Wednesday, March 28, 2012

Buah Melaka



Assalamualaikum... Salam ceria dan salam manis dari CT buat teman-teman semua. Semoga kita semua dikurniakan kebahagiaan setiap masa dikelilingi insan-insan tersayang. Buat sarapan apa pagi ni kita ye? Jika tak buat menu sarapan yang berat, sarapan yang ringan pun tidak mengapa. Lagipun yang paling penting adalah kesederhanaan dan keikhlasan. Walaupun makanan yang di sediakan sangat sederhana tapi jika disediakan dengan seikhlas hati kerana anak-anak dan suami maka rezeki yang sedikit tetapi berkat itu bolehlah diumpamakan seperti sebutir permata kecil yang mahal harganya berbanding seguni kaca yang tidak memberi nilai apa-apa. Dan jangan juga lupa untuk sentiasa bersyukur untuk rezeki yang kita dapat, walaupun cuma sedikit asal saja mencukupi kadarnya malah tiada berlebih-lebihan pula, itulah yang sebaik-baiknya. Hehehe.. maaflah CT seperti bertazkirah pulak pagi-pagi ni. Bukannya apa, sekadar bermuhasabah untuk diri sendiri saja.



Sebelum berbicara tentang resepi hari ini, terlebih dahulu CT ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih diatas ucapan tahniah dan kata-kata semangat dari teman-teman semua. Alhamdulillah... CT ni hanyalah insan biasa, yang masih banyak kekurangan dan masih banyak perkara yang CT masih ingin pelajari. Jika ada yang terkurang atau terlebih dalam setiap resipi yang CT kongsikan di sini, mintak dimaafkan lah ye.. Seperti yang CT kata, CT anggap mendapat peluang untuk resepi kita disiarkan dalam majalah sebegitu adalah sebagai peransang untuk CT memberikan yang lebih baik dalam perkongsian CT dalam blog ini untuk semua. Dan CT juga anggap ianya sebagai saguhati untuk segala usaha yang CT curahkan dalam blog ini. Dan kata-kata semangat dari teman-teman semua tak akan CT lupakan. Semoga selepas ini akan ada teman-teman yang lain yang belum pernah mendapat peluang sebegini akan turut mendapat peluang yang sama seperti CT juga. Pastinya giliran itu akan tiba juga. Insya'Allah.



Seperti kebiasaannya, CT suka buat resepi yang CT dah tahu ianya digemari insan-insan dirumah. Jadinya kuih yang menjadi pilihan pagi ni ialah Kuih Buah Melaka. Ini antara resepi kuih yang senang, simple dan sedap dan sangat digemari anak-anak CT dan juga suami. CT mula buat kuih ni semenjak CT di zaman anak dara dulu. Duduk ramai-ramai dengan kakak-kakak CT dan gentel buat kuih ni sebab arwah mak kata buat sendiri lagi sedap dari beli... hehehe. Disebabkan suka pada kuih ni dan nak makan punya pasal, rajin semualah kami waktu tu.



Masa dulu kalau buat kuih buah melaka ni arwah mak CT akan campur dengan sedikit keledek yang dilecek halus dalam adunan tu supaya kuih rasa lebih sedap. Sekarang ni dah jarang orang nak buat macam tu, sebab nak cepat kerja dan mudah. Tapi CT pun tak letak juga dalam resepi ni sebab stok keledek dah habis, kalau tidak pasti CT dah letak. Lain kali CT akan buat dan share resipinya lagi, Insya'Allah.



Tidak berbicara lebih panjang lagi, kita terus pada resipi yang mudah ni ya. Kalau membebel lebih panjang lagi, kesian kat teman-teman yang datang menjenguk resepi, tapi jangankan kata kuih, air pun tak ada. Jangan marah ya... hehehe. Jumpa lagi nanti, Insya'Allah. Salam manis dari CT. Daaa....

Kuih Buah Melaka

Resipi : Che CT

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut + 2 sudu besar tepung gandum
1 1/4 cawan air - tambah juka perlu
Sedikit pewarna hijau
1/2 sudu kecil pandan emulco
Gula kabung/Gula melaka - dipotong kecil-kecil untuk inti
1 biji kelapa parut putih
sedikit garam halus
Air secukupnya untuk merebus

Cara-cara:
1. Didihkan air dalam periuk untuk merebus buah melaka.
2. Air dicampur dengan pewarna hijau dan pandan emulco, kacau rata.
3. Tuang air kedalam tepung pulut dan gaul tepung pulut sehingga adunan boleh digentel. Tuang air sedikit demi sedikit, secukupnya.
4. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan bubuh inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
5. Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
6. Salut buah melaka dengan kelapa parut yang telah dikukus dahulu dan di campur dengan sedikit garam, gaul rata. Hidangkan.




24 comments:

  1. cantik tergolek kuih CT,suka tengok..pic pun sangat cantik!!!kagum.kalau buat tak cukup sebungkus tepung..anak2 sangat suka..nak mengentel tu yang malas..sebab tukang kacau ada..sama nak mengentel juga

    ReplyDelete
  2. Salam kak CT!!! oh! tidakkkkkkkk!!! sgt2 jeles tgk kelapa parut akak huhu... sini payah betul nak jumpa kelapa parut yg mcm nii,sume kelapa parut nak perah santan tuu, phm2 jer lahh dgn kulit itam dia sekali main masuk sbb dia org masuk dlm mesin ehehe... lama tak mkn buah melaka, dah mcm bulan puasa kan kak hihihi..

    ReplyDelete
  3. Salam...kak ct molek-molek sungguh kuih buah melaka tu,sedap....yam...yam...jempulah ke blog iza ye follow....

    ReplyDelete
  4. KakAsma ~

    Salam ceria Kak Asma, samalah kat rumah suka ngan buah melaka ni kak. tapi nak buat sebungkus tepung tak larat nak mengentel, sebab sorang2 aje dok mengentel..hihi

    ReplyDelete
  5. ijayuji ~

    Wa'salam Ika, salam ceria pagi Rabu, nan sejuk, sebab KL hujan macam nak sambung tidor rasanya..hehehe

    k.ct sarankan Ika tanam je pokok kelapa bila dah besar boleh amik hasilnya Ika..hehe

    bila dah besar kompom Ika dah tak duk situ lagi kot..hehehe

    ReplyDelete
  6. Ilhamkreatif ~

    Wa'salam Aniza, tergolek2 atas susu jer tu, masuk mulut hilang dah bolat2nya..hehehe

    Okey nanti k.ct follow juga ya. Tr kasih sudi singgah Dari Dapur CT ya :)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum dan selamat pagi kak ct...

    Setuju sgt dgn kate2 kak ct tu, kalau hati iklas memasak, yg simple pun jd sedap sangat kan kan kan...

    Kak ct...jab lg mas dtg ketuk pintu rumah akk sambil bwk mgkuk nk mintak semangkuk penuh buah melaka tu...peberet kami hehehe

    ReplyDelete
  8. cantiknya gambar2 di blog ct.Masakan semua menyelerakan.Lama tak makan kuih buah melaka ni

    ReplyDelete
  9. terliur tgk buah melaka kak CT ni
    teringat lak bulan puasa...
    heheh..sbb kalo bulan posa, merata org jual kuih ni...

    tepung pulut ada lg berbaki bulan posa thn lepas...
    elok lg ke tak x pasti lak..huhuhu

    ReplyDelete
  10. akakkkk... cantiknya header... tapi tetap ken ngan warne merah kan.. kak ct dan merah tak dapat dipisahkan. ahakk.. ;-)

    makan buah melaka time hujan renyai2 n pekena ngan kopi oo.. perhhh

    ReplyDelete
  11. Salam CT cayang... cute nya buah melaka tu, nak ckit... apepon tahniah CT dan mekacih dengan tazkirah pagi... perkongsian ilmu kan...hehehe

    ReplyDelete
  12. salam CT..terliur pula pagi-pagi tengok buah melaka CT ni...teringat bulan pusa bila tgok kuih ni.

    ReplyDelete
  13. Pagi kak Ct sayang.. melly pun suka dengan buah melaka ini, kalo kampung melly di makassar melly panggil nya onde onde,kalo di jakarta lain juga sebut nya dan selalu nya kalo kita pindah rumah atau memulai suatu usaha yang baru akan ada kuih ini, karena buat kue ini khan tenggelam dulu baru timbul dengan harapan kehidupan di rumah baru atau usaha baru kita akan lebih baik,karena abis tenggelam lalu timbul..hehe

    ReplyDelete
  14. Melly..org kelantan pun panggil onde onde

    ReplyDelete
  15. semalam ketapi saya semput tengah jalan..ingatkan nak gi antar munger2 sebagai tanda sekalung tahniah sebab sorang lagi selerbriti dapur dilahirkan. Tahniah akak, saya senyum sorang2 bila tengok entry tu...gembira n terharu...sebab orang yg selalu saya dok ngutuk2 mesera di alam cyber berjaya menambat hati majalah. Keep it up kak CT, bkn sekarang je akak layak masuk majalah, akak mmg terlebih layak, cuma depa tu je lambat discover...

    aiii dh puji melangit ni, takkan takleh secekau dua kuih moolat2 comey tu? heeee

    ReplyDelete
  16. salam ct..
    wau..tak terkata.. cantik fgnya.

    ReplyDelete
  17. lama dah mas tak buat gula melaka..
    sedappnya tengokkk kak ..
    nak buat gak nanti ...he3

    ReplyDelete
  18. as-salam kak CT
    Wow bestnya..buah melaka my daughter favourite..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum CT

    lompat dari fb kesini...nk tengok buah melaka yg jadi idaman nie...hehehe...pict terbaik...caya la...tk rugi masuk sini...hahaha.

    ReplyDelete
  20. asslm kak CT...lewat la hrni ke dapur akak...tentu dh abiskan kuih ni...sedap ni mkn...satu persatu masuk ke mulut...nyummm2

    ReplyDelete
  21. Kak CT.. sedapnya.. Kuih kegemaran ku ini.. Anak lelaki Naz pun suka sgt kuih ni.

    ReplyDelete
  22. assalamu'alaikum kak ct...
    Buah melaka ini di Indonesia dinamai Kue Klepon kak, bahan dan cara membuat serta penyajiannya pun sama persis...

    ReplyDelete
  23. Kak ct, kenape ye resepi akak kene tambah tepung gandum.?sbb biase sy buat ms mude2 dulu tepung pulut je..ape rahsia ya hehe pagi ni sbnrnya mmg nak buat onde2 @kuih buah melaka ni..husband pon suke (" ,)

    Oh ye..jemputlah ke blog saya juga ye nnt c:


    ReplyDelete
  24. Kak ct, kenape ye resepi akak kene tambah tepung gandum.?sbb biase sy buat ms mude2 dulu tepung pulut je..ape rahsia ya hehe pagi ni sbnrnya mmg nak buat onde2 @kuih buah melaka ni..husband pon suke (" ,)

    Oh ye..jemputlah ke blog saya juga ye nnt c:


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...