

    ReplyDelete
  8. nampak pon dah terasa kesedapannya..
    Rasa macam nak buat aje..
    simpan dulu ye CT resepi ni ada masa esok ita godek2 kat dapur..
    dah berderet2 dah resepi yg nak dicuba..
    tapi bila anak2 tak de ni mood nak membaking ni aduyaiii.. macam lari pulak.. bukan apa dok kenangkan nanti tak de sapa nak makan yg tinggal ni tak berapa minat kek2 ita jugak yg kena habiskan.. dah lah makin bam bam ni.. alahaiii..

    ReplyDelete
  9. salam kak Ct..mujur la kak ct tayang brownies nih...saya kekeringan idea nak bg hadiah kat kwn ape...mlm ni jugak nak buat..TQ yaa...sonokk sangat..semua bahan dh ade...alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. Pagi Kak Ct.. Uhuy.. it's friday.. long weekend yah kak, bisa relaks khan pagi pagi,bermalas malasan di balik selimut..hehe

    Melly juga suka buat SFB ini, serasa makan coklat yah kak, buat nya pun senang, Melly suka lagi kalo di makan keesokan hari nya, jadi ngga manis banget dan tambah rasa coklat nya.

    Kalo ada acara di sekolah selalu nya Melly buat ini.karena anak2 di jamin suka semua..hehe
    masih ada kah kak, Melly nak join lah ,lonely nih di rumah sendiri.. ;)

    ReplyDelete
  11. vavavaahhhh...sedapnyer kak CT....peberet la brownies nihh...nakkkkkkkkkkkkkk...

    ReplyDelete
  12. sedap nyerr hari ni ade brekfes western...hihi...tapi mokwo dtg nak amek kuih kaswi..ade lagi tak??

    ReplyDelete
  13. Asmkm kak ct. . Hadoii. . Menghoda betul browness akk tu. Copy tesepi dl masuk list sue. . Heeer

    ReplyDelete
  14. as-salam KAK CT
    menggoda PAGI2 tgk browness kak Ct ni..sedapnye..

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum kak..
    waahh saya suke brownies gini. mcm gooey lekit2 mewah rasa coklat .. suke suke..

    kak ct, cucur udang tu saya guna senduk gulai je. yang kecik tak besar sangat la. sedang2 je. mula2 panaskan dulu senduk tu dlm minyak menggoreng. saya letakkan dalam 4-5 minit. pastu baru sudukan adunan cucur tu dalam senduk tu. gerak2 kan dia dlm minyak nanti insyaAllah bila longgar terbalikkan aje. mudah je dia keluar.atau pun cungkil dengan sudip tajam pun boleh.

    ReplyDelete
  16. Selamat pagi Kak Ct..
    waa..ni betul2 godain gue lagi ni..saja tayang2 brownies...

    ReplyDelete
  17. CT, terliur pulak tgk brownies nih...coklat pulak tuuuh...adei, pi sana sini dapur org sume rasa terliur...agak2nya apa patut akak buat eh...Tp lagi terliur nak wat macarons je pulak, anak dara dah buat, kena cabar dah akak nih....uwaaa

    ReplyDelete
  18. yeay, baru bercadang nak buat brownies hujung minggu ni, kak ct dah post resepi, boleh bawak pergi cherating nanti

    kak ct, ni brownies yg jenis chewy ke?

    ReplyDelete
  19. masa dok menggodek2 cari resepi brownies, belek juga resepi martha ni, tp tk tertarik lah pulak nk buat...tp tgk kak ct punya, alo lo..cm tk sabar2 je nk rasa...harus ku cuba ni...tq kak..

    sedaptu cekelat...cemana ni?

    ReplyDelete
  20. sedapnya...apa2 yg berasaskn coklat pasti terliur di buatnya :)

    ReplyDelete
  21. salam kak ct..ya ampun sedapnya!! kenapalah lately ramai sgt yg menggoda sy ngan kek ceklat.. uwaa..tulunn.. nak kuruihhh...jgnla gode2.. huhuh...menchi tau..meh nak cubit2 sket..ehehe

    ReplyDelete
  22. Selamat bercuti kak. huhuhu hari tu beli plate macam kat atas tu 2 biji, tapi bila keluarkan dari kotak tengok 2-2 dah pecah kat tepi dia. Nak nangis rasanya.

    ReplyDelete
  23. wow..nampak sedap sangat...anatar dalam list nak buat ni sis CT...panjang list tu melebihi had kerajinan ni...bil tepon pun x sepanjang ni....simpan² nanti mmg nak buat...gojes jer npk brownies tu...

    ReplyDelete
  24. K.CT
    I hv baked this brownies last year.. memang sedap and dah ramai yg order brownies ni.. boleh termakan lebih if tak jaga hehe

    ReplyDelete
  25. salamm kak ct..ngah cuti2 yer kak?hehe..salam maulidur rasul utk akak sekeluarga.
    Brownies ni nampak sedap sgt..!sy ni asyik coklat jer tayangan lately,tak coklat,cheese..badan pun dah kombang smcm je rasanya ni kak..hehe
    Tapi bila org tyg sedap2 nak gak cuba.huuu

    ReplyDelete
  26. Akaaak..... Aduh!!! Mengoda btl ler brownies tu akak.. Kalu dpt sepotong dua nie kan best... Kalu x pun nak banyak ckit... Hehehee....

    ReplyDelete
  27. Salam, Just want to confirm recipe brownie tu ada ayak choco chips , how do u ayak? Crushed it ke?Tq

    ReplyDelete
  28. salam kak

    tumpang tanya, brownies ni yg garing kat atasnye tu ke?

    ReplyDelete
  29. wah sedapnya brownies akak
    kalau rajin mehlah singgah blog akak

    ReplyDelete
  30. baru try brownies niii... mmmm yummmyyy.. sedap n suka sgt bcoz x bape manisss... thks 4 sharing :)

    ReplyDelete
  31. Salam kakak . if saya tukar butter dgn marjerin boleh tak ?

    ReplyDelete
  32. saya dah banyak kali buat brownies guna resipi ini..
    kadang2 jadi kedut di permukaan brownies. kadang2 x jadi. huhuhu..
    boleh kongsi tips utk jadi kedut x..
    sbb brownies ni x manis bila dimakan.
    lagi satu baik guna all purpose flour atau tepung gandum ye..
    sebab dkt resipi tertera all purpose flour, dekat cara penyediaan tepung gandum..
    tqvm

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum. Mitak izin guna resepi.. Tq..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...