Monday, February 27, 2012

Tips Fotografi CT

Assalamualaikum. Salam ceria dan salam sayang buat semua teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT. Hari ni CT tak publish resepi macam selalu ye. Sebaliknya, seperti yang CT janjikan minggu lepas, hari ni CT kongsikan tips fotografi cara CT menghasilkan gambar-gambar masakan CT dalam blog ini. Perkongsian ini juga sebagai menjawab pertanyaan yang CT terima dalam mesejbox FB yang CT terima dan CT harap semua persoalan tersebut terjawab dan sedikit sebanyak membantu mereka yang berminat dan ingin mengguna-pakai teknik yang CT gunakan.


Ruang Kerja

Perkara paling asas bila kita nak ambik gambar ni adalah keselesaan bekerja. Kalau tak selesa, kita akan kurang tumpuan dan lepas tu semuanya serba tak jadi. Posing sini tak kena, posing sana tak kena. Bila jadi macam tu, mood nak ambik gambar pun merudum dan pastinya hasil foto kita jadi hambar. Kalau nak cakap pasal ruang kerja ambik gambar yang selesa, tak payah cakap lagi, memang studio lah jawapannya. Tapi kita bukannya profesional yang kerjanya ambik gambar untuk cari makan. Kita ambik gambar cuma untuk kepuasan sendiri. Jadi kalau dapat satu bilik kosong yang kita boleh guna sepenuhnya untuk buat keje ambik gambar kita, itu dah lebih dari cukup. Malangnya, rumah CT tak ada bilik kosong dah, jadi CT terpaksalah cari ruang kerja lain yang selesa untuk CT gunakan. Yang tinggal untuk CT gunakan cumalah balkoni je huhu. Cuma bila cuaca terlalu panas, CT tak shoot kat situ tapi shoot kat tepi tingkap kat dalam rumah je, bergantung pada keadaan. Balkoni rumah CT iaitu gambar kat bawah ni, memang menepati apa yang CT perlukan. cuma masalahnya adalah cahayanya mencakup segala ruang. Jadi bagaimana caranya CT mengatasi masalah tu? Teruskan membaca ye hehe.




Latar Belakang

Perkara asas kedua adalah Latar Belakang atau dalam istilah fotografinya, Backdrop. Trend terkini yang amat popular semenjak dua menjak ni adalah latar belakang berunsur kayu. Seperkara lagi tentang backdrop kayu ni ialah jika kayunya lebih buruk, lebih usang dan lebih rosak akan nampak lebih menyerlahkan gambar makanan yang kita tonjolkan. Tahu tak kenapa? Rupanya konsep 'rustic' ni menonjolkan gambar makanan kita sebab prinsipnya dalam minda luar sedar adalah seperti 'beauty and the beast'. Untuk pemahaman yang lebih mudah, bila si cantik digandingkan dengan si buruk, si cantik akan lebih menyerlah. Jadi bila konsep ini digunapakai dalam gambar masakan kita, yang tertonjol dalam gambar itu adalah makanan kita. Sebab tu jugalah, sekarang ni trend guna periuk yang bontotnya hitam berkaratlah, sudu garpu kesan kotorlah, pinggan mangkuk ayan yang sumpik dan cat dah tertanggallah dan macam-macam lagilah. Semuanya disebabkan konsep ini.

Cuma satu je masalah CT bila pakai backdrop kayu ni iaitu ruang. CT dah tak cukup ruang nak simpan backdrop kayu banyak-banyak. Nak pakai satu dua jenis je nanti bosan pulak, asyik-asyik guna jenis dan warna yang sama berulang-ulang. Jadi apa yang CT buat adalah, CT buat 3 jenis backdrop kayu. Dan untuk ketiga-tiga backdrop ni, CT warnakan 3 warna yang berlainan dibahagian atasnya. Lepas tu CT warnakan 3 warna yang lain pulak di bahagian bawahnya seperti kat gambar bawah ni. Dengan cara tu, CT dapat 6 backdrop berlainan dari 3 backdrop je. Pandai tak? hehehe.






Kawalan Cahaya

Perkara asas ketiga yang sangat penting adalah Kawalan Cahaya. Yang ni pada mulanya menimbulkan masalah bila CT gunakan balkoni sebagai ruang kerja untuk ambik gambar. Bila ambik gambar kat situ, hasilnya adalah gambar yang terang dan jelas dari depan, belakang dan tepi. Walaupun nampak sempurna, tapi itu bukanlah hasil gambar yang CT mahukan sebab gambar yang terang macam tu tak ada kreativiti seninya. Ini adalah sesuatu yang CT pelajari dari hubby CT. Untuk gambar yang berseni perlukan objek yang kita ambil gambarnya itu mempunyai tona bayang-bayangnya. Ada kawasan yang terang sebab terkena cahaya dan ada kawasan yang gelap dan berbayang. Hasil tona yang macam tu akan menyerlahkan dimensi objek tersebut supaya nampak timbul dalam gambar.

Untuk menyelesaikan masalah tu, CT pasang bidai buluh kat bahagian tepi dan juga bahagian belakang sudut yang CT nak ambik gambar tu seperti gambar kat bawah ni. Dengan cara itu, cahaya yang CT perlukan akan masuk dari sedikit ruang dari sebelah kiri tu yang sengaja CT kosongkan sedikit bila CT pasang bidai tu. Dengan cara ni, CT senang nak kawal cahaya yang masuk. Bila nak ambik gambar je CT turunkan bidai. Bila dah siap je, CT naikkan semula supaya tak mengganggu mata bila nak relaks ambik angin kat balkoni tu. Senangkan, hehehe.







Sesuaikan Fungsi Kamera

Perkara yang terakhir sekali adalah, kita mesti tahu apa yang kamera kita ada dan gunakan fungsi yang kamera kita ada sepenuhnya untuk memudahkan dan menyempurnakan kerja kita. Kamera yang CT gunakan adalah Canon EOS 40D. Kamera ni kepunyaan my laling tapi nampaknya sekarang ni macam dah jadi CT punya sebab cuma CT aje yang pakai hehe. CT ada 2 lens iaitu Canon 28-70 dan yang lagi satu Canon 50mm. Kebanyakan masa, CT cuma pakai yang 50mm tu aje sebab lebih ringan dan Aperture nya yang besar iaitu 1.8 Yang 28-70 CT jarang guna sebab terlalu berat. Hubby kata lens tu berat sebab itu lens Canon jenis L.

Berbalik kepada fungsi kamera, CT letakkan dua perkara asas yang CT dah pelajari yang boleh memberi panduan tentang penyelesaian dan penyesuaian kepada masalah bila kita ambik gambar.

APERTURE
Aperture merujuk kepada jumlah cahaya yang boleh memasuki kamera. Semakin besar aperture nya (iaitu nombornya semakin mengecil, contohnya F1.8) semakin banyaklah cahaya yang boleh masuk. Jika aperturenya kecil (iaitu nombornya semakin besar, contohnya F16) semakin kuranglah cahaya yang boleh masuk. Tapi, jumlah aperture yang boleh diset pada kamera bergantung pada lens yang digunakan. Tentang aperture ni lagi, semakin besar aperturenya, semakin bertambah tahap blur pada gambar iaitu bahagian depan dan bahagian belakang objek akan jadi kabur dan cuma objek saja yang jelas kelihatannya, dan begitu jugalah sebaliknya. Dan satu perkara lagi tentang aperture adalah, semakin besar aperture yang kita gunakan, semakin bertambah kelajuan shutter pada kamera.

ISO
Yang ni mula-mulanya CT tak tahu. Tapi bila hubby ingatkan CT semula macamana masa zaman filem dulu-dulu filem yang dijual ada yang berlabel 100, 200, 400, 800 dan 1,600 barulah CT ingat. Dulu-dulu masa zaman kamera guna filem, kalau kita nak ambik gambar aksi laju atau tempat yang kurang cahaya, kita kena guna filem 400 atau 800. Kalau tempat terang bawah cahaya matahari, guna yang 100 pun dah cukup. Untuk kamera digital pulak, ISO ni pun merujuk kepada perkara yang sama. Semakin kurang bercahaya objek yang kita nak ambik gambarnya tu, kita kena guna ISO yang lebih tinggi nombornya jika gambar yang kita ambik tu, kameranya kita pegang dengan tangan. Dengan menaikkan ISO, speed kamera akan bertambah laju jadi ia akan mengurangkan gambar bergoyang. Walaupun menaikkan ISO menyelesaikan masalah gambar bergoyang, tapi masalah yang lain pulak akan timbul iaitu semakin tinggi ISO, bintik-bintik dalam gambar ataupun noise nya akan bertambah ketara. Jadi kalau nak kan gambar yang licin dan kurang noise dengan menggunakan ISO yang rendah tapi cahaya pada objek tak cukup, penyelesaiannya adalah gunakan Tripod. Kebanyakan masa memang CT gunakan tripod sebab kamera tu berat sangat macam batu bata, lenguh tangan CT nak maintain tak bagi goyang. Selain guna tripod, CT juga guna shutter remote jadi memang langsung tak goyanglah hehe. Tapi kadang-kadang tu bila cahaya cukup dan CT tengok speed pun cukup dan CT perlu ambik gambar dari sudut tinggi, CT ambik pakai tangan juga, tak guna tripod. Terpulang pada keadaannya macam mana.





Kesimpulan yang dapat CT buat dari perkongsian ini adalah hasil yang ingin kita dapat dari gambar yang kita ambil bergantung kepada banyak faktor, contohnya seperti faktor asas yang CT katakan sedikit sebanyak kat atas tu iaitu Ruang Kerja, Latar Belakang, Kawalan Cahaya dan Kesesuaian Fungsi Kamera kita. CT tak nak sentuh bab Komposisi, penggunaan Props, penyesuaian Warna, Food Plating dan Food Styling sebab yang itu CT masih lagi banyak nak belajar, jadi CT rasa yang itu kena tunggu sampai CT jadi sifu dulu ye.

Bagaimanapun CT harap apa yang CT kongsikan kali ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat dan boleh memberikan sedikit idea atau dijadikan panduan untuk yang berminat untuk menghasilkan gambar yang lebih baik dalam blog masakan mereka. Dan CT sentiasa percaya bahawa tak rugi untuk kita berkongsi apa yang kita tahu dengan orang lain sebab lebih banyak ilmu yang kita beri, lebih banyak lagi ilmu yang kita dapat. Dan ilmu yang kita ajarkan jika dimanfaatkan oleh orang lain, berganda-ganda kebaikan yang Allah balas kepada kita. Insyallah. Sampai jumpa lagi dan salam sayang untuk semua. Daaa..

Nota: Di kesempatan ini, CT juga ingin memaklumkan bahawa Dapur CT akan berehat selama 2 hari mulai esok kerana CT terpaksa memberi laluan kepada suatu Projek yang CT terpaksa beri keutamaan dulu buat masa ini. InsyaAllah, Dapur CT akan kembali bersiaran seperti biasa pada hari berikutnya.

32 comments:

  1. Assallamualaikum kak Ct..
    Hehehe..mcm Naz jer org pertama komen kat sini..
    Kak, bagusnya akak.. Siap ada backdrop lagi utk sesei fotography.. Cayalah!.. Ni dah mcm fotographer profesional dah ni..
    Kalau Naz tak delah tmpt cam ni. Nak berbackdrop pun tak sempat sbb ada fotographer kecik yg kacau nanti..heheheh.. Anyway tqvm utk perkongsian ilmu.. Love U!

    ReplyDelete
  2. Hihihi..datang lagi.. Kak Ct.. Naz mmg admire dgn gambar2 kat blog akak..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kat Ct comel...mmg hebat akk ni...bekerjasama.... suka negok blog akk dgn pic2 yg cantik lg memukau...x jemu..setiap hari mesti singah punya....

    ReplyDelete
  4. CT..Iwish I could do like you..tetapi akak engak punya masa. Studio akak cuma ada satu meja empatsegi, alas atau lapek pinggan yang beranika warna, dan set pinggan putih itu aje. Disebabkan MASA..itulah gambar resipi akak simple aje lebih fokus pada makanan daripada props..

    Insyallah bila akak dah pencen dan dah ada masa nanti akak akan ikut tips2 CT..akak memang suka kreativiti CT. Nanti akak ambil intensif course dengan CT bila dah ready.

    ReplyDelete
  5. Salam Ct....patutpun gambar ct cantik sangat. Hihi saya pun tak ada studio cuma di meja makan saja tempat saya berkarya. Adalah sikit sikit tip dari buku fotography masih permulaan. Dan saya sangat menyukai hobi ini ....terima kasih pada tip tip berguna ini.

    ReplyDelete
  6. Kerja keras nmpaknya..gee ada port yg simple jer...atas meja makan... kamera pon cap ayam jer...heeee..

    ReplyDelete
  7. Waaaa...lengkap banget tipsnya. Aku terheran heran lihat props perkayuannya Akak, no wonder fotonya cantik cantik dengan settingan yang selalu berubah. Dapat satu lagi ilmu yang berguna untuk FP, thanks for sharing Kak CT.

    ReplyDelete
  8. Assalam CT cayanggg....terima kasih atas perkongsian yang tidak terhingga banyaknya nih...wpun CT kata hanya sedikit, pada akak dah beribu2 lemon akak nampak jalannya sekarang...tinggal nak buat dgn x je kot...ke x terbuat...haha.. Tambah2 skrg makin nak slow down.. Akak salute usaha CT menulis dan berkongsi tips2 begini, sama mcm Azlita jgk.. Kalian berdua mmg tip top bab presentation ni...idea berganda2...pastu x kedekutzzz...Betul cakap CT, ilmu kita (kebaikan) biarpun sebesar zarah, kalau dikongsikan dan dipanjang2kan, amat besar pahalanya..begitu jugak lah sebaliknya...

    Rasanya bila CT bercakap dan beri penerangan cara org x berapa mahir, adalah lebih senang org x berapa mahir nak faham...hehehee.. Bahasa terang dan jelas... Terima kasih byk CT, semoga ganjaran pahala berganda utk CT atas usaha dan perkongsian ikhlas ini... Cayangggg diaaa..!

    ReplyDelete
  9. Pagi Kak CT sayang, makasih uda share tips dan info nya ttg photography,walo Melly ngga punya kamera sehebat akak tapi khan ngga salah baca unutk pengetahuan Melly. Sukses terus yah kak. Take care.. See you in 2 days time.. *hug

    ReplyDelete
  10. Salam CT...

    Menarik N3 kali ni..
    memang amat ditunggu-tunggu..
    Tapi rumah ita tak dapat cahaya yg terang macam tu..
    Kawasan rumah pula sangat gelap dengan pokok yg merimbun..
    kadang mmg sukar nak dapat cahaya yg cantik!

    Memang utk dapat gambar yg cantik kita kena faham fungsi kamera dan lense
    dan yg paling penting kawalan cahaya maklumlah kita tak punya studio.. terpaksa dok usung prop ke hulu ke hilir..

    Bila hari hujan dan mendung memang satu cabaran.. kadang kala nak menangis.. bila tak dapat apa yg dihajati..

    Terpaksa pula bertukar ke plan B hehe

    Terima kasih atas perkongsian ini.. semoga CT dan keluarga dilimpahi rahmat.. dari Nya

    ReplyDelete
  11. Selamat pagi Kak Ct..
    walau pun panjang mesej kat atas tu..Rahel baca gak satu persatu hingga tamat...mata ada kedip2 sikit la...hehehe...

    Terbaek punya info...

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum ct! tq so much for this tips...i actually learnt a lot from azlita and now you!

    ReplyDelete
  13. Untuk mendpt hasil yg memuakn hati, mmg menguji kesabaran yg tinggi....fuhh...mantap la kak...sy x pandai lg...thx share ilmu photoshoot nihh....

    ReplyDelete
  14. Salam K CT

    Thanks for sharing the tips, kak!

    ReplyDelete
  15. tq kak ct! akan cuba amalkan :) kene cari tripod dl..hehe

    ReplyDelete
  16. Salam kak CT cayang! gmbr akak mmg tip top! ada abg di sisi yg mengajar mesti lagi best kan kak :D klu kita tak leh lah kak kalau ada org ngajar takut tgk muka laling ajerrr kikiki.... neway, thanks for sharing kak!

    ReplyDelete
  17. Terima kasih kak ct n hubby. Memang bagus sangt ni untuk menambah info. Nak share dlm blog la nanti. Boleh boleh? Tq kak ct. Muah muah.. Smoga pahala akak berterusan selagi orang memanfaatkan ilmu yg akak share ni.

    ReplyDelete
  18. salam kak CT...
    info yang sangat berguna...

    ReplyDelete
  19. o..ini rahsia nyer ye...hehehe..tq kak CT..good luck!

    ReplyDelete
  20. Nak cari kayu .. nak cari kayu .. ingat tak dialog cerita PRamlee?? hahaha.. good info indeed! i loikeee :op

    ReplyDelete
  21. Salam kak CT...apa khabar?heeee...dah lama tak drop komen kat sini...skodeng2 je sempat..almaklum albizi cikmin ni...tq kak for sharing..memang jadi ralik kalau sentuh bab food photografi..suka suka suka.. :P

    p.s tapi senapang gajah cikmin la ni masuk wad lah kak CT..sobsobsob..

    ReplyDelete
  22. good tips kak ct, insyaallah akan dipraktikkan, tina tak pernah lg guna tripod, sebab tak reti nak pasang hehe

    tapi guna tripod bagus kan, gambar tak goyang

    ReplyDelete
  23. slm kak CT...tertinggal kapal terbang sbb tu la lambat..sib baik belum tutup he..he
    emm....satu perkongsiaan ilmu yg berguna..tqvm kak,ida amat hargai perkongsiaan akak ni..akak spend masa utk mengarang sumer ni..
    ida amik gambar pakai hentam kromo jer kak...rumah kt jepon ni pon kecik comel ja..tak dak ruang/tmpt yg sesuai sgt...

    ReplyDelete
  24. Terimakasih. Mama memang tabik spring kat CT yang baik budi dan baik hati.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum kak CT, thanks for sharing info & tips..mmg bukan keja mudah kan! yg penting hati puas & gambarnya dpt memukau semua yg memandang..kagum sgt2!!!

    ReplyDelete
  26. wah wah... dah 'renovate' nampak nya ruang balkoni tu ye.. hahaa pasni bole arr kitrg lak posing kat situ.. make sure gambar kasi superb tau!! :p

    ReplyDelete
  27. terima kasih untuk tips ni. banyak yang saya dapat belajar.

    ReplyDelete
  28. TQ menarik tips...macam nak cuba tapi alat tak berapa cukup

    ReplyDelete
  29. as.salam ct ada buat kelas untuk asas fotografi ke? akak berminat nak belajar..tq

    ReplyDelete
  30. knowledge yang amat berguna bagi saya yang baru mendalami bidang fotografi ini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...